KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 31 Julai 2011

FRUST MENONGGENG..!!!

Itu orang kata, bila kita tidak mahukannya, dia ada...  Bila kita amat2 menginginkannya, bayangnya pun tak ada!  Hahaha!  Gara2 tak puas hati makan durian yang beli kat tepi jalan masa on the way ke Pantai Irama Jumaat lepas, aku masih lagi 'berair mulut', nak makan durian D24!!  Sakit hati betul beli durian hari tu, isinya teruk nak mampus!  Buat kesian kat bapak aku jer!


Tau la durian kampung.  Tapi timbang kila juga tau!!  RM4 sekilo.  Kalau yang D24, RM6...  Dah penjual tu kata, isi santhek, aku beli la yang kampung punya.  D24 ambik sebijik jer....  Korang tengok la isinya!  Dah la putih pucat, tawar 'lembar', lembik berair dah....  Ceh!!


So, petang semalam, MIS konon nak gembirakan hati Cik Isteri dia la, melilau dicarinya D24 idaman hati sang isteri nih!  Jam plak masa tu dah 6 setengah petang.  Aku dengan ganasnya minta dia berhenti kat tempat durian kunyit di Kg. Peria tuh.  Mahal pun mak nak beli!  Ceh!  Berlagak la pulak...  Usahkan kunyit, D24 pun takde!  Durian kampung pun dah habis.....


Takpo, cari kat kampung kita yang biasa tu...  Memang kat makcik dekat highway tu jual D24 jer....  Huh, usahkan durian, bangsal dia pun dah takde!!  Laaa...  dah arwah ker makcik ni???   Uuwaaa.... aku dah melaung2 dalam kereta.


Last2, MIS pujuk nak cari durian impot jer (durian Bangkok).  Memang banyak kat gerai2 ikan kat dalam kampung aku...  Tuhan itu Maha Kaya...  Semuanya tak ada!!!  Hambik kau!!  Baliklah aku dengan perasaan menyampah dan frust menonggengnya, memandangkan Maghrib dah nak abis.....


" Kita cari esok je Tie... Esok kan tak posa lagi..."  MIS memujuk...  Huh...  frust aku nak makan durian sedap semalam...  Hahaha!  Ada juga la orang lain yang turut 'frust' sebab tak dapat 'upah' dia....  hehehe!  Padan muka!!!


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA...    =)

DILEMA..

" Mak dah tak diet ker sekarang ni?" soal anak2 aku.

Apa perlu aku jawab?  Kalau cakap memang tengah diet, mereka boleh melihat sendiri cara aku makan.  Kalau cakap tak diet, mereka juga melihat aku bermati-matian membeli apa2 sahaja produk diet di pasaran.  Pantang dengar member cakap atau pantang ada yang terpampang di dada akhbar atau majalah.  Ceh!!


Masalahnya, mereka selalu aje ajak aku pergi makan di KFC...  Habis, takkan aku nak tengok ajer?  (eleeehhh... alasan...   =/ )



Bila dapat makan yang pebret diorang, senyum pon lebaaaarrrr  jer...  Mana la hati aku tak cair...



Huh, bukan korang tak tau, ayam kan memang dah pebret aku... heh heh!  Habis, mana timbang nak turun?



Takpo...  puasa nanti, sambung diet balik...  Ayat klise yang biasa aku tuturkan buat cover line.  Padahal, orang lain, bulan puasa, memang turun berat badan.  Aku, bulan puasa, makin NAIK berat badan!  Hadoiiiyaiii............

Ahad, 24 Julai 2011

MAAFKAN AKU...


Dalam seih medih dikenakan perintah sekatan ber'on line' di rumah tu, hidung kemik dan pesek ku ini kembang kempis tak tentu hala bila menjeling bilangan rakan yang sudi ikut bertambah lagi....  ( Ek eleeehhhh.... baru 16 owang dah nak menyohor! ) heh heh.....  Ah, tak kira!  Aku tetap bangga!  Aku tetap menghargai semua yang sudi mengikut secara terbuka begitu...  Tak terlupa juga buat yang mengikut secara 'gelap'...  hehehe...  Thanks a lot guys....


