KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 12 Jun 2012

DULU LONGGAR, SEKARANG KETAT...

Kawan aku sibuk warwarkan satu produk kesihatan yang baru dia amalkan.  Katanya, memang baiiiikkk punyer...  Baik luar dan dalam!  Aku tengok dia, memang nampak la sedikit perubahan (yang di luar la... kat dalam, hanya dia dan laki dia la yg tahu, hehehe).  Sudah nampak makin putih dan gebu kulitnya.  Body pun skejap jewr dah nampak makin melangsing, padahal dia makan nasi macam aku jugak.  * Haaaa????  Makan nasik?  Yer, aku kembali makan nasi 3x sehari sekarang nieyh...*


Harga? Jangan tanya la...  Bila cakap pasal produk kesihatan dan kecantikan zaman sekarang ni, nak nak plak yang semacam direct selling ni, naik juling jugak la bijik mata bila tengok tang reganya...  Tapi, biasalah, bisnes zaman sekarang, boleh bayar kali, dan berkali-kali.... hehehehe...


Maka ramailah di kalangan warga skmu ni (golongan cik puan la) mula berebut2 nak mencuba produk hebat tu...  Aku pun cuba juga, tapi bukan ambik sat set la...  Cuma yang fokus utk kesihatan dalaman.  Al-maklum lah, masih dlm mood 'berpantang' selepas keguguran hari tu... Tambah2, katanya, produk tu akan memastikan kesuburan aku berada pada tahap maksimum!  Mudah la aku nak dapatkan baby baru nanti, yer dop....??  Heh heh...


Aku agak la kan, lepas ni, makin ramai la cikgu2 pompuan kat skolah ni ambik cuti bersalin!  Hahaha!  Yer lah, dah semuanya ambik ubat hebat, kembali bergetah dan muda belia!  Bak kata kawan aku tu, baiiiikkk punyer...  hahaha! 


Aku tak heran la...  Belum pun ambik ubat ajaib tu, aku dah alami semua tu! Dulu, kemain lagi longgar.  Sekarang ni, ketat giler!!  Buktinya, pagi tadi, bila nak sarung kembali baju sukan (sbab ari ni aku ada kelas PJ) semua T-shirt sukan aku dah jadi ketat glemat!!!  Hahahaha!!  Mana tak ketat?  Sepanjang tempoh 'berpantang' (sebulan) bukan nak kuruskan badan, tambah makan nasi ada la....  Semua jeans aku dah tak muat.  Cakap senang, berat aku dah naik hampir2 menyamai berat aku sebelum diet!!!  Mana la tak ketat semua baju aku....  Huwaaarrr....

Isnin, 11 Jun 2012

KOSONG...

Dah lebih sebulan aku mengabaikan ruangan, yang dulunya menjadi teman setiaku, teman yang sanggup dan tega mendengar apa sahaja yang aku luahkan, tinta hatiku.  Mungkin ada yang menganggap ( itupun kalau ada yang perasan akan 'kewujudan'nya ) aku dah 'hilang' dari dunia ni kot....


Benar sekali, wahai kalian...  Zahirnya, memang aku masih wujud di muka bumi Allah Taala ini.  Namun, hakikatnya, jiwa ini seolah mati.  Ia pergi bersama perginya 'hadiah terindah' yang aku pernah miliki dulu, namun sayang hanya 3 bulan sahaja.  Kalau pada bulan Mac dulu, 'kehadirannya' merupakan hadiah hari jadi yang terindah buatku tahun ini, tiadalah aku menyangka akan kehilangannya seawal May lalu...


3 bulan di dalam rahimku, akhirnya bayiku disahkan 'mati'.  Tiada degupan jantung.  Dan, bagaikan luruh tangkai jantung dan hati ini bila aku melihatnya sekilas, sebelum di bawa pergi. Bayangkan, berada di dalam wad bersalin bersama ibu-ibu lain, yang rata-rata kelihatan riang, walaupun penat melahirkan, aku hanya keseorangan.  Ibu-ibu lain keluar wad bersama bayi masing-masing di pangkuan, sedangkan aku.....


Ucapan selamat hari ibu daripada anak-anak dan suamiku tidak mampu meredakan kesedihan hati.  Simpati yang dihulurkan teman-teman yang melawat langsung tidak menenangkan.  Aku menangis sepanjang waktu. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tapi aku terlalu sedih dengan ujianNya.  Tiga minggu aku 'hanyut' dalam dunia laraku.  Tiada siapa yang menyedari, kerana di hadapan keluarga dan rakan-rakan, aku sehabis mungkin berlagak biasa.  Namun, bila bersendirian, airmata ini laju sahaja menjatuh...


Dan sehingga ke hari ini, tiada seorang pun daripada rakan-rakan yang pernah mengirimkan sms ucapan Hari Guru kepadaku bulan lalu, menerima balasan penerangan daripadaku.  Aku percaya sesetengah daripada mereka telah bersangka buruk akan sikap menyepiku itu.  Namun, aku harap mereka faham, aku sesungguhnya tidak mampu meraikan Hai Ibu dan Hari Guru di saat aku kehilangan anakku...  Jiwa ini telah mati dan kosong...


KepadaMu Tuhanku, aku redha dengan apa yang telah terjadi.  Semoga di lain masa, Engkau sudi memberikan aku zuriat lelaki yang sihat, secepat mungkin, Insyaallah...