KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 6 Ogos 2016

Sabtu, 12 Disember 2015

Mengapa begini pengakhirannya...??

Lima tahun lepas, ghairah sungguh aku berkarya dlm alam maya ini. Menggantikn jurnal klasikku, diari dn pen..... Smua yg trbuku d hati aku zahirkn dlm blog ni..... Zaman canggih la katakan.....

X sangka la pulak ianya mmberi impak yg x menyenangkn kpd beberapa individu usai skarang ni..... Anak2ku x suka paparan gmbar2 yg aku tunjuk melibatkn mrk, khususnya yg menampakkn aurat mrk..... Ye lah, dulu mrk kecil, bayi dn kanak2 lg..... Skarang semua dah besar pnjang..... Mrk malu rupanya bila wajah zaman kanak2 mrk dilihat taulan zamn skarang.... Walhal, pd aku, mrk teramat comel, cantik dn jelita d mataku.....

Maafkn ibu wahai anak2..... Demi perasaan kalian, ibu korbankn sgala karya agung ibu..... Tiada yg agung drp kasih syg kalian...... Makanya sgala post2 lamaku yg brkaitn mrk trpaksa aku lupuskan.......

Uwaaarrrr..........

Selasa, 3 Mac 2015

Tak reti....

Dah 2 hari aku cuba cari key dlm empon murah aku ni, utk buka laman kawan2 yg aku ikuti...

Tak reti la aku... Camana ni, ek...?? Msti semua ingat aku sombong xmau baca post mrk. Hakikatnya, aku tak reti....

Ada sape2 bleh tolong....???

Isnin, 2 Mac 2015

Sepuluh tahun.....

Sudah 7 buln lbih umurnya. Cinta hati baru kami... Kami sememangnya menati kehadirannya dgn penuh tidak sabar... Maklumler, sudah 10 tahun aku pencen dari pruduce yg baru. Dan sehingga kini dia menjadi yg utama di mata kami... Kekadang aku tengok dia cam naik ngada2 tahap gaban sbab trlalu dimanjakn oleh ayah dan kakak2 nya....

Afiqah, si cilik berpengetahuan tinggi dan berakhlak mulia....... Itulah harapn kami untuknya...

Banjir 2014

Mungkin cerita ini dah basi... Tp tidk bg kami yg mengalaminya d Manek Urai ini.....  Aku ingin abadikn beberapa gmbar d sini, dr sudut pndangan mata sepetku ini....

Ahad, 1 Mac 2015

Cubaan.....

Dah berkulat blog aku ni... Stelah brabad trabai, aku mencuba utk kmbali.....

Memang banyak benda hendak ku kongsi, hingga tak tahu yg mana harus ku dahului....

Cukuplah dgn luahan hati tentang perasaan stress ini... Aaaargghhh...!!!! Aku stress....!!!!!

Khamis, 1 Ogos 2013

HER FIRST TIME...

Hari ni hari last sesi persekolahan.  Sekolah kami adakan perhimpunan khas, di mana murid2 akan bersalaman dengan guru2.  Itu memang dah jadi acara rutin tahunan kami.  Tapi, tahun ini, aku tersentuh hati semasa bersalaman dengan anak2 murid kesayangku itu, pabila bayangan wajah Izzah terpancar di minda...

Minggu depan Izzah dan adik-beradiknya yg lain akan menyambut lebaran bersama ibu mereka, hanya ibu mereka...  Bermakna, pertama kali mereka akan menyambutnya tanpa kehadiran ayahnya di sisi....  Mengingati perkara itu, hatiku menjadi sebak, namun ku tahan...


Dan, tibalah giliran Izzah bersalaman denganku.  Wajahnya kekal ceria, seperti selalu.  Mungkin kerana dia kanak2, dia kurang mengerti akan situasi itu.  Aku tak dapat menahan diri, lantas kurangkul dia erat2.  Dia hanya tergelak2...  Dan, katanya, dia akan beraya di sini...


Aku mengagumi ibunya.  Walaupun dia berasal dari Pahang, dan di sini adalah kampung arwah suaminya, dia tetap ingin beraya di sini.  Mungkin ingin beraya di pusara sang suami....

Selamat Hari Raya Izzah...


Selamat hari raya semuanya...



Rabu, 10 Julai 2013

SEJARAH TELAH BERULANG...

SEJARAH TELAH BERULANG...

Salam 1 Ramadhan kpd semua.  Terlebih dahului aku ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan kpd semua, terutamanya rakan2 blog yg telah lama aku abaikan.  Bukan niat ingin menyepi dan menyombongkan diri, tetapi komitmen kpd perkara2 yg lain, membuatkan aku dgn berat hati terpaksa meninggalkan ruangan kegemaranku ini.  In short, aku terpaksa lupakan blog demi kepentingan keluarga.....

