KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 28 Mac 2011

MONOLOG BUAT CIKGU HARON

Ron, aku terpanggil untuk 'berbicara' denganmu kerana aku sering melihat dan memerhatikan anak-anakmu di sekolah.  Aku nampak mereka riang.  Tapi, adakah itu bermakna mereka benar-benar riang?  Apa sebenarnya yang ada di dalam hati mereka?  Bagaimana mereka mengharungi hidup-hidup seharian mereka setelah peninggalanmu?  Semua itu selalu bermain di fikiranku tatkala melihat mereka.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk bertanya khabar mereka.  Memandangkan aku kebetulannya tidak mengajar kelas mereka.  Mereka okey saja, itu yang keluar dari bibir munggil anakmu.  Tapi aku kurang yakin.  Aku merasakan mereka seolah menyembunyikan sesuatu...  Ajeerah mendapat 1A4B semasa UBB1 lalu, dan dia memberitahuku dalam emosi yang amat bercelaru.  Aku tahu, dia rasa rendah diri dan malu padaku dengan keputusannya itu.  Aku katakan padanya, itu sudah bagus! Ini baru UBB1, banyak masa lagi untuk dibaiki...  Aku katakan begitu kerana aku yakin, kalau kau ada, kau juga pasti akan berkata begitu kepada anak sulung mu itu...  Nampak dia seperti bersemangat sedikit.

Adiknya, Afeefah lebih ceria dan petah untuk menjawab, berbanding si kakak tadi.  Tapi aku pasti, walau seriang mana pun mereka, mereka sebenarnya sedang menanggung beban yang amat berat.  Beban yang tiada siapa yang dapat membantu meringankannya.  Beban rindu mereka kepadamu!!  Itu aku pasti...  Mereka rindukan kamu.  Mengapa?  Lagikan aku, yang hanya sahabatmu pun terasa rindu padamu, inikan pula anak-anakmu, darah dagingmu!!  Buktinya, akademik mereka agak merosot.  Sikap mereka, terutama si kakak, agak berubah sedikit.  Mereka juga agak bermasalah untuk melunaskan sebarang bayaran kepada pihak sekolah...  Maklumlah, ibu mereka tidak bekerja...

Doa aku, semoga Allah segera mambantu mangubat hati mereka, sebagaimana Dia membantu mu berada di dalam keselesaan di sana.  Tiada lain yang mampu sahabat mu ini bantu, selain dari doa yang ikhlas...



Permata hati bongsu mu... sekarang dah 10 bulan

Jumaat, 18 Mac 2011

BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN

Tadi aku dah terkejut beruk bila buka jer blog, tuuuu dia....  Blogger tersohor di alaf ini, yang menjadi pujaan hati ramai blogger, mengaku yang dia telah dihalau dek isterinya!!  Hah, sudah!  Tu ler dia, 24 jam asyik ngadap notebook dia jer, sampai lupa kat darling yang ayu jelita tuh!  Aku berdebar2, memikirkan apakah aku bakal jadi mangsa ke seterusnya - dihalau oleh Incik suami kerana terlampau taksub berblog ( padahal, suku kerat jer orang yang baca blog aku!  Selebihnya, aku yang baca sendiri, kah!3x ).  Ceh!  Rupanya dia dihalau isteri selama 1 jam yang mahu shopping sorang2...  Tertipu mak....

Buka pulak blog bespren aku yang satu maktab dulu (Kami In The House) lagi kesian.  Sepanjang minggu ni dia pening, penat dan 10sen!  Nak tau sebab, korang bukak la blog dia... huhu!  Tapi entry dia ari ni buat aku nak gelak.  Bukan gelakkan dia, tapi kat aku sendiri...  Selama ini aku ingat aku jer bernasib malang terbelenggu dengan manusia yang species 'berkawan ada sebab' nih!  Rupanya, dia pun tak terkecuali.  Hahaha!  Ramai bebenor la jawabnya manusia begini di dunia ni yek...  Nasib la...

Tapi, aku bukan nak highlight pasal tu semua dalam entry aku ari ni...  Aku nak tunjuk gambar2 'peribadi' aku untuk dikongsi bersama anda semua.  Aku bahagia dan bangga kerana memiliki gambar2 ini.  Banyak kasih sayang dan chinta tercurah dan tersirat di sebalik gambar2 ini....










Aku melihat sendiri, setiap hari (waktu itu la... ) si ibu menjaga, menyusukan serta membersihkan bulu anak2nya.  Bila anak2nya dah tidur ( di dalam kotak, di dalam bilik stor rumah aku ), barulah si ibu keluar untuk mencari makan untuk dirinya sendiri.  Perginya tak lama, dia akan bersegera kembali kepada anak2nya.  Lebih2 lagi setelah menyedari aku dan anak2ku curi2 bermain2 dengan anak2nya...  ; )

Aku sering melihat foto2 di atas sebagai penguat semangatku untuk menjadi ibu terbaik bagi anak2ku...  Bila aku lihat anak2 aku ( terutama setelah mereka bergelimpangan tidur ), gambaran foto inilah yang tergambar di ingatan aku...  Haiwan pun kasih dan sayangkan anak2nya...

Tapi, jantung aku tersentak dan amarah terus menggunung di hati bila aku yang tengah layan sedih dan empati tatkala melihat gambar2 kemusnahan akibat tsunami di Jepun dalam akhbar kelmarin, tuuuuppp.....   MAYAT BAYI TANPA TANGAN DAN KAKI DIJUMPAI...  Ceh!  Ceh!  Dan Ceh!!  Ada lagi 'binatang' manusia yang membuang bayi!!  Haram jadah punya manusia...  #@&%##@*%%*....  Habis benda2 dalam hutan ke, dalam neraka ke, dah keluar dari mulut aku....  Benci!  Benci betul2 aku!  Aku kan, kalau jumpa dengan manusia yang terbukti dan mengaku dia buang bayi (dan bayi itu mati dalam keadaan menyayat hati), sah aku sepak terajang orang itu!!  Kalau perempuan, sah aku tenyeh2 cili kat 'tut' dia!! (maaf, ter18sx la pulak)...  Tak padan lagi ke menanggung dosa berzina, sanggup dia tanggung dosa membunuh pula!!  Haktuih...!!

pinjam gambar google-dalam paper marin xde foto

Khamis, 17 Mac 2011

DI MANAKAH DIA MENGHILANGKAN DIRI?

Hari ini sedari tadi, aku menghabiskan masa merayau2 ke blog2 pebret dan secara rawak.  Dah puas skodeng, hati terlintas untuk membuka semula satu blog misteri yang selalu menghantui aku akhir2 ini.  Aku jumpa blog ini pun secara tak sengaja sebulan lebih yang lalu, dan terus jadi follower dia...

Setelah aku teliti segala entri dia, aku dapati blog kawan baruku ini sudah lama tidak di'update'kan....  Entri terakhir dia pada 22 Okt. 2009.  Bukan aku nak marah dia atau nak tuduh dia malas update blog.  Tapi, aku tertanya2, apa sudah terjadi kepada gadis manis pemilik laman blog  .....dan di sini kisahku bermula.... itu  (maaf, kalau fontku itu tak sama dengan nama blog asal-kira lebih kurang la).

Yang mak sebuk kenape?  Mungkin  blogger berwajah manis dan mengikut firasatku, berjiwa halus dan sensitif itu tidak memberi maknenyer kepada blogger2 lain.  Tapi, bagiku, gadis berkulit putih dari Melaka ini (ikut kefahamanku berdasarkan entri2nya) adalah antara 'berlian' yang tersembunyi di dalam jutaan timbunan kaca...  Aku ingin tahu perkembangan kisah hidup dia, yang padaku amat menarik untuk diikuti.  Malangnya, sudah setahun lebih blognya terhenti, tergantung begitu sahaja.

Aku risau, kalau2 sesuatu yang tidak baik telah berlaku dalam hidup gadis manis ini.  Sementelah entri terakhirnya berkisar akan kegusaran dan kekecewaan hidupnya.  Mungkinkah ada sesuatu musibah telah melanda hidupnya?  Adakah musibah itu terlalu besar sehingga membuatkan dia tidak lagi mahu meneruskan paparan hidupnya dalam blog untuk dikongsi bersama kami?  Atau... adakah... err... dia sudah tiada lagi dalam dunia ini? (Minta dijauhkan Allah)...  Macam2 tanggapan bersarang dalam fikiranku...


Maaf kerana memaparkan gambar ini tanpa meminta izin dahulu

Kepada Misz Seney, atau sesiapa jua yang mengenali blogger berbakat ini, tolonglah beritahu aku akan perkembangan terkini beliau.  Dan kenapa dia menyepikan diri secara drastik dari arena blog ini...

Isnin, 14 Mac 2011

TRAGEDI MY LAI - Bahana Kerakusan Perang

Salam.  Mula-mula sekali aku ingin memohon maaf sekiranya entryku pada kali ini bakal menyinggung hati mana-mana pihak.  Maaf juga jika paparan foto2 yang kulampirkan akan mengganggu kalian..


Semalam, aku tersentak dan kekakuan tatkala saluran History menayangkan isu tragedi pembunuhan rakyat Vietnam yang dikenali sebagai 'My Lai'.  Peristiwa yang berlaku pada 16 Mac 1968 di My Lai, Vietnam itu diceritakan dari sudut pandangan tentera Amerika (veteran) yang menyaksikan kejadian tersebut, namun menolak untuk turut bersubahat.  Malah merekalah antara tentera Amerika yang membantu orang awam Vietnam itu (seperti pemandu helikopter, Hugh Thompson) keluar dari perkampungan My Lai yang sudah menjadi abu dibakar oleh satu trup askar Amerika yang diketuai oleh Leftenan Muda William Calley yang kononnya menurut arahan ketuanya, Kapten Ernest Medina supaya menghapuskan tentera gerilla Vietnam yang bersembunyi di My Lai.
William Calley-1969
Calley dan ahli trupnya, telah menyelongkar rumah2 di kampung tersebut dan mendapati ia hanya dihuni oleh warga tua, kaum wanita dan kanak2 (termasuk bayi) sahaja.  Namun, mereka tetap meneruskan arahan yang supaya 'menghapuskan semuanya' kerana mereka itu adalah gerilla Vietnam, atau orang yang bersubahat melindungi gerilla tersebut.  Maka kesemuanya dibunuh dan rumah2 dibakar.  Badanku menggigil, namun aku tetap terus mengikuti rancangan/siaran tersebut...
Adakah begini rupa gerilla Vietnam-warga tua,wanita dan kanak-kanak ?
Air mataku bercucuran hingga keakhir rancangan tersebut...  Walau akhirnya tragedi yang cuba dinafikan oleh Kerajaan Amerika, namun desakan dunia, khasnya rakyatnya sendiri pada masa itu, Calley dan beberapa ahli trupnya dihadapkan ke mahkamah tentera.  Namun dengan campurtangan Whitehouse, beliau hanya menjalani hukuman tahanan di rumah selama 4 tahun sahaja, manakala yang lain dibebaskan...  Kecil hati aku bila melihat temuramah Calley pada tahun 1970 (tak silap), dia dengan angkuhnya berkata, "Saya hanya menurut arahan.  Sudah tugas seorang askar untuk menurut perintah dan arahan daripada pihak atasannya".  Ceh...!!
Tidak ada hati perutkah si Calley itu?  Sedangkan semasa siaran itu, ada dua tiga daripada askar yang ingkar untuk menurut arahan pembunuhan itu pun trauma sehingga sekarang.  Mereka mengaku yang tidak ada satu hari pun dalam hidup mereka, mereka tidak mengingati kejadian pagi 16 Mac di My Lai itu.  Walau mereka minum sehingga mabuk sekali pun, bayangan itu tetap muncul...  


Aku ingin berterima kasih kepada beberapa juruterbang helikopter, seperti Hugh Thompson yang menyelamatkan beberapa penduduk My Lai (yang selebihnya, hampir 500 lebih sudah terkorban dengan sadisnya).  Thompson dan rakan2nya itu dianugerahkan pingat "Distinguished Flying Cross" pada tahun 1998.  Aku bukan nak menyokong atau menentang mana2 pihak.  Aku menulis berdasarkan rasa kemanusiaan.  Dulu, aku kurang tahu (sebetulnya tidak tahu) fasal pembunuhan My Lai ini.  Aku hanya mengetahui secara umum sahaja tentang peperangan Amerika-Vietnam.  Aku tahu ia adalah sesuatu yang kejam kerana ia dinyatakan di seluruh dunia, malah diakui sendiri oleh veteran perang Amerika.  Tetapi, tatkala mengetahui secara 'personally' dan 'detaily' tentang tragedi My Lai ini, aku terus mengigau...




Walaupun William Calley akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Vietnam (aku lupa tahun berapa), bagiku itu bukan menjamin segala tanggungjawab di atas apa yang mereka telah buat akan terlepas.  Dosa mereka tidak akan terampun dengan permohonan maaf setelah puluhan tahun selepasnya... Mereka tidak dapat mengembalikan nyawa2 tidak berdosa yang telah mereka ragut secara kejam dulu.  Mereka tidak dapat mengembalikan semula 'kehidupan' mangsa2 yang terselamat daripada muncung senapang serta granit Calley dan rakan2nya...


Pengajarannya,  peperangan hanya menghancurkan dan memusnahkan sesebuah negara serta penduduknya.  Hentikan peperangan.  Hiduplah dalam aman dan harmoni.  Dunia kita sudah semakin tua dan menuju ke penghujung.  Nikmatilah saat2 ini dengan aman di negara masing2...  Ya Allah, perkenankanlah doa dan harapanku ini....

Rabu, 9 Mac 2011

TAK SEKOLAH KER...?

Badan dah rasa seram sejuk.  Tapi bukan kerana aku ternampak hantu pocong atau hantu raya.  Memandangkan dah dua hari berhujan, demam pun mula la nak datang.  Tapi aku rasa, demam tu takde la nak teruk mana, tapi seluruh urat kaki ni yang azab- sakit macam dipotong 14! Konon nak merasai apa yang murid2ku rasa- berlari merentas desa, aku pun cuba la 'berlari' sama (lebih kpd berjalan jer sebenarnya)
Masuk hari kedua latihan (hari ni), aku dah tak berani berlari lagi.  Sebab utama, kerana ada perjumpaan dengan ibu bapa murid pukul 12 nanti, takut bau 'harum' badan nanti akan buat mereka 'koma'.  Sebab kedua, petang plak ada meeting pengakap (mak sanggup).  Nanti sakit badan, terus tak sampai2 ke tempat meeting!  Tak pasal2 sekolah aku kena buat surat tunjuk sebab plak...

Semasa sesi latihan tadi, bengangnya aku hanya tuhan yang tahu.  Aku mengekori murid2 dengan kapcai kokakku perlahan2.  Dah tak join murid berlari, macam kelmarin.  Dalam rintik cucu hujan tu, aku terkesima bila disapa oleh seorang lelaki dalam kereta Wira coklat, " Kenapa naik motor Cikgu? Kenapa tak lari? "  Hoi! Tak sekolah ker??  Dah nama pun cikgu, bukan murid!  Acara larian ni plak untuk murid...  Tak faham betul aku.  Hamba Allah yang bangang tadi tu nak bergurau bodoh ke atau dia memang bodoh nak mampus?  Cikgu2 lain pun melambak iring budak dengan bermotor, takde plak aku tengok Si Pak Pandir tadi nak tanya mereka soalan bodoh macam tu...

Dasar manusia tak habis sekolah.  Kelmarin, masa aku kuyup berlari bersama budak2 tu, takde sorang pun tegur, walau punya la ramai yang bersidai di sepanjang jalan.  Hari ni, seolah aku telah buat satu dosa besar kerana menunggang motor, tidak berlari bersama budak2!!  Aku nak bagitau pada awak, wahai Pak Pandir dungu yang tak habis sekolah, acara merentas desa ni untuk murid, bukan cikgu!  Acara ini bukan paksaan kepada semua murid, hanya yang berminat dan sihat walafiat sahaja.  Kalau ada anak awak yang sekolah di sini, jangan la bagi anak awak tu masuk pertandingan esok kalau rasa pihak sekolah nak mendera murid...

Alahai... tapi apa nak heran?  Kat sekolah aku melambak manusia yang jenis tak habis sekolah ni...  Maka ramai la nak jadi 'guru besar' mengalahkan guru besar sendiri.  Yang bukan cikgu, gatal tangan nak buat kerja cikgu, sedangkan kerja sendiri tak terbuat...  Pening aku...

Hadoiii... pening aku.... tido lagi baik...

Isnin, 7 Mac 2011

PERGI TAK KEMBALI

Pagi tadi, semasa melihat pasukan bola sepak sekolahku berlatih, aku teringatkan bekas dua orang anak muridku di sekolah lamaku sebelum ini.  Budak2 itu istimewa bagiku kerana mereka boleh bermain apa jua permainan seperti bola sepak dan bola baling, dan mereka mendominasi permainan tersebut.  Mereka adalah 'bintang' dalam pasukan sekolah, tunjang utama yang memastikan gawang pasukan lawan sentiasa dibolosi dengan gemilangnya!  Malah, mereka juga adalah yang terpilih dari sekolahku itu untuk mewakili zon untuk bermain di peringkat daerah. Aku percaya keluarga mereka tentu bangga dengan pencapaian itu.


Mengapa dua orang muridku ini, Irfan dan Makmin begitu terkesan dalam diriku?  Bila berada di sekolah luar bandar yang amat sedikit bilangan muridnya, hubungan kami- guru dan murid secara automatik menjadi rapat dan mesra.  Sementelah aku, yang pada waktu itu adalah guru kelas mereka, terasa amat dekat dan rapat.  Secara peribadi, aku seronok dan gembira sepanjang 3 tahun berkhidmat di situ kerana mereka baik, mendengar kata, menghormati guru serta kelakar walaupun mereka tidaklah sebijak murid2ku di sekolah sekarang ini.

Irfan, yang aku kenali amat meminati bola sepak.  Dia sering memakai jersi bola yang memaparkan gambar Lampard.  Kadang2 dia suka melaram dengan baju merah berlogo MU tu.  Dua helai baju itu wajib dipakainya semasa bersukan atau menghadiri kelas tambahan.  Malah, semasa memakai uniform sekolahnya pun, T-shirt itu tetap disarungnya pada sebelah dalam.

Kau dalam ingatan- 'Makmin' (tengah)
Satu peristiwa yang tetap segar dalam memoriku hingga ke hari ini ialah, Irfan yang serba boleh itu rupanya amat takutkan kucing!!  Dia geli akan bulu kucing yang halus itu.  Pernah suatu hari, aku memaksa rakan2 kelasnya yang lain memegangnya, sementara Makmin (gambar) meletakkan seekor kucing di atas ribanya.  Aku memaksanya mengusap badan kucing itu.  Dengan mata yang terpejam rapat dan tangan yang menggigil, dia mengusap jua.. Hingga ke hari ini aku ralat kerana telah memaksanya berbuat demikian, dan sekarang aku tidak lagi berkesempatan untuk memohon maaf daripadanya.
Dan hingga ke hari ini jugalah, setiap kali aku melihat Amri Yahyah, aku seolah-olah melihat kelibat Irfan.  Kerana mereka bukan sahaja mirip dari segi rupa, malah fizikal dan pergerakan juga...  Irfan, maafkan cikgu sekiranya sepanjang ajaran cikgu, kau terasa dan terluka hati.  Niat cikgu hanya satu, untuk mendidik kalian.


Keakraban Irfan dan Makmin ternyata hingga ke hujung nyawa.  Tahun lepas, semasa menikmati cuti pertengahan semester 1, seperti biasa, mereka dan rakan2 yang lain ke padang sekolah untuk bermain bola sepak.  Setelah tengahari, cuaca yang panas mendorong mereka berkubang di sungai pula.  Dan sebagaimana takdir Allah yang sedia tersurat (hanya manusia tidak mengetahuinya), dari lima orang bekas muridku yang hampir lemas dibawa arus, Irfan dan Makmin gagal menyelamatkan diri mereka...  Aku meratapi pemergian mereka kerana bagiku mereka terlalu muda.  Mereka belum berpeluang mengenal dunia yang luas ini.  Mereka belum puas bermain bola.  Namun Allah, aku redha dengan ketentuanMu.  Cuma pohonku, Kau tempatkanlah mereka bersama umatmu yang beriman.  Janjikanlah Jannah untuk mereka.  Amin....

Ahad, 6 Mac 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN ?

Bagi seorang lelaki bujang, kereta adalah segla-galanya.  Kereta mereka itu adalah nyawa mereka, buah hati pengarang jantung.  Sayangnya mereka kepada kereta milik mereka itu tidak dapat digambarkan.  Apatah lagi kalau mereka sudah berhabisan mencantikkan dan meng'up-graded'kan hingga ribuan ringgit.  Kereta mereka adalah karya agung mereka.  Ianya juga mewakili lambang imej mereka.  Malah sesetengah lelaki yang sudah hilang status 'bujang'nya juga pun agak sukar untuk mengikis tanggapan itu dalam diri mereka.  Maka ada la sesetengah daripada mereka menyayangi kereta melebihi kasih mereka kepada isteri tercinta!  ( Jangan marah... )

Gambar hiasan


Orang kata, " Malang Tidak Berbau".  Kalau jeruk petai atau jering atau tempoyak, 2, 3 batu dah boleh dihidu.  Jadi bagi orang yang tidak meminati makanan-makanan tersebut, mereka awal-awal lagi sudah boleh mengelakkan diri daripada menuju ke arah makanan tersebut.  Tetapi 'malang' tiada siapa yang tahu bila ia akan menghampiri.  Kita sebagai manusia hanya mampu berhati-hati dan bertawakkal kepada Allah agar sentiasa dilindungiNya daripada sebarang petaka.

Sekadar gambar hiasan.  Memberku lebih hensem dari ini...

Sahabatku yang seorang ini ibarat mati isteri.  Kereta Toyota Vios yang tidak sampai setahun dibelinya sudah hilang 'muncung'nya!  Gara-gara salah faham memikirkan yang keretanya sudah berada dalam posisi undur (R) dia terus menekan minyak, tanpa menyedari yang gear keretanya berada dalam posisi D.  Habis dinding dan pintu kuaters dilanggarnya.  Nasib baik dia tak apa-apa.  Tetapi kereta yang menjadi kekasih pujaan hatinya sudah remuk dan hancur hud.


Bayangkan, sudah seharian beliau memandu kereta itu, dari Kota Bharu hinggalah pulang kembali ke kuaters, Alhamdulillah, dia selamat.  Tapi, malang ternyata mengekorinya hingga ke akhir.  Kesilapan disaat terakhir itu telah memusnahkan 'babe'nya.  Hingga ke hari ini aku lihat wajahnya murung...  Mana tak murung weh?  Mau 2,3 ribu melayang nanti.  Harap temanku bersabar...

"Sabar ye Din,"  "Uuwaaargh..!!" dibalasnya.
 Yang menjadi kemusykilan kami, rakan-rakannya ini, tahun lepas, di lokasi yang sama seorang rakan kami yang lain juga pernah mengalami kemalangan yang sama.  Kereta Kancil merahnya terbabas hingga melanggar pasu bunga di hadapan kuaters itu juga...  Kebetulan ke??  Tiada siapa yang tahu.  Cuma harapan dan doa kami, agar sahabatku tadi bersabar.  Anggap itu dugaan.  Bersyukurlah anda selamat.  Ingat, kereta boleh diganti, tetapi nyawa hanya satu..peace...
 

Sabtu, 5 Mac 2011

KUACIMANIA

 Aku sendiri pun tak perasan, bila sebenarnya addict baru aku ni bermula, tapi rasanya sama lahir dengan kegilaanku berblog la kot. huhu..  Mana taknya, pahit mulut weh, kalau stakat surf blog dengan air liur saje!  Anak2 aku pun dah naik bosan asyik kena tolong belikan aku kuaci.  Ada satu petang tu, aku terus emo giler bila anak aku balik, cakap kuaci dah habis kat kedai...  Geram, rasa macam nak hempas jer laptop aku nih!!

Sekarang ni, kulit kuaci yang bersepah sudah tidak menjadi perkara ajaib lagi dah di seluruh rumah aku.  Ruang menonton, ruang rehat, di dapur, ruang santai, tepi longkang, hatta dalam bilik tido aku pun ada!  Aku agak, musti kulit kuaci jaman sekarang ni ada kaki...  =)

Nasib baik la incik suami aku jenis cool dan bertimbang raser.  Dia tak kisah walau rumah kami sekarang dilanda wabak kulit kuaci.  Ini adalah kerana, Dia la antara penyumbang terbesar yang menebarkan 'virus' itu!  Muahahaaa...  Nak2 pula waktu ada football match kat tv!  Maka hancurlah ruang tamu aku tu disepah2kan oleh incik suamiku dan anak2nyer!  Bukan stakat kulit kuaci, virus kacang hijau, kacang itik, biji labu dan kropok segera pedas pun join sama...  Kalah Stadium Sultan Muhammad IV.  Nasib ler...

Aku tak pasti la pulak apakah efek yang akan dan terpaksa aku tanggung dengan menularnya wabak kuacimania di rumahku.  Cuma sekarang, tiap kali aku gigit kuaci, hidung aku musti gatal!!  Harap2 ia tidak akan menyebabkan pertambahan berat badanku yang sudah sedia gebu bak tepung dicampur serbuk penaik nih!!!


Jumaat, 4 Mac 2011

APA SEBENARNYA...?

 Aku selalu juga terfikir setiap kali memerhatikan kucing2ku - apa sebenarnya yang mereka fikirkan?  Apa yang mereka cuba katakan setiap kali mata kami bertentangan?  Macam si Tom ni.  Dia suka merenung mataku tiap kali aku bercakap dengannya. Nampak seolah-olah seperti dia faham.  Entahlah... Tapi, buat masa ini, aku ada sedikit idea tentang perbualan kucing2ku sesama mereka. ; P


 "Kenapa kau suka tidur dalam bakul Tom?"
"Saje... rasa selamat.  Macam duduk dalam perut ibu,"

 " Huh!  Nyampah betul aku dengan si Murni ni!  Suka kacau aku. Dah la busuk! "

 " Mak ni pun satu hal, asyik ambik gambar jer... Ingat aku ni model ker? Bukannya reti nak bagi aku makan.  Dari tadi lagi aku tunggu.  Dah kebulur ni weh! "

 " Hah sudah... Si Jazz perasan tu dah balik!  Buat kacau jer la.. Perasan over melampau, macam la dia handsome sangat bila warna kuning! Hoi, hitam itu menawan la..."

 " Hoh! Ko jangan nak perasan la Tom!! Walau mak bela kau dulu pun, kau tu kucing murahan!  Free jer!  Mak pungut kat luar pagar rumah jer... Bukan macam aku. Aku mak beli tau... "

 " Ceh! Perasan... Kalau bukan kerana mak kesian tengok kau kurus kering dah nak mampus dalam sangkar kat kedai tu, dia tak gong nak bazirkan duit gaji dia beli kau la..."

 " Ohooo.....  tak boleh terima kenyataan yang aku lagi handsome dari dia...  Kau tak perasan ker, kan mak selalu peluk dan dokong aku jer!  Mana dia ada main dengan kau?  Kau pemalas, nak cuci muka sendiri pun malas. Mata dah tersumbat dek tahi.  Tuiiih ! "

 " Amboi... mulut tu ambik insurans ker? Ko nampak tak tangan aku yang gagah perkasa ni? Nak rasa ?? "

 " Helleeehhh...! Macam la aku takut... "

 " Hoiii..!! Kamu dua ekor!!  Tak reti nak hidup 1 Malaysia ker ?! Lekas! Shake hands ! "

 " Huh !! Tak hingin aku !! "

 " Uuweeekkk....! Baik aku bunuh diri jer, dari nak berbaik2 dengan dia! "

 " Elleehh.... Cakap besar.  Kalau berani, pegi la bunuh diri ! "

" Tom... Rileks... Murni sayang Tom tau. Dah, dah! Jangan layan Jazz tu.. "
" Padan muka ko Jazz! Prrrrr.... "

Rabu, 2 Mac 2011

LAKI AKU JELES!!

Aku tau la memang ketara sangat nampaknya keoveran dan ketaksuban aku berada dalam dunia blog  dalam seminggu dua ni.  Aku pun perasan situasi itu.  Tapi nak buat camana, aku baru je reti tulis blog (taraf budak baru belajar merangkak la).  Sebelum ni, aku hanya tulis apa yg mengganggu jiwa a.k.a luahan perasaan dlm buku (ala2 diari gitu) jer...  Eh, bila dah tau nak buka blog ni, tu dia!  Gila la aku...  Semua benda aku nak bagitau (kalau boleh).  Walau aku tau dan sedar, xder sape pn jadi follower aku, kecuali sorg, aku x peduli!  Aku cuma nak luah perasaan- gembira, bahagia, benci, marah dan sedih aku...  Itu jer.  Tapi, kot kalau ada yg sudi membaca tu, lagi la aku bangga!!  kui kui


Dulu, bila tension, perkara itulah yang terbayang dlm kepala hotak aku.  Rasa nak 'mati' jer!  Sebab takde tempat aku nak mengadu dan luahkan.  Hidup memang boring...  Tapi, sejak aku dah berjinak2 dalam alam pemblogan ni, rasa ok sket.  Lebih2 lagi lepas join kelab blogger.  Bila baca entry mereka, ibarat menambahkan lagi perisa di dalam masakanku.  hehehe!

Cuma yg tak bestnya, laki aku nampak macam tak suka!  Dia pernah komplen, yg aku asyik mengadap laptop jer.  Aku kata, aku skadar tulis blog, bukan nak chatting kat fb ke, ape ke.  Malah aku minta dia baca la entry2 aku tu.  Dia tak nak plak!  Hisshh!!  Susah betul bila hidup dengan insan yg jenis tak minat huruf2 ni...  Anyway, camana nak yakinkan dia yg banyak benda positif ada di BLOG ???  ha? ha?  Isy, tolong la wey...

SATU HARI DI WORKSHOP

Minggu lepas aku menemani suami ke workshop untuk tukar cermin keretaku.  Biasalah, orang takder harta, dah 2 tahun cermin kereta merekah pun tak ganti2 lagi.  Bila dah ada duit lebih sket minggu lepas, terus pergi tukar.  Memangla janggal sangat bila kita seorang berada dalam kumpulan kaum Adam ini.  Tapi, saje la aku buat selambalada...  kui kui kui...


 Suasana memang busy ditambah dengan deretan kereta yang sudah berbaris untuk dibaiki semasa aku tiba di workshop yang famous di pekan kami tu.  Macam2 'penyakit'.  Ada yang nak betulkan body yg kemik, ada nak ganti lampu pecah, cay spot rim dan 1001 macam lagi.  Hanya kereta aku sorang jer nak tukar cermin =)..  Jangkamasa siap, 2 jam setengah.  So, aku tunggu la dengan anggunnya di bangku yang disediakan.  Sambil tunggu tu, aku perhati le kerja2 di workshop tu.  Satu kesimpulan yang aku dapat - Ragam manusia, tak akan puas dengan apa yang mereka miliki (mungkin tidak semua bersikap begitu.  Maaf bagi yg terasa)


 Pemilik kereta Honda ini misalanya, baru sahaja menukar baru cat keretanya, serta baru tukar enjin lain.  Enjin asal 1.6, dia tukar ke 1.8, dan dia tukar sendiri enjinnya kerana dia sendiri pun seorang mekanik!!  Dia datang betulkan (sedut) kemik2 halus pada hud keretanya, kerana hanya dibengkel ini yang ada peralatan itu.
Dia juga ingin menyembur cat baru pada bahagian dalam kereta tersebut.  Kos?  Jangan tanya, dah ribuan dia habiskan...  Sesak nafas aku!  Bukan terkejut dengan wang yang dia belanjakan, tapi aku dah tak larat nak sedut asap rokok yang dia dan costumer lain serta pekerja2 di workshop itu hisap!!  Siap bersambung puntung...  Alahai...

Sorang mamat tu, nak minta budak pomen di situ jualkan Viva dia.  Vivanya sket punyer lawa - spot rim, exzos besar dll.  Sayang betul...  Tapi, sapalah aku?  Mungkin dia ada masalah kewangan atau nak beli kereta yg lagi besar.  Satu lagi, nak sembur spot rim.  Sorang Che Abang tu, datang hanya kerana nak minta digamkan penutup dekat wiper dia jer...  Hai, macam2 (aku dah x berani nak ambik gambar2 mereka demi menjaga privasi mereka) ; )

Setelah siap keretaku, sebagaimana yang dijanjikan, ku tinggalkan workshop itu bersama costumer yg masih setia menunggu mekanik 'menyobek' kereta mereka masing2.  "Huh, manusia, tak pernah puas dengan apa yg mereka ada.  Tak reti nak bersyukur. Suka membazirkan duit ", ngomelku dalam hati.

" Bulan depan abang nak datang cat spot rim kita la Tie..."  Ayat yg meluncur dari bibir suamiku benar2
membuatkan kedua belah mata sepetku ini terbuntang!!


DILEMA KU

 Setiap malam, aku memang serba salah.  Tiap kali nak masuk tidur, kucing kesayangan kami, Jazz pasti nak masuk sama.  Dulu kami izinkan dia masuk tidur di dalam bilik kami, tapi suamiku mengamuk kerana tidurnya selalu diganggu!  Jazz suka sangat menjilat2 jarinya, seawal jam 5 pagi!  Kalau tak dilayan, Jazz tidak akan teragak2 untuk menjilat hidung kami pula!  Itu tanda dia mengejutkan kami, untuk berikannya makan...


 Mau tak mau, aku terpaksa pujuk dia tidur sendirian di ruang tamu.  Tapi dia tetap akan menunggu dengan setia di hadapan pintu bilik kami.  Kadang2 dia akan mencakar2 pintu itu.  Kasihan pula....  Kalau aku tetap tak mengendahkannya, siaplah, mau 2,3 hari la dia merjuk, tak mau bermanja denganku!  Ceh!  Over la kau ni Jazz...  Mau tak mau, dalam senyap2 aku curi2 keluar tidur dengannya di ruang tamu.  Seronok lah dia!  Tapi, aku la pulak yang naya lepas tu...  Masuk bilik senyap2 waktu pagi, muka suami dan mencuka kerana tingggalkan dia keseorangan di dalam bilik!  Alahai......
  Serba salah aku dibuatnya.

Tapi nak buat macam mana?  Korang tengok sajalah keletahnya tu.  Siapa sanggup buat tak tahu....  Itu yang selalu buat aku berada di dalam DILEMA tu............

Selasa, 1 Mac 2011

GERAMNYA!!!

Begitulah aku..... Ketaksuban aku kepada teh tarik dan kegilaanku untuk menyiapkan mural kadang2 membuatkan sesetengah rakan menggeleng kepala. Walau sesibuk mana pun. Walau tercangkung di tepi longkang sekali pun, aku tetap at least sekali dalam sehari mesti pekena teh tarik Mek Nah kantinku...


