KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 28 Jun 2011

KU RASAKAN SOMETHING...

Hmmmm.....  Pagi ni bila baca entry member lama, si Kami In the House tu, buatkan aku tersenyum kelat.  Yan mengingatkan kami, para pendidik agar bersungguh dalam melakukan tugas kami.  Ya, memang benar wujudnya segelintir pendidik yang agak lewa dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan (aku termasuk juga kot?  Rasanya, aku dah sehabis daya... T_T ).  Entahlah, tepuk dada tanya selera...


Lantas aku teringat pasal isu sorang cikgu kat Pasir Mas tuh.  Kesian cikgu tu, lebuk-lepam 'dikerjakan' oleh bapa seorang murid di sekolahnya.  Bapa yang menyerang cikgu itu kononnya tidak berpuas hati dengan cikgu itu yang menegur anaknya tentang masalah disiplin.  Sementelah anaknya benjol dahi bila balik dari sekolah.  Masalahnya, menurut cikgu itu, dahi murid itu benjol/berdarah pada hari Rabu.  Beliau pula menegur murid tersebut pada hari Khamis.  Macam mana cikgu itu boleh cedera lebih awal daripada waktu dia dipanggil oleh cikgu tersebut?  Hairan bin ajaib....


Bukan isu benjol yang aku nak ketengahkan di sini.  Tapi isu respon ibu bapa terhadap pihak sekolah.  Aku amat hampa dengan sikap ibu bapa murid tersebut yang terus datang menyerang dan memukul cikgu yang menegur anaknya tanpa berbincang terlebih dahulu.  Sementelah menurut saksi, ibu murid itu sendiri pun siap memegang sebilah golok yang dibalut dengan tuala semasa kejadian itu!  Huh, ala2 gangster gitu...


Adalah lebih berhemah jika ibu bapa tersebut bertanya dan berbincang terlebih dahulu.  Ini pakai main pukul terus.  Entah2, dengan anak dia pun dia tak bincang.  Tengok dahi anak benjol, terus datang sekolah, pukul cikgu.  Alahai....  Sikap sebegini amat membimbangkan kerana ia wujud di mana2 sekarang.  Guru, seolah2 sudah tidak dihormati.  Malah adalah insan yang amat dimusuhi...  Pihak keluarga murid2 sentiasa mencari salah guru ( maaf, bukan semua berfikiran begitu... ). Cikgu minta murid bayar yuran pun kena marah.  Cikgu suruh murid beli buku rujukan pun kena marah.  Apa, ingat cikgu nak duit tu bual beli makan pakai sendiri ke?  Kami tak kaya dan senang la kalau kami bolot duit yuran yang sehinggit dua jer tuh!!  ( ayat seorang cikgu yang kechewa...)


Aku faham.  Mungkin sesetengah ibu bapa trauma dengan beberapa kejadian yang berlaku, seperti cikgu yang memukul dan mendera murid sehingga membawa maut.  Aku sendiri pun terkejut dengan sikap cikgu yang sedemikian.  Tapi, fikirlah sendiri, kes2 terpinggir seperti itu tidak pernah wujud di tempat aku.  Tapi sikap cuak dan negatif ibu bapa tetap menyerlah!  Yang herannya, ibu bapa murid yang kelas hujung aje biasanya bengkeng yang anaknya tidak boleh ditegur!  Kalau murid2 yang cerdik tu, takde la pulak mak bapak diorang nak datang menyerang sekolah...  Mentaliti, oh, mentaliti....


Kalau dah anak kita tak buat salah, cikgu tak gila nak marah dia tau...  Kalau dah budak tu tak langgar disiplin sekolah, budak itu tidak akan didenda...  Kalau budak itu belajar serta menyiapkan kerja sekolah, mana ada cikgu yang mereng nak jerkah2 dia?  Kalau cikgu yang bersalah kerana memarahi murid yang tidak belajar, rasanya ibu bapa tersebut patut mengajar sendirilah anak mereka.  Betul tak?


Semua ini membuatkan semangat aku merudum.  Sedih betul bila niat kita disalaherti.  Aku cuba la juga 'menepuk dada dan bertanya pada selera'...  Aku rasakan something.  Mual.  Sedari tadi lagi.  Padahal dah makan pun.  Diet aku dah ke laut pun.  Minum milo segelas, ok sikit.  Tapi kepala sedikit pusing...  Heh, ada apa2 ke ni?  Tak boleh jadi...  I have to do something....

Sabtu, 25 Jun 2011

KAU PERGI JUA...

Tengahari semalam, semasa aku begitu bersemangat membuat entry diet, aku menerima panggilan daripada bekas anak muridku, Fatihah.  Aku mencongak2 akan perkhabaran yang bakal dia uarkan.  Nak kawin dah ke Peah ni?  Maklumler, sedari sekolah rendah dari dia memang terkenal dengan sifat maturednya... huh!

"Teacher....  Fatin dah takdok....," ugh... tersentak aku!  Seorang lagi?  Segera wajah Irfan dan Suzaimi terbayang di mataku.  Kesedihanku kehilangan mereka tahun lepas belum pun reda, lagi seorang anak muridku pergi?  Tidaaaakkkk............


Fatin lemas di sungai.  Cara yang sama seperti dua orang rakannya yang terdahulu.  Malah lokasi pun berdekatan.  Menurut Fatihah, petang Khamis lalu, Fatin bersama 4 lagi ahli keluarganya turun untuk mandi-manda di sungai berdekatan rumahnya.  Mereka siap bawa bekalan nasi dan sebagainya.  Berkelah petang hujung minggu la agaknya....


Malangnya, Fatin serta seorang lagi kakaknya dihanyutkan arus deras hingga ke pusaran air lantas menenggelamkan mereka.  Aku sudah tidak sanggup mendengar cerita selebihnya...  Mayat kakaknya hanya ditemui petang Jumaat (kelmarin), sedangkan dia masih belum dijumpai.  Petang semalam, aku melawat keluarganya.  Ramai betul orang2 kampung serta pihak2 berkenaan yang datang ke lokasi kejadian...


Mereka tetap tidak berganjak di tebing sungai itu menemani keluarga Fatin, menunggu berita.  Jenazah kakaknya sudahpun dihantar ke HKK untuk dibedah siasat.  Aku berdoa agar Fatin segera ditemui....


Air sugai yang begitu keruh amat menyukarkan pihak polis (penyelam) untuk melihat di dalam air.  Pertahanan awam serta orang perseorangan yang mempunyai bot turut berganding bahu membantu pihak berwajib.


Polis penyelam (berbaju biru di atas bot) berehat setelah shift menyelamnya digantikan dengan anggota lain pula.  Kami semua mula gundah kerana hari sudah menginjak senja, mayat Fatin belum dijumpai lagi.  Dan aku pulang dengan hampa (seperti ramai yang lain)...


Dan, pada jam 9 pagi lebih tadi, aku menerima sms daripada Fatihah, mengatakan mayat Fatin akhirnya dijumpai.  Tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaan fizikalnya, memandangkan dia sudah hampir 2 hari berada di dalam air.  Namun aku suka mengingatinya sebagai seorang gadis berkulit hitam manis yang begitu ceria.  Dialah antara orang yang akan ketawa terbahak2 di dalam kelas setiap kali aku membuat jenaka.  Dan, dia akan tersengih menampakkan lesung pipitnya tatkala aku mengusiknya.  Fatin, cikgu akan sentiasa mengingati dan mengenangmu.....  Al-Fatihah untukmu...


Fatin, Suzaimi dan Irfan (bertanda nama merah) semasa Perkhemahan Ko-Kurikulum SK. Kg. Karangan 2009

Jumaat, 24 Jun 2011

JOM KONGSI TIP KURUS....

Ececeh...  macam lah aku dah berjaya turun 10, 20 kilo....  Heh heh!  Lepas tension giler babi memeriksa kertas peksa budak2 tadi, aku saja2 belek2 majalah lama2....  Kadang2, dengan melihat tip2 bersenam serta beberapa testimoni insan2 bertuah yang sudah berjaya menurunkan berat badan, aku akan kembali bersemangat semula.  Tadi pun bersenam, tak sampai sejam...  huhu


Ada satu artikel menarik minat aku. Menurutnya, kacang badam mampu membantu kita membakar lemak!  Menurut laporan di dalam International Journey of Obesity, dengan memakan segenggam badam sehari serta diikuti dengan diet sihat, mampu membantu membakar lemak.  Sukarelawan kajian tersebut yang memakan badam setiap hari selama 6 bulan berjaya menghilangkan 18% lemak tubuh mereka.


Berbeza pula dengan mereka yang mengikuti diet dengan jumlah kalori dan protein yang sama tetapi menggantikan badam dengan karbohidrat sederhana (seperti kraker), dengan jumlah kalori yang sama, hanya mengalami penurunan sebanyak 11% sahaja.


Huh, berita baik tu, bagi aku la...  Aku memang gemar makan kacang, especially badam.  Tapi, dah terbiasa dengan taboo kacang ni yang mana sifatnya berminyak, boleh merosakkan diet.  Selain tu, buat berjerawat muka pulak....  Tapi, setelah membaca artikel ni, aku rasa semua itu tidak termasuk kacang badam la....  Hmmmm....


Namun, jangan lupa akan sukatannya, segenggam sahaja setiap hari.  Diulangi,  SEGENGGAM...!!  Heh heh heh.......  Selamat mencuba...   =)

Khamis, 23 Jun 2011

DAH TAK TAHAN.....

Dah lama betul rasanya tak singgah kat restoren pebret aku, tapi merupakan tempat yang tidak digemari MIS.  Itu yang jadi masalah...  Kalau kat tempat dia suka, ajak pi makan hari2 pun takper...  jauh pun dia sanggup!  Tapi kalau tempat yang dia tak berapa berkenan, banyak aje alasannya.   =(


Petang tadi, peluang!  MIS takmo gi jemput ambik anak dia balik dari hostel....  Yes!  Yes!  Maka aku dan anak2 melepaskan rindu dendam kami yang dah terpendam sekian lama.  Masing2 memesan semangkuk kueteaw tomyam merah, yang tersohor di Dataran Damar.....  heh heh heh........


Fuuhhh...., lihat saja warna merahnya itu!  Belum dikira bab rasanya lagi....  Setakat yang aku dah cuba di area ni, kat sini, tom yam merahnya lain dari yang lain.  Lebih special...  Aku pernah cuba2 korek rahsianya, daripada taukehnya (dah lama dah...).  Hampeh, mana nak dibagitaunya dia...   =(



Aku takde la makan dengan nasi ke, atau kueteaw ke apa... just ratah lauk dan hirup kuah cenggitu jer...  Mood diet masih membara.... (walau dah agak suam).  Ke kira ke laut juga ke diet aku hari ni?  Makan tom yam campur, takleh ker?  Any komen, Nadia @ Nisa @ sape2......

=)








APE KE HAL... NYE???

Hoh, habislah aku....  habislah aku....
Ayat itu tidak lekang dari bibir aku sedari awal pena mata merah ku ini menari-nari di atas dada kertas jawapan peperiksaan murid-muridku. 


Entah apa la diorang ni???  Makin dekat dengan nak peksa, makin hanyut kepala hotak mereka!  Ceh!!  Lain yang aku ajar, lain pulak yang diikutnya.  Dah habis tips cara termudah dah rasanya aku bagi budak itu cara menjawan 'soklan', mereka tetap jawab ikut selera mereka jugak!

Aku kah yang bersalah???


Beginilah nasib bila mengajar kelas 'hujung'...  Lagaknya, lebih pandai mereka daripada kita, cikgu2 nih....  Bila cikgu start nak mengajar, mereka siap marah2.  Kiranya kalau boleh, nak main bola 24 jam jer....

Kalau aku marah, rotan ke, ape ke, siap la tok nenek tu, datang nak 'menyerang' aku...  Haiiii... mana lah anak2 bangsaku nak maju? 

Habislah aku...  Budak2 ni dah dekat benar nak UPSR.  Tapi mereka masih tetap tak sedar diri juga lagi (kelas aku jer nih...  kelas lain ok...).  PPD dah datang 'sound' minggu lepas.  Minta guru2 giatkan usaha untuk menambah bilangan murid yang dapat 5A.  Macamana aku nak bantu tambah, kalau yang giatnya, cuma cikgu2 jer...????

Rabu, 22 Jun 2011

TINTA HATI JUMPA ARTIS!!

OMG.... OMG....  Itu yang aku terkedu tu.  Semalam, at the last trip, to way back home (betul ke apa aku tulis ni?  Ah!  Lantaklah...!)


"Rasa-rasanya macam pernah aku lihat wajah itu?  Tapi di mana ya...?" ungkap aku kat member2 semasa melihat seorang gadis manis berlalu di hadapan kami.

"Woi!  Artis tu....!" jerit Ku Mah.  Ye ke?  Aku nak jumpa.  Aku nak jumpa....  Maka gamatlah kedai mesra Petronas tu pula kami kerjakan gara2 terserempak dengan si artis tuh!!


Hambik kau....!  Ku Sah berposing sakan bersama Almy Nadia...  Kesian budak tu, kena layan kerenah kami, mak2 vouge yang terlampau ni....



Ku Mah tidak dapat menahan diri daripada bersalam dan memeluk Cik Almy, hingga dia nampak macam nak koma dah aku tengok...  Pastu, dengan ganassnya plak suruh aku snap gambar dia jugak.... Hhhhh.....


Tengok mak ni...  Rileks jer berposing sebelah artis glamer...  Takder nak kecoh2 pon!  Ceh, perasan la pulak....  Anyway, thanks Almy cos sudi layan kami.  Dia ada 'kerja' sikit kat KB siang tadi (urusan dengan JAMU MAK DARA rasanya), tu, on the way nak balik KL.....


Balik rumah, aku tunjuk la gambar ni kat anak dara sunti aku yang darjah 5 tu...  Berguling2 dia menjerit sebab jeleskan aku.  "Tak aci mak ambik gambar dengan artis...!" raungannya itu mengembangkan lagi lubang hidungku!!!!



MAMA'S DAY OUT...

Petang semalam, kami, set2 Jahak melawat rakan, merangkap ahli majlis yang sedang di rawat di hospital.  Ku Zai, telah ditahan setelah beliau membuat rawatan rutin bulanan di HKK atas alasan kurang darah dan wajahnya pucat (eh! Dah orang tu kulitnya putih melepak...)


Kami berkumpul di cafe hospital dulu kerana dah janji nak masuk sama2...  Didapati my bespren, Karl dan Iwan (bakal babah!  Cheeewaaahhhh!  Tahniah Wan...!)  tengah minum macam orang kebuluran.  Menurut Karl, dia belum makan ape2 pun lagi hari ni....  Alalalaaaa.... kesiannyeee....  Maka sekejap jer habis sebungkus roti dibelasah kami....  huhu


Kasihan plak aku nengok Ku Zai tu...  habis sembab seluruh badan.  Waktu itu, dia sedang dimasukkan air, baru je selesai dimasukkan darah.  Namun, dah jenis baik dan peramah tu gak, dia still tersenyum manis menerima kunjungan 'Che Kiah' ni.... heh heh!  Kat sebelah tu, anak dara trang tang tang dia la yang jadi tukang nunggu dia...  Get well soon my dear friend...   =)


Setelah penat menggamatkan hospital, kami singgah di food court berdekatan, Judin nak beli juadah berbuka puasa...  Huh, mana boleh kluar tak ngap?  Ku Mah dengan ganasnya memberi arahan kepada Karl supaya membelanja kami makan...!  Maka gamatlah pulak food court tu kami kerjakan....


Huh!  Tengok tu....  Walau terliur nak mampus dengan nasi ayam yang Karl Laksamana ngap tuh, aku berjaya menahan selera dengan hanya mengoder Carrot suam....  Syabbbaaaassss.......  Hhhhhhh....!!


                Memang terbukti budak ni tak makan lagi...  sekejap jer pinggan nasi ayam tu dibelasahnya!



Ku Mah menyeringai dengan ganasnya setelah menghabiskan semangkuk mee sup!  Ceh, jeles aku!!  Dia takper la...  tak payah diet...  huk huk huk....  Setelah semuanya kenyang bergelimpangan, kami meninggalkan Karl terkulat2 di meja untuk membayar makan kami tadi.  Nasib la kot kalau kena cuci pinggan selepas ni Karl....  Kami perlu rush balik cos Judin nak buka puasa.  But, dah terasa semput bebenor, kami singgah la di kedai Mesra.  Judin nak beli minuman.  OMG....   Fuh!  Lawanya....   OMG...!!  Tak sangka mak.....

                                                                bersambung......












Isnin, 20 Jun 2011

DIARY DIET : What's Dinner?

Salam.  Aku bercadang nak wujudkan jurnal diet untuk peringatan diri sendiri, di samping berkongsi maklumat dengan blogger2 lain, especially blogger diet (yang aku baru tau, ramai betul kat luar tu...).  Harapan, semoga saling memberi semangat demi menjayakan misi aku untuk turunkan sikit (ada hati rasa sikit????) berat badan aku ni....   ;-p


So,  hari ni mantain diet bersederhana....  Tapi aku ingin highligt pasal dinner.  Agak special bagiku, kalau biasa ikan bakar dan buah serta sayur rebus.  Malam ni belasah mee soya tomyam.....


Aku pun first time makan mee kacang soya tu.  Risau kot ada karb juga, so ambik sikit jer...  Tapi aku bantai sayur kobis bunga tu penuh mangkuk!  Hambik kau...!  Dah aku masak sendiri...  Kalau kat kedai, nak jumpa 2 potong pun susah....  =(



Dulu aku cukup pantang dengan epal hijau.  Tengok jer dah buat mulut aku rasa masam...  Tapi sekarang, setelah menyedari ia jauh lebih berkhasiat bagi pengamal diet, aku paksakan diri cuba2...  So, malam ni, dessert, sebiji epal hijau saiz kecil...  huhu....  makanlah aku sambil berkerut muka....


Sejam selepas makan, bersenam sikit dalam 1 jam...  Huh, baru aku ingat, aku pernah rasa ringan urat dan segar badan setelah mengeluarkan peluh....  Hhhhhhhhh.....  Selamat maju jaya untuk diriku, dan rakan2 diet lain....  =)





Ahad, 19 Jun 2011

SEKITAR MALAYSIA VS MYANMAR DI KELANTAN

Kali pertama Kelantan menjadi gelanggang tuan rumah untuk acara peringkat 'intornsionalle' ini, mana mungkin akan aku lepaskan peluang...?!  So, petang kelmarin, berangkatlah kami 'secouple' gi stadium Sultan Muhammad ke IV.  Walau hati tidaklah 100% semangat menyokong...  Maklumlah, aku dan family kan fanatik TRW...


Tiket Astaka... konon nak elak daripada hujan lebat dan sesak nafas dek asap2 rokok yang ibaat seperti muncung kilang tuh...




Kelab Penyokong....  Best betul!!!  Mereka menyanyi dan bersorak sejak tiupan wisel mula hinggalah wisel berhenti...  Aku tak pasti la mereka tengok ke tidak perlawanan tu, sebab asyik menyorak dan melompat sepanjang masa....   ish ish







Semangat...!! Awek manis ni menunjukkan sokongannya dengan melukis bendera Malaysia di pipi gebunya...






Suar dinyalakan oleh group Kelab Penyokong...  Habis berasap satu stadium....  Takpo...  tidak membahayakan.  Bukan mercun tu gu....







Betul la...  berada di seat astaka lebih tenang dan jauh dari 'marabahaya'....  Semuanya nampak lebih tenang dan berdisiplin... huhu






Makanya MIS pun dapat menyaksikan perlawanan semalam dengan tenang lah juga....  tanpa sesak nafas yang menyakitkan dadanya....







Biasanya, lautan merah akan membanjiri stadium.  Memandangkan semalam team Malaysia, para penyokong lebih 'open' bab coler ni...  Banyak yang mengenakan jersi kebangsaan la...  Tapi, takkan MERAH hilang di Stadium...!! heh heh






Persembahan semasa waktu rehat....  Best giler kau...  Pancaragam yang didatangkan khas dari Myanmar dan students dari SMK Sains Machang....







Aidil diusung setelah mengalami kecederaan yang agak serius...  Selepas itu, beliau terus dibawa dengan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.....






                     Pebret aku, rambut balung ayam ( agak terlindung dek mamat berbaju kuning tuh)




Keputusannya, Malaysia menang bergaya dengan 2 - 0 ke atas Myanmar....  Yeyyy.....  Sorakan dan tepukan gemuruh. Aku kasihan sebab mereka terpaksa bermain dalam hujan dan keadaan padang yang begitu becak.  Kalau tak, mesti game tu lebih uumph....


Dan aku tersenyum puas dapat menyaksikan game ini hingga ke akhir...  tidak seperti sebelumnya, pasti kena keluar awal sebab MIS sudah sakit dada... huhu...  Tentu korang tertanya2, ngapa tak tunjuk gambar penonton bersorak semasa score..???  Aku pun sibuk bersorak jugak....  bagai nak rak!!  So, mana ada masa nak snap gambor.....  sekianterimakasih.




Sabtu, 18 Jun 2011

SEMINGGU YANG 'MEMBARA'

Kalau dicongak betul2, belum cukup pun seminggu lagi...  tapi kira seminggulah, lebih kureng...  Hhhhhhhhh!!  Memang membara dan bersemangat!  Aku berjaya (dalam terseksa) untuk cuba ambik buah dan sayur sahaja.  Disulami dengan ikan bakar cicah air asam....  Nasi tak ambik...  Tapi ada juga satu hari tu 'terbabas' juga... hehehe!  Nasib la ambik hujung senduk jer...



Senaman juga mula aku amalkan balik, setiap petang....  Hari minggu, bantai 2 jam (bervariasi la...)  Bila rasa macam nak terkantoi jer, cepat2 aku buka blog geng2 diet tuh....  Fuh, alhamdulillah, menyala balik semangat juang ku.  Eceh....   =)



Dan pagi ni, aku tersenyum lebar bila jarum penimbang menunjukkan pengurangan 1kg!  Yey...!! Dah turun 1 kg!!!!  Eleeeehh.....  1 kg pun nak kecoh ke?  Pasti ada yang akan mencebik dan berkata begitu....  Ada mak kisah....?  1 kg tu pun dah besar ertinya bagi aku tau...  Manusia yang amat mudah naik badan, tapi amat susah untuk turunkan semula....  huhu


Semangat nih...  Memang tengah semangat nih!  Maka habis segala peralatan senaman lama aku yang dah berkulat tu aku keluarkan balik.  Harap2 akan bertahan lagi la semangat aku ni ye...  Allah, please help me...  =)


Gambar 3 minggu lepas ni membuktikan betapa aku masih 'tidak sedar diri' pasal semua baju aku yang mula 'mengecut'...  hehehe....  Harapan aku, agar aku boleh pakai balik baju2 aku tu dengan selesa, itu je....  Kalau cakap pasal KURUS.  Aku perlu turunkan 25 - 30 kg!  Gila la aku...  Tapi, sasaran pertama aku, turunkan balik 10 kg yang aku pernah turunkan dulu (penghujung 2009).  Fuh, semangat....  semangat...  Insyaallah, petang ni gi stadium  tengok bola dulu!  Semangat juga tuh... hehehe..



p/s :  tapi sekejap tadi ada rakan blog aku cakap, aku perlu juga ambik nasi sekali sehari.... Camana ni?
         ada sapa-sapa nak bagi pendapat?  silakan....









Rabu, 15 Jun 2011

KENAPA NIQAB..???

Hahaha!  Bising dan bingit kengkawan aku bila melihat picture wall (eh, tak gitu ker orang panggil?) aku kat blog dan fb aku.  Kenapa siap bertutup muka ni?  Kau dah masuk Al-Maunah ker?  Itu antara soalan mereka.  Aku dah agak dah...  Tapi, bior ler... at least, aku tau diorang caring... kan... kan...




Idea untuk snap gambor ala-ala pakai niqab tu dah lama tercetus sebenarnya.  Setelah aku melihat Elia Si Jejariruncing tu dressing masa majlis pertunangan dia dengan hero goal keeper kami, Apeq.  Huh, santek giler kau mek Elia hari tu....  Comel bebenor!  So, aku pun teringin ler nak tengok macamana rupanya (seburuk mana) muka bulat kembung aku ni bila memakai niqab...  ala, bukannya aku kena panggil 'mekap artis' pun....  Aku bantai buat sendiri jer....  kah kah kah!




Ni nak pecah rahsia ni...  Aku cuma amibik masa setengah jam jer untuk semuanya.  Apa tidaknya, aku cuma mekap mata jer... hehehe!  Bedak pun taruk area tu jer.  Dan, yang penting, aku cuma pakai t-shirt dan kain batik sarung jer masa tuh!  Aku baru lepas masak untuk lunch...  Sebab tu, gambar aku takat muka jer tu... kah kah kah!  Niqab tu pun sebenarnya kain tudung selendang aku jer...  aku ejas2 jer...  Bila anak2 aku first time tengok gambar2 ni hari tu pun, mereka tak percaya.  Mereka tanya. bila aku beli 'tudung penutup mulut' (istilah mereka untuk niqab).  Dan mereka gelak guling2 bila aku kata itu tudung lama aku...




Well, dengan penjelasan ini, diharap sapa2 yang 'corius' tu faham la yer...  Aku takde niat apa2, cuma mengaplikasikan salah satu minat aku dalam seni foto.  Saja nak bergaya ala2 wanita padang pasir...  Namun aku sama sekali tidak berniat dan berminat dengan isu2 lain seperti Al-Qaeda ke, Al-Maunah ke, hatta apa2 yang seumpamanya.  Politics are not in my mind... So. peace....yo...



JANGAN KAU UCAP SELAMAT TINGGAL....

Aku terkilan juga bila membaca satu entry salah satu blogger pebret aku, Noi yang begitu hangin satu badan pasal sorang pakcik kat tempat kerja dia.  Aku faham camana perasaan dia waktu itu, sebab aku pun sentiasa mengalami situasi begitu.  Namun, memandangkan aku tak berapa paham story yang berlaku disebalik kejadian tu (dia tak eksplen ), aku was-was camana nak komen entry tu.  Cuma dalam hati, aku berharap agar 'panas' Noi tak lama semalam.


Dan hari ini, aku yakin, Noi dah agak 'sejuk' memandangkan entry terbaru dia penuh ceria dan lawak bagi aku. (Kalau korang tak rasa dia lawak, tak dapek la den nak nolong...) " Noi dah kembali ceria", fikirku.  Tak kisah la kot dalam hati dia sebaliknya.  Tapi pada paparan blog dia, yes, I enjoy it....




Hahaha!  Memang aku gelak sakan!  Sebab aku pun sama macam Noi, baru sahaja 'menjahanamkan' sesi diet aku untuk hari ini.  Diet aku juga bermula dengan pemakaian bengkung ( tapi bukan jenama PB ler, jenama *tut* jer yang mak mampu beli...), tapi, belum sempat keluar rumah ke tempat kerja, aku buang balik benda tuh!  Ceh!  Rimas betul aku!  Nak bernafas pun tak berapa lawas...  kah kah kah!



Balik kerja, memang selalunya waktu yang amat kritis bagiku.  Aku cuba sedaya upaya untuk ambik buah dan sayur.  Memang dah sendawa la...  Tapi rasa macam satu kekurangan.  Cis!  Brengsek betul.  Begitulah selalunya lubang tembolok aku nih!  Jahat!  Jahat!  Otak mula la ligat mencari2 alasan.  Oh, tidak!!  Aku tewas...!  Diet no nasi aku hari ini ke laut la juga akhirnya...  Nasib baik aku ambik hujung senduk jer...  Buat pujuk hati.  Kalau aku tak ambik langsung nasi yang menjadi idaman hati aku tuh, mau hangin dan emo sampai ke malam tau...  Cis!  Teruk betul nasfu makan aku....










Tapi aku tidak pernah berniat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada body slim-melim aku!  Walaupun 'dia' dah meninggalkan aku lebih 10 tahun yang lalu....  Aku tidak pernah melupakan 'dia'.  Cuma 'dia' sahaja yang sampai hati meninggalkan aku...  Cheiys...  Hahaha!  So Noi, JANGAN KAU PERNAH UCAPKAN SELAMAT TINGGAL kepada badan kurusmu itu...  Because, there is always hope.  BTW, you are beautiful girl, in your own special way...  Tiada jalan mudah untuk cantik dengan cepat.  Nak wat camno?  Perjuangan kita, kaum wanita yang 'comel dan gebu' ni tidak pernah selesai dengan segera.  Bersabar ye.... (lebih kepada pujuk diri sendiri tuh...)  =)









Selasa, 14 Jun 2011

MANUSIAKAH USTAZAH ITU?

Aku hangin satu badan bila baca paper Berita Harian tadi. Ada satu laporan di muka surat 14 yang berbunyi 'Ustazah Biar Suami Rogol Anak Didakwa'.  Aku yang dah sememangnya diserang migrain ni, macam nak pecah kepala hotak!  Tapi, tetap baca story tu sampai habis...

Apa ke bengongnya si perempuan yang digelar 'ustazah' yang berumur 33 tahun tu sanggup bersuhabat dan membiarkan suaminya, yang perupakan bapa tiri kepada anak malangnya itu diperlakukan sedemikian rupa?  Aku tak dapat nak merumuskan dengan akal cetekku ini, yang perempuan itu seorang wanita Islam, telah membiarkan zina berlaku di hadapan matanya!  Lebih memilukan hati aku (yang sentiasa amarah ni), beliau tega melihat darah dagingnya sendiri 'dirosakkan' dan dinodai oleh syaitan yang bertopengkan manusia, iaitu suami barunya.  Ceh!  Jalang punya betina!!



Maka aku jadi sangsi, adakah betina ini manusia?  Aku rasa dia juga adalah syaitan yang sama seperti suaminya itu.  Jika tidak, mana mungkin dia sanggup bergelumang dosa kering....  Ceh!  Betina itu telah mencemarkan nama baik dan gelaran 'ustazah'!  Aku tidak pernah mengenali mana2 ustazah yang bangsat macam betina ini!!  Kalau ibu lain, mesti sanggup berkorban apa saja demi menjaga maruah dan harga diri serta masa depan darah daging sendiri.  Tapi tidak betina ini...


Patutlah di usia 33 tahun, dia sudah bernikah 2 kali.  Dan bila meneliti umur anaknya yang malang itu, dia telah melahirkan budak itu seawal usianya 17 tahun!  Memang 'ustazah' ni dah gedik sedari awal...  Kawin awal, bercerai awal, kawin lain awal...  dan... ish.. tak paham aku!!!



Kalau dah nafsu serakah dia dan suaminya songsang sangat sekali pun, janganlah dirosakkan anak sendiri!  Hey, betina! Kau takde otakkah?  Manusia normal lain sekali pun, aku percaya, pasti ditinggalkan suaminya jika mengetahui si suami jahanam itu akan merosakkan anak dara kita.  Paling tidak, lebih baik kita bagi dia kawin lain.  Yang aku biasa dengar, si ibu yang menyesal setelah mengetahui suami baru mereka telah merosakkan anak mereka.  Tapi, perempuan ini, siap tahu awal2, siap rela dan bersubahat.  Masyaallah...


Sekadar gambar hiasan - pinjam dgn Googles


Aku yakin dan pasti, bagi perempuan, sementelah kaum ibu di luar sana bersetuju dengan pendapatku.  Yalah, siang malam kita berdoa akan kesejahteraan dan kebahagiaan anak2 kita.  Minta jauh dari bala dan zina.  Ini tidak, kita yang membawa zina dan kehancuran itu kepada anak kita sendiri...!  Ptuih..!!  Kalau aku jumpa betina bengong ni, akan aku ganyang dia cukup2!!!!!

Isnin, 13 Jun 2011

TERKEJUT MAK...!!

Benar.  Memang aku terkejut.  Aku tidak menyangka anak aku begitu.  Sebelum ni , memang aku tau dia suka menghabiskan masanya, serta menghabiskan kertas dan warna aku dengan melukis.  Dan aku mesti akan memarahinya kerana menyepahkan rumah aku dengan kertas2 dan pensil warna merata-rata...

Dah darjah 5 pun malas nak kemas, tapi suka buat sepah...!!  Itu ayat biasa aku...  Kadang2 bila dia kemaruk guna warna air, habislah segala bekas dan cawan plastik kat dapur tu digunakannya.  Bila dia takut aku marah, dia akan sembunyi2 mewarna kat belakang rumah atau dalam bilik dia.  Pastu dia tak reti la pulak nak simpan balik!!  Tu yang aku meroyan tu....


Tapi dua hari lepas, aku terkesima bila melihat hasil lakarannya.  Tak jadi aku nak jerkah dia kerana mengambil kertas2 aku.  Buku panduan melukis Disney tu, dah nak hancur dikerjakannya.  Tapi setelah melihat kerja tangannya.....



Mulanya aku ingat dia tekup gambar tu dari buku.  Tapi setelah diteliti, gambar yang dia lukis tu ternyata lebih besar dari gambar contoh yang ada dalam buku tu.....




Dia mengikut step by step cara lukis seperti yang ditunjukkan dalam buku itu.....  Wah!! Pandai pulak budak ni... gumam aku dalam hati.  Kalau bab belajar, malas yang amat, melukis boleh la pulak....  ok la tu....



Aku tunjukkan la hasil kerja anak aku tu kat MIS...  Komennya,  " Hmmm.... mana nak tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi...."  Eceh...!  Kembangnya lubang idung aku nih....  Makin kembangla body aku....  Hhhhh...  nak gi timbang...  nak gi timbang... takut naik berat....



Ahad, 12 Jun 2011

TERSEKODENG BLOG DIET...

Di saat jiwa raga yang masih berdarah dan lara dek kekalahan Kelantan di tangan Terengganu semalam, aku buka la fb, nak baca komen member2 pasal perlawanan tuh...  Sedikit sebanyak terubat la hati ini...  ececeh...!  Dan macam biasa, dah nama pun blogger (aku je la yg prasan aku nih blogger.. huhu), buka la blog sama...



Bila buka papan pemuka aku, terasa nak baca blog salah satu yg aku ikut, tapi jarang2 sangat aku buka...( sowy Nadia...).  Maklum ler, entry terbaru dia, dia upload gmbar terbaru dia,  whole body!  Tu yg aku tringin tengok tuh ( Hoi! Ngalahkan nak tengok foto porn jer ) Dan, feeewheeeet...!!  Dah KURUS...!!!  Memang la korang yang duk dalam kategori kurus, akan tergolek2 kelakkan aku, bila aku kata Nadia dah kurus!  Ye la... kurus dari sebelumnya.  Dia memang nak kuruskan lagi hingga mencapai 60kg....



Bermula dari itu, banyak la blog2 lain yang link dengannya aku turut buka.  Baca, baca dan baca.  Terus jer membakar semangat dan kalori ini...  Aa..a... ye la.  Memang kabanyakan kaum Hawa macam aku ni, di serata dunia sekali pun bergelut dengan isu DIET.  Hurmmmm.... Sedar lah aku.  Aku sorang jer lagi yang masih bengong, tak reti2 nak reset balik 'paras sirim' mata aku ni.  Maklumlah, aku tau aku GEMUK, dan di sepanjang hayat aku semenjak bergelar bini orang, aku (kononnya) diet...  tapi timbangan jarang sangat nak turun.  Makin naik, ada la...  Tapi, boleh aku rasa tak kisah sangat bila setiap pakaian aku mula mengetat.  Malah sesetengahnya ada yang aku langsung dah tak boleh pakai!!!  Ceh...


Pastu, boleh plak aku menyelesakan diri dengan posing ala2 sekerat jer...  Selalu snap muka jer.  Bila tengok, memang la hati senang.  Nampak kepala, keciiiikkkk jer (padahal muka bulat dan tembam pong!!)  Kalau snap penuh satu badan, baru tau, langit ni tinggi ke rendah....  Usahkan manusia lain, aku sendiri pun naik ngeri tahap gaban tengok gambar aku!!!  Ptuih...!!



Korang boleh tengok sendiri la... aku sorang jer yang gebu dan kembung kat situ.  Orang lain nampak normal jer...  Tapi, itu la, macam aku selalu cakap, aku memang berhasrat nak diet.  Tapi, tak pernah konsisten!!  Sebab aku tak boleh straight sangat pasal isu2 diet dan hal2 makan ni.  Aku boleh stress tahap meroyan...



Setelah follow beberapa blog tu, aku harap mereka boleh menjadi pembakar semangat aku untuk kawal sikit selera makan aku nih.  Malas nak senaman tu, dah la satu hal.  Kalau ada benda2 yang boleh menyejukkan aku daripada asyik menyumbatkan makanan ke mulut ni, kira ok la...  Kalau tak, 24 jam sehari hidup aku hanyalah berkisar tentang makan, makan dan makan sahaja...



Walau aku tak mengharap untuk kembali jadi 'haluh manih' seperti masa 'bawah umur' dulu, at least, kalu jadi KURUS sikit drp sekarang pun, kira alhamdulillah....  Aku tau la, amat mudah nak gemuk, tapi teramat-amtalah susah untuk kurus balik....  Buktinya, aku dah kurus sikit dah tahun lepas.  Dengan penuh susah-payah berdiet, tak amik nasi 2-3 bulan, excercise sampai hancur basikal, turun la 10 kg.  Tp, bila kendurkan sket amalan diet tuh, plus kureng snaman, tuh dia, mencanak naik balik ke berat asal la... hingga sekarang...  sekian terimakasih....

Agak-agak boleh ke aku turunkan skit berat badan ni....?????  Tunguuuuuuuuuu............





Selasa, 7 Jun 2011

SIAPA YANG SEDANG BERTENGGEK TU?

Kejadian ni dah agak lama berlaku.  Tapi aku baru je berkesempatan mengambil gambar tempat tu...  Kiranya ala2 CSI la...


Warga tempatan macam aku ni mengenalinya sebagai Jambatan Sungai Nal, yang terletak berdekatan dengan kilang papan di Simpang Kuala Nal.  Jambatan gantung ini memang klasik dan penuh dengan cerita2nya yang tersendiri...  Tapi sekarang ia hanya salah satu artifak (ewah) sejarah kerana ia tidak lagi digunakan.  Sebaliknya digantikan dengan jambatan konkrit yang lebih lebar betul2 di sebelahnya.



Ada sorang rakan aku yang baru bertugas di sini.  Beliau orang Selangor tetapi berkahwin dengan pemuda dari Cik Siti Wan Kembang, so jadilah dia orang sini...  Satu petang, keluarga sebelah suaminya datang bertandang di rumah sewanya, di sini.  Namun mereka terpaksa balik malam itu juga ke Kota Bharu.  Lebih kurang jam 11 lebih, mereka melalui kawasan itu.


Bapa sedaranya yang memandu tu, malas nak ganggu isterinya yang mula mengantuk.  Sementelah anak2nya dah lena di belakang.  So, drive la dia sorang2.  Bila melewati jambatan itu, dia perasan ada orang sedang duduk di atas pagar jambatan.  " Nak bunuh diri ke budak tu? " dia tertanya2.  Kerana perasaan ingin tahu, dia terus merenung orang di atas jambatan itu.  Namun, sebaik sahaja keretanya betul2 dekat dengan orang yang berpakaian putih itu, orang itu terus terbang menerpa ke arahnya!  Kejadian yang amat pantas itu membuatkan dia hanya mampu memejamkan matanya apabila orang itu terus sahaja melanggar cermin tingkap sebelahnya.  Namun orang atau objek putih itu terus sahaja bertukar menjadi kabus dan hilang begitu sahaja.



Terus saja bapa sedara rakan aku tu pecut keretanya tanpa berkata apa2.  Hanya bila sampai di rumah barulah dia beritahu perkara itu kepada isterinya, yang mana terus saja menelefon rakanku tadi...  Nasib la.  Bukan semua yang 'bernasib baik' untuk terserempak dengan benda2 macam tu....


Aku yang selalu balik hingga pukul 1 pagi tiap kali lepas tengok bola kat stadium tu, takde la pulak mengalami kejadian2 macam tu....  Ye la, kejadian kat jambatan itu la....  Kat tempat lain tu, melambak la....



Nak tau ke?  Kalau nak tau, bagitau la...  Aku malas nak bagitau, kalau takde orang yang berminat nak tahu.  heh heh heh...  Sekali-sekala, layan momok la pulok....

















PESTA WAU ANTARABANGSA lah pulok...!

Ya, memang kami holiday sakan cuti semester tahun ni!!  Aku pun tak sangka MIS, dalam2 tak sihat dia tu, sanggup bawa anak2 holiday...  Eleeh... sebab, dia sebenarnya yg memang nak pergi tempat2 tersebut...  Orang kata, sambil menyelam, minum air...  heh heh...


So, kelmarin, tersengih2 dia pergi jumpa aku kat dapur, ajak pergi tengok wau kat Tumpat.  Macam la aku tak kenal wau... cebik aku.  Maklum ler, sakit kepala kena hujan pergi Pasir Puteh dan Terengganu kelmarin dulu pun tak berapa nak reda lagi ni.


" Pesta Wau Antarabangsa ni Tie...  Hari ni last!  Rugi tak tengok...  Peserta dari Korea, Indonesia pun ada.."  Dia tetap berusaha memujuk.  Memang la, kalau dia yang nak pergi, suka tak suka kami akan kena pergi.  Kalau aku yang nak pergi?  Tak akan jadi pergi, walau nak kiamat sekali pun!!  Dia membodek lagi dengan menguruskan segala2nya - ajak dan suruh anak2 bersiap, bawa barang2 masuk kereta, cuci kereta ( dia dah buat awal2 lagi ) hatta bereskan makanan Jazz dan Tom untuk ditinggalkan.



So, here we go...  one more day!  A great, happy and crazy holiday...  Memang meriah kereta di atas jalan dan stesen2 minyak!  Banyak betul.  Macam pesta plak...  Padan muka MIS, konon nak pecut, kereta gerak takat 60km/j jer... hahaha! 



Bila sampai, dari jauh dah nampak macam2 wau gergasi dan pelik2...  Anak2 aku menjerit tak sabar bila nampak wau Upin terbuai2, macam, naik segan, jatuh tak mau...


Bendera negeri dan negara yang menyertai pesta ini



Anak2 aku tak dapat menahan diri daripada mengagumi wau Upin dan Ipin, walaupun dan menyembah bumi



                                    Wau gitar pun ada.  Agaknya tuan dia memang minat muzik...


Wau ikan kap tu kepunyaan Negeri Melaka.  Aku dapat tau tu, sebab salah sorang krew dia rupanya bekas anak murid aku yang sekarang dah jadi askar kat Kedah, tapi kawan dia anak saudara pemilik wau ni...  Tu yang datang tolong juga tu...  Huh, kembang weh lubang idung aku bila tau2 ada seorang pemuda handsome tersengih malu2 tegur aku, " Teacher...  maghi jugok...?  Tok kenal kito doh ko?  Anak murid teacher dulu.."  Ececeh...  mau nak berair bijik mata tau....  Aku terlampau terkedu dan asyik borak, sampai lupa nak snap gambar dia...  Well, all the best la ye, Miji...


Memandangkan kami sampai pun dah lewat, banyak wau dah diturunkan.  Sementelah hari pun dah nak hujan.  Loh, hujan lagi...?  Tinggal wau2 kecik jer yang menghiasi angkasa - wau peserta yang besar2 tu dah diturunkan semuanya.  Maklumlah, nak menyimpannya pun dah ambik masa lebih setengah jam!


                 Hahaha!  Dah basah kuyup kena hujan dan ribut pantai pun ada selera lagi nak posing tu...


Dah balik dari Tumpat tu, biasalah, jalan2 cari makan la pulak...  Tapi yang bestnya, kitorang tengok bola tu..  Kelantan Vs Terengganu.  Dah nak balik rumah lambat lagi nak sampai.  Tengok kat kedai lagi meriah tau...  Bila bola gol, semua menjerit, macam nak runtuh kedai...  Yang lawaknya tu, habis budak2 kecik yang ada kat kedai tu terkejut lantas menangis2!  Nak buat camno babies, dah mak bapak awak bz dan semangat nak tengok bola juga....


Kelantan membelasah Terengganu 3 - 0 semalam.  Tapi, yang aku nak hinghlight kat sini ialah rak tv tu...  Menarik juga...  Dia buat dengan rought iron tu...  mahal weh....  Pergh...