KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 31 Mei 2011

X - FILE

Lewat petang kelmarin, terjenguk plak kat tangga depan.  Dek kerana menyampah dengan selipar kasut anak2 yang berselerakan di depan tangga, aku turun kemaskan.


Semasa menyapu dedebu pasir di sekeliling tangga tu, aku terpana bila memandang satu makhluk kecil seperti mentadak.  Namun peliknya ia berwarna hijau muda pucuk pisang yang amat striking. Amat berbeza dengan flying mantis yang biasa kita lihat, berwarna hijau tua.  Lebih pelik, ia bercorak tompok2 perang gelap plak di badan strikingnya itu.....





Lagi aneh, bila mentadak yang pada pendapat aku masih 'anak' yang berukuran lebih kurang 4cm je ni kelihatan agak jinak.  Ia tidak bergerak atau cuba melarikan diri, walau hampir2 terkena penyapu aku (waktu itu aku tidak perasan kewujudannya).  Biasalah kan, orang ganas menyapu sampah...  korang bayangkanlah sendiri....  ; p










Setelah merenungnya beberapa ketika, barulah aku terlintas untuk mengambil gambarnya...  Malah anak mentadak ini tidak pula kepoh, sebaliknya bersikap sporting dengan membiarkan aku snap gambar dari pelbagai 'angle'...  Dia tetap mantain kaku di atas beg plastik di tepi tangga itu....





Rasa tak berapa vouge dia hanya pose atas plastik, aku sua hujung penyapu aku ke arahnya.  Dan seolah2 mengerti, dia perlahan2 merangkak naik ke atas penyapu aku.  Aish....  Aku berniat nak alihkan dia supaya posing anggun di atas gril pintu.  Dan sekali lagi, bagai mengerti, dia turun dan bertenggek kaku di atas gril rock iron itu...  Eceh... sportingnya ngkau....







Comel dan pelik la engkau ni mentadak....  bisikku dalam hati.  Sambil tersenyum, setelah berpuas hati dengan gambar2 yang aku ambil tadi, aku tunduk untuk mengambil semula penyapu yang ku letakkan di lantai sebentar tadi.  Sebelum menyambung semula kerjaku yang terbantut tadi, aku memandang sekilas ke arah gril pintu, tempat anak mentadak tadi.



Tersentak dan terkejutnya aku bukan kepalang kerana ia sudah tiada lagi di situ!  Aku mencari-cari di sekeliling, tapi tiada kelihatan kelibatnya....  Pelik betul...  Bila masa dia pergi?  Takkan aku tak perasan langsung sewaktu dia terbang pergi?  Cara dia menghilang, seolah-olah ia hanya ghaib begitu sahaja....

Isnin, 30 Mei 2011

HASSAN DAN HUSSEIN

Hari tu, aku dan MIS singgah rumah abang dia, sebab nak malawat 'ibu mertuaku' yang tinggal kat sana.  Selepas mengambil buah tangan yang aku bawa, senonong aje dia ke dapur.  Mulut bisingnya yang memang selalu berdendang 24 jam tu menarik minat aku, kerana dia asyik menyebut2 nama 'Hassan' dan 'Hussein' tak henti2.




"Sedara-mara mana la plak abang ipar aku bawa balik kali ni?" Aku mengomel dalam hati.  Kerana tak puas hati, sebab mak mentua aku tak juga berhenti membebel pasal Hassan dan Hussein tu, aku ikut juga ke dapur.




" Ni haaa....  Si Hassan dan Hussein ni, pantang bunyik ada orang kat dapur!  Terjenguk2 lah kepala tu kat muka pintu dapur.  Nak minta apa2....  Mereka tu makan apa saja..." kata 'ibu mertuaku'.



Aku memanjangkan leher ke luar pintu dapur.  Tak nampak satu manusia pun!  Tetiba sesuatu meyondol tangan aku dari bawah...









Opocot...!!!  Aku terlompat kerana terkejut beruk yang amat!  Laaaa... ni ke makhluk yang mak mertua sibuk leterkan tuh?  Ceh!!  Buat penat aku pikir jer....





                       Hassan dan Hussein tu, rupanya kambing2 belaan anak sedara aku...  Laaa.....














TERSENTAK AKU...

Huh, cuti-cuti sekolah cenggini, best jugak layan wayang.  Memang la, kalau nak kira rumah bersepah, memang takkan habis2nya kena kemaskan.  Mau2 di musim cuti macam ni.  24 jam anak2 aku lepak kat rumah.  Huh!  Macam kapal pecah la jadinya.  Namun, ada mak kisah...?  Rajin, aku kemas.  Bila dah tak larat, aku biarkan aje le...  Tak kuasa nak membebel 24 jam.  Mereka sendiri pun, bila dah penat buat sepah, tau pulak nak kemas balik apa2 yang patut...  heh heh..


Balik holiday ari tu, singgah pasar malam kat *tut*...  terbeli la vcd Hikayat Merong Mahawangsa.  Aku memang dah berniat lama dah nak nengok filem epik ni... Dengar rumors, best giler!!  Maka, layan lah mak seadanya dengan berbekalkan semangkuk mee goreng pagi tadi, tanpa mempedulikan anak2 bersengketa berebutkan komputer untuk bermain game pebret mereka....


Wah!  Memang aku cukup bangga dengan KRU kerana berjaya meletakkan filem mereka sebaris dengan filem2 lain di persada antarabangsa yang aku selalu tengok.  Bukan aku nak mengampu, tetapi ini pandangan ikhlas aku.  Hinggakan MIS aku sendiri tidak percaya bila aku kata, itu filem Melayu, dibuat oleh orang Melayu dan difilemkan di Tanah Melayu (Malaysia).  Katanya, pantainya cantik betul...  Itu Bukit Keluang la...Dia tak percaya...  Katanya lagi, pelakonnya berbahasa Inggeris...  Laaa..kan dah wataknya orang barat..  Dengan tak puas hati, dia menambah, muziknya hebat, macam filem Hollywood...  Aku terdiam! 


