KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 28 Februari 2011

MANA KAPALTERBANG NI?

Menjadi kegemaranku (walau tidak setiap hari), aku suka berbaring di atas buai di anjung rumahku selepas jam 8 malam untuk memerhatikan kapal terbang melewati angkasa. Sikap obsesku pada kapal terbang pada waktu malam memang amat sukar untuk dimengertikan. Tapi, pada pandangan mataku, lampu kapal terbang yang berkelip itu amat memukau! Aku terpesona melihat cahaya merah yang diselang-selikan dengan warna kuning terang pada sayap kapal terbang semasa ia terbang pada waktu malam. Jaraknya juga jauh, jadi aku tidak diganggu dengan bunyi bising enjinya- hanya kedengaran sayup dan amat jauh...

Lampu kapal terbang yang berkelip itu mengindahkan lagi wajah dada langit yang sudah sedia indah dihiasi bintang malam. Namun, lampu kapal terbang lebih istimewa bagiku kerana ia bergerak!! hehehe... Aku tak pasti kalau kalian dapat membayangkan apa yang cuba aku gambarkan.

Tapi, malam ni, sampai badan sudah mula sejuk ditiup bayu malam. Kuaci di tangan pun dah habis, belum lagi kelihatan kelibat walau sebuah kapal terbang! Ke mana pula pergi semua kapal terbang ni? Biasanya tak kurang 3 buah yang akan melalui langit kediamanku di waktu begini. Tengah malam nanti akan ada yang lain pula. Sehingga azan Isya' dilaungkan, aku masih kempunan nak lihat lampu kapal terbang....

Jumaat, 25 Februari 2011

SALAH SIAPA?

Aku masih teringat2 tentang kisah yg amat meruntun hati, mengenai 3 beradik yg sering dikurung dlm keadaan kebuluran setiap hari tatkala ibu mereka keluar bekerja. Aku tidak faham dengan tindakan ibu kandung mereka itu sendiri, yg tergamak membiarkan anak2nya kelaparan. Memang betul tindakannya mengurung anak2nya demi keselamatan, takut anak2 berkeliaran di sekitar Pasir Gudang itu. Silap2 hari bulan, kena culik pula...

Tapi, mengapa tidak disediakan makanan yang mencukupi untuk ketiga anak2nya itu sebelum keluar bekerja? Kalau si ibu tidak mampu menghantar anak ke pusat jagaan sekali pun, bagi aku, adalah kejam dan jauh lebih bahaya mengurung anak di dalam rumah! Sementelah jiran2 pun pernah melihat kepulan asap selalu keluar dari rumahnya itu ekoran anaknya yang kecil bermain api. Jika nasib tidak baik, bukan sekadar 3 beradik itu sahaja bakal rentung, mungkin jira2nya juga turut terpaksa menanggung musibah.

Secara peribadi, aku merasakan si ibu itu adalah seorang yg amt angkuh. Sudahlah sanggup membiarkan anak2 kelaparan, tetapi amat marah hingga sanggup memukul anak2nya jika didapati mereka makan makanan yang diberikan oleh jiran2 yg perihatin! Mengapa mesti bersikap begitu? Sepatutnya berterima kasihlah kerana ada jiran yg tolong hulurkan makanan tatkala kita sibuk mencari rezeki di luar.

Aku juga tidak dapat membayangkan betapa kebulur dan laparnya anak2 yg tidak berdosa itu, hingga sanggup memakan najisnya sendiri!!! Lagikan haiwan kasihkan anak. Ibu kepada haiwan jenis apa sekali pun pasti akan berusaha untuk mencari makanan kepada anak2nya... Kita, manusia, yg mana makhluk yg paling berakal ciptaan Allah Taala, begitu tega membiarkan anak2 sendiri kelaparan, hidup sendiri seharian dalam keadaan yg tidak terurus. Sekering mana hati si ibu kepada anak2 itu??

Alhamdulillah, akhirnya penderitaan anak2 itu tidak berpanjangan. Semoga pihak berwajib akan memberi hukuman yg setimpal kepada si ibu kerana sanggup mengabaikan anak2 sendiri dalam keadaan yg amat menyiksakan dan memalukan... Semoga nanti anak2 itu akan bertemu sinar kebahagiaan. Semoga Allah membukakan hati si ibu agar tidak bersikap sedemikian lagi... Insaflah wahai wanita, di dunia ini, begitu ramai wanita yg ditakdirkan Allah tidak dapat menjadi IBU. Anda yg begitu istimewa kerana mempunyai kelebihan itu, malangnya telah mensia-siakan anugerah Allah itu. Kalau pun anda terasa marah kepada mana2 pihak, tetapi dengan menghukum anak2 anda itu, tidak akan menyelesaikan masalah, malah hanya menambahkan dosa sahaja... Sayangilah anak2 kita. Sama2lah kita mendidik mereka supaya menjadi hamba Allah yg setia kepadaNya. Amin...

Ahad, 20 Februari 2011

TEH, OH! TEH...


Pagi kelmarin, sambil menunggu pomen menukar cermin keretaku, suamiku mengajak sarapan di sebuah kedai makan yang berdekatan. Aku, seperti biasa, tak akan pesan minuman lain selain dari teh panas. Aku sendiri tak faham, kenapa aku begitu taksub dengan teh susu kalau minum di kedai atau di kantin. Yang herannya, aku boleh pula tak minum teh susu di rumah. Malah serbuk teh timbang pun aku tak beli. Hanya pakai teh uncang. Mungkin itu yang membuatkan teh yang aku bancuh sendiri di rumah tak 'kick'.

Bila teh yang kupesan tiba, aku terus saja teringatkan isu teh timbang yang mengandungi bahan pewarna berbahaya yang boleh membawa maut. Sudahlah warna air teh itu tidak seperti yang aku biasa minum di gerai lain, mahupun di kantin sekolahku. Warnanya agak kecoklatan, macam air milo. Biasanya teh susu berwarna kuning keemasan... Aku cuba minum sesudu. Tiada pula perbezaan rasa berbanding teh di kedai lain. Cuma mungkin bancuhannya agak pekat, membuatkan ia terasa agak kelat.

"Sah, aku minum teh timbang yang merbahaya," fikirku sambil menghirup perlahan teh tersebut. Nak buat macamana. Dah selera nak makan teh susu. Kat kedai atau warung mana ada bancuh teh susu guna teh uncang. Suamiku sering dipandang sinis dan pelik oleh pelayan kedai setiap kali beliau ingin memesan teh O uncang. Selalu jawapan 'tak ada' yang diterima. Tak kisahlah. Aku cuma berharap agar pihak pengusaha kedai makan tidak memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya turut ambil kira nyawa pelanggannya dengan tidak menggunakan teh timbang yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Memang harga teh timbang yang diluluskan jauh lebih mahal, tetapi jika menggunakan teh yang berbahaya itu seolah menganiaya pengguna/pelanggan- seolah2 membunuh kami secara perlahan2 dan dalam diam2. Aku segera menghabiskan baki teh aku apabila suami mengajakku pergi....

ANTARA 7 PERKARA AJAIB DI DUNIA!

Kita biasa mendengar anak gadis dirisik atau dilamar. Keluarga atau wakil pihak lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga si gadis bagi berbincang seterusnya memeterai janji dan ikatan yang akan disusuli dengan majlis pertunangan. Tiba masa yang sudah sedia dipersetujui kedua belah pihak, maka akan berkumandanglah paluan kompang atau tiupan serunai gendang yang mengiringi pertarungan silat di majlis perkahwinan yang dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai serta seluruh warga kampung... Itu senario tipikal masyarakat Melayu di negara kita yang tercinta ini.

Namun seiring dengan peredaran zaman, semua itu bakal berubah. Kini tidak semestinya anak gadis kita yang akan diintai dan dirisik- hatta anak teruna kita juga tidak terkecuali!! Buktinya'
lihatlah gambar di bawah.


Kelihatan dalam gambar, seorang anak teruna sedang disarungkan cincin ke jarinya oleh wakil pihak perempuan(?)... Abis, takkan lelaki pinang lelaki kot... Har har har! Jangan terkejut dan terus menganggap yang dunia ini sudah terbalik. Sahabtku ini sengaja membuat lawaking 'bodo'nya di sebuah majlis perkahwinan saudaranya. Saja nak buat gempak, katanya... Tapi bagiku, sahabatnya yang tidak suka cakap berlapik dan bercabang hati ini - itu adalah petanda keterdesakan dan kegersangan hatinya. Sudah tiba masanya bagi sahabatku ini untuk mencari pasangan hidup bagi berkongsi melayari bahtera rumahtangga bahagia...

Apabila aku menyatakan pendapatku, katanya dia tiada calon, lantas meminta aku mencarikan seorang calon isteri untuknya. Memandangkan aku tiada anak dara dewasa, atau anak buah yang selayaknya untuk dia yang kacak dan jambu itu, di sini aku ingin membuat tawaran kepada mana2 gadis single di luar sana untk mencuba nasib. Mana tahu, kalau2 ada jodoh, dapatlah kami semua makan nasi minyak si hero serba boleh ini.

Beruntung tau kalau anda dapat sahabatku ini! Kerja stabil, ada kereta mewah, keluarga juga berada. Yang penting dia ni cukup pakej - pandai masak dan menjahit!! Kira isterinya nanti tak penat nak kena masak. Bila time raya, tak berebut dan berbalah dengan tukang jahit pasal baju raya yang tak siap. "Ciri2 calon?" tanyaku kepadanya. "Ah, saya tak memilih mana kak... Saya tak pandang paras rupa dan wang ringgit, asalkan dia CANTIK, PUTIH, BODY SOLID, ADA DEGREE (DG 41), KERJA CIKGU... Itu jer....." jelasnya dengan manja bersama senyum manisnya itu... Aku terus pengsan terkangkang!!!!

Jumaat, 18 Februari 2011

MARI BERSENAM

Dah sebulan lebih dah tikar yoga aku ni berkulat di belakang tv buruk aku tu! 3 bulan lepas, masa tengah kemaruk dan gila yoga, tidur malam pun termimpi-mimpi nak pergi KB Mall, nak beli tilam yoga - tak best beryoga atas tilam buluh, sakit lutut! Dah beli tu, aku bantai yoga 3 kali sehari! Maklum ler, musim cuti sekolah. Kat luar rumah pula masa tu, hujan 24 jam. Tak boleh ke mana-mana... Terus-terang cakap, seminggu yoga, berat aku turun juga 1 kg- walau aku kuat makan nasi. Buat yoga memang ler tak cepat turun berat badan, tak seperti berkayuh basikal. Tapi ia kurang memberi impak pada badan aku yang dah mula memberat kembali ni!
Satu perkara yang ketara, dan aku pun dapat rasa, yoga mengembalikan semula (walau tidak 100% lagi) bentuk badan aku! At least, aku dah nampak pinggang aku yang dulunya hilang dek lipatan lemak. Badan pun dah rasa lembut dan mudah dilentur... Maklumler, selalum'lipat2' semasa yoga. Tapi, tu masa aku rajin buat yoga dulu. Sekarang, body shaping aku kembali ke asal sejak buka sekolah ni - kembang sebesen! huhu......


Setahun setengah yang lalu, aku berjaya merunkan berat badanku hingga 10 kg! Namun aku masih berada dalam kategori obes melampau juga lagi... Tapi, bagi aku, itu satu kejayaan yang besar. Kalau ikut nasihat doktor, aku kena turunkan antara 20 hingga 25 kg! Aku rendah dan kemetot... Bukan satu perkara baru bagiku dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Dah lebih seabad aku ushakan! Macam-macam produk pengurusan aku dah cuba. Dah beribu duit aku laburkan- kalau dijumlahkan semuanya la.... Tapi, biasanya aku berhenti separuh jalan je...
Badan aku tak turun-turun pun! Mana nak turun, aku makan nasi 3 kali sehari!! Kah kah!
Lama2, aku give-up! Brenti ambik ubat kurus dan makan macam biasa. Maka berat aku naik lagi dua kali ganda. Begitulah situasi selama beberapa tahun...


Hinggalah 2 tahun lepas, aku terpanggil untuk join suami bersenam tiap-tiap petang. Tengok sajalah segala peralatan bersenam yang kami beli. Kalau nak kira, semua ada - dari basikal senaman, trampolin, stepper, dumble, tali skipping dan macam2... Cuma tuan dia jer malas nak guna. Buat senaman setengah jam, 5 hari tak buat! Gitu ler biasanya, hehehe...


Sudahnya, semua peralatan tu menjadi bahan permainan anak2ku. Ops, berbalik kepada kejayaanku turunkan 10 kg tu.. Aku bersenam secara konsisten setiap petang, kurangkan pengambilan karbohidrat dan kalori. Cakap mudah, aku tak makan nasi! Selama 2 bulan aku tak ambik nasi, cuma makan buah dan susu tepung, juga dibantu oleh satu produk kesihatan 'tut'. Malas nak sebut, takut nanti jadi iklan pula... Berat aku mula turun dari 0.5 kg pada minggu pertama, 2 kg pada minggu seterusnya. Cukup 2 bulan, berat aku turun 10 kg! Bunyinya macam senang jer. Tapi hanya aku dan Allah saja tahu, betapa azabnya sepanjang 2 bulan tu! Emosi aku cukup terganggu, kerana tension tak dapat makan nasi dan lain-lain makanan, sebab aku memang hantu makan!

Tapi aku beruntung kerana dapat suami yang memahami dan bijak. Dia cool aje layan kerenah aku. Malah sedia memasak untuk famili (dia memang rajin dan pandai masak dari aku). Dia tak kisah aku tak jenguk ke dapur. Janji aku dah makin kurus! Misiku berjaya separuh, setelah aku dianggap gila oleh orang2 kampung kerana berbasikal setiap petang (Kat kampung, sesuatu yang taboo kalau orang perempuan berjogging atau bersenam di luar rumah).

Basikal exercise ni ler yang banyak berjasa. Aku kayuh siang malam, sampai nak hancur relai dah... Dah turun sikit tu, aku dapat pakai semua baju2 lama yang selama ni dah masuk 'muzium'! Best betul! Tapi itu semua tak lama. Berat ni bertahan 6 bulan jer. Bila aku turun 10 kg tu, berat aku berhenti turun, walau aku exercise dan diet (tapi tak diet ketat dan gila macam dulu la). Lebih2 lagi bila dah kembali bertugas di sekolah lama ni! Tak sanggup mak, hari2 ada jamuan! Sedap2 plak tu! Alahai....

Aku langsung berhenti diet dan bersenam bila suamiku jatuh sakit. Dia masih cuba bersenam, tapi akan sakit selepas itu. Dah jenuh kami buat pemeriksaan di klinik dan hospital, tapi doktor gagal mencaru punca sakitnya. Secara umum, jantung, hati, limpa, peparu, buah pinggang dan otaknya ok jer- normal bagi manusia normal dalam lingkungan umurnya. Tapi, dia tetap rasa sakit, di dada, belakang dan belakang pinggang... Entah lah... Kesibukan menemani dia berubat, baik secara moden atau tradisional, mematikan keinginanku untuