KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 30 September 2011

SALAH FAHAM KE... @ MENGAJI TAK ABIS..?

Minggu yg agak down juga bagi aku yg gebu ni...  Berat turun, alahai... semacam siput menopous!  Salah aku ker?  ( ek eleeeh... still takmo ngaku lagi...).  Jika benar, di mana silap aku???  ( lagi buat2 tak tau... )  Sudah semestinyalah, terletak pada yg 1 ni!  Bukan 1Malaysia...  juga bukan Allah Yang 1....  tapi,  nafsu.


Hey...  janganla pulak lepas ni semua korang lari lintang pukang dari aku!!  Bukan nafsu seks atau apa2 yg sewaktu dgnnya lah!  Tapi, nafsu makan....  Huh, susah betul nak tahan selera weh....  azab!!  Dugaan dan ujian (bukan ujian bulanan yg perlu diduduki oleh murid2 aku) silih berganti.  Makanan yg sedap dan menyelerakan itu ada di sekelilingku.  Abis, takkan aku tahap kena pegi menetap di bumi Afrika yg rata2 penduduknya kebulur tak makan tu kot.....  ( sekali lagi, alasan cik kiah hoiiii....)


Diringkaskan, sebab tak brape puah ati dgn perkembangan diet aku ni, aku bazirkan masa ku (drp asyik fikir pasal makanan jer) dgn menggodek2 semua blog2 yg berkaitan atkins.  Dan, walaupon tak berapa khatam mana lagi, aku dah dapat deteck beberapa kesalahan yg buat, yg membuatkan diet atkins aku hancusssss.  Tolak campur, kali dan bahagi, kesimpulannya awal2 lg aku dah kantoi bab pemahaman pasal atkins ni rupenya.


INDUCTION
Sebelumnya, aku tau la, Induction utk atkins ni minimanya 2 minggu.  Aku ingat tak terjejas la diet aku jika aku cuma buat 2 minggu induction.  Tu pon banyak sangat melanggar pantang larangnya.  Baru aku tahu sekejap tadi, yg induction ni harus dilalui oleh pengamal diet atkins, antara 2 minggu hingga berat badan yg kita sasarkan nak diturunkan tu tinggal 3,4 kg jer lagi.....  Habis, target aku nak turun 20kg ( padahal patut turun 30kg la...).  Aku kena tunggu berat aku dah turunkan sebanyak 16kg ke atas, baru aku boleh keluar dari Fasa 1 (induction) tu.  Sekarang baru turun 7kg lebih.  Ntah tahun bile baru aku boleh masuk Fasa 2! kah kah kah!


Nasiblah...  maafkanlah diriku ini.  Ibarat buah cempedak di luar pagar korang la jugak...  Huh, aku akan pastikan aku akan follow Induction Phase tu dgn lebih dedikasi selepas ini.  Ewaaahhh....


SIZE DOES MATTER!!
Salah faham yg kedua ni buat aku happy sket.  Rupa2nya, kita tidak semestinya akan mengalami penurunan berat badan (yg banyak dgn cepat) dlm beratkins ni.  Cara kedua nak tahu keberkesanannya, kita kena kira ukur lilit, mana2 bahagian badan kita.  Kalau timbang tak turun kilo, tak semestinya atkins kita ke laut.  Ukur lilit secara berkala (macam timbang), pasti kita akan dpt kesan perubahan inci/cm yg semakin mengecut tu...  Ala... cakap mudah, jika sebelum ni, baju kebaya kuning tu tahap nak merekah bekas jahitannya bila kita pakai dulu, tapi sekarang dah muat.  Itu tandanya saiz badan kita mula menyusut.  Jangan sedih walau timbang berat, turunnya hanya ciput....  Oooow... begitu.....


Hati yg bernanah tadi kembali membunga bila dah faham pasal item ke 2 tu....  heh heh heh!  Aku pon mengalaminya juga.  Baju2 yg sebelum ni mula nak menjadi seperti balut nangka bila disarung, sekarang dah longgar balik.  Tapi, kalau tengok sekilas, memang tak nampak sangat perubahan fikikal aku ni.  Tetap gebu juga.... hehehehe!  Lambatnya rasa menantikan detik badan ni mengecil tahap org semua boleh nampak!!  Sabar aje la.....


Gambar 3 bulan lepas, disaat berat aku mcapai tahap maxx kuasa 3 juta.  Muahahaha....!! 
p/s :  Ntah bila boleh tunjuk gambo before and after...  sebab imej sekarang pon takder beza sangat pon dgn yg before tu... kah kah kah!!

Rabu, 28 September 2011

Wordless Wednesday... SLEEPING BEAUTY..


BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR...

Aku tak pasti la blog aku nanti akan mudah ditemui atau terus invisible jer drp semua kengkawan.  Maklum ler, gatal tangan plak nak cuba template baru setelah berhari2 'diusha' supaya menukar kpd yg baru.  Katanya, lebih canggih-munggih, mudah, menarik dan bla bla bla.....


Pening juga masa memula tadi...  Maklumlah, aku ni duduk dlm kategori 'buter IT'....  Ibarat kata pantun :


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Ewaaaahhhh....  pasni ada la yg bantai gelak kat aku sampai guling2...




Gambor masa diet aku hanyut ke laut dulu....  sedang kelek buah cempedak kot... heh heh



Selasa, 27 September 2011

BELAJAR DARI KESILAPAN...

Bangga dan kembang lubang hidung tahap gaban pagi ini tatkala Inchek Suami a.k.a MIS memberi komen ringkas (dia yg memang terkenal dgn 'berat mulut'nya itu...) " Tie dah nampak kecik sikit dah dari biasa..."


Owh!  Owh!!  Istilah KECIK tu amat besar maknanya bagi aku yg bersaiz BESAR ni tau.....  Walau rasa nak meloncat2, aku tetap kontrol ayu, cuma bterima kasih di atas perhatian dan pujiannya ( harap dia ikhlas la...).  Memang semasa timbang pagi tadi, ( sebelum dia bangun ) aku dah pon lega giler, coz akhirnya beratku turun 600g berbanding kelmarin.  Mungkin berkat aku kembali ketatkn semua diet atkinsku, ditambah dengan sesi tarian salsa dan mereggae yg aku buat petang semalam.  ( eleeehhh... setengah jam jer.. )


Memang aku dah serik melanggar pantang atkins ( yg over2 la.  Kot pantang kecik2 tu takper kot.. heh heh).  Azab dan sakit hatinya, hanya aku dan Allah saja yg tahu.  Seminggu, minggu lepas, amat mengecewakan.  Bayangkan, hanya turun 100g a.k.a 0.1kg!!  Semuanya gara2 kebodohan aku membiarkan diri 'ternoda' dek hasutan nafsu selera kpd buah DURIAN...  Salah aku juga.  Salah faham tentang maklumat yg aku dapat sebelum ini.  Rupa2nya durian amat2lah PANTANG dalam atkins....  Namun, seperti kata salah seorang watak dlm filem Twilight Eclipse - kita hanya akan belajar sesuatu bila kita melakukan kesilapan.  dan kita akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan utk memahami dan mempelajari semuanya di dlm hidup ini - lebih kurang la...





Aku pon nampak gayanya telah belajar dari kesilapan...  Namun, aku rasa satu perkara yg pasti di sini - 'pembelajaran' aku ini teramat perit dan menakutkan.  Terus membuatkan aku serik.  Harap2 betul2 serik, heh heh!  Mana tau, kot lepas ni, bengong semula.  Minta jauh la....  Well, harap aku mencapai target, sebulan atkins turun 8kg!  Ada sekilo, lebih2 sikit ( tak boleh terima kenyataan tu ) jer lagi perlu aku turunkan sebelum Sabtu depan.  Insyaallah.  Caiyok!  Caiyok!!

Ahad, 25 September 2011

AKU TERNODA...

Bengang betul rasanya aku sekarang ni!  Terasa sia2 usaha seminggu berdiet.  Penimbangan setiap hari, banyak naik dari turun.  Khamis lepas, gila2 aku berfutsal, esoknya turun 100g jer!  Uwaaaa.....  Nampaknya minggu ke 3 aku atkins, nak turun 1kg pon dah mustahil.


Dan Jumaat lalu, kerana tak tahan godaan dan rayuannya, aku akhirnya tewas dan tersungkur di kakinya.  Terkulai aku dalam dakapannya.  Setelah sekian lama aku berusaha mempertahankan maruah diri, akhirnya dia bersorak riang kerana berjaya mencarik-cariknya.  Segala2nya bermula dengan air kelapa muda dan cucur kodok.  Memanglah, sesuatu yg menjadi larangan itu adalah terlampau nikmat utk dikecapi.  Setelah sekali terpalit noda, kuulangi lagi tengahari itu dengan hanyut bersama kuey teaw sizzling (aku cuma makan ayam dan telur je), petang, sekali lagi tewas pada godaan spaggeti meatball pula.  Walaupun cuma separuh, makan, tetap makan.  Huh, kalah jalang jadinya....





Betul la kata Bici.  Bila tension, aku makan.  Tapi, lepas makan, aku jadi lagi tension kerana menyesal makan!!  Chet!!  Sudahnya, timbangan rasmi utk minggu lepas, aku hanya berjaya turunkan 100g jer...  Uuwaaaarrgh...!!  Sedeiyhnyer....


Maka hari ini, aku berjanji pada diri sendiri agar tidak membiarkan dietku ternoda dek hasutan nafsu selera.  Insyaallah...  aku kena lebih berusaha.  Nampak gayanya, body aku dah takmo terima diet tanpa senaman.  Walau tubuh aku mengecil, tapi timbang susah turun.  Bila timbang tak turun, semangat aku cepat luntur.  Kena atkins dan bersenam la pulak minggu ni.  Kita cuba tengok...



Khamis, 22 September 2011

HAH, SUDAH....

Naik penimbang pagi ni, rasa nak menangis.  Berat masih macam kelmarin, tak turun2 walau seciput.  Ceh!  Apahal ni?  Aku takde la melanggar pantang yg utama2 tu semua.  Alahai... tu mujur le statik.  Kalau naik, camana?  Ayat memujuk aku lontarkan pada diri sendiri.


Ni mesti gara2 3 ulas durian yg aku belasah petang semalam!  Aku cuba mencari 'pesalah' utk ditudingkn jari.  Tapi, seingat aku, Bici ada kata dlm entry dia, yg makan durian, takpe....  pening, pening.  Tak pon, sebab aku curik2 makan kacang masa tengok bola semalam kot...  Sebab tension dan berdebar melihatkn si Apeq berhempas pulas menjaga gawang dari dibolosi penyerang Jepun, aku rasa, banyak jugalah kacang tu aku kunyah....  Tapi, lepas tu, aku terus minum air banyak2....  huh, tak boleh jadik nih!!!  Terus aku sarung track suit utk ke sekolah.  Tak nak pakai baju batik la.....


Dan kat sekolah pagi ni, aku 'memperbodohkan' diri bermain futsal dan lompat getah dengan murid2 aku.  Mereka memang la seronok sebab dapat kalahkan aku!  Seronok berkejaran dan bertempik macam tak ingat dunia, aku terkesima (ewah!) bila melihat GB aku tersengih2 memandang kami di tepi padang.  Huh, kantoi la pulak...  Ah!  Aku rasa dia tengah tengok member aku si Adi tengah latih budak2 main bola tu....  Aku main lagi sampai rasa nak rebah...


Huh, dah lama tak keluarkan peluh macam ni...  Kalau esok tak turun kilo jugak, tak tahu la aku nak kata apa...  Cuma, harap aku tak mudah putus asa.  Kawan2, doakan aku supaya tabah ye...

Rabu, 21 September 2011

GUNA UBAT APA..?

Hahaha!  Aku sudah mula menerima soklan2 cepumas dari member2 ( bukan bespren terdekat la ).  " Mu make gapo pulok lo ni Mc Tie?" ( awak makan apa pula sekarang ni Mc Tie? )...  Hahaha!  Aku gelak tu bukan kerana seronok sakan mereka perasan aku kurus SIKIT.  Aku gelak kerana semuanya tahu yang aku dan ubat kurus tidak boleh dipisahkan....


Memang betul.  Cakaplah apa saja ubat, suplement, pil atau meal replesment setiap jenama yg terjual di pasaran tu, semuanya aku dah pernah cuba.  Dari yg paling murah hinggalah yg nak cecah ribuan ringgit.  Sampai terketar2 tangan membayar, aku rela.  Orang lain senyum ke telinga dapat beli gelang emas, aku sanggup pejam mata kat gelang2 tu semua.  Lebih rela masuk kedai ubat atau toko jamu daripada jenguk kedai emas!  Ceh!!  Hasilnya?  Tak KURUS pon......


Mana nak kurus?  Bila cuba mana2 ubat kurus tu, bukannya aku reti nak bersabar.  Mesti nak cepat dapat resultnya!  Bukannya aku reti nak ikut betul2 aturannya.  Belum habis sekotak cuba jenama A, aku dah beli yg jenama B plak.  Lusanya beli yg C...  Begitulah selalunya.  Semua tak percaya bila aku kata, aku menggunakan hampir separuh dari gaji aku setiap bulan buat beli benda2 tu semua!  Bengong betul aku...


Sebab itu sehari dua ni, selepas aku muat memakai baju2 lama yg saiznya sedikit kecik dari yg semasa, ramai tanya, aku makan ubat kurus jenama apa pulak sekarang ni hingga berjaya turun lebih 6kg dah....  Jus Mate Five?  Tidak...  Litchin?  Tidak..  Secret Churos?  Tidak.. Sendayu Tinggi?  Tidak...  Yang murah lagi la, kataku.  Jamu mak dara?  Bukan...  Yusmira Halia Bara?  Bukan juga...  Teh orang kampong?  Juga bukan.


Hoiii!!!  Cakap je lah!  Mereka dah mula cuak.  hehehe....  Aku minum air kosong banyak2 setiap hari!  Semua senyap.  Pastu bantai gelak2 kat aku kuat2!!  Mc Tie kuruskan badan tanpa guna ubat kurus..???  Seronok bebenor diorang mengejek dan mencela aku... (ejekan manja tu).  Tak percaya, tak kisaaahhh.....  Memang itu pon ubat kurus yg aku guna sekarang ni!!  AIR PUTIH.  Berkat ambik maklumat drp rakan2 blogger yg dah berjaya turunkan berat badan tu semua.  Aku cuba ikut.  Sejelasnya, program diet atkins.  Aku tak makan nasi, roti dan seumpamanya serta tak ambik air manis.  Tu je rahsia aku sekarang ni....


Berapa aku dah habis bulan ni buat beli ubat kurus?  ZERO.  Duit aku tak luak langsung.  Malah bertambah jimat.  Jimat sebab tak beli ubat2 kurus.  Jimat sebab tak payah beli nasi setiap hari.  Duit aku luak cuma utk beli sayur, ikan dan buah ( tu pon MIS yg banyak beli...).  Hahahaha!!  Pasni, aku boleh saving la duit gaji tu...  Boleh buat pergi Mekah, ye dop...?

Ahad, 18 September 2011

KINI BARU KU TAHU...

Perlukah aku berbangga dengan hasil penurunan 6kg? ( 2kg semasa bulan Ramadan, 4kg semasa 2 minggu induction atkins ).  Entahlah...  Memang tak nampak perubahan pon fizikal aku ni, kalau orang lain tengok.  Hanya aku yg tahu, bila bajuku sedikit longgar.  Semasa sembahyang pon rasa ringan dan mudah sket nak duduk bangun tu... 


Semalam MIS tanya aku, kenapa aku give up tahun lepas, padahal aku sudah pon berjaya turunkan 10kg masa tu?  Dia sekarang ni memang individu utama yg memberi semangat dan sokongan kat aku utk kurus sekarang ni.  Dulu pon macam tu juga.  Tapi, setelah dia jatuh sakit, perhatiannya terhadapku pon kurang.  Aku pon mula la kendurkan misi kurus demi memberi tumpuan dan perhatian yg lebih utknya.


Namun, dalam banyak2 sebab tu, ada sebab yg utama diet aku tahun lepas tak menjadi.  Dan hanya sekarang baru aku tahu dan faham situasi aku waktu itu.  Masa tu, waktu dah turun 10kg, memang aku makin berkobar la nak kasik turun lagi 10kg.  Baru aku bleh nampak kecik sket...  Tapi, bayangkan, dalam 2 bulan, takde berlaku sebarang penurunan pon!!  Ceh!  Aku yg dah sekian lama tension tak makan nasi ni, memang down gila babi la masa tu.  Aku mula la amik nasi, dari 2,3 hari sekali, terus ke sekali sehari, hingga ke 3 kali sehari!!  Dalam setahun, berat aku kembali ke asal - obes tahap gaban...


Cuma sekarang, aku mula kembali diet, setelah mendapat galakan daripada semua rakan, keluarga dan khusunya, rakan2 blog diet...  Sementelah aku mencuba diet atkins ni, memang berkesan, tanpa perlu guna macam2 produk kurus yg mahal nak mampos semua tuh!  Aku memang dah berhabis ribuan ringgit tau sebelum ni, buat beli ubat kurus.  Hampes tak jadi, selagi aku makan nasi...


Baru hari ini jugalah aku faham dan mengerti, mengapa berat aku berhenti turun selepas turun 10kg tahun lepas.  Rupa2nya waktu itu, aku mengalami situasi yg dipanggil PLATEAU.  Iaitu badan kita berhenti beri respon kpd penurunan, atas sebab2 tertentu sehingga beberapa waktu (ikut fahaman aku la...).  Berat kita akan turun semula selepas itu.  Sayangnya, waktu itu, aku tidak tahu akan perkara itu.  Bila berat badan berhenti turun, terus down!  Alahai....


Gambar waktu turun 10kg tahun lepas.  Aku tetap la giant, cuma at least, dagu aku dah boleh nampak.  Sebelum tu, muka cam bolesepak jewwwrr....(masa tu, baru aku baru boleh pakai semula baju 8 tahun sebelumnya)


Gambar kat atas tu, the one and only bukti penurunan aku masa tu.  Sampai sekarang aku terkilan kat diri sendiri, kenapa la aku bangang sangat tak amik gambo banyak2 masa kurus sekejap tuh!  Konon aku nak tunggu kurus lagi 10kg, baru nak tunjuk bukti...  Sementelah aku dulu memang trauma amik gambo.  Ngeri bebenor nengok ghupe aku dlm gambo....


Masa berat yg over gila sebelum puasa lalu.  Jubah tu ketat kat punggung dan pewut.  saja aku tutup ngan tangan.  Skarang ni jubah tu dah longgar sket


Aku harap aku berjaya turunkan lebih dari 10kg utk misi kali ini, sebelum diserang plateau sekali lagi.  Lagipon aku dah mengerti dan faham akan situasi itu...  Huh, tengah semangat neyh!!!  Gambo terkini?  takder bezanya fizikal aku dgn yg dlm jubah itam kat atas tu...  Cuma longgar sket jeewwwr...  Oh, tak sabar rasanya nak tunjuk gambo before and after cam member2 yg lain.....  Sabor aje lah...

Sabtu, 17 September 2011

APA SALAH KU...?

Dari hari Khamis lepas lagi jantung aku dok dag dig dug.  Mana taknya, bangun pepagi, timbang, naik 100g!  Alaaa....  100 gram jer tewwww....  aku menyedapkan hati.  Padan muka!  Dah semalam bantai rendang ayam seketul...  Kat skolah plak, risau tahap gaban bila murid2 aku kata, soklan Sains (UPSR) agak susah.  Haa sudah....  Semerta pedih pewut.  Pegi kantin, hampeh tadak sayur ke apa ke yang patut.  Aku ngap bihun goreng 50sen!  Ceh!!  Konon tension kat soklan UPSR....


Naik penimbang pagi semalam, rasa nak pecah dada!  Naik lagi 200g!!  Heh!  Apekehalnya neyh..? (Ewah 3x!  Buat2 terkejut la pulak).  Rasanya tak kronik sangat aku terlanggar pantang atkins semalam....  Huh, tak boleh jadik nih!!  Terus stop makan.  Minum banyak air putih.  So, kelmarin, dengan penuh semangatnya aku hanya membaham sebiji guava utk lunch dan sebiji epal utk dinner.  Tidur malam, dah nightmare.  Habislah aku kalau naik kilo juga esok pagi...


Dan pagi ni, dengan dag dig dug yg bergema di dalam dada ni, aku naik penimbang.  Rasa takut nak buka mata.  Dan....  Oh!  Tidaaaaaakkkk......!!  Turun 1kg!  Hah?  Aku tenyeh2 mata.  Betul la....  Alhamdulillah.  Nasib baik turun.  Dalam tersengih2 macam kerang busuk tu, kepala hotak aku ligat memikirkan, apa salah aku dalam minggu ke 2 atkins ni, hingga timbang susah nak turun, malah makin naik...  Minggu ni, aku hanya berjaya turun 1.7kg aje....  huk huk huk!  Semakin jauh dari sasaran 3kg seminggu.  Uuwaaaa.....


Maka jenuh la aku menggodek2 blog2 member2 diet untuk dapat lebih banyak maklumat pasal atkins.  Huh, setelah tahap khatam dlm 5,6 kali semua entry blogger Bicikut tuh, fahamlah aku.  Aku banyak juga buat kesilapan2 kecik dlm diet aku.  Ya lah, walau kecik, bila berulang2, jadi besor juga la dop....  Hmm...  harap lepas ni, aku akan lebih gigih berusaha secara konsisten, Insyaallah...


MIS kata, muka aku dah nampak sedikit cengkong berbanding dlm gambar ni...  huh, ye ke ni?  Ke, ayat kipas..





Selasa, 13 September 2011

ALL THE BEST...

Hari ini bermulanya 'perjuangan' murid2 Tahun 6 di semua sekolah di seluruh Malaysia.  Selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada kalian.  All the best!  Semoga kalian akan mengembirakan dan membanggakan keluarga dan guru2 kalian.


Murid2 aku pon nampaknya rileks jer dalam dewan tadi.  Bila keluar, aku tanya la mereka, ok tak?  Jawab mereka, ok jer...  biasa aje teacher...  soalan tak payah sangat....  Hmmm..  ada dua versi yg membawa maksud berbeza pada jawapan di atas, walaupun ayatnya sama.  Utk kelas2 hadapan, memang mereka boleh buat la tu bila mereka kata ok tu...  Yg separuh lagi tu, kelas hujung, pon ok jugak!  Sebab dari no.1 hingga 40 pon, diorang takkan baca soklan pon... terus bantai hitamkan jawapan kat kertas objektif tu....  begitulah selalunya...  Huh!!  Bila ditanya, tersengih2 jer... ceria 24 jam!  Kalau dah dasar tak menguasai 3M...


Cakap pasal 3M, aku sendiri pon diserang virus 3M la sekarang ni!  MALAS, MOODY, MENYAMPAH!!  Malas betul nak buat senaman!  Kalau buat pon, sekarang aku cepat give up.  Mana taknya, bila buat, body memang rasa segar, maklumlah dapat kuarkan peluh.  Tapi pastu, nafsu makan aku terus memuncak2.  Semua mende aku nak baham!  Mana jadi weh...  Kalau tak bersenam, ok sikit selera makan tu.  Cuma timbang lambat bebenor ler nak turunnya.

Saing sobat yg banyak memberi semangat kat aku...



Bila timbang kurang turun, mulalah aku moody!  Mana tak, terasa lambat sangat nak nampak usaha untuk kurus, sedangkan siksa sangat rasanya bila tak boleh makan!  Dah aku jenis yg amat, amatlah rajin.... makan!  Kerana moody dan hangin aku tu jugalah, ramai makhluk2 Allah yg tidak berdosa di muka bumi ini menjadi mangsa aku.  Contohnya, anak2, selalu jer kena marah.  Pantang buat sepah sikit, dah kena marah.  Sian plak...  Sabar aje lah...


Kalau tak kuatkan semangat, memang dah lama aku give up nak diet.  Banyak sangat batu penghalang.  Yang paling buat aku menyampah  bila terasa insan2 lain di sekeliling yg buat tak faham akan situasi aku.  Bila aku tak makan, mereka kata, alaaa... tak payah diet, nanti muka nampak cengkung.  Makanlah...  masa tengah selera ni.  Bila dah takde selera nanti, baru nyesal tak makan.  Ceh!  Mana ada istilah takde selera dalam otak aku!  Sakit nak mampos pon aku sentiasa berselera makan tau...  hiiiii....  susah tau nak berdiet bila hidup kita dikelilingi makanan....


Sekarang ni, virus 3M itulah yg sedang aku cuba hapuskan.  Harap2 berjaya.  Atkins banyak membantu.  Walaupun takder la straight mana aku ikut, at least setiap hari ada juga penurunan, walau hanya 100g.  Nasi dan air manis.  Hanya itu yg aku haramkan.  Yg lain, aku curik2 juga ambil.  Tak tahan weh.... 

Ahad, 11 September 2011

TAK SAMPAI...

Pagi ni rasa tak nak jer naik penimbang tu.  Takut!!  Semalam, mentang2 emo, aku bantai makan betik, ayam seketul, telur hancur dan sedikit biskut raya yg dah tinggal serdak tu...  Ceh!!  Pastu, MIS yg tau cik puan istri dia ni tengah emo sakan, bodek2 dengan sepotong aiskrim coklat.  Huh, belasah juga....  Malam, terus nyesal.  Minum air suam jer sambil tengok bola...  huhu...


Aku tau la, pompuan bila time pewod gini, memang tak stabil sangat emosinya...  Dah lama tak rasa mende2 gini, terbawa2 la pulak.  Namun, angka yang terpamer di skrin timbang membuatkan senyuman kembali berkuntum di bibirku.  Alhamdulillah....  Turun 400gm.  Dengan ini, seminggu aku Atkins turun 2.6kg...  Tidak mampu mencapai target sebagaimana yang dinyatakan oleh blogger yg aku segani, Bicikut.  Sebab, menurutnya, dengan diet atkins, seminggu turun 3kg.  Agaknya kerana aku terlampau samseng dan tak reti nak ikut diet itu dengan disiplin yg padu, tu yg berat aku kurang tu kot....


Sementelah hari ni kat sekolah buat majlis merestui ilmu utk murid2 tahun 6 yg bakal menduduki UPSR lusa ni.  Siap hidangan pulut semangat dan rendang yg macam2 jenis lagi tu....  Huh, tersambar la jugak semulut dua.  Uwaaaa...  camana nak straight akins?  Dugaan menjadi2 ni...(alasan)

Jumaat, 9 September 2011

DIA DATANG JUGA AKHIRNYA...

Pagi ni timbang, berat turun 300g jer.  Maaf, aku tak mampu lagi nak tunjuk gambo timbang sebagai bukti, sebab ngeri dengan angka kat depannya....  Ciput jer?  Takpe lah... Itu pun dah Alhamdulillah.  Tu pon mujur turun.  Aku dah seriau takut naik, sebab semalam, balik rumah je, MIS dah hidang spagheti sardin.  Ceh, tercalar iman diet memandangkan perot berkeroncong, kepala plak duk sakit sedari pagi lagi.  So, terbelasah la juga spagheti tu sikit ( sikit versi aku la...)


Rupa2nya migrain, sakit tengkuk dan rasa nak patah pinggan tu simtpon2 yg dah lama aku lupa...  Maklum ler, dah lama 'dia' pergi...  Setelah lebih setengah tahun 'free' baru Cik pewod sudi hadir.  Hahaha!  Happy la MIS.  Lepas ni, ada can la nak 'lekat', katanya....  Insyaallah..... Sebelum ni, ujian selalu tunjuk tiang sebatang jer....  macam 2 minggu lepas.


Test aku yg ke 3 tahun ni....

Well, aku akan terus berusaha - berdiet dan tambah lagi 1 zuriat...  Alahai, baru turun 4kg...  Berat yg patut aku turunkan, 25-30kg tau!  Mak datuk, mampukah aku??  Huh, kalau si Bicikut tu boleh, takkan aku tak boleh kot....  Betul tak Nadia?  heh heh

Khamis, 8 September 2011

5 HARI... 2kg...

Salam.  Dalam kelam kelibut dan meroyan melihatkan gelagat anak2 murid yg still hanyut walhal peksa dah minggu depan, aku cuba juga sehabis daya untuk tidak mematahkan semangat dan azam diet aku.  Kalau dulu, aku biasanya bertahan 3 atau 4 hari jer berdiet.  Bila jarum tak tunjuk perubahan, ditambah 'masalah emosi' lain2, ke pinggan nasi jugalah tempat terakhir mulut aku akan tuju.


Namun setakat ini, setelah 5 hari cuba diet ikut ala2 Atkins (terpaksa kata ala2 kerana aku selalu juga terlanggar pantang, heh heh), aku masih bersemangat untuk meneruskan diet ini sehingga berat idealku tercapai, Insyaallah.  Dan pagi ini, setelah berdebar2 dengan keputusan berat lewat malam semalam ( aku memang gila timbang - 4 kali sehari.  Tapi berat rasmi aku, aku kira di awal pagi aje), mujurlah TURUN.  Setelah berhempas pulas menahan selera agar tidak menjamah apa2, kecuali air suam, semalam.


So, aku gembira hari ini kerana dalam 5 hari mengamalkan diet Atkins 'derhaka', aku turun 2kg.  Menjadikan berat keseluruhan aku sejak berusaha dalam bulan puasa lepas, telah turun 4kg.  Alhamdulillah...  Jadi, benarlah kata rakan blog, Bicikut, pengamal diet Atkins akan turun sekurang2nya 3kg seminggu.  Harap2 ianya turut berlaku ke atas diriku.  Maklumlah lemak tepu di badan aku ni memang terkenal degilnya...


Gambar semasa sambutan merdekaraya Isnin lepas, saje enter frame...

Selasa, 6 September 2011

CELAKA 14 PUNYA MANUSIA !!

Manalah aku tak menyumpah dan mencaci maki?  Kalau dah manusia semakin hilang sifat manusianya...  Sedih betul bila baca entry salah sorang rakan blog, Mrs.Azmi - tentang kekejaman manusia yang sengaja membiarkan haiwan mati kebuluran.  Eleeeehhhh.... takat haiwan mampus pon nak hangin satu badan ker?  Mesti ada yg berkata demikian, kan?  Mana tak hangin, kalau dah haiwan tu mati di pusat penjagaan!


Aku pantang kalau tengok haiwan, lebih2 lagi kucing, dizalim-zalimi.  Kucing haiwan kesayangan Rasul tau....  Kalau dah takmo jaga haiwan, jangan buka pusat jagaan la....  Ni tidak.  Siap iklan2 konon kat centre dia murah dan terbaek!  Puuuiiihhh....  Lebih baik kucing2 tu dilepaskan.  Biar mereka 'bergelandangan' sekali pon, at least, mereka boleh cari makan sendiri ( walau hanya minum air longkang ).  Ni tak, dah dikurung haiwan tu, tak diberi minum, petah lagi nak bagi makan!  Mangkuk hayun punya manusia....



Bengong punya manusia!  Apa punya bodoh alasan mereka kasi, konon tak cukup kakitangan.  Whoi!  Kalau tak cukup kakitangan sekalipon, takat nak letak secawan air kat dalam sangkar pon tak boleh ke?  Secawan air bagi kucing dah cukup sampai 5,6 hari tau...  Bayangkan berapa hari kucing2 tersebut dibiarkan tanpa makanan dan air hingga MATI.  Kucing, hatta haiwan lain sekalipon, takkan mati dalam masa singkat tau!  Bayangkan lah semua, akan keazaban dan siksa yang terpaksa haiwan2 tu lalui hingga akhirnya menemui ajal.  Berapa hari mereka terpaksa tanggung?


Kepada pusat jagaan haiwan brengsek itu, aku berdoa agar Allah berikan balasan SEGERA, tak kira apa jua bentuknya, kerana menzalimi haiwan.  Ya Allah ya Karim, makbulkanlah doaku ini....

Isnin, 5 September 2011

SESUNGGHUHNYA BENAR...

Hari ni kat sekolah buat majlis sambutan hari merdeke dan hari raya (merdekaraya).  Macam biasa, dah mak ni MC terDiva, tetap sampai pencen - duduk la membebel dari pagi hingga tengahari.  So, tadak minat nak snap2 gambo cam biasa.  Sementelah member2 lain dah ramai pakat amik gambo...  Cakap pasal beraya, sah ada banyak makanan kan?  Fuh, cobaan....


Tapi, Alhamdulillah, dapat lah kiranya aku tepis sikit2 dugaan itu.  Makan 2 keping sekut dan popia jer.  Pastu terus naik atas, telan banyak2 air putih...  Cheeewah!  Cuba2 diet Atkins ni   : D


Ye la, tak penah aku turun kilo bila pose, tahun ni turun le, walaupun siput.  Lebih kurang 3 kilo jer.  Tu pun tak penah stabil.  Selalu naik turun sepanjang Ramadhan tu...  Bila ! Syawal tiba, aku memang niat nak reekan diri untuk melantak apa2 saja....  Huh!  Terus naik balik 1.3kg!  Puuiii....


Stat raya ke3 aku stat Atkins (tak straight mana pon...).  Alhamdulillah, setiap hari berlaku penurunan, walau pun sedikit.  Benarlah seperti yg diwar-warkan, diet Atkins ni adalah yg paling mudah dan murah utk kurus.  Contohnya semalam, aku turun 400gm jer.  Tu pun sebab terpaksa hadir kenduri member (alasan).  Aku 'termakan' ler sikit nasi putih.  Hari ni, aku berazam akan haramkan nasi dan roti masuk badan aku, Insyaallah. MIS dah bising2.  Dia suh aku amik nasi sikit waktu lunch.  Puih!  Bukan nak bagi semangat ni...  nak menghancur ni....  Bukan apa, dia sebenarnya trauma bila aku straight diet 1 setengah tahun dulu, aku meroyan tahap gaban!!  Nasib la dia jenis yang sabar...


Takpo, takpo, aku akan tekadkan usaha.  DIET!  DIET!  DIET!  Buat rakanku Nadia dan semua rakan2 dietnya, marilah kita sama2 sambung diet.  Buat Nadia, walaupun naik sikit masa raya tu, takpe, straight sikit lepas ni...  ;p

Khamis, 1 September 2011

SETELAH 24 TAHUN...

Salam.  Memang aku akui tahun ini memang tenggelam terus aura merdeka, dek penangan hari raya.  Aku tak tau orang lain, tapi bagi aku sendiri, memang tak terzahir semangat MERDEKA aku.  Nak buat camna?  Dah bertindan dengan Hari Raya Aidilfitri...  Namun aku tetap bersyukur dalam hati diatas kemakmuran yang Allah berikan kepada bumi Malaysia ini.  MERDEKAAAA....!!!!!


Dan pada tarikh yang sama semalam diadakan juga perjumpaan bekas2 pelajar SM Manek Urai tahun 80-an (termasuk aku ler...).  Yang berpenat lelah meng'handle'nya adalah batch SPM'86.  Tahniah dan terima kasih di atas usaha kalian.  Memang membangkitkan memori.  Apa tidaknya, setelah 24 tahun terpisah, akhirnya semalam baru bersua kembali....


Batch aku cuma 4 orang jer yg gi tunjuk muka.  Tak kisah! Asal bespren aku gi!

Antara guru yang telah membimbing kami dahulu - Cikgu Mat Nor Latif (berdiri) dan Cikgu Shukri

Cikgu Mat Nor Latif memberi ucapan dan merasmikan majlis reunion itu semalan...

Lepas makan2, bagi2 duit raya kat anak2, acara bergambar la pulok...

Perhatikan, bespren (zaman sekarang) aku sentiasa ada di sisi.  Huh, Ku Mah dan Ku Zai tak pernah ketinggalan untuk sama2 enter frame...

Semuanya sudah berjaya dalam kerjaya dan keluarga sekarang ni!  Malah ada yg dah jadi org besar tau...  tabik tabik...

Class of the 86...  including my MIS la...

Hambik kau....  tadi MIS beria2 takmo hadir, pastu rasa jeles kot, akhirnya dia join.  Seronok nampaknya bermesra dgn rakan2 lamanya....


Memang boleh dipuji la apa yang pihak jawatankuasa tu buat semalam.  Aku gembira bertemu rakan2 lama (walau bukan dari batch aku), kebanyakannya senior aku la...  Abis, dah salah seorang super duper senior aku tu dulu, kini dah jadi aku punya encik suami.....  hehehe....  Terima kasih kepada semua yang hadir, walau semuanya sibuk, tapi tetap meluangkan waktu.  Dan yang penting, walau ada sesetengahnya orang besar kat perantauan nun, kelas orang bawahan tabik la bila kereta dia lalu, tapi semalam, dia tetap mesra dan merendah diri sesama kami, berbual mesra, seperti 24 tahun dahulu......