KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 29 Oktober 2011

THE STORY BEHIND... Baju Rumah Biru...

Awal tahun lalu, Big Boss Rumah Biru bertanyakn pasal size baju T aku.  Kmi ingin menempah baju T utk semua guru penasihat Rumah Biru....  Alaaa... rumah2 sukan yg lain pon buat juga, lagi vogue dn kelasssss ada.....  Huh, aku dah tersedak!  Saiz T-shirt aku?  Malu weyh nak sebut....  Aku memang ngeri bab2 nak beli baju T.  Memang susah nak dapatkan saiz aku.  Dan bila dah ada yg muat plak, lengan yg asalnya pendek, dah jadi tiga suku.  Labuhnya plak dah macam T-shirt muslimah....  wakakkakaka!!!


Cakap terus-terang, tu T-shirt saiz XXXL la.....  Memang muat body mak yg gebu ni, tapi labuhnya, mak aaiii...  Well, demi nak tunjukkan semangat setiakawan, dgn merah padam aku angguk kepala bila taikun sebut saiz T-shirt tu secara berbisik....  kui kui kui....  Maklum ler, masa tu, memang diet aku ke laut!  Berat badan aku berada di tahap maksima....  *padan muka aku yg tak reti malu nih!*


Namun, kebetulan temasya sukan kami asyik tertangguh, dan hanya dilangsungkan minggu lepas.  Taikun kami still menggunkan saiz T-shirt lama utk aku....  Aku ada la cakap kat dia, aku nak saiz kecik sikit, memandangkn baju2 aku yg lain pon dah mula longgar...  Dia tak percaya... ( or maybe dia dah tempah awal2 lagi baju tu...)  Bila dia bagi baju XXXL tu kat aku, dah macam selimut lah jadinya *disertakan dgn special effect*


Haaaa..... tu la... org dah cakap, takmo percaya....  Nak tukar saiz, dah tak sempat, baju tu siap petang sehari sebelum temasya sukan, means awal pagi esokknya dah kena pakai.  Nasib baik ada baju-T utk guru lelaki (blengan pendek) yg saiz XL.  Aku nak yg L, dah takde...  Takper la, besar sikit pon...  Janji tak macam selimut.... kui kui kui...


Kira ok la tu... drp XXXL ke XL...  Tapi, semasa penat2 sukan hari tu, naik jg la sekilo berat mak... baru hari ni berjaya turunkan balik... huh....  Kesimpulannya, atkins aku utk oktober ni, tolak campur, kali dn bahagi, aku cuma berjaya turun 300g jer... wakakakakakaka...!!!!

Rabu, 26 Oktober 2011

AKU TAK BERDAYA...

Semasa menjemput anak sulungku pulang dari hostel 2 hari lepas, aku nampak dia berjalan seorang.  Tidak seperti kebiasannya, dia sentiasa dikelilingi rakan2, yg pada hematku sesetengahnya, nampak amat terlebih ceria dan gedik.  Sesetengahnya ketawa dgn nada suara yg tinggi, tidak sesuai bg seorg anak gadis...  Mungkin semuanya masih sibuk mengemas barang2, memandangkn cuti agak panjang sempena Deepavali, fikirku.  Dia masuk ke kereta dgn kebisuan yg menyesakkn.


Semasa lunch, tetiba jer dia cakap nak tukar sekolah!  Setelah di'edisi siasat', rupanya dia menghadapi krisis dgn kengkawannya, atau lebih detail, klipnya...  Mereka yg dahulunya 6 sekawan, telah bselisih faham sejak 2 minggu yg lalu.  Hingga sekarang, 5 org rakannya telah berbaik, tetapi menetapkn yg mrk takkan bdamai dgn anak aku, walaupon dia dah puas mohon maaf....  Entahlah... budak2 zaman sekarang ni....