Namun, aku kehampaan tatkala memikirkan betapa aku tidak mampu untuk membalas balik kunjungan beberapa rakan yang follow, tetapi tidak menyertakan sekali link mereka.  Aku yang tak berapa celik IT ni tercungap2 mencari link mereka yang sampai sekarang tidak aku jumpai...  Maafin ya dong....


Sementelah ada antara mereka tidak pula meninggalkan apa2 komen pada mana2 entry aku.  Maka mereka ini kekal misteri bagiku.  So, harap diampuni diriku ya wahai Azreena_007, Hafi_zan dan Aime=)...  Bukan niatku untuk berlagak sombong dengan tidak mengendahkan kalian.  Tidak sama sekali!!  Aku ingin sekali untuk mengenali kalian, sebagaimana kenalan2 blog yang lain.  Harap mereka bertiga, atau pun sesiapa yang bisa membantuku memberi link mereka....   =)










Khamis, 21 Julai 2011

HANYA DIA...

Aku tahu kebelakangan ini, trafik blog aku merudum giler.  Puncanya pun aku tahu.  Aku tidak lagi dapat mengepos entry setiap hari.  Tidak seperti sebelumnya.  Kenapa?


Semuanya hanya kerana DIA...  MIS kesayangan aku tuh, walau tidak menyatakannya secara langsung, aku, selaku isterinya tetap dapat menangkap dan faham akan kehendaknya.  Dia tidak suka melihat aku syik mengadap notebook ( eleeehhh... bukannya 24 jam pon! ) di rumah.  Huh, jeleslah tuh...!!!


Walau tidak puas hati dengan keputusan ini, aku terpaksa akur - never on line at home!  Hambik kau.... Padan muka aku....  Sedih tau, bila perbuatan kita disalah ertikan orang.  Lebih2 lagi orang kesayangan kita.  Padahal, aku bukan duk menggatal ke aper ke...  Aku cuma buka blog, dan menulis apa sahaja yang terbuku di hati ini.  Bila aku tunjukkan blog aku dan minta dia baca, dia takmo plak!  Ceh!!


Tak pasal2 bila aku buka notebook untuk edit gambar2, hatta buat minit mesyuarat sekali pun, dia ingat aku duk on line.  Ceh, dasar orang buta gajet betul....


Well, my beloved Enchik Suami, hanya engkau yang Satu Malaysia di hati nuraniku ini...  Dan hanya engkau jua lah aku hadap siang dan malam kat rumah tuh....  puas hati?

SAYONARA...

Semalam adalah hari terakhir PK HEM kesayangan kami, Cikgu Yie berada di sekolah ini.  Beliau telah dinaikkan pangkatnya menyandang jawatan FasiLinus di PPD Jeli.  Uuwaaaa.....  sedih!  Memang sedih kami semua...  Namun demi kejayaan dan kebahagiaanya, kami terpaksa jua 'melepaskannya'...  (ewaaahh..)


So, dua hari diadakan majlis jamuan perpisahan dan semalam, majlis menghantarnya ke PPD Jeli dan terus ke rumahnya...  Di bawah ini antara gambor2 yang sempat aku snap ( selain daripada busy mengesat air mata...)

Chef Diva...


PK HEM sedang memotong kek 'sayonara'nya sambil dikacau oleh budak bawah umur tu...


Walaupun sedih dengan perpisahan ini, guru2 tetap kontrol ayu dan macho dengan menyembunyikan kesediahan sambil buat2 happy dan bersemangat untuk makan...  eewaaahhh....

VVIP (PPD) sedang ditemani GB dan PK 1 berjamu selera setelah penat bermesyuarat

Ehm... Ehm...  Kelihatan merpati dua sejoli sedang asyik magsyuk bermesraan tanpa menghiraukan 'paparazzi' busy duk snap2 gambar2 mereka...  huh...

 

Di hari kedua, kami mengadakan majlis perpisahan dengan mempertontonkan beberapa persembahan terakhir untuk PK HEM, di samping menyampaikan cenderahati serta bersalaman bersama beliau.  Aku sedih macam nak koma bila Sir Rash mendendangkan sebuah lagu P.Ramlee ( berduet dengan budak bawah umur ).  Hadoiiiiyaaaiiii.... semua murid dan guru2 mengalirkan air mata, termasuk PK HEM.

