KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 20 Januari 2012

SEMPADAN KASIH...

Jangan ingat manusia sahaja yg tahu kasih sayang serta ikatan.  Makhluk lain jg mampu membuktikannya, hingga membuatkan aku mengagumi kebesaran Allah Taala di atas kehebatanNya....


My pet, Jazz dan Kechik...

Pasti ramai yg tak heran bila melihat foto di atas.  Ia adalah suasana biasa seekor ibu kucing sedang berehat dan tidur bersama anaknya - yg tidak sama warna dengannya....  Malangnya anda amat jauh tersasar.  Kucing oren baka 'kucing hutan Norway' belaanku itu adalah jantan!  Dan yg sedang 'menumpang kasih' di sebelahnya itu bukan sesekali anaknya.  Anak kucing yg kami gelarkan 'Kechik' itu adalah kucing homeless yg ditinggalkan ibunya di belakang rumahku beberapa bulan lalu.  Memandangkan Jazz sering melihatnya sedari kecil lagi, maka ia tidak pernah marah bila anak kucing itu menumpang makan makanannya.  Malah, tatkala sejuk, si Kechik selalu menempel di sebelah Jazz.  Jazz pula tidak pernah marah padanya, malah selalu merapi bulu Kechik dgn menjilat2nya hingga bersih.  Bila Kechik meluru ke arah pinggan makannya, dan cuba merampas ikan bakar kepunyaannya, Jazz membiarkan Kechik makan terlebih dahulu.  Bila Kechik kenyang, barulah dia makan saki baki ikan yg ditinggalkan Kechik...


Hmmmmm.....   Kasih sayang dan cinta itu tiada sempadan....

Sabtu, 7 Januari 2012

RAHSIA KURUS...

Mesti ada yg gelak sampai guling2 bila baca tajuk entri aku tu.  Ye la, camana aku bleh nak bukak rahsia KURUS sdangkan aku sendiri takder la kurus mana...  Masih gedebok pun lagi....  Tapi, bagi yg telah lama mengenali aku, atau sekurang2nya lama mengikuti perkembangan blog aku, tahu dan faham la kan...  Memang aku masih nampak gemuk, sebab baru turun 11kg jewr.....  Aku patut turunkan berat ni sebanyak 25-30kg!!  Tapi itu adalah mustahil....  So, aku hanya sasarkan nak turunkan 15kg, thats mean 4kg lag perlu diturunkan.


Sekarang memang aku berada di tahap 'plateau' (betul ke dok ejaan, ntah la...).  Maksudnya berat kekal statik walau aku pulun diet pun.  Ini yg boleh buat sesetengah org akan meroyan dan emo, seterusnya akan give up utk teruskan diet.  Bagi aku yg beriklim tidak menentu ni, tak berapa 'berkudis' sangat dgn situasi ini.  Sementelah aku tahu punca penurunan beratku yg semakin perlahan dan terhenti, malah kadang2 naik.  Aku selalu cheat day dan langgar pantang!!  So, sendiri tanggung la kan.......


Berbalik kpd rahsia aku!  Seronok betul sepanjang 3 hari kat sekolah minggu lepas, selalu saja ada rakan2 dan member2 yg tersasul atau tak cam aku bila melihat aku dari belakang.  Mereka akan menyamakan aku dengan rakan lain yg mana antara TOP 5 paling KURUS kat sekolah ni.....  Hahahaha!!  Mana aku tak bangga?  Bila aku toleh, barulah semua nak tepuk dahi....  Pastu mula la tanya, camana aku buat sampai boleh nampak lebih kurus berbanding last time jumpa hujung tahun lepas (sebelum cuti penggal akhir tahun).


Aku cakap, aku tak turun banyak, cuma 3.2 kg jewr....  Mereka tetap tak percaya.  Tak caye, sudah.....  Tapi, memang la ada rahsianya, kataku.  "Makan ubat kurus yg mana?" yg dah tak sabar2 sorang tu, laju jewr potong ayat aku.  Ceh!  Ingat bila makan ubat kurus tu, boleh jamin kita akan kurus ker?  Aku makan ubat kurus, tak kurus pun!!  Aku tak makan, baru lah kurus.....  Rahsia aku, KECILkan utk jadi KECIL....


Maksudnya, aku tetap ambil juga beberapa hidangan 'terlarang' bagi atkiners cam aku ni, tapi dalam amaun yg amat kecil.  Tips ni sesuai bg sesiapa yg baru nak berjinak2 diet.  Jangan buat macam aku dulu!  Mula diet dgn ikut straight, tanpa pantang.  Memang boleh kurus cepat dan berkesan!  Tapi jiwa raga amat terseksa.  Bayangkan la, bila dah biasa ambik nasi 3 kali sehari, terus takbleh ambik dah bila diet.  Aku biasa minum air manis 4, 5 kali sehari, langsung dah diaramkan utk ambik bila stat atkins.....  Huh, memang meroyan wooo...


Sekarang ni, aku lebih selesa dgn cara ini.  Memang aku tak ambik nasi, tapi kalau terliur sangat, aku kenen la sesudu dua yg dlm pinggang anak aku.  Roti (karbohidrat), memang tak patut ambik kalau nak kurus.  Tapi, kalau tak ambik langsung, lagi kita susah nak kurus tau...  Takde tenaga nak wat senaman cam zumba atau aerodance plak....  So, ambik la sket, tapi hadkan kpd roti gandum penuh jewr la...  Jangan bantai roti pizza ke, ban inti coklat ker plak!!


Pastu, bab air manis.  Masa awal2 mula diet dulu, yg buat aku turun 4kilo dlm seminggu, memang la aku cuma teguk air kosong jewr...  Tapi jiwa aku macam hantu!  Sentap dan emo tak menentu.  Muka garang dan mencuka!  Senyum pun org lain bleh nampak la akan tawar hambarnya....  So, aku tukarkan skill.  Kalau dulu aku biasa minum air manis 4, 5 kali sehari, aku kurangkn kpd 2 kali, kadang2 sekali jewr sehari.  Dulu, aku buat air manis dlm mug!  Skarang aku hanya buat dlm cawan, tak penuh pun.  Pastu, bila nak minum, aku siap kongsi dgn anak2 aku!  So, secara emosinya, aku, konon2nya dah minum air manis (milo susu tepung), tapi hakikatnya, aku cuma minum seteguk dua ajer.....  Lepas tu aku bantai minum air kosong plak dua gelas besar!!  Perut aku penuh, jiwa aku tenang, sbab dpt minum air manis!!  Sebab dah memang tebiat manusia, yg dilarang itulah yg selalu nak dibuat kan?  Dah tahu air manis tak bagus utk diet, tp kita tetap nak minum jugak kan?  So, buat la camtu....  setakat ni, trik ni menjadi kat aku.  Maksudnya, aku memang berdiet, tp emosi aku tidak tegang dan terganggu macam cubaan diet aku dua tahun lepas.


Menu wajib aku setiap hari - srabble egg tomato...

"Yo ko ni Mc Tie...? Buleh la mung kosi secawe air nge anok2 mung..." luah salah sorang rakan aku yg mengadu semua bajunya makin ketat, sambil meneguk SEGELAS BESAR teh tarik di kantin.  Nampaknya dia masih ragu2 dgn rahsia kurus aku tadi.....  Huhuhu....



Jumaat, 6 Januari 2012

MY FIRST MABELES WEEK!!

Salam.  Memang ketara aku amat sukar utk update blog setiap hari skarang.  Kalau dulu, krn malas dan emo konon moody diet hancus bagai.  Skarang plak krn dah kmbali ke rutin azali, back to school, means 24 hours penuh dgn aktiviti2 yg tak terucap dan terduga.....  Huhu....  *alasan....*


Ada tiga bab dlm entri superb pack aku hari ni....  Bab 1 :  Hari Pertama Sesi Persekolahan utk 2012 ni....  Hujan renyai2 membuatkan murid2 tahun 1 yg baru pertama kali menyarungkan uniform skolah memasing menghadapi kesukaran ke skolah.  Tambah menyesakkan bila setiap drp mrk itu diiringi oleh ahli keluarga memasing.  Dan kat skolah aku ni, para ibubapa terlebiiiiihhhh sudah prihatinnya, siap datang jugak walau anak2 mrk dah masuk kelas 2 @ 3 @ 4 sekalipoooonnnnn.....  Takmo kalah ngan mak bapak budak2 Tahun 1...!!


Program Transisi Tahun 1

1st time rehat - ibu prihatin ajarkn anak cara2 nak makan di kantin

Namun ramai lg murid2 Tahun 1 yg steady jewr wat hal sndiri, takyak makbapak teman...

Bab 2 : Day 2 - Majlis Menghantar Menantu...  Istilah ini digunapakai secara meluas stelah seseorang pegawai kerajaan yg dinaikkn pangkat ke pringkat yg lebih tinggi lg...  Gb skolah aku utk tahun lepas dah naik pangkat jd pegawai di PPD Machang.  Hari ni nak hantar beliau la...  Walau sedih dgn perpisahan ini, kami redha...


Murid2 dan guru2 dihidangkan dgn tayangn Pdana kendalian Karl - buat kami sebak
Mantan gb skmu mberikn ucapn terakhirnya kpd kami
Bersalaman dgn murid2 kesayangan...
Kami mhantar gb ke PPD Machang siap dgn 3 dulang hantaran...
Timbalan Pengarah Pelajaran Machang serta pegawai2nya mengalu2kan kehadiran kami dgn mesra
Kami dijamu dgn hidangan roti jala dn puding roti spesel...
Kami mjamu perut di rumah gb plak dgn ikan puyu sambal cupu...
Terima kasih Ustazah (isteri gb, di belakangnya dlm gambar di atas).  Memang kami sedih dgn perpisahan ini.  Aku, sedih tahap gaban!  Sbab bagi aku, beliau seorang yg sporting dn mudah dibawa berunding - Boss yg mjadi harapan setiap staff la....  So, so long.....


Bab 3 :  Day 3 - Majlis Menyambut 'Menantu'...  Sekolah kami menerima kehadiran gb baru secara rasmi.  En. Radhi dr PPD Kuala Krai.  Memandangkn beliau pgawai PPD, semua staff PPD brarak datang hantar beliau ke skolah aku, dengan Pengarah Pelajaran sekali.... Huh, kali pertama aku nak jumpa ni... heh heh...


AJK Sambutan - agak2 serasi kewr? heh heh

PK 1 menyambut ketibaan Timbalan PPD...

Seterusnya gb baru kami serta rombongan dibawa ke Bilik Wawasan utk majlis sambutan serta jamuan.  Maaf aku tak dpt tunjukkan bukti2 gambarnya, krn terlampau kontrol skima, memandangkan aku terpaksa mengacarakan majlis itu secara 'add hok' (senario biasa melanda aku, maklumlah MC terDiva tetap sampai pencen di skmu ni), krn busy cipta pantun dan terkedu lihat wajah dan dengar amanat PPD baru, serta teruja menerima gb baru yg dah ada 2 cawangan tu, aku sememangnya langsung lupa nak snap gambo.....  Muahahahahaha....!!!!    Jangan tak caye........

Isnin, 2 Januari 2012

CDCS- Revealed....

Dah hari ke 2 di tahun 2012 ni...  Hujan kembali menyimbah bumi bertuah di kampungku ini.  Malah, di daerah Paser Puteh, khabarnya dah banjir dah pun.  Camana la diorang nak ke sekolah esok....  Kesiannya....


Semalam, secara rasminya, tamatlah Cabaran Diet Cuti Sekolah yg aku join di fb KMMK.  Bermula 25 November 2011 lalu dan semalam, yakni genap 6 minggu kami, insan2 yg nekad nak kurus berhempas pulas membuang lelemak yg menyaluti tubuh2 'munggil' kami ni.  Hehehehe....  Rakan2 lain, aku tak pasti, tp aku, memang banyak tershashulnya drp semangat!  Sementelah musim2 hujan dan sejuk cenggini, mudah sangat jiwa nak emo bila jarum timbang susah sangat nak berubah.  Makanya, aku berjaya turunkan 3.2 kg shj sepanjang 6 minggu CDCS....  Ok la kan?  Drp tak turun langsung...


20.11.11-Mula CDCS, 1.1.12-Tamat CDCS
Kalau ikut yg aku faham, kami kena pakai baju yg sama smasa gambar pmulaan cabaran.  Mungkin kat atas tu, t-shirt aku nampak berbeza, tp hakikatnya, baju sama tu...  Cuma, gambar mula tu, aku snap waktu siang, dan gambar tamat cdcs, aku snap lewat malam semalam...  Takder la beza mana pun, sebab turunnyer pun cuma 3.2 kg jewr..... huhu


Jeans saiz 36 aku...
Tp yg bestnyer, t-shirt merah (yg aku slalu pakai masa tengok bola kat stadium) aku tu, dah makin longgar.  Dan jeans saiz 36 aku kat atas tu, aku dah boleh londehkan/bukak tanpa perlu buka butang dan zipnya...!!!  Yer la kan, dah skarang ni pun aku memang pakai jeans saiz 32.....


So, thanks to all the CDCS' participents, members of KMMK.  You guys rock!!  Tahniah semua krn misi kurus anda bjaya, tak banyak, sikit pun, tetap kira kurus jg kan....?  Mantain?  Huh, itu lg hebat!!  Walau tak turun, sekurang2nya kita tak naik kilo, yg mana seterusnya akan mjadikn smakin GEMUK, betul taaakkkk?  * sila jawab BETUUUULLLL....*  Hehehehehehe......  Caiyok...!!!