Anak aku membawa diri dr group 'penjahat' (gelaran yg diberi rakan2 lain), dan seperti 'lone ranger' lah dia menghadapi hari2nya yg kelabu...  Itu takper, katanya.  Yg menyakitkn hati, budak2 ber 5 tu tetap selalu nak menyakitkn hatinya, dgn sindiran2 tiap kali berselisih dgnnya....  Makanya, selalulah anak aku hidup berendam air mata di hostel tu..... ( ewah! Itu ayat versi anak aku la...)


Sebagai ibu, aku hanya memapu menasihkn dia supaya bersabar menghadapi kerenah kawan2nya.  Aku ingatkn dia, bahawa dia tak rugi apa2 walaupon tak bkawan dgn budak2 tu.  Tunjukkn yg dia boleh survive tanpa 5 gadis getik tuh!  Lagipon, banyak perkara negatif yg dibawa bebudak tu dah mula menjangkiti anak aku.  Dia mjadi semakin biadab, berat tulang, mula menunjukkan kebencian kpd keluarga dn adik-beradiknya, dan paling menyakitkn hatiku, dia makin malas belajar!!  Kawan2nya itu telah dianggapnya seperti tuhan dn pakar rujuk dn pembuat keputusannya yg mutlak!!


Dia kulihat kembali bersemangat setelah mendengar peneranganku.  Harapnya, sikap dan semangatnya kembali selepas ini.  Entahlah...  zaman aku dahulu agak berbeza.  Aku tidak pernah mencari kawan, apatah lg nak bgantung dgn kawan.  Bukan riak, tapi, biasanya org yg akan datang bkawan dgnku.  Aku tak kisah kalau tiada yg duduk di sebelahku semasa study, atau ingin beriringan bjalan dgnku semasa ke sekolah.  Bjalan seorang pon, aku boleh smpai juga ke sekolah....  Tapi, ternyata akan ada saja mana2 teman yg akn menghampiriku, setiap masa dn waktu...  Aku minta dia cuba utk mbawa dirinya sebegitu...  Tuhan, bantulah anakku...






Anakku, ibu tidak tahu macam mana lagi utk menasihatimu.  Cuma, jadikanlah apa yg blaku sebagai pengalaman hidupmu.  Berkawan, tidak semestinya dgn yg itu saja... Jadikan semua insan yg kita kenal di dunia ini, sbgai sahabat kita...  Bila 5 mengundur diri, akn ada ribuan lg yg menanti...  Ingatlah, kawan bukan segala2nya...  Kalaupun nanti kau akan kehilangan semua kawanmu, ingatlah, keluargamu dan ibumu ini akan senantisa berada di sisimu...  Apa yg penting, majukan diri.  Bila bjaya nanti, semuanya nanti akan tpusu2 ingin bkawan dgnmu.....

Sabtu, 22 Oktober 2011

SUKAN BUAT ORANG TURUN BERAT BADAN, TAPI AKU?

Hahahaha!!!  Jangan melopong baca tajuk entry aku yg panjang kali ni...  Saje ler, sekali-sekala...  Betul apa!  Sekolah kami adakan temasya sukan tahunan minggu lepas.  Memang jauh tersasar dari musimnya, iaitu awal tahun.  Tapi, ada kami kisah?  Dah awal2 tahun hari tu, banyak sangat benda2 lain yg nak dibuat.  Sementelah konon2 nak tunggu budak2 darjah 6 tu abis UPSR, nak bagi diorang bersukan sakan....  So, di bawah ni sedikit sebanyak gambor2 yg menjadik konangan terindah kami sepanjang seminggu musim sukan ( hari latihan, saringan dan kemuncak sukan tahunan ).  Tapi, awal2 lg aku nak bagitau, semua gambar di bawah adalah dr point of view my friend, Karl...  Gambo2 yg aku snap still in my handphone...  Lagi pon, mana aku ada masa nak snap gambo masa sukan hari tu, kerana aku adalah insan yg paling sibuk (menyorak dn side coahing bagai...).  Tak percaya?




Sesi mengundi lorong oleh Cikgu Izwan.  Mahal 'topi payung' tu Duyu dop....