Gambar ini disnap agak lewat ( kerana mak terpengsan sekejap).  Sebelum tu, semua terkedu bila melihat PK HEM berpelukan dalam esak tangis bersama dua orang roomate beliau tu....  huk huk

PK HEM tetap tabah walau terpaksa menyeka air mata bila waktu ini ditayangkan slide gambar2 beliau selama berada dan berbakti di SKMU yang tercinta ini.  Slide hasil nukilan Sir Rash itu amat meruntun hati bila ia diselangi dengan lagu salam terakhir dan perpisahan.....

Waktu ni, kami, set2 jahak sudah tiba di PPD Jeli untuk mengiringi dan menghantar PK HEM.  Kami tak sangka la pulak sambutan di sana amat meriah mengalu2kan ketibaan kami

Walaupun perut berkeroncong gila, sebab belum lunch lagi ( walhal jam dah pukul 4 petang ) pihak rombongan tetap kusyuk mendengar ucapan daripada Ketua PPD Jeli, termasuk boss kami tuh...

Ketua PPD Jeli, Tn. Hj. Abdul Kadir telah mengejutkan kami dengan sambutannya yang mesra dan penuh hormat itu



Huh, pukul 5 lebih baru lah kami sampai di SK.  Kalai..  Inilah hidangan yang mananti kami...

Maka Ku Mah riang ria sekali setelah akhirnya kami dapat juga ngap setelah lunch kami tertangguh lebih 5 jam...


Terima kasih diucapkan kepada PK HEM dan isteri di atas jamuan dan sambutan kami di Kalai.  Sejam selepas itu, kami bertolak pulang.  Sedih, memang sedih, namun bila aku lihat kegembiraan terpancar di wajah isterinya, aku rasakan PK HEM wajar kami 'lepaskan'....  ewah....



Isnin, 18 Julai 2011

ADA JUGA ???

Sedih berbaur menyampah memikirkan sikap dan perbuatan sesetengah manusia di sekeliling aku ni!  Kalau dulu, aku amat kasihankan kucingku, Jazz yang menanggung dhirea (betul ke ejaan tu?) melampau hingga berminggu2.  Dah jenuh aku kasi ubat, macam2 ubat, tetap cirit juga.  Maka terlintas juga di hati ini, betul ke gara2 salah makan?  Terasa seperti ada yang tidak kena ajer...  Macam...  kucing aku tu 'dikhianati' oleh seseorang jer...


But, MIS ters marah2 bila aku suarakan rasa hati ku begitu.  Katanya, mana ada manusia yang sanggup nak buat jahat kat haiwan peliharaan kesayangan kami tuh?  Tidak!  Tidak di area ni!!  Maka, diamlah aku...  Betul juga.  Kucing Parsi aku ni jenis sensitif perutnya...


Haaaa....  sekarang, dia yang ungkitkan kembali perkara tersebut!  Bila 'sejarah' lama berulang kembali (eewaaahhh...).  Kalau dulu, Jazz boleh la dikatakan perut meragam dan sesnsitif.  Sekarang, si Jerry yangsememangnya kucing kampung tahap brutal, pun boleh cirit2 giler cenggitu, dah seminggu.  Bukan kerana salah makan dah tu....  Naik kesian aku tengok dia.  Najisnya keluar sepanjang masa.  Aku lagi la kesian....  Kena cuci seluruh rumah, termasuk tilam dan selimut anak2, hampir setiap hari!!  Uuuwaaaaa.....


Memang terbukti lah kucing2 aku itu 'diberi' 'sesuatu' oleh seseorang!!  Baru sekarang MIS percaya akan kata2 aku...  Sementelah, dia baru teringat akan insiden kucing jiran (yang agak jauh dari rumah kami) yang pernah 'terkena' gara perbuatan tak berperikemanusiaan seseorang, dua tahun lepas.  Kucing itu muntah darah!  Dua hari selepas tu, meninggal...


Ye lah...  walau sebenci mana sekalipun kita terhadap haiwan, tergamakkah kita menganiaya mereka sedemikian rupa??  Manusia kah kita?  Tiada bezalah kita seperti #@^%*&#$@**.....  Aku tahu siapa yang melakukannya, walau aku tiada bukti.  Kerana kucing2 aku selalu ke rumahnya kerana anak2nya suka sangat bermain2 dengan kucing2 aku tuh!!


Kalau orang tahu pun mesti akan tak percaya, kerana orang yang berhati kering tu amat berbeza dari rupa luaran...  Muka nampak baik dan penyayang, tapi hati,  hancussss......


Alahai... Ada juga ye manusia jenis ini....

Khamis, 14 Julai 2011

YA, MEREKA BOLEH..!!!

Semalam adalah hari yang meletihkan, tetapi amat mengembirakan!  Sekolah kami menghantar murid2 berbakat kami untuk menyertai acara2 seperti pertandingan Bintang Kecil, Membuat Wau Sobek dan Congkak peringkat PPD Kuala Krai.  Kekalutan bermula seawal pagi lagi, nak menyolek 'artis' kami.  Habis riuh rendah bagai nak runtuh bilik muzik tu dek kepanikan masing2.  Kat sini memang biasa untuk saling tolong-menolong dan berganding bahu untuk melakukan apa2 sahaja (ewaaaahhh....)


Penyanyi tersohor sekolah kami.  Mak tunpang glamour jer...  Mekap dia tu hasil sentuhan 'mak andam' ini ler... heh heh ( kembang lubang idung )  Costume dia tu hasil kreativiti Ku E dan Ajudin...


                                                 Congkak Team di bawah pimpinan Ku Zai


Ni baru team aku - Team Wau Sobek.  Hehehe... padahal aku tukang bawa dan jaga ajer...  Yang melatihnya, Cikgu Lan.  Dia busy nak siapkan PLBS.


Sobek, jangan tak sobek....  Team aku sedang giat menyiapkan wau mereka.  Huh, tu pun puas berkekah dengan aku tuh!  Masing2 dah jenis tak berapa rajin dan kurang fokus.  Duk ralit nak buat benda lain....


Kesemua acara yang kami sertai mendapat tempat ( walaupun tidak Juara ).  Syafikah mendapat Naib Johan untuk acara Bintang Kecil.  Namun, aku rasa beliau sebenarnya layak mendapat tempat pertama sebenarnya.  Tak tahulah apa yang hakim nampak pada peserta yang jadi Johan tu....


                                                   Team Congkak - Juga Naib Johan


Team Wau Sobek - Tempat Ketiga.  Tu pun beza cuma 1 MARKAH dengan team yang dapat Naib Johan...  Ceh, 1 markah aje.....  Kami dapat 66 mata, mereka dapat 67 mata.....  kuang3.....


Anyway, congratulation children...  We are so proud of you guys.....

PENYAKIT BARU...

Yes, memang dah berhabuk giler  laman mak semenjak dua menjak ni...  Sibuk?  Memang la, orang lain pun macam tu jugak...  Tapi, biasanya aku akan mencari 'celah' dan ruang untuk update.  Ada2 aje benda yang nak diuar-uarkan dalam blog aku nih.  Tapi, 'mc' la pulak jejari montel ni daripada menaip aksara2 yang ada di notebook nih!  Jejari ini sedang busy buat benda lain.  Satu ketagihan baru....


Hahaha!!  Yaaa.....  Aku gila jahit manik...  Dah bertahun tak kemaruk buat benda2 sobek gini, tup-tup datang balik virus manik nih!  Ni semua gara2 sekolah aku buat baju batik sekolah la ni...  Sudahnya, pantang free, itu benda yang aku hadap setiap hari dalam 3, 4 hari nih!  MIS pun dah jeling2.  Katanya, ari tu dia 'merajuk' sebab aku asyik ngadap notebook 24 jam kat rumah, sekarang nak kena 'merajuk' sekali lagi la ni, sebab aku asyik mengadap manik 24 jam plak....


So, ari ni, jenuh la kami melaram dengan baju batik sekolah kami...  Aku belum siap pun lagi jahit manik kat bunga di dada tu.  Ah, tak kira....  Pakai dulu ari ni.  Nanti nak sambung jahit...  Agak2, MIS akan mengamuk tak pasal 'penyakit' baru aku nanti?

Sabtu, 9 Julai 2011

DIA MAHA BESAR...

Semalam juga aku baru mengetahui sesuatu yang sepatutnya aku tahu 5 tahun lepas!  Sebagaimana gembiranya aku bertemu rakan lama (sebagaimana aku story dalam entry terdahulu), aku juga terkedu tatkala melihat sekujur tubuh kecil sedang duduk di atas kerusi bayi di sebelah sahabatku, Sidah.  Begitu polos wajah anak kecil yang berusia 5 tahun, namun masih berfizikal seperti 3 tahun itu.  Jemari halusnya menggenggam tangan aku dengan kuat dalam lemahnya.  Sesekali lengan kurusnya itu berusaha mengangkat tangan aku yang besar dan berat ini.


Segera otak aku berputar ligat, mengingati kembali sesuatu yang sepatutnya aku kekalkan dalam ingatan aku, namun aku gagal berbuat demikian.  Ya, 5 tahun lepas, sahabat aku melahirkan anak istimewa ini.  Aku juga mendengar berita akan keadaan anak itu yang tidak seperti bayi2nya yang terdahulu.  Dia ada gangguan saraf yang menghalangnya membesar dan bertindak seperti bayi normal yang lain.  Segala2nya menjadi lambat bagi anak ini...  Namun, aku tidak menyangka pula keadaan anak sahabatku ini sebegini rupa.  Maafkan makcik, sayang...  Betapa makcik tidak pernah mengambil tahu akan keadaanmu...  Ya Allah, ampunilah aku...


Rakan2 sebayanya sudahpun bersekolah tadika, si kecil manis ini, berjalan pun masih bertatih.  Terlalu mudah jatuh dan amat mudah sekali dia terkejut, walau hanya dengan bunyi batuk2 kecil.  Selalu saja badan dan dahinya biru dan lebam kerana mudah jatuh dan terhantuk.  Namun, aku kagum dengan ibunya, sahabatku itu, yang menceritakan segalanya kepadaku dalam senyum manis dan pasrah.  Seolah2 tiada apa2 yang pelik dalam situasi itu.  Patutlah dia sudah begitu lama tidak balik ke kampung kami, hatta untuk mengunjungi aku.  Dia rupa2nya terlalu sibuk dengan anak istimewanya ini.  Maafkan aku, sahabatku...


Lantas aku merasakan diri ini begitu kerdil dan lemah.  Betapa besar hati sahabat aku dan suaminya itu, kerana berjaya mengharungi hidup dengan jayanya, biarpun dikurniakan Allah Taala dengan dugaan sebegitu.  Dia yang Maha Besar itu, Maha Mengetahui akan hati setiap makhluk ciptaanNya ini..

DEKAT TAPI JAUH...

Semalam, untuk ke sekian kalinya kawan lama masa sekolah aku buat kenduri menyambut menantunya.  Hah, menantu?  Dah tua benar ke aku nih?  Kawan dah dapat menantu, hatta cucu dah pun....  alamaaaakkkk.....  Oops... dia dapat menantu daripada anak tiri dia da...  Masa dia kawin dengan husband dia sekarang ni, kawan tu dah ada 4 anak lelaki yang sudahpun sekolah (masa tu la, +- 15 tahun lepas...).  Korang boleh faham kan...


Well, kawan aku tak pernah lupakan aku.  Buktinya, setiap kali dia buat kenduri, aku selalu dijemput, hehehe...  Kadang2, kami ada juga berjumpa semasa hari raya.  Ye lah, bila dah semakin menginjak 'senja' ni, hari2 yang dilalui terasa sekejap.  Kawan yang dulunya selalu makan dan tidur bersama kita seolah2 sudah menjadi orang asing...  Namun, bila sekali-sekala berjumpa, sememangnya meriuh-rendahkan suasana...



Dari kiri: Razdiah, Sitijay dan Rosidah  sekarang....


Maka, di rumah Diah, kawan baikku semasa sekolah tu, aku berjumpa kawan baik aku yang sedari sekolah rendah lagi - Sidah.  Memang aku sudah lebih 5 tahun tidak berjumpa dengannya!  Kalau masa sekolah dulu, dia ibarat 'bayang' aku (walau kami jauh berbeza dari segi paras rupa dan fizikal... kah kah kah).  Sekarang, kami amat kurang berhubung.  Macam la member aku tu tinggal kat UK...  Selepas berumahtangga, dia menetap di Machang ajer...  Dan sekarang ni, dah setengah tahun menetap di Kuala Krai tu jer...  Hahaha!  Pun kami tidak bersua muka.  Hmmmm....  Betapa masa merubah segalanya....


Sewaktu berumur 17 tahun.....



Semasa Jamuan Pengawas SMKMU 1991 (dari kiri) Ida, Cikgu Ghazali (berkupiah),Diah, aku dan Sidah



Heh heh heh!  Ni masa 'mengganas' di hostel...  Hanya Diah yang tiada di situ sebab dia tidak tinggal satu dorm dengan aku dan Sidah masa tu. 


Betapa mereka sekarang tetap ayu jelita (walau agak berbeza dari segi saiz.. hehehe).  Maklum ler.. dua2 tu mak andam tersohor...  Kemesraan mereka dalam melayani aku tetap seperti dulu, baik dan peramah.  Tersentuh hati dan terbit kekhilafan dalam diri ini, betapa aku terlalu memikirkan hidup sendiri, tanpa mencuri sedikit masa pun untuk mengunjungi rakan2 aku yang dulunya pernah makan sepinggan dan minum segelas denganku.  Kejam betul aku....  Kami ibarat jauh, walaupun hakikatnya dekat...  Maka, aku berjanji pada diri ini untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap sahabat2 baikku ini di masa2 akan datang, Insyaallah...

Jumaat, 8 Julai 2011

DAG... DIG...DUG...!!

Hahaha!!  Insident ini plak last minit berlaku sebelum sesi persekolah tamat, kelmarin.  Kelihatan PK Hem kami tersenyum2 sambil mengerling ke arah jam di dinding pejabat.  Sekejap2 mulutnya mengomel sesuatu yang tak berapa jelas aku dengar pada telinga 'berat' aku nih!  "Pehal Cik Abang sorang ni?  Marah aku on-line kat pejabat ker?"  Mula la hangin nak naik balik....


Tapi segalanya terbongkar setelah si kaunselor kami masuk seraya bertanya soalan padanya.  Rupa2nya PK Hem kami berdebar giler menanti loceng akhir berbunyi!  Pesal plak???


" Hari ni dia dah boleh 'buka puasa'...  Semalam dah genap 100 hari...," jawapan kaunselor kami tu membuatkan dia lebih melebarkan senyuman berunsur2 gatalnya itu!  Ewah ewah... patutlah asyik kerling jam ajer!!  Kah kah kah!!


" Eleeehhhh....  confident jer... macam la confirm orang di sana tu nak bagi bila dia balik nanti..."  aku yang masih tidak puas hati, cuba menidakkan keseronokan PK Hem tu.  Hahaha...  Begitulah selalunya di tempat kerja aku.  Kemesraan kami sesama staf, malah pihak atasan sekalipun membuatkan hubungan kami menjadi erat.  Bila nak buat kerja pun, rasa senang hati.... Aku tinggalkan PKHem yang masih tergelak-gelak di pejabat tu...   Muahahahahaaaa...!!!!


Dan, semasa aku post entry ini, aku tertanya2 akan keadaan PK Hem kesayangan kami tu hari ni...  Sah dia masih tersenyum2 dan happy giler la tuh!!  Penantian 100 harinya sudah berakhir... kah kah kah!


p/s:  sorry PK Hem, kalau entry ni agak 'dewasa'..  ;)

DIA MENGERTI...

Kalau ada yang perasan, minggu ni aku kurang post entry...  Selain sibuk dengan pengisian buku rekod peperiksaan murid, aku sebenarnya 'mogok' dan 'merajuk' dengan insident senamrobik Sabtu lepas.  Lebih buat aku emo bila gagal hingga ke sudah untuk aku upload gambar2 aksi yang didakwa manusia bermulut longkang tu, melampau....  Nampaknya Berukband aku pun menyebelahi dia!  Ceh!!


Namun, ada juga insan2 yang telah berjaya mengubat luka hati ini, tanpa mereka sendiri menyedarinya.  Thanks guys...  You're great!  Bermula dengan Boss aku yang ada seminar di Bandung, Indonesia Ahad lepas.  Beliau tidak melupakan kami di SKMU ini, malah telah membeli ole2 sorang satu sebagai kenangan.  Huh, kalau cenggini, pergi  la banyak2 tempat lagi Boss....  Lagi banyak 'souvenir' yang kami akan dapat, heh heh!


Sebenarnya beg hitam yang aku pilih ni, bukan setakat hitam, tapi bercorak seperti harimau bintang.  Dan ini satu2nya corak yang sedemikian yang Boss kami bawa.  Yang lain berwarna merah kosong, biru, biru love, putih bercorak dan seumpamanya.  Huh, ini yang buat aku lagi kembang hidung.  Yang aku punyer agak berbeza dari rakan2 yang lain...  Thanks, Boss....


Tapi yang paling best, bila semalam, member aku si Engku Wani tuh menghulurkan keychain Ganu nih!  Maklumler, 3 ari dia jadi Fasi Kursus di Ganu...  Mesti tiada erti apa2 bagi korang kan ?  Namun aku gembira dengan lakaran gambar yang dia pilih untuk aku - cili!!!  Tak pasti la makna bagi dia tu, dia nak 'cilikan' mulut aku yang sentiasa laser 24 jam ker, apa ker...  Namun, aku gembira! kah kah kah!!  Pada aku, Wani mengerti dan memahami aku....  Thanks, Wani....


Well, minggu bengang aku terubat sedikit dengan senario2 di atas.  Kalau tak, aku sentiasa hangin satu badan tatkala memikirkan satu makhluk di sekolah aku tuh!  Dahlah tak sayang mulut, cakap ikut sedap, lepas tu ada hati masih nak bercakap lagi dengan aku...  Mangkuk punya orang!!  Tau la dia 'jaga', tapi bukan kerjanya  'menjaga' tepi kain orang!!!  Bengong..........

Isnin, 4 Julai 2011

SAKITNYA AKU KERANA LARI

Sabtu lepas, bersamaan 2 Julai 2011, seluruh Malaysia melaksanakan seruan kerajaan untuk 'berlari', sempena pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia.  Sekolah aku pun tak terkecuali menjayakannya, dengan penuh komitmen, hingga sanggup menangguhkan aktiviti2 kami yang lain, walaupun ianya telah dirancang dengan amat rapi sedari awal lagi....


Bersemangat semuanya hendak berlari.  Kami, guru2 pun digalakkan berlari juga.  Maka, aku yang rimbun dan rendang ni pun bertekad untuk berlari juga.  Ala... 1.7 km jer.....   hhhhhhhhh..........


            Lihatlah aksi guru2 kami, dalam sesi warming up....  Sah lepas ni kencang lariannya tuh......



Murid mula berlari setelah dilepaskan.  Semuanya bersemangat dan nampak ceria ajer....  Ye lah, mula2 ni......



Antara aksi yang sempat aku rakamkan setelah hampir separuh larian ( tu pun dalam keadaan aku yang hampir separuh koma dah ni...).  Murid2 lain semua dan ke depan.  Tinggal yang haluh2 ni jer la.....


Ha ha ha!  15 minit, acara larian tu pun tamat.  Murid2 berkumpul semula di padang.  Aku bangga kerana dapat menyempurnakan larian berjarak 1.7 km tersebut ( walau banyak berjalan daripada berlari! heh heh ).  Jam baru pukul 8.00 pagi..... Kalau ikut jadual, pasni acara 'Malaysia Cergas'.  Tapi, larian tamat terlampau cepat daripada waktu jangkaan.  huhu....


Dan, hari ini, Isnin, selepas 2 hari 'berlari' tu, aku masih lagi menanggung sakit betis dan peha!  Padan muka!!  Namun, itu tidak menandingi sakit hati ini bila wujud spesis bermulut longkang dan jamban yang sesedap rasa mencerca aktiviti 'Malaysia Cergas' yang aku TERPAKSA laksanakan atas arahan PK Ko.  Mangkuk punya orang!  Kerja kita tak buat2 pun, sibuk nak ambik tahu kerja orang!  Bukan salah rasanya kalau murid tu bersenam dengan iringan muzik.  Kalau tak suka, tukar sekolah jer la....  Susah kalau dah bodoh tapi rasa diri pandai....  Ptuih!!

Jumaat, 1 Julai 2011

THE CARPENTERS.......

Memang la aku seorang peminat kumpulan Carpenters, selain Beatles dan Abba...  Tapi, bukan Carpenters tu yang aku maksudkan di sini...    =)




Nak highlight 'carpenter' yang ada kek rumah aku ni....  Kalau dah rumah aku ni pun dia yang buat, ni nak buat 'istana' untuk pets dia la pulak...  Dah rabbits tu cepat sangat biaknya...  kena bina lagi satu la.  Yang sebuah tu dah sesak bebenor dah......  huhu



Baru siap kerangka je...  MIS nak kena gi kenduri kawen bespren dia kat Bachok la pulak.....  kawen Amran.... jangan tak kawen....  hahaha........

TAK GELORA ? ADA MAK KISAH ?

Bukan seorang dua rakan aku yang frust dengan penundaan tarikh perkhemahan unit ko-kurikulum sekolah kami.  Maklumlah, persiapan sudah diatur sebulan lebih awal.  Semua sudah melapangkan ahli keluarga masing2 untuk sebarang acara lain minggu ini demi memberi komitmen kepada perkhemahan tersebut.  Malah, yang baru dapat baby pun sanggup memohon khidmat sang nenek untuk menemani cucu baru sewaktu si ibu sibuk menjalankan tugas semasa berkhemah.  Tidak kurang juga si anak2 yang sudah memasang angan masing2 tentang aktiviti2 semasa perkhemahan, termasuklah anak perempuan aku!  Setiap hari bercakap tentang ketidaksabarannya menunggu tarikh perkhemahan itu menjelma....


Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut plaka barat di siang hari!  Ceh!!  Perkhemahan yang kami tunggu dengan penuh teruja itu terpaksa 'pihak berwajib' tangguhkan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan!!!  Hancur luluh hati kami.  Lebih2 lagi setelah melihat anak2 masing2 meraung2 kecewa tatkala pengumuman pembatalan itu kami perkhabarkan...  T_T    


Sedih ,  kecewa ,  hampa ....  Perasaan itu berbaur dengan sedikit rasa amarah membuatkan panas terasa di dalam dada ini.  Ptuih...!!!  Aku terasa agak marah kerana kami semua telah bersusah-payah mengatur jadual hidup keluarga kami untuk perkhemahan itu.  Susah aku nak terangkan....  Namun, selaku seorang individu yang sentiasa ganas dan advanture, kehampaan itu tidak kubiarkan memakan diri.  Apa nak heran?  Memang hidup famili aku dah biasa berkhemah!  Cuma yang kami excited tu sebab berkhemah bersama rakan2 dan anak2 murid...  Tu yang lain sedikit dari kebiasaan aku....


Tak dapat berkhemah di Gelora Beach Resort pun takper....  Kami still boleh berkhemah di DeNash Tratak Resort...  kah kah kah!!


Kami berkhemah sejak petang semalam lagi.  Nasib baik semalam tak hujan.  Tapi, takde la tido dalam khemah semalam....   =)


Twins aku teruja dengan sikap sporting Jerry yang nampak excited juga nak join kami berkhemah....  Tu siap masuk duduk lepak2 dalam khemah tu....



Sedap sangat pakat duk rileks tu, kerana baru je selesai breakfast nasi bungkus sorang satu tu....  huh...



     Jazz tak berapa ceria kerana masih lagi demam selsema...  tapi tetap nak bermesraan dengan si Jerry....


So, as a conclusion, mak tak kisaaaaahhhhh..........  walau tak camping di GELORA pon!!  We still have a great time right here, all by ourselves....  But, don't you guys aspect I would be able to give my commitment for the next time.  I only can promise, PERHAPS...  Some of my friends know the reasons....   =)