Aku tak kisah walau gelas teh ku itu duduk di atas simen berdebu di sebelah tin2 cat mural. Kadang2 aku sendiri hampir2 tercelup berus cat ke dalam gelas teh itu! Tak mengapa... Tapi aku amat sakit hati bila ada pula tangan2 halus yg gatal utk tolong siapkan mural sewaktu aku tinggalkan sekejap untuk masuk ke kelas. Geramnya!!! Sakit hati tau... Tapi, aku sebenarnya lebih kepada kecik hati! Aku penat2 buat, mereka rosakkan. Tak reti bahasa budak2 ni. Aku tak pandai mengajar ke?? Dah la mak bapak sekarang, kalau marah sikit anak mereka, siap berkirim salam. Siap nak repot polis, siap nak masuk paper... Sedih betul aku... Sudahnya, aku tinggalkan aje mural rosak tu tanpa ada keinginan nak betulkannya!! Benci aku!!!

Lelaki itu Ayahku

Aku terkocoh2 menghidupkan enjin kapcaiku kerana jam sudah melangkaui 5.06 petang. Kelas Fardhu Ain anak keduaku sudah tamat enam minit yg lalu. Kalau lambat menjemputnya, dia akan merayau2 pula. Tiba di sekolah, hanya tinggal segelintir murid yg masih menunggu ibu bapa menjemput mereka. Tu dia anak aku sedang menunggu di bawah pokok. Lega... aku tak perlu melilau mencarinya. Dalam perjalanan pulang, aku perlu singgah ke rumah kakakku yang menetap bersama orang tua kami untuk menjahit klim baju fardhu ain anakku. Tiba di simpang, dari jauh kelihatan satu kelibat sedang berjalan lambat2 sambil mengheret sebelah kakinya. Hanya tangan sebelah kiri sahaja nampak berayun, manakala sebelah lagi terkulai diam di sisi.

Anakku yang membonceng segera malaung dan melambai ke arah lelaki tua itu. "Tok ayah!! Hai...." sapanya riang. Orang tua yang bergigi jarang itu kelihatan begitu gembira. Mulutnya yang menyeringai jelas menggambarkan keriangan walau percakapannya tidak jelas di telinga kami. Begitulah selalunya. Semenjak terkena serangan strok kencing manis 4 tahun lalu, semua fungsi anggota bandannya agak lumpuh di sebelah kanan. Lidahnya pula sudah tidak boleh petah berkata-kata seperti selalu. Setiap kali dia cuba berbicara, hanya gumaman yang halus dan sepatah dua sahaja yang jelas terkeluar dari mulutnya...

Dulu, lelaki tua itu gagah perkasa orangnya. Sementelah sikapnya yang agak baran dan ego. Bukan sekali dua dia bertikam lidah dengan rakan sekampung walau hanya kerana isu yang remeh. Pantang sekali pendapatnya disangkal. Orang kampung pun sudah sedia maklum dengan sikapnya itu.

Dengan isteri dan anak-anaknya, lagi la terserlah kegarangan dan ketegasannya. Setiap tutur yang meluncur dari lidahnya adalah perintah yang mesti diikuti anak-anak tanpa termimpi untuk dibincangkan, apatah disangkal lagi. Dia tidak pernah berbual-bual atau bercakap-cakap dengan anak-anaknya. Sebab itu mereka nak bertentang mata dengannya pun tidak berani.

Tapi siapa menyangka kekerasan hatinya itu luntur jua sedikit demi sedikit setelah anak bongsunya mula bergelar ibu. Kehadiran cucu-cucunya telah mematahkan keegoannya. Bukan dia tiada cucu lain, tapi mereka tinggal berjauhan dan amat jarang pulang menjenguknya. Tapi anak bongsunya tinggal berdekatan- sepelaung saja jaraknya. Orang kampung mula hairan dengan perubahannya. Setiap pagi dan petang membawa cucunya meronda-ronda ambil angin keliling kampung dengan motornya. Malah mereka lagi terbelalak melihat dia yang terkenal dengan kedekutnya itu sanggup berhabisan membeli apa sahaja keinginan cucunya!!

Aku pun gembira melihat perubahan sikap orang tua itu yang begitu kasih dan sayangkan cucu-cucunya. Malah mereka boleh duduk di riba dan minta didokong. Kadang-kadang, mereka siap naik atas belakangnya semasa main 'motor2'...

Namun, penyakit kencing manis tahap kritikal yang dihidapinya telah meragut kegembiraan warga emas berkulit gelap itu. Dia yang terlalu ego untuk mendengar nasihat doktor agar berpantang makan dan minum diserang strok pada satu pagi! Sebelah tubuhnya hampir lumpuh. Nasib baik masih masih mampu untuk berjalan perlahan (dengan bantuan). Keadaan itu jelas menghancurkan rutin hariannya. Namun, masa menjadi penawar. Orang tua itu sudah menerima keadaan dirinya seadanya. Walau sudah tidak dapat membawa cucu-cucu menunggang motosikal, dia amat gembira bila mereka sudi berjalan berpimpinan tangan dengannya. Dan setiap kali aku memeluknya erat, kelihatan air bergenang di penjuru mata. Lelaki tegas, bengkeng dan garang suatu waktu itu adalah ayahku. Dan aku tetap akan menyayanginya setiap waktu. Malah aku juga percaya bahawa dia amat menyayangi aku, malah sedari dulu. Cuma cara yang dizahirkannya itu tidak seperti ayah orang lain. Namun kasihnya yang menggunung kepada anak-anaknya tetap utuh dan jitu..
.


ayah, aku sayang padamu...