Antara murid yg menyertai acara larian...  Perhatikan telatah sorang cikgu yg bertopi koboi tu, begitu menyungguh memberi semangat kpd wakil pasukannya.  So, mana ada masa nak snap gambo...? hehehehe

Aku sedih bila melihatkn generasi baru (anak2 muridku) terkehel2 menolak tayar motor buruk tu.  Sorang pn tak reti!  Sedangkn waktu aku kecik2 dulu, itu adalah salah satu permainan mewah kpd kami.... huhu

Guru2 rumah Biru bganding bahu menyiapkn hiasan khemah.  Panik weh, khemah2 member lain dah comel-lote blako masa ni... Tapi, lastly, khemah kami dinobatkn sbgai Khemah Tercantik dlm temasya itu... ngeh ngeh

Orang kuat dn tersohor di SKMU...  Agak2 apa yg dikatakan oleh SU sukan (baju kuning) tu kot?  Mungkin : "Huh, kawe tok kesoh, uje ko, panah ko, suke tetap dijayakn denge ganahnyo...!"  heh heh

Acara perbarisan drp murid2 Pra Sekolah bsama guru mrk yg tervogue, Ajudin...

Rumah Biru, meme Biso sokmo2... kelih la 'cc' cikgu2 dio pulok... kah kah kah!

Tapi, personally, aku kagum dgn daya kreativiti Rumah Merah, dgn tema Ali Baba.  Fuhhh!! Meriah!!  Tapi kan, ingatkan mrk nak usung Puteri Jasmin, tup2 diusungnya Ali Baba... kah kah!!  Tahniah Cikgu2 Rumah Merah...

Acara terakhir dan kemuncak hari tersebut, tarik tali.  Rumah Biru Johan!  Cikgu yg btopi koboi coklat tu sampai nak bdarah kerongkong, menjerit dan beri semangat kat anak2 buah dia, mana la tak menang....



Temasya sukan tahun ini sekali lagi memperlihatkn keputusan secara keseluruhannya, Rumah Kuning menjadi Johan, diikuti Rumah Biru, Merah dan tempat keempat sudah ditempah awal dn kekal selamanya (sebagaimana yg diberitahu oleh Ustaz Ya) menjadi milik mutlak Rumah Hijau....  Tahniah dn terimakasih kpd semua rakan2 guru dn pihak ptadbir diatas kerjasama kalian.  Memang best dan happening....


Berbalik kpd tajuk entry aku tadi, orang lain memang boleh kurus krn penat bersukan dan mjayakan aktiviti sukan tersebut.  Aku?  Tidak sama sekali...  Siap bertambah berat badan.  Mana taknya, bila penat terjerit2 dan berjemur panas di padang, diet aku terus hanyut ke laut.  Hahaha!  Siap makan nasi bungkus lagi!!  Bici, jangan marah.....  Seminggu sukan dan cheating day semalam, berat aku naik 700g!!  Hambik kau...  Pagi ni baru start atkins balik.....  16kg lagi perlu diturunkan Mc Tie weh......

Rabu, 12 Oktober 2011

KALAU DAH BANGANG...

Aku memang hangin la memikirkan sikap sesetengah manusia di muka bumi ni.  Manusia yg rasa diri bijak pandai, walhal bangangnya tahap gaban!  Aku tak kata la aku bijak, pon bukan tahap bangang macam diorang.  Eh, pehal emo semacam jer makcik nieyh...?  Mesti ada yg heran kan?


Takder la...  Dalam dunia ni, ada pelbagai jenis diet yg menjadi amalan manusia.  Diet rendah kalori, diet rendah lemak, diet rendah kolestrol dan macam2 lagi.  Namun, ada juga diet yg guna istilah 'tinggi' (walau objektifnya yg nak rendahkn kilo yg semakin memberat tuh!), macam yg aku dan sesetengah geng amalkan, diet tinggi protin, iaitu diet atkins.  Bagi mereka yg biasa mengamlkn diet atkins, sememangnya sudah faham akan segala sifir dan apekendenye lagi yg berkaitan dgn atkins, iaitu BOLEH ambil apa saja, kecuali benda2 yg mengandungi KARBOHIDRAT dan KALORI.