Mana la dia nak percaya, dah wajah Dato' Rahim Razali pun tenggelam dek costum dan rambut putih mengerbangnya itu...  Hinggalah dia melihat watak Umi Aida, baru dia percaya, itu filem Melayu...  Yes, KRU memang patut dipuji diatas penghasilan filem epik ini...  Aku terbuai dalam emosi sepanjang menontonnya...


Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua;
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.


Aku tersentak dan lantas meraung setelah Merong Mahawangsa menghunuskan keris yang sudah terbenam di perutnya demi untuk menghapuskan Si Geruda celaka itu!  Ceh!!  Sungguh tidak puas hati!!  Uuwaaaa....!!  Cerita memang la best!  Tapi mengapa endingnya sedih nak mampus macam ni???  Tau la dalam epik Hikayat Merong Mahawangsa pun, Merong memang mangkat, tapi aku tersentak kerana dia difilemkan macam tu.  Betul, aku memang tidak menduga kematiannya begitu...  Ingatkan filem epik ni, happy ending!  Tapi, tidak bagi Merong Mahawangsa....   Huuuu....


















Sabtu, 28 Mei 2011

AN EVENING IN PARIS..?

Semalam besday anak sulung kesayanganku yang ke 14...  Happy birthdays, girl...  Kami menyambutnya ala kadar saja (macam biasa) - hanya untuk family...  Walau tiada jamuan sedap2 bersama koktel dan dessert2 yg mengecurkan liur, beserta nyanyian lagu besday versi rap, namun tetap juga meriahnya...

Tang tu juga la anak aku busy teks kat kengkawan dia, riak la tu...


Happy Besday Kak Ja...


Sekejap jer kek tu habis kami balun...  Semasa semua orang seronok gosok perut, ayah kata, hadiah besday Kak Ja ialah mandi laut!  Bulat kembali la biji mata semuanya...  masing2 terus berlari ke sana-sini, mencari dan menyiapkan keperluan masing2 untuk dibawa.  Dah jadi kebiasaan anak2 aku, mereka tahu apa perlu dibawa setiap kali kami bercuti, dan mereka perlu mengambilnya sendiri...- persalinan, tuala, tikar, khemah, baju mandi, minuman, mana2 makanan yang boleh dibawa dan sebagainya.


Hari ni mereka ingin menambah satu lagi dalam senarai itu, nak bawa Jazz.  Hoi!  Tak payah la... buat nyusahkan mak bapak jer...  Sesudah tinggalkan 2 ekor ikan rebus kat Jazz, bagi fying kiss kat dia, kami chow....  Off we go to TERENGGANUUUUU............


Diva2 tengah layan vouge... jangan jelouse...

Besday girl tersenyum sumbing sebab dipaksa pakai baju hadiah besday...


Baru sampai di Bukit Keluang



Kami tak tau pun yang di sini ada Festival Pantai, kebetulan dan langkah kanan la, kata orang tua2...  So, pengunjung ramai la pulak...  Mak tak kisah!  Kami jalan2 menyusuri pantai dan gua yang menjadi latar cerita Hikayat Merong Mahawangsa tu (dengar2 cerita la...).  Namun ketenangan percutian kami terganggu dengan acara2 seperti pertandingan karaoke dan lain2 yang berlangsung masa tu.  Maklum le, Festival Pantai....

Then, tibalah ke acara yang anak2 aku tunggu sedari tadi, mandi laut...  (sila bayangkan muzik latar cerita Hawai Five-O ye...)

Huh!  Kalah Baywatch....



Suara peserta2 karaoke yang sumbang tidak mengganggu emosi anak2 aku mandi laut!




Besday girl tak mau mandi...  memang dia mandi 1 kali sehari pon!!!



Kak Ha, biasa la, selalu lebih dalam segala hal....


Huh, mandi, jangan tak mandi....








Setelah matahari berlabuh, barulah kami beransur.  Semua pelik melihat kami.  Mereka terpusu-pusu datang, kami beria-ia nak balik.  Ada bro yang peramah tu, tanya MIS, " Tak nak tunggu tengok konsert Rabbani ke?"  Kami tak kisah kisah pasal konsert monsert tu, bro...  Kami cuma nak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tersayang di hari jadi anak kami, di samping bercuti di musim cuti sekolah ni...  itu jer...  So,  Farewell Bukit Keluang...  Walau aku tidak menghabiskan satu petang di kota Paris, di Pantai Bukit Keluang ini pun sudah membahagiakan....

Rabu, 25 Mei 2011

KALAU DAH BINGAI...

Huh, hari ni perasaan mak berbaur, antara gembira dan kagum bila melihat betapa jelitanya Puan Sue di hari perkahwinannya dalam persiapan biru tu ( nak sangat share gambo dia, tp nak buat camno, hak cipta terpelihara...), dengan sedih pilu tatkala membaca kisah rakan blog yang sorang lagi, Noi, pasai seorang member baru dia yang baru saja 'kehilangan' anak tersayang...  Alfatihah buat si kecil itu...


Awal petang tadi, tepatnya, pukul 2.08, sekali lagi perasaan aku berbaur antara nak marah sampai ingin rasanya nak memaki hamun, dan bengang dengan sikap bangang sorang pemandu dalam kereta kancil merah.  Dalam ketegangan mengharungi trafik yang menyakitkan hati, aku cuba bersabar dengan sikap beberapa pemandu yang tak sabar2 lalu memotong, tanpa mempedulikan kereta di hadapan.  Namun, si kancil merah ini amat pelik dan luar biasa perilakunya.  Jalannya teramat perlahan (40 km/j), di atas highway yang ada double line.  Aku menjeling kat side mirror, dah panjang kereta yang membontoti aku.  Nak aku potong jer kancil merah bangang ni, dah la double line, kereta dan lori tak putus2 plak ada di sebelah sana...


Lama juga kami membontoti dia, sebelum aku akhirnya berpeluang memotongnya dengan perasaan yang menyampah.  Dan pemandangan yang terpampang lagi membuatkan aku menyampah dan menyumpah!  Ceh!!  Patut la bawa 40 km/j jer, dia siap letak anak kecil dia kat atas riba dia sambil memandu.  Budak tu plak siap pegang2 dan main2 stereng kereta.  Tak cukup lagi?  Sebelah tangan dia tengah pegang handfon kat telinga, ngkau...!!!  Siap berbual2 dalam cellfon semasa memandu sambil meriba bayi!!!  Haktuih!!  Macam ni punya manusia pun ada juga ke??  Tak reti bahasa ke minah ni, yang lalu lintas jadi jem kerana sikap bangang dan bahalol dia???  Alahai...  apakehal la yang dia bengong sampai macam tu sekali?  Kalau eksiden macamana??


Kalau ikut hati, mau aje aku langgar dia masa potong tadi!!  Ceh!!  Jahanam punya orang!  Ini la yang hero filem CUN tu kata...  " HARAP MUKA JA LAWA, TAPI OTAK BINGAI..."


Kalau aku langgar kan, tak pasal2 kemik plak kreta aku! Huh!! (sekadar gambar hiasan)






Isnin, 23 Mei 2011

keTIDAKADILan...

Salam.  Aku  ingin mengucapkan tahniah kepada rakan2 blogger seperti Cik Jejariruncing di atas pertunangannya yang golang-gemilang dengan Dia punyer Incih Apeq, serta Miss Zue di atas perkahwinannya dengan cik abang Greennya itu...  Semoga mereka berbahagia ke akhir hayat...


Hari ini, sekali langi aku ingin paparkan satu lagi cerita sensasi (pada aku la...) yang jugak sudah boleh tahan basinya.  Khamis lepas kan, sekolah aku hantar murid untuk menyertai pertandingan 'action song', yang mana merupakan julung2 kali acara yang kami sertai.  Maklum ler, tahun ini, kami ada our hot babe yang memang pandai buat kareografer....  Kami menghantar budak2 itu pergi dengan seribu doa dan harapan semoga mereka beroleh kejayaan.



Budak bawah umur tu, macam biasa la, suka sangat enter frame!!
Korang tengok je la our custume...  Persembahan, korang jangan tanya la... tip top, mak cakap....  Tapi ade ker patut boleh KALAH menonggeng...????  Tak sangkut sebarang nombor pon!!!!


Kumpulan yang menang, aku cakap betul ni, lagi teruk!  Takat nyanyi terpacak keras kejur macam tiang telefon!  Ada tu, cuma pakai baju PJ sekolah depa jer... pun boleh menang???  Bagus betul hakim pertandingan ari tuh....  Ceh!  Ptuih!!


Aku bukan cakap ikut sedap mulut tau...  Ini betul2 punya kenyataan.  Kami ada bukti.  Kami ada rakaman setiap peserta yang menyertai pertandingan tersebut.  Yang hampeh nak mampus pun layak menang!!  Memang la, korang boleh kata, aku akan komplen apa saja bila pasukan aku dah kalah.  Kalau menang, pasti aku diam jer...  Betul!!!  Aku komplen sebab aku rasa ada sesetengah kumpulan yang menang tu, langsung tak layak pun untuk dianggap pemenang!


Namun, apa nak buat...  Keputusan pengadil adalah muktamad.  Sebarang 'surat-menyurat' tidak dilayan...  Aku tahu, kami tidak akan dapat mengubah apa-apa keputusan, tapi aku terpaksa meluahkan apa yang terbuku di dada, walau keadilan tetap tidak terbela.  Eh, kesian tau, kat kawan aku si kareografer tu, diaq tak lena tidur 2, 3 malam tau...  sedih betul dia dengan alasan pihak juri yang amat tidak masuk akal...  Sabor jer le Kas weeeeehhhh.....




Sabtu, 21 Mei 2011

LOOK WHO'S COMING...

Hujan turun dengan agak lebat pagi kelmarin di kampung aku.  Namun My Inchek Suami tetap tega menggantikan air dan mencuci kolam mandi...  Ye lah... dah banyak hari air kolam tu tak berganti...  Tapi, tak boleh ke tunggu selepas hujan?  Tak sejuk ke?  Ah, lantak dia lah...  Dah dia rajin, apa pulak aku nak kepoh?


Namun, segalanya terjawab bila dia dengan muka manis memberitahu aku, yang seawal pagi lagi abang dia call, bagitau nak datang rumah, lepak2 sambil2 mandi kolam....  Kah!  Kah!  Kah!  Macam tak percaya aku...  Patut la dia beria2 basuh kolam di dalam hujan pagi yang menggigilkan tubuh...


Apa?  Ingat rumah aku ni, hotel ke?  Suka2 hati korang nak datang, berkelah dan mandi-manda...?  Ewah...  Lancang betul mulut longkang aku membebel, dalam hati!!  Ye la..  Aku tau la aku ni bukan baik dan peramah sangat dengan orang, maupun sedara -mara.  Tapi, aku ada alasan aku.  Kalau dah yang nak datang tu jenis mulut lagi longkang dari mulut aku, tu yang aku susah sikit nak melayan tuh...


Sebelum ni, apa saja yang aku sekeluarga buat, diperlekehkan olehnya, sewenang2nya.  Maklumlah, aku orang kecik, dia orang besar...  Projek juta-juta...  Orang korporat konon, tapi yang aku nampak, macam keparat jer!!  Baru dapat projek 5 sen, terus dirobohkan rumah pusaka yang ada.  Konon nak ganti dengan villa 3 tingkat, siap ada kolam mandi kat bawah kau...  Dah heboh 1 Kelantan!!  (Nasib tak 1 Malaysia)  Dah 3 tahun, usahkan villa, tiang 4 batang yang dipacak dulu dah tenggelam dalam semak-samun!  Ceh!!!


Tiap kali datang rumah aku, cakap berdegar2.  Volum pakai speaker 30!!  Bergegar rumah aku bila dia bercakap.  Padahal yang dengar MIS sorang jer...  Cakap dia tak lama lagi akan kaya-raya, tak lama lagi akan dapat pitih berjuta!!  Laki aku ape kelasss... kerja kampung, kotor, busuk...  Ceh!  Apa punya longkang mulut dia.  Woih!!  At least, kami carik rezeki halal tau!  Takde plak tipu sini sana macam ngko!! 



Dah 2 tahun datang 'kencing' rumah aku, mana duit juta2 yg ngko cakap tu?  Aku tengok, masih hidup menyewa dalam rumah sempit tu la jugak...  Kalau ikut hati, mau aku cakap,  "Nak buat macam mana.  Dah 3 tahun tunggu kolam besar bawah villa, tak juga siap2.  Nak tak nak, buat kolam sendiri kecil-kecilan je la..."  heh, nak sangat aku kata macam tu, bila dia dengan muka tak reti malu suruh anak2 dia masuk kolam dan mandi, mengalahkan anak2 aku plak...  tapi, mana la aku sanggup kata macam tu....


Eh, aku kan, kalau orang tak cakap besar dan berlagak, aku takde la nak marah sangat.  Tapi aku pantang mengadap manusia jenis tak sedar diri dan berlagak 24 jam!!  Kalau datang rumah orang (walau adik-beradik sendiri sekali pun), reti la cakap elok2, sopan.  Tak payah la nak cakap besar, berbohong lagi...  Kami, malah semua orang kampung sekali pun tahu la cerita yang sebenar...  Awak tu kelentong jer, tapi tongnya KOSONG....


Sampai la time makan tengahari, kat meja makan aku itu lah, dia tak habis2 bermulut longkang!  Katanya, sedap makan nasi rumah cikgu, mesti guna beras mahal yang rega 40 lebih ni...  Ceh!  Aku kata, aku guna beras murah macam orang lain ajer...  Huh, ingat rumah cikgu, mesti makan beras Siam.  Rupanya makan beras murah juga...  Pastu siap gelak2 macam bunyik setan dalam neraka aje!


Habis, nasi yang bini dia bawa tu, bukan beras harga 26 something pun...  Cuma beras Nasional yang harga 17 tu jer...  Macam aku tak reti kelih...  tambah2 mak dia (mak mertua aku) pun pernah bagitau aku, kat rumah dia makan beras Nasional jer...  Ceh!  Tak sedar diri betul....


Hai....  apa la nak jadi dengan mansuia...  Kalau dah spesis bongkak tak sedar diri, sampai bila pun tak akan insaf....  Habis, camana la aku tak nyampah nak layan dia...??  Itu yang buat MIS aku serba salah...


JEJARI RUNCING BUAT MAK KENA DARAH TINGGI!!!

Cerita ini berlangsung dalam masa 4 hari.  Bermula hari Wesak lepas, aku dah baca tajuk entry aweks tersohor si Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apeq tuh, yang menyatakan dia akhirnya bertunang.  Terus aku buka, nak baca lebih lanjut, sambil dalam hati tumpang gembira kat Apeq pujaan hati kami sekeluarga! 


"Cepat benar jodoh mu Apeq...  Betul2 mu serius nakkan si Elia yg manis tuh!" bebel aku dalam hati sambil menunggu blog Elia a.k.a si Jejeari Runcing tu tertayang di muka note book aku nih.  Malangnya lambat bebenor...  mungkin line tengah sibuk.  Nak tak nak, terpaksalah aku kensel la dulu baca entry tuh...


Hanya pagi Khamis lepas, baru aku berkesempatan buka balik blog dia.  Dan dah ada 2 entry yang aku dah ketinggalan.  Sah, dia bertunang.  Tapi, nama tunangnya lain macam jer aku baca!  Takpo, takpo, sabar... sabar...  Aku belek lagi, dan lagi, sampai bawah.  Nampak la gambar dia posing dengan satu mamat, yang langsung takder mirip APEQ pun....  Mata aku dah berair dah....



Aku buka plak entry terbaru dia, yg tunjuk segala mak niko gambar2 persiapan tunangnya yg bertemakan Arabic tuh...  Lagi takder bukti yg mengesahkan dia bertunang dengan Apeq...  Tambah2 bila baca tulisannya yg berbunyi, " kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.."


" Uuwaaarrgghh...!!"  Aku meraung sekut hati, tanpa menyedari aku berada di dalam bilik guru.  Semua mata memadang ke arahku.  Mungkin mereka menganggap aku dah meroyan!!  Tak pun, aku dah mereng kerana tak puas buat show masa sambutan Hari Guru kelmarin..


" Tidaaaakkk...  sampai hati kau Elia...  Kau tak kesiankan Apeq ker? Mungkin kau dengki kerana Selangor akhirnya tewas dan tak dapat lawan Kelantan masa final nanti???" aku meracau2 dengan soalan2 itu, yang terus buat beberapa kawan perempuan aku ketawa sampai berair mata...  Ah!  Lantaklah korang!  Aku tengah sedih ni tau.... 





Komen2 untuk entrynya itu banyak ucap tahniah padanya.  Aku rasa nak tulis ayat2 tut....2 jer kat dia.  Tapi kesuntukan masa kerana aku terpaksa masuk kelas membatalkan hasrat jahatku itu.  Tapi dalam hati ni masih merintih2 kerana kesiankan Apeq dan menyumpah2 kat blogger manis yang bagiku begitu tergamak dean sadisnya melukakan hati jejaka yang sebelumnya itu dipuja2nya.  Ceh...!!  Takpo, entry dia akan bersmbung esok.  Nanti aku akan dapat tahu la sapo tunang dia tuh!!  Aku memujuk dalam hati...


Dan setelah melalui satu hari dan malam yang teramat sangatlah panjangnya, kelmarin aku terus buka blog dia demi untuk mencari penjelasan akhir.  Dan....  Aku rasa nak baling2 ajer note book aku nih kerana terlampau geram kat dia yang saje2 jer main2kan aku, buat aku marah hingga terus tinggi tekanan darah!!


Namun, pada masa yang sama, aku mengurut dada, lega....  Dia bertunang dengan APEQ rupanya...  Tapi, jahatlah kau, Elia...  sebab dah buat mak terkena darah tinggi nih!!!  Alahai.....  Elia kelihatan amat jelita di dalam persiapan ungu yg penuh Arabic itu....  Memang cantik. 


So, tahniah kepada kalian...  kerana kalian memanglah pasangan yang secocok.  Harapnya nanti akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...  Dan harapnya juga nanti, pertunangan ini akan menyemarakkan lagi semangat si Apeq untuk lebih cemerlang menjaga gawang Kelantan daripada dibolosi...


Mengapa baru hari ni masukkan entry ini?  Maaf, kelmarin aku amat sibuk melayan kunjungan keluarga yang mahu berkelah dan mandi kolam...  ( aku masih berkira2 nak story pasal tuh...)  Aku terrlampau happy pasal pertunangan Apeq dan Elia tu..  =)  Dan yang paling buat aku happy, aku dah tak sakit kepala dah, yang mana itu menunjukkan tekanan darah aku sudah turun....














Rabu, 18 Mei 2011

MANA MAU CARI???

Ya, mana aku mau cari?  Dalam lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan ni, tahun ini merupakan sambutan Hari Guru yang paling 'HAPPENING' bagi aku, sersonaly...


Ya... aku tau!  Ramai yang pasti jawab, Kat sekolah kitorang lagi happening lor...  Yes!  Bisanya, kuatitatif event hampir sama saja, di mana2 sekolah pun...

Majlis pastinya dimulai dengan membacakan ucapan perutusan daripada Menteri Pendidikan, bla bla..., ucapan perasmian, ucapan itu, ini, nyanyian lagu 'Guru Malaysia' (wajib) dan lain2....


Selepas itu, pastinya semua guru dibenarkan untuk bermain beberapa acara sukaneka...  Heh heh!  Bagi aku, itu lebih kepada acara guru 'membalas dendam'.  Biasanya kami asyik kena mengajar jer.  Kalau bersukan pun, murid2 yang masuk acara.  Kami tukang urus jer...



Seterusnya, kami, guru2 akan diraikan lagi dengan persembahan2 daripada murid2 dalam acara dewan plak.  Murid2 ni plak, cakap la mana2 sekolah pun, pasti kreatif dan berbakat punyer...  Macam2 carala mereka buat demi untuk mengembirakan cikgu2 mereka yang disayangi itu...  Ya, sama kan?


Tapi, hari ini, sejarah telah terlakar di sekolah aku.  Buat pertama kalinya kami dihiburkan oleh big boss sendiri!!  Huh!  Cam tak percaya aje!!  Demi tak mahu menghampakan kami, guru besar kami yang memang terkenal dengan sikap sporting dan sayangkan kami ni (ewaaahhh...) telah memberikan hadiah yang tidak pernah lagi kami dapat sebagai guru di sini - menghiburkan kami.


Kenapa?  Tak percaya ye??  Huh, Boss kami telah 'mensumbangkan' suara lunak merdu dan machonya itu dengan lagu IKLIM...  Dan 'angin' dan semangatnya makin berkobar bila Hot Babe kami, Kasturi sudi menjadi 'model' untuk klipnya... 


Kas - our 'hot n spicy' Babe...  hehehe...
Walau boleh nampak dengan jelas, tangannya yang menggeletar mengalahkan orang mengidap Parkinson tuh, Boss kesayangan kami tetap menyampaikan lagu dengan penuh emosi....  heh heh heh!



Huh! Penuh perasaan tu... 

Dan bagi aku, itu hadiah Hari Guru paling bermakna...  Aku terhibur dan terharu dengan kesungguhan pihak atasan kami memberikan yang terbaik kepada kami.  PK HEM kami pun sebenarnya turut menyanyikan lagu 'Ummi', malangnya aku snap melalui video cam.....  Terima kasih, cikgu.....


Haaa....  seperti yang aku kata tadi, mana mau cari...???  The Best Entertainer of The Year....









Isnin, 16 Mei 2011

TERIMA KASIH, CIKGU...

Salam.  Sedari semalam lagi aku menerima ucapan Selamat Hari Guru dari keluarga dan rakan2...  Bangga.  Memang aku bangga.  Juga terharu diatas ingatan mereka terhadapku...  Terima kasih semua...  Selain cuba membalas segala teks ucapan itu, aku turut merakamkan ucapan yang sama di fb...  Ye la, dah zaman IT la katakan...  Takder kad2 yang perlu diposkan dah...  Member aku lagi canggih.  Siap buat kad yg amat cantik dan menarik di fb tuh....  Love it!!


Itu yang jauh.  Bagi yang dekat, nampak jer muka, terus diucapkan selamat Hari Guru!! Kami saling bertukar2 ucapan.  Begitulah senarionya...  Hari guru kami memang akan sambut dan raikan dengan penuh kebanggaan dan kesyukuran, setiap tahun.  Cuma pada peringkat sekolah, kami hanya akan menyambutnya lusa.  So, hari ini adalah hari yang amat sibuk bagi kami untuk membuat persiapan bagi majlis tersebut.



Tapi, dalam sibuk2 tu, terdetik juga aku, apa khabar agaknya guru2 yang pernah mengajar aku dulu?  Di manakah mereka sekarang?  Tentunya mereka juga sedang saling mengutuskan ucapan selamat di antara satu sama lain...  Aku memandang sekeliling.  Bangunan batu empat tingkat dua blok ini tiada semasa aku belajar dahulu.  30 tahun dahulu, aku juga pernah belajar di sini.  Tapi kelasku hanyalah bangunan papan yang hampir tercabut dindingnya serta beratap zink yang boleh aku lihat matahari bila mendongak.  Lantainya tanah, yang pasti akan berselut bila hari hujan.  Malah kedapatan juga akar2 pokok yang berselirat (kerana kelas kami di bawah pokok ketapang) yang selalu sahaja membuat aku tersadung.



Tiada kemudahan elektrik 24 jam di sekolahku pada waktu itu.  Bila musim kemarau, kami amat panas dan rimas belajar di dalam kelas.  Lalu cikgu2 kami selalu sahaja membawa kami belajar di bawah pokok ketapang yang besar dan rendang itu...  Barulah terasa nyaman...



Namun cikgu2 kami waktu itu, seperti Cikgu Hanafi, Cikgu Fatimah, Cikgu Rashidah, Cikgu Wan Dawiah, malah ramai lagi, tidak pernah merungut.  Mereka tetap mengajar kami dengan tekun dan wajah yang manis, walau terpaksa menaiki keretapi dan menetap di kuaters sekolah yang usang dan hanya ada kemudahan elektrik pada waktu malam sahaja.



Mereka tidak kisah meredah selut dan lumpur untuk tiba ke sekolah.  Malah mereka tetap mengajar kami, walau semasa hujan lebat lalu basah kerana atap zink yang bocor itu lebih banyak lubangnya daripada yang elok.  Terima kasih, cikgu....



Semasa aku dalam darjah 4, aku sudah ingat yang kami juga menyambut Hari Guru.  Cikgu2 akan melatih kami bernasyid untuk persembahan.  Aku juga pernah mendeklamasikan sajak ( kerana disuruh oleh cikgu) sebagai persembahan Hari Guru.  Terima kasih, cikgu...  Aku masih ingat, aku tidak pernah memberikan apa2 hadiah kepada mana2 guru aku semasa sekolah rendah pada waktu itu.  Namun, mereka tidak pernah merungut!  Mereka faham, kami anak2 petani kampung yang miskin.  Mereka tetap gembira dan berpuas hati dengan 'hadiah' yang kami mampu berikan pada hari guru, iaitu, persembahan nasyid.  Terima kasih, cikgu, kerana memahami...



Cikgu2 zaman sekarang (seperti aku) amat bertuah.  Tiba sahaja Hari Guru, berebut2 murid2 memberikan hadiah, yang bukan main mahalnya....  Paling koman pun, mereka akan beri kami bunga.  Bertuahnya cikgu...  Sambutan Hari Guru, setiap tahun sentiasa grand dan meriah.  Siap ada jamuan lagi...  Ya lah, zaman sudah berubah...


Jadi, pada kesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah menaburkan bakti berkhidmat di SEKOLAH KEBANGSAAN MANEK URAI (1981-1986) dan   SEKOLAH MENENGAH MANEK URAI (1987-1991).  Terima kasih, cikgu.  Segala budi bakti cikgu itu tidak dapat anak muridmu ini membalasnya...  Jika tidak kerana cikgu2, aku pasti tidak akan berjaya menjadi pendidik yang kini kembali mendidik anak peribumiku sendiri....  Terima kasih, cikgu!



Walaupun cikgu aku dulu hanya guna 'chalk and talk', aku berjaya juga sekarang... ; p









Sabtu, 14 Mei 2011

HIS FIRST TIME...

Salam.  Mungkin cerita ini agak basi, namun itu bukan kemahuan fikiranku.  Dah 2 hari blog offline, so bukan salah kiter kan...  Hari Khamis lalu, aku join member untuk menyahut seruan kerajaan agar membantu insan yang memerlukan ( ewaaahh ).  So, bagi aku yang tiada harta dan emas permata ini, kalau diminta untuk menderma DARAH tu, tiada keberatan la...


Apa yang menariknya fasal isu nak menderma darah ni, adalah rakan aku ni.  Dia tidak pernah lagi menderma darah!  Alasannya, dia takut jarum...  Namun setelah dicabar kami, dia menggagahi juga untuk join kami.  Dalam kereta, dia yang sememangnya sudah pucat lesi itu tidak henti2 membebel dan bertanya apa sahaja pasal menderma darah.  Jenuh dibelek2nya pergelangan tangannya, kukunya yang panjang, jarinya yang kosong - dia terlupa nak pakai cincin!


" Hoi!  Orang menderma darah, cucuk kat lengan la..."  Aku jerkah dia dari tempat duduk belakang.  Barulah dia diam sekejap...  Kemudian, 'sawan' dia datang balik bila dia bising bertanya pasal jarum, besar ke, kecik!


Kecoh dewan bila kami tiba.  Bukan kerana member aku yg di atas tu kena sawan, tapi, biasalah bila berada bersama 'orang popular', semua orang tegur dan bermesra.  Aku snap beberapa keping.  Member aku ni, jenuh kontrol macho, padahal dia dah nak terberak tuh!  ( heheh!  Sorry Juds..) Orang kata, butterfly in his stomach....



PK HEM kami, penuh macho dan manthopnyer tersenyum manis disaat jarum dicucuk di lengannya.  Member aku yg sorang lagi, Cikgu Diva sedang menunggu di sebelah.  Dah tak sabar nak menderma tu....



Huh, aku tersengih tu, bukan apa.. segan sebab Big Boss dari JPN sendiri yg tolong snapkan gambar aku!  Huh!  Banggonyoh...!!  Dia kesian nengok aku asyik ambik gambor orang jer, gambar aku sendiri, takde orang yang sudi tolong ambik... huhu..



Ikhlas cakap, memang tak sakit langsung pun bila carum tu dicucuk.  Dah nurse awal2 lagi dah sapu bius...  Tapi, member aku yg kecut perut tadi, jangan tanya la...  Bising dan riuh rendah dewan tu jadinya.  Dia meraung2 dan menggelupur!  Kah! Kah! Kah!



Tengoklah tu...  Siap tutup muka.  Dia tengah menjerit dan meraung2 tu...  Padahal baru je disapu ubat bius, belum pun dicucuk jarum...  Tak percaya?  Tengok bawah...


video

Hahaha!!  Tapi, aku bangga kerana akhirnya, dia berjaya juga menderma darah.  Dia berjaya juga melawan fobianya...  Tahniah sahabatku....


Selesai derma, kami dianegerahkan Sijil Penghargaan.  Huh, aku tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan mendapat sijil itu dengan 'orang besar2' dari PPD dan PJN sendiri.  Bangganya mak......


                       Heh heh heh!  Tengah kembang lubang idung yg dan sedia ada kembang tu......

p/s :  Aku juga ingin ucapkan syabas kepada adik2 dan pelajar2 sekolah yang berani dan sanggup menderma darah.  Memang ada antara mereka yg pucat, sejuk gedi segala tangan, tapi mereka gagahi juga, hingga berjaya menderma darah, tanpa mengalami 'sawan' seperti member aku tadi....  =)


Rabu, 11 Mei 2011

SENJAKALA

Di senjakala tadi, terleka seketika aku memerhatikan aksi2 haiwan belaanku menghabiskan hari petang nan santai mereka, setelah terik mentari yang hampir mencairkan otak mula mengendur...


Itam malu2 bila aku cuba2 snap gambarnya...  Lebih2 lagi Jazz suka sangat mengendap dari belakang.  Dia tercari2 Putih...





Putih santai di tepi pokok kenangan dekat gate...  Walau nampak ayu dan leka, dia tetap bersiaga, takut2 Jazz menerkam (manja) ke arahnya...  Tu, dia sedang merenung Jazz la tu...




Jazz memang begitu.  Dia suka 'menyakat' bunny2 aku...  Pantang MIS lepaskan mereka, dia akan sembunyi di celah pokok, lantas akan menerkam mereka hingga terlompat2 mereka terkejut....




Tapi, dalam ramai2 tu, Si Putih ni berani sikit.  Dia selalu renung balik ke arah Jazz.  Hanya bila Jazz terkam baru dia ciluk...




Dari bawah anak pokok kelapa gading, Si Itam memerhatikan lagak Jazz yang over tadi, cuba nak terkam Putih...



Jazz memandang hampa kepada Putih yang terkodek2 meninggalkannya...  Mana pernah Jazz dapat tangkap si bunny2 itu....  Tu, tunggu aku pergi pujuk la tuh!



Snap terakhir aku sebelum mengajak Jazz masuk ke rumah.....  Di senjakala ini, bumi kelihatan indah sekali, berbeza semasa terik mentari tadi........   ; )


Isnin, 9 Mei 2011

AKU PUN TAHU...

Salam.  Seronok benar aku membaca entry rakan2 blogger mengenai keriangan dan sambutan Hari Ibu yang mereka sambut.  Sesetengahnya mencurahkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu masing2, diselitkan dengan gambar yang begitu 'sentimental value', membuatkan aku terasa amat sebak dan terharu...  Tahniah kepada kalian, juga kepada diriku sendiri!  Aku juga menyambutnya, seadanya...  Namun aku tetap bahagia dan gembira...  ( kalian pasti ingat pasal entry aku semalam yang menyatakan rasa kebangganku terhadap anakku, kan.. kan.. )      = )



Namun, aku ingin mengajak rakan2 semua untuk mengingati akan sesetengah daripada kita sudah tidak berpeluang untuk memeluk ibu, seterusnya tidak dapatlah meraikan Hari Ibu.....


Pagi kelmarin, setelah selesai pengajaranku, aku berpesan kepada murid2ku :  "Balik hari ini, peluklah ibu kamu sambil mengucapkan Selamat Hari Ibu kepadanya, serta ucapkan terima kasih di atas jasa dan pengorbanannya."


Daripada 24 wajah ceria itu, ada 2 wajah yang serta-merta berubah!  Wajah2 itu segera bertukar muram, menunduk malah yang seorang itu terus mengalirkan air mata!!


Oh!  Maafkan aku...  Aku terlupa yang ada di antara mereka, murid2ku itu tiada lagi insan yang bergelar IBU bersama mereka.  Jahatnya aku, kerana bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu...  Lantas aku lanjutkan peneranganku, bahawa Hari Ibu disambut dan perlu diucapkan kepada sesiapa sahaja yang menjaga dan menyayangi kita, walau mereka itu bukan ibu kita...  Barulah wajah2 polos yang muram tadi sedikit demi sedikit bertukar tenang dan tersenyum.....


Muridku yang ceria ini membesar dengan neneknya.  Sejak bayi lagi dia dihantar ibunya ke rumah nenek sebelah ayahnya.  Hingga sekarang, dia tidak tahu di mana ibunya berada.....



Haikal (di belakang sekali) juga tinggal bersama neneknya.  Aku dengar ibu bapanya bercerai, sebab itu dia ditinggalkan dengan nenek sebelah bapanya.  Sudah lama dia tidak berjumpa dengan mereka....



Malah, ramai lagi muridku yang bernasib seperti mereka...  Aku simpati...  Dan aku lebih simpati kepada rakan2ku yang turut tidak berpeluang menyambut Hari Ibu.  Kalau yang sudah berkahwin, mereka sekurang2nya diraikan oleh suami masing2, atau yang lelaki, meraikan isteri mereka.  Yang seorang ni, masih bujang, so terasa la kesedihannya...  Mulanya aku terlupa.  Namun aku terlihat akan perubahan wajahnya setelah mendengar lagu Mawar Putih Buat Mama yang aku perdengarkan.  Maafkan akak, Rash.....


Aku juga terharu bila mengingatkan akan anak2 jururawat yang rentung dalam kebakaran di Taman Sri Guchil 2 hari lepas.  Bayangkan, dia sanggup berkorban nyawa demi memastikan anak2 sempat diselamatkan daripada api yang marak itu!  Sehingga semalam, anak2nya tidak dapat bercakap kerana masih terkejut dan trauma....



Lantas, betapa bersyukurnya aku kerana masih sempat memeluk dan mencium pipi ibu petang kelmarin.  Syukur ke hadratmu Ya Allah, kerana masih melanjutkan usia ibuku...



















Selasa, 3 Mei 2011

KAU TAK MENGERTI

Ha ha ha!  Jenuh aku gelakkan seorang member aku ni...  Dua tiga hari ni, dia selalu tunjukkan aku lengan dan jarinya calar-balar dan luka2.  Hari ni, dia bagitau mak dia membebel kerana tak cukup tidur.  Rumahnya sekarang agak lintang-pukang dan haru-biru suasana...  Semuanya gara2 si kecil itu...


Haaaa.....  Itu la....  Dulu, dia selalu mencebik bila aku berbual2 dengan rakan sekepala tentang masalah dan kesihatan 'cinta hati' kami masing2....


" Amboiiiii......  Pasal anak kucing pun sampai sibuk bawa klinik, macam anak sendiri plak...," cemuhnya.

" Kau mandikan anak kucing Tie?  Anak2 kau, ada kau mandikan tak...?" Pernah juga dia soal aku begitu.

" Kau tidur dengan anak kucing?  Rela tinggalkan suamimu tidur sorang2 dalam bilik???" Berjegil bijik matanya semasa menyoal aku demikian, suatu waktu dahulu.



Sekarang............


"Paku dulang paku serpih Cik Kak wey......," time aku la plak mencela dia.

" Betul la Tie...  Best rupanya bila ada 'pets' ni...  Terasa hidup sekeluarga lebih ceria dan bermakna," akhirnya dia membuat pengakuan itu!!


Benar wahai sahabatku.  Anda tidak akan mengerti perihal hidupku, malah hidup orang2 yang memang suka membela haiwan ini, melainkan anda sendiri melaluinya.....


Betul tak rakan2 semua..........  ;p







Isnin, 2 Mei 2011

DIA IKUT AKU..!!

Salam.
Hari ni, bila bukak jer papan pemuka blog aku, ada la bertambah sorang lagi 'follower' aku.  Alhamdulillah... Aku bukalah kerana nak 'follow' dia balik dan kenal2...  Rupa2nya!!!  Owh..!!  Terkejutnya!  Bangganya...!!


Minggu lepas, aku saje2 je blog walking kat followers salah satu blog yang aku follow.  Blogger dari US ni seorang fotografer, dan aku amat menyukai gambar2 yang dipaparkannya.  Orang kata, kalau kita tak dapat pergi ke sana pun, dapat lihat gambar2nya pun jadilah....


Salah seorang daripada followernya itu ( juga seorang fotografer ) telah menarik minat aku kerana dia turut memaparkan gambar2 yang tidak kurang hebat dan menariknya.  Sebagaimana yang diberitahunya, dia mengambil gambar2 tersebut, selain kerana minatnya, dia ingin supaya gambar2 itu ditatap oleh cucu cicitnya kelak...  Aku pun follow ler blog tersebut...


Blogger bernama Stephen Baird ini sudahpun mempunyai seramai 3763 follower sebelum ini.  Namun, aku amat rendah hati dan bangga kerana dia menyedari aku yang baru mengikuti blognya ( walaupun aku belum berkesempatan untuk komen sebarang entry daripadanya ), malah sudi untuk follow aku balik....  Thanks....


Aku paparkan post untuk hari ini bukan bermaksud untuk bermegah dan riak, tetapi sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri...  Walau kita sudah dikenali ramai pun, kita tetap menghargai setiap insan yang sudi untuk mengenali dan menghargai paparan kita ( dalam kes ini, blog la.. ).  Aku puji sikap blogger ini...  Insyaallah aku akan cuba untuk bersikap sepertinya...  ( Amboi...  pengikut baru 7 kerat!!  Tak mungkinnya akan mencecah puluhan ribu tu...)  Alaaa....  Aiman tak kiiisaaaahhh.......




Stephen Baird - fotografer yang kreatif









Ahad, 1 Mei 2011

DIA BUKAN YANG PERTAMA...

Salam.

Huh, holiday sakan anak2 aku...  Ehm, mak mereka pun apa kurengnya...  Banyak masa anak2 aku habiskan dalam kolam...  Aku dan MIS pun tak mau kalah!!!  Berendam sama...


Bila kesemua kami berada di dalam kolam, kucing2 aku sibuk bermain di sekliling kolam, terutama si Jazz tu.  Bila kami panggil, dia datang dekat.  Dia kelihatan 'pelik' memikirkan kami enam beranak asyik beendam di dalam kolam sepanjang masa.  Bila terdengar bunyi deburan air, segera dia melarikan diri...


Tahu2 dia dah bertenggek atas motor, sambil memerhatikan kami bermain air...  Keletahnya itu buatkan aku makin sayang padanya...


Tapi, sebenarnya kan, Jazz ini adalah kucing kedua yang kami namakan Jazz.  Dahulu, Jazz yang asal bukanlah kucing Parsi, tetapi warnanya juga oren.  Jazz yang dulu hanyalah kucing buangan yang meminta makan di depan pintu rumah aku...  Kerana kasihan dan sudah jatuh hati akan kecomelannya, aku mandikannya dan memeliharanya.  Selama empat hari, kehadiran si kecil yang anak aku namakan Jazz itu benar2 menceriakan hidup kami. 


Namun, aku sama sekali tidak menduga, keputusan aku untuk tidak membawanya bersama semasa menghantar anak sulungku ke hostel menjadi punca 'perpisahan' kami.  Jazz mengiau2 ingin mengikut kami.  Aku masih ingat akan renungan matanya tatkala aku melambai padanya yang berdiri di hapan pintu pagar.  Sekembalinya kami, Jazz tiada...  Puas aku dan anak2 mencarinya di kawasan sekitar...  Jazz sudah tiada.  Aku percaya, ada orang yang mengambilnya.  Jazz kutinggalkan di luar pintu pagar rumah.  Sesiapa sahaja yang lalu, pasti akan terlihatnya.  Butalah mata orang itu, kalau dia tak berkenan akan Jazz yang comel itu...


Seminggu aku murung dan berendam air mata!  Anak2 dan MIS pun tak mampu nak menghiburkan aku...  Uuwaaa....  Aku menyalahkan diri kerana tidak membawanya bersama pada petang itu!!  Nasib baik MIS 'terjumpa' anak kucing parsi kat kedai haiwan di pekan terdekat...  Namun harganya....


Tiga bulan aku kumpul duit untuk beli... huhu...  Dah bawa balik, aku namakan 'Yen' kerana warnya oren, tapi anak2 aku tidak suka!!  Mereka sepakat namakannya, JAZZ.  Sekarang, Jazz dah besar dan ceria.  Dia manja dengan kami.  Buktinya, bila kami di kolam, dia menunggu di tepi kolam...


Namun, sekali-sekala bila terlihatkan gambar Jazz yang lama, air mata ini tetap bercucuran.  Di manakan dia sekarang?  Hidup lagikah dia?  Adakah dia gembira dengan penghidupannya sekarang?  Mak rindukan kamu, Jazz....



video