KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 11 Februari 2012

KETAT DALAM 6 MINGGU...

" Err...  dah semakin ketat laa....," ujar gb baru aku seraya mengangkat2 sambil memusing2kan pergelangan tangannya semasa makan Rabu lepas... Dan, pagi ni, dia masih mengulangi permasalahannya yg sama...  Itulah bahananya bila berada di SKMU.  Semuanya bergelut dgn permasalahan yg sama - mudah naik berat badan!!  Gb baru kami, sudahpun terasa tempiasnya, walaupun baru melewati 6 minggu berada di samping kami - tali jam tangannya sudah mula mengetat!!


Apa tidaknya?  SKMU dihuni oleh spesis2 yg teramat rajin dan pandai memasak! (kecuali aku...). Hampir setiap minggu, akan ada2 saja jamuan dan keraian yg kami sambut...  Bukan apa, semua aktiviti itu makin mengeratkan dan menambahkan lagi kemesraan sesama kami... Dan kerana kemesraan dan kasih sayang yg tercurah itulah, aku teramat sukar utk menurunkan berat badan ini...  Huwaaaarrrr.....


Gb kami berjamu selera dlm keriuhan celoteh kami...

 
Pada aku, bukan setakat tali jamnya ketat, pipinya pn dah makin chubby tu... hehe
Ketua chef terDiva - budak bawah umur (baju hijau) sedang ngada2 kat anak dara org...

Hari ni, kami berjamu krn sambut Peg.Fasilinus PPDKK, Pn. Azida (sdg kontrol ayu slepas pekena nasi lemak)

Pen.Penyelaras LINUS SKMU - termenung panjang slepas taklimat...

Dan aktiviti berjamuan ini akan tetap diteruskan, sebagaimana yg dinyatakan oleh ketua2 chef terDiva...  Apa nak pelik?  Diorang masak siap2 kat rumah, kendian bawa kat skolah...  Takder ganggu masa ngajar cikgu pon....  Dan aku, tetap bergelut dgn iltizam utk turunkan lagi berat ini, namun tak sanggup menolak hidangan2 superb mereka itu....  huhu...

Sabtu, 4 Februari 2012

BESARNYA JIWA KAMI YANG SATU...

Memang aku hangin satu badan malam Khamis lepas.  Bayangkan, sudah 2 minggu kami, warga Manek Urai, baik secara langsung atau tidak, sudah berpeluh hinga ke keting membuat persiapan utk menyambut ketibaan org no.2 paling utama di Malaysia, Tan Sri Muhyindin Yassin.  Dan semestinya beliau diiringi oleh org2 besar lain yg berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, seperti Tok Pa, Awang Adek, Dato' Ramzi, Dato' Nik Sapie, dan ramai lagi.  Kami sesungguhnya amat berbangga kerana kampung kami bakal dilawati oleh org2 besar tersebut, walaupun hati ini agak galau kerana sudah dua hari sebelum majlis bermula, bumi Manek Urai lecak ditimpa hujan yg menggila.  Memang padang SK.Manek Urai Baru yg menjadi lokasi majlis saling tak tumpah seperti bendang padi, tapi ia tidak mematahkan semangat warga kampungku utk berasak2 menyambut ketibaan org2 besar tersebut.


Mengapa aku hangin satu badan?  Mana tak hanginnya, bila penat lelah kami sedikitpun tak terpamer dlm laporan berita sebuah stesen televisen tempatan, memandangkan mereka hanya menyiarkannya tidak lebih dari 5 saat!!  Diulangi, 5 saat sahaja!!  Mangkuk punya orang!!  Mana mrk sanggup tayang, bila kami semua lencun ditimpa hujan???  Jadi, di sini dengan bangganya aku ingin memaparkan situasi kami, rakyat di Kg. Manek Urai semasa menerima kunjungan Tan Sri dan ahli rombongannya....


Warga SKMU (set jahak) 'betok' dijamu oleh KuMah yg masak begitu sedap dan spesel

Bposing sakan stelah menghabiskan 3 pinggan nasi dgn jeruk petai di rumah KuMah
Bgaya Diva, sehingga disalah anggap oleh makcik2, ingatkan kami ni VVIP, hehehe
AJK sambutan bersama pulut semangat memasing, walaupun berat, telah beratur seawal jam 2.30 ptg
Warga pendidik dan pegawai PPD dah nampak SATU di dlm majlis ini
Utk kali ke 5, hujan turun lagi ptg itu, mbuatkan AJK sambutan bsama bunga manggar mcari tmpat bteduh
Kami menanti lagi dgn sabarnya, setelah diumumkan oleh pengacara majlis, yg TPM akan tiba 5 minit lagi.  Perkara tersebut telah disebut sbelum ini, setengah jam yg lalu....
Sejurus sebelum azan Asar dilaungkan, TPM akhirnya muncul... kami berebut nak bersalam...
Beliau membalas salam kami dgn mesra dan bterima kasih krn kami tidak bganjak walau lencun kena hujan
Bahan bukti: meja tempat persegaran VVIP banjir, walau di atasnya berbumbung khemah nan indah
Pasukan sambutan drp pemalu rebana ubi, gong dan pemuzik dikir... basah juga
Hampir sejam, TPM dan org2 besar berangkat pulang, hujan jg sudah reda...
Operasi kami baru bermula - memohon sponsor drp Dato' Nik Sapie utk Mesy. Agung PIBG
Sambil menjamu selera, Dato' dan Datin mendengar penerangan kami, perwakilan drp SKMU

Dato' meluluskan budget kami, plus sumbangan utk anak2 yatim lagi... (berkat Datin asyik menggosok bahu beliau kot...  hehehehehe )
Misi berjaya! Gambar kenangan terpatri sbg bukti MOU kami suksess!!

So, terima kasih TPM dan kerajaan yg telah berhabisan puluhan juta utk bantuan BR1M, usaha membesarkan jambatan Manek Urai, serta terima kasih peribadi kami warga SKMU kpd Dato' Hj. Nik Sapie di atas sumbangan beliau utk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG serta bantuan kewangan utk anak2 yatim di sekolah kami..... Terima kasih daun keladi juga utk Yg Mulia KuMah di atas 'persegaran' yg amat spesel walau hanya mengambil masa sejam utk menyediakannya..... Kellaaasss kau KuMah.....  hehehe