Kalau aku nak eksplen pasal karb. dn kalori plak, sah 5 tahun x habis.  Dan semua dah tahu benda2 yg ada 2 unsur di atas kan?  Kalau x tau jg, cari la sendiri....  Apa yg aku emo ialah, kenapa ada jg manusia yg susah sangat nak faham pasal nutrisi makanan, tapi ada hati nak KURUSkan badan.  Maksudnya, mereka nak kuruskn badan tanpa memahami/mengetahui sedikit sebanyak ilmu2 tentang pemakanan.  Bagi mereka, diet bermakna kurang makan @ tak makan langsung @ skip makan...  Bengong....


Aku lagi emo bila membaca sesetengah catatan mereka yg fail diet ni, menghentam dan menyalahkn makanan @ teman yg dah bjaya kuruskn badan.  Terbaru, ada yg hentam pendiet2 yg x makan nasi (macam atkiners), konon kami pembohong.  Bagi mereka, kami anti nasi, benci nasi, lupa asal-usul, blagak nak jadi mat/minah salleh krn cuma makan lauk, dan macam2 lg la....  Kuat bebenor mrk mpertahankn yg nasi x menggemukkan!


Hoi...! Cik Kiah / Dollah Chantek....!!  Kami, para pengamal diet atkins tak kata nasi boleh menggemukkan la...  Kami tak makan nasi krn ia ada karbohidrat.  Bukan nasi aje yg kami xbleh ambik tau, malah unsur karb. lain macam gandum, oat dan bijirin lain pon tak boleh....  Kalian kena faham.  Diet atkins ni, kena ambik banyak protin, diulangi PROTIN...!!  Ni tak, semuanya melopong tengok aku makan lauk, seperti iakn atau ayam tanpa ambik nasi....  Hissssyy.... susah la...  hari2 nak kena eksplen....


Ada jg yg siap hentam, mrka tak kurus2 pon walau dah tak makan nasi macam aku jg...  Bila tanya, dah dibahamnya roti, kuih-muih bagai.....  Alahai....  nasihat ikhlas aku, sila la but kajian dan pembacaan hingga korang paham dulu pasal pemakanan ni wahai sedar sedari sebelum nak berdiet demi memastikan berat badan tu berjaya diturunkan.  Jangan terus main ikut jer, pastu bila tak bjaya, seronot mulut longkang tu mengeji kami, kata pembohong la bagai......  huh....

Selasa, 11 Oktober 2011

TIADA YG TIDAK BENAR, MELAINKAN BENAR-BENAR BELAKA...

Apa yg benar?


Ni haaa........


*

*

*


Semasa 7 hari atkins...  turun 2kg++
Sebelum atkins, baju tu dah tak muat, selepas 7 hari atkins, jadi muat, tp skirtnya ketat.  Lengan pon nampak gelembung semacam jer lagi kan.....


*

*

*

Hari ini, 50 hari atkins ( tolak dua, tiga belas hari yg aku langgar pantang dan cheat day bagai..)

Turun 8kg jer...  tapi aku tau la badan aku tetap menyusut saban hari...
 Skirt dah longgar tang ponggong tuh, lengan pon dan tak ketat dan gelembong.  Tetiba skirt tu jadi labuh.  Biasanya, asyik sangkut kat ponggong, kui kui kui....



Kesimpulannya, sesungguhnya benar apa yg dikatakan oleh taikun2 atkins aku, walaupon timbang tak turun, tak bermakna kita tak KURUS.  Walau berat kita still sama, namun badan kita tetap MENGECIL/KURUS.


Tahniah kpd Fizah 'Moh.. dayed' blogger sebab begitu banyak turun kilo dlm masa yg singkat ( heh heh, bagi aku, itu pon dah lama tuuuu....) dgn atkins.....









Isnin, 10 Oktober 2011

AKHIRNYA, KAU MENJADI MILIKKU...

Sudah sekian lama aku menyukainya secara diam.  Cintaku, pandang pertama padanya.  Setelah melihatnya kali pertama beberapa ketika dahulu, hatiku berdetik, dia adalah cinta hatiku!  Aku akan pasti memilikinya!!  Walau bukan sekarang, satu hari nanti......  Dan akhirnya, jodoh kami tiba jua...



*

*

*

*

*



Ooppss...  tersilap plak....!!

*

*

*

Yang ini sebenarnya.....




Ngeh ngeh ngeh...  dah khatam dah pon....  Sebelum ni, asyik baca blog dia, rasa tak puas sebab ngadap notebook.  Bila dah baca book gini, lebih selesa.  Boleh bawa ke mana2 plak tu!  Memang menambahkan semangat utk tetap tabah berdiet bila baca buku adik Dzul ni.  Dan, yg paling nyata, aku berani buat sesuatu setelah membaca buku ini - Cheat Day!



Bermula dgn membelasah roti planta pebret aku, disusuli dgn 6 ulas durian ( hingga kepala sakit macam nak meletup semalam ) dan tanpa segan silu makan 2 potong kek coklat yg member buat kat skolah semalam....  Hmmmm...!  Puas hati aku.


Ilmu kedua yg aku dapat, takmo timbang tiap2 hari.  Dulu rasa berat hati nak berpisah dgn penimbang digital baru yg aku beli khusus utk atkins tuh.  Tapi, selepas lihat penurunannya yg spti siput tu, buat aku emo jer.  Setelah yakin dgn saiz aku yg berubah dan agak 'menipis' ni, so, rasanya baik timbang seminggu sekali jer, ye dop....

Selasa, 4 Oktober 2011

KEMBANG HABIS...

Pagi ni aku tersengih sorang2 tatkala menyarungkan baju Hujan Panas (ikut kata Ustazah Asiah) ku.  Pestaim aku pakai baju ni, masa sambutan merdekaraya hari tu.  Agak 'mengening' sket kat perut masa tuh.  Tapi saja aku buat2 kontrol ayeuw time tu...  Tapi pagi ni, nampak sangat longgar dan selesanya!  ( Ke aku jer yg perasan, tak sedar diri, tak tau la....  Errr... korang boleh muntah sekarang )


Sampai di sekolah plak, ada dua orang member aku membisikkan ayat keramat kat telinga aku.  "GB kata, Sitijay nampak kurus sket sekarang.  Menjadi yer diet tak makan nasi," kata budak bawah umur, yg selang beberapa jam kemudian diulangi plak oleh Yg Mulia Ku Mah.


Aawh....!!  Dug dag dug!  Kembang habis segala yg boleh kembang rasanya!  Kot kalau cerita kartun tu, sah masa ni akan keluar kepak kat belakang aku, kemudian aku akan terbang perlahan sambil mata terpejam!  Ceh!!  Perasan la tu.... ( muntah la kalau korang nak...)  Yes!  Memang aku perasan!  Aku bangga kerana big boss aku sendiri 'perasan' akan perubahan fizikal aku ( walau tak ketara mana pon...).  Sebelum ni dia hanya memerhati sambil tersenyum aku menepis segala ajakan dan godaan member2 supaya aku makan nasi macam diorang.  Semalam dia telah mengeluarkan komen tersebut.  Huh, bangga kuasa 3 juta la aku....  huhu


Big Boss aku (baju melayu kuning) bersama sebahagian drp Set Jahat...


Dan sehingga aku post entry ini, masih ada lagi member2 yg pelik melihat aku makan kerabu pucuk paku sahaja semasa jamuan tadi.  Walhal, kami berjamu selera sakan dgn sup tulang, ulam-ulaman dan pelbagai dessert yg memukau!  Mekacih Cikgu Sup sebab menjamu kami.....