Hari ini aku terpaksa, dan rasanya MIS akan dapat memahaminya, kepana aku terpaksa melanggar janjiku kpdnya, kembali meng'up-date' blog yg suatu waktu dulu pernah menjadi cinta hatiku ini...  Selain utk mengucapkan Selamat Berpuasa kpd seluruh umat Islam di dunia, sesungguhnya ada seseuatu yg perlu aku luahkan di sini...

Pagi tadi, aku, sebagaimana antara jutaan insan yg bertuah di dunia, bersahur bersama2 suami tercinta dan anak2 yg dikasihi demi memulakan hari pertama Ramadhan.  Jauh di sudut hati, aku kembali teringatkan cerita lama.  Bagaimana salah seorang sahabatku 'pergi' meninggalkan keluarganya utk bersama Yang Maha Esa, sehari sebelum puasa, 3 tahun yg lalu.....  Al-Fatihah buatmu, Haron...

Namun, bila tiba di sekolah, aku dikhabarkan bahawa salah seorang anak muridku telah kehilangan ayahnya semalam- sehari sebelum umat Islam berpuasa.  Ayahnya, seorang polis, juga rakan sekampungku, terlibat dgn kemalangan dlm perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bertugas....  Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan Melur, ibu Izzah yg terpaksa menghadapi Ramadhan ini tanpa insan tercinta di sisi....  Sedihnya aku...  Kasihan sungguh rasa hati ini....

Nampaknya, sejarah kembali berulang...

Khamis, 4 April 2013

BIARLAH RAHSIA...

Semua sedia maklum, undi anda adalah RAHSIA.  Namun, semua juga memaklumi, tiada rashsia antara sesetengah kita.  Biarlah... itu hak memasing.

Cuma, aku terkilan sedikit akan senario sekarang ni, tentang fiil perangai sesetengah manusia di sekeliling aku ni kan, suka sangat menunjuk/ memberitahu orang lain akan perkara2 yang sepatutnya mereka rahsiakan.

Takper laaarrr... dah ngko tu memang suka sangat menunjuk-nunjuk, Cik Kiah... tunjuk jer laarrrr....  Cuma aku sedih, sesetengahnya, bekerja makan gaji, sara dan beri makan anak bini/laki, hatta siap hidup senang-lenang hingga dapat beli kebun dan tanah bagai, semuanya kerana bekerja di bawah kerajaan pusat. a.k.a kakitangan kerajaan, senang cerita, kemain lagi berdegar2 cakap sampai lencun pinggan nasi aku masuk dek air liur basi dia, semua patah butir yang keluar dari mulut longkang dia tu, takder lain, hanya caci cela menghina kerajaan....  wtf......


Tak cukup dengan tu, siap tampal macam2 sticker kat kreta dia, ngalahkan signboard bergerak, semuanya melawan 'majikan' mereka!! wtf lagi....!!  Kalau kereta tu mereka bawa buat pergi pasar malam ke, cuti2 ker, lantak korang la.  Ini siap bawa datang kerja!!  Hoi... setara mana kebalnya awak, cik abang oiiii...???  Pada aku, sticker K ke, R ke, hatta plet PAS @@@@ kereta awak tu bukan melambangkan kegdebelan awak, tapi lebih kepada menunjukkan kebangangan dan ketololan hotak bebal kamu tuh....


Kot kalau betul awak tu tidak menyokong 'majikan' yang menyara kamu tu, jangan lah ditunjukkan sangat....  Nak tunjuk yang kamu tu ikhlas??  Haktuiihhh...!!  Kalau betul, baik korang berenti ajer lah menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan tuh...... Itu baru betul caranya...... 

Lagi sedih, bila melihat bekas anak2 muridku yang baru setahun jagung umurnya, tapi turut nak join main 'politik'....  upload macam2 iklan, walhal mereka tak reti ape mendepun pasal dunia politik ni...  Sedarlah anak2, kalian adalah mangsa....  Lagi sedih, mak bapak kalian tu juga kakitangan kerajaan!!!  wtf untuk kesekian kalinya......

Bila tiba time mengundi nanti, undilah apa yang korang sokong.  Tapi tak perlu lah nak beritahu satu dunia yang korang tu anjing sapa2......  Kelak nanti, kalau anak cucu korang dah jadi macam kaum Rohingya, yang dinafikan hak mereka, tiada negara, tiada kerakyatan, baru padan muka tahik anjing korang tuh.....   Phuiii.....

Rabu, 2 Januari 2013

Hadirlah......

Selamat tinggal 2012.... Tahun yg penuh drama dlm hidupku.  Tahniah kpd rakan2 ygg perolehi banyak kebahagiaan dan kejayaan dlm tahun ni, tp utk ku, banyak awan kelabu yg menyelubungi...  Namun ia takkan mungkin menjadi pemusnah harapan tekadku.  Huh! Never....

So, welcome 2013.  Semoga hadirmu membawa seribu sinar kebahagiaan.  Hadirlah dikau, wahai 'baby baruku'....

Khamis, 20 September 2012

HATIKU HANCUR MENGENANG DIA... BERKEPING-KEPING JADINYA...

Memang menangis tak berlagu la aku hari ni...  Walaupun jenuh diberi semangat dan kekuatan oleh rakan2 blog, Ida, Noi, Nadia, Mummy dan ramai lagi, memang dah berkecai hati ini, rasanya tak dapat dicantumkan kembali.  Ewaaahhh.....


Memang la aku dah cuba sedaya-upaya untuk tidak memikirkan sangat pasal nak pegnent semula secepat mungkin.  Macam2 benda aku buat untuk sibukkan diri - penuhkan perabut rumah, tukar set bilik tido yg baru, buat gazebo, bina porch kereta tambahan yg baru, booking mpv baru ( riak la tu....), dan 1001 macam aktiviti lagi la, tapi camano bila dan hampir setiap malam tidur aku berulit mimpi sedang memangku, malah kadang2 sedang menyusukan baby baruku.....  Uwaaaargh.... memang azab bila buka mata, 'baby' yg kupeluk itu rupanya tiada di sisi.......  sob sob sob.......


Dalam pewot ni, masih kosong tak berisi lagi.....



Dan, pagi ni terasa mau berguling semahunya, bila peewot akhirnya datang lagi, untuk ke sekian kalinya!!  Menci...!!!  Menci...!!!!!  Huh, ikut hati panas, nak pegi camping la besok kat tepi pantai...  Khemah besar yg baru aku beli minggu lepas pun belum dirasmikan lagi....  Moh, moh kita camping!!!

Rabu, 19 September 2012

AKU SUKA DIA....

MIS selalu juga mengomel yang dia agak jeles melihatkan perhubungan aku 'dia'.  Katanya, keakraban si dia denganku melebihi akrabnya selaku suamiku...  Aku hanya menjuihkan mulut ajer bila dia berkata begitu.  Cemburu buta!!


Kekadang, MIS cuba juga bermesra dengannya.  Namun dia perasan, kemesraan yang ditunjukkan si dia tak sama manja dan setianya, berbanding semasa bersama aku.  Entah la... aku tak perasan la pulak.  Nampak cam sama jewr kat mata aku nih.


Rutin hariannya, akan menanti aku di hadapan pintu bilikku saban waktu.  Jika dia berasa penantiannya tiada mendapat perhatianku, terutama di awal pagi (aku belum bangun tidur), dia akan menghulurkan tangannya di bawah pintu sambil 'menggosok' manja daun pintu tersebut....  Melihat dia berbaring sambil menatap manja padaku pabila membuka pintu bilikku, adalah perkara biasa bagiku.  Aku biasanya akan tegur dia sepatah seraya berlalu.


Begitu juga kalau aku lepak2 di atas buaian, tak kira yang kat depan rumah, maupun di sisi laman.  Dia selamba akan baring bersama - membiarkan aku mengelus lembut wajahnya.  Bila aku tanya samada dia sayang aku atau tidak, renungan matanya meyakinkan aku, betapa dia amat sayangkan aku!  Sebab itulah, kekadang, aku lebih rela menghabiskan malamku bersama dia di ruang tamu daripada berbaring kaku di sebelah MIS di kamar peraduan kami....  Aku memang suka sangat2 padanya.....



Jazz... kucing kesayangan kami...


Selasa, 18 September 2012

SENTUHAN KECUNDANG...

Memang kerja aku melambak, tapi, drp merenung 'guli' yg berpusing di bucu notebook ni sampai nak meroyan, baik aku belek kembali laman2 blog lama aku, yg sememangnya meriah dgn komen kengkawan- berbeza dgn yg sekarang, takder sapa nak komen!  Padan muka!!  Salah aku sendiri la.... Dah haku takder masa nak lawat dan komen blog kengkawan, ada hati plak nak suh diorang lawat kita punyer......  phuiiii....


Huh, naik malu plak haku bila mengenangkan, betapa hancusnyer aku sekarang nih.  Melihat gambar2 lama, yg 'seblom - slepas' tu, memang buat haku nak menitik air mata....  Mana tak sedih, segala2nya hancur!!  Setengah tahun aku hanyut dan stop terus berdiet, sbab dah pegnen...  Alih2, takder 'rezeki'...  Tp, dah 4 bulan berlalu....  Diet tetap aku tak teruskan lagi.  Walaupun setiap hari, kemain lagi pasang niat, nak diet...  Tp, sudahnya, 3 kali sehari jugak aku membaham  nasi.  Tak masuk mende2 lain lagi.  Ish ish ish.....


Hah, bila body dah kembali 'gebu' mengelembong sana sini, habis baju dah tak muat kembali, mula la emo....  Tengok cermin pon dah mula malas dan nyakitkan hati...  Makanya terpaksalah aku terima kenyataan pahit ini, bahawasanya aku kecundang lagi utk keli ke 2....  Dua kali berjaya turunkan berat badan lebih 10kg, bertahan dlm 2,3 buln jewr, lepas tu naik balik.  Memang susah nak kasi kekal berat yg dah diturunkan....  Cis.....


Aku kembali tak muat baju tu... uwaarr...


Berpaksikan alasan aku nak mengandung lagi, membuatkan kemalasan diri bermaharajalela!  Malas senaman, tp amat rajin makan!!!  Masalahnya, aku tak juger pegnen2....  Dah masuk buln ke 4 dah ni....  Takder rezeki lg ke aku??  Huh, sesekali, akal dangkal ni terfikir gak, kalau aku boleh ramal masa depan, dan aku tau aku memang takleh nak pegnen dah, senang la pulak aku nak pulun diet......  Heh, alasaaaannnnn.....  macam la org tak paham......


Kembali 'gila mengetest'..!!  Tp line tetap 1 jewr kuar...  uwaarrr...


So, camno ni??  Nak diet ker, nak ambik 'ubat penyubur'??????  Ada cadangan...??

Selasa, 11 September 2012

TANDATANYA......

Hari ini hatiku selaku guru dan ibu kepada murid Tahun 6 gemuruh dan tak menentu.  Memang gabra giler tatkala anak sendiri nak menduduki UPSR.  3 tahun lepas, waktu anak sulung aku ambik peksa ni, takder la aku risau sangat.  Yang nombor 2 ni, lain sket....  Ye la... aku tau kemampuan dia.  Tak secemerlang kakaknya.  Silap2 kantoi.... (minta jauh la ya Allah....).  Namun, bila melihat senyuman yang terukir di bibirnya, aku yakin dia akan mampu melakukannya.....


Bersamaan dengan hari penting bagi setiap sekolah rendah di Malaysia ni, ada lagi sesuatu yang lebih istimewa berlaku kat sekolah aku yang tercinta ni....  Tak tau la, kenan apa....  Insan yang dahulunya tak angkat pot mana pasal hal ehwal duniawi ni, tetiba pagi ni hadir dengan penuh kegak menawan.  Siap 'tight-in' lagi....  Hingga menimbulkan rasa hairan dan tandatanya di kalangan rakan2 aku.  Ramai juga la yang perasan akan perubahannya bertanya kepadaku.  Hmmm... bagus apa.  Perubahan yang baik, hanya itu yang mampu aku rumuskan... 


Sebenarnya, kalau nak dikira, rakan sekerja aku, yang dikira senior tahap gaban dgn aku ni, telah beberapa kali melakukan perubahan2 (semuanya ke arah kebaikan belaka tau...) semenjak lepas puasa lalu.  Contohnya.....


Semasa GB menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya lalu, tengoklah insan di belakang tu...  siap berbaju Melayu dan bersampin!  Aku dan rakan2 yg dah lebih belasan tahun mengenalinya, tak pernah lihat dia berpakaian cantik dan lengkap begitu...  menjadi tandatanya kami.....  Hari ini, berbaju kemeja 'tight-in', berbeza dgn stail harian dia sebelum ni, baju Melayu/ Kota Bharu.....


Ni aksi riang ria semasa sambutan Hari Raya yang lalu....



Petua awets muda - riang sentiasa.....

So, walaupun ramai yang hairan dengan perubahan rakan seniorku itu, bagiku, itu perkara baik, dan tak mengapa... Namun, bila ada mulut gatal yang kata, takut2 beliau ada ehm ehm... aku pun naik risau....  minta jauh.....  Kak Ha, do your best, ok....  Mak always luv you, no matter what.

Isnin, 23 Julai 2012

PUASA OH, PUASA...

Cikgu   :  Siapa yang puasa penuh semalam, angkat tangan...

Murid1 :  Saya tak bangun sahur la smalam, cikgu... 

Cikgu   :  Kalau tak bersahur pun, masih boleh berpuasa la, Nazirul... Janji awak dah niat awal2 sbelum tidur

Murid1 :  Kalau camtu, saya kira puasa la cikgu?  Yeeey....

Cikgu   :  Bagus...!  Walaupun awak tak bersahur, awak tetap puasa. ( *rakan2 bertepuk tangan)
               Eerr... awak ada makan tak masa tengahari semalam?

Murid1 :  Makan.... saya lapar sangat sbab tak bersahur....

Kwang... kwang... kwang...
Ini yang susahnya bila bercakap dgn murid blur tahap gaban....  Sabor jer la....