Isnin, 3 Oktober 2011

DOWN...

Salam.  Semakin aku godek dan selongkar blog2 diet serata alam (maya), semakin down lpak rasanya.  Mengalahkn kereka yg broke down!  Memang tidak dinafikan, ramai juga yg menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat, seperti Nadia, Faiz, Mia, Bici (sekadar menyebut bebrapa nama, padahal ramai lagi).  Namun, ramai lagi yg mekin membuatkn aku rasa betapa susah dlm usaha untuk turunkn berat badaku yg gebu dn mekar ini.  (ewah!)


Mana tidaknya.  Aku mensasarkan utk turunkn sekurang2nya 20kg (jika berjaya la...).  Bermakna aku sudah cukup berpuas hati bila nanti berat aku 60-62kg! (kepala 6 tu...).  Huh, kalau bjaya, itu satu pencapaian yg Maha Besar dan kelas MUSTAHIL la bagi diriku yg jenis tiada erti kesabaran dan kecekalan ni...  Tapi, bila tengok member2 diet lain - 60kg tu adalah TERLALU GEMUK bagi mereka.  Cakap senang, aku tetap GEMUK walau nanti dah turun 20kg++......


Hadoiiii......  memang down sesangat bila memikirkannya.  Bagi org yg jenis gempal macam aku ni (perasan la pulak), 55-60kg tu dah nampak kurus tau secara fizikal.  Aku dulu masa ambik SPM pon berat 50kg.  Tapi, sumpah tak tipu semua kata aku kurus kering.  Berat aku masa bergelar isteri ialah 60kg!  Memang aku tau ada yg kata 'berisi', tapi still mrk x kata gemuk.  Agaknya, sajer2 ler telinga aku takmo dengar segala umpat keji kat belakang aku kot.....  Entahlah.....


Bila down gini, rasa nak 'beragam' cam kucing aku ni jer rasanyer...

Ahad, 2 Oktober 2011

BEFORE N AFTER (Versi 1)

Mak tak kira kot lepas ni ramai yg terguling2 dan terus muntah hijau.  Tak kira!!  Orang lain, kot dah turun 10-15 kg baru tunjuk gambo Before n After...  Ini aku, hek eleeehhh....  baru turun tak sampai 7kg pon dah nak over!!  Ada mak kisah....?  Harap dgn penempekan gambo2 ni, akan menambahkan lagi daya usaha dan semangat aku serta semangat sesiapa sahaja utk teruskn perjuangan kami utk KURUS....



Di saat diet aku hanyut ke laut - 82.6kg...


Nampak tak lengan mak yg sasa lagi macho tu?  Hulk pon mau ngeri tengok tu....  hhhhhhh....

*
*
*
*




Aku semalam...( maaf, posing sorang2. malu nak minta tolong MIS )

Yes!  Memang tak berubah mana pon...  Kilo pon bukan menjunam pon turunnya.  Tapi, bak kata adik Zul (taknakgemok.com), size does matter!  Aku dah boleh sarungkan balik baju tuh!  Muahahaha!!  Sebelum ni tak muat...  tersangkut kat lengan, dada dan ponggong.... huhu....



Kenaper...?  Tak percaya yer....?




Bahan bukti :

Walaupon malu2 taik kucing yg melampau, mak tunjuk ler juger berat latest mak semalam.


Itu berat dan hasil sebulan Atkins.  Atau sebenarnya tak selayaknya aku panggil atkins kerana aku telah melanggar segala pantang-larang atkins tahap gaban.  Gara2 salah faham maklumat (alasan...).  Huh, harap pasni, aku akan lebih dedikasi dlm brdiet.  Cuma, setelah terlampau banyak menggodek maklumat diet yg pelbagai tu, rasa berat plak nak terus atkins.  Gatal nak cuba diet lain plak! ( Hah! Penyakit lama aku dah mula datang balik!)  Jenis tak reti nak bersabar dan mudah bosan....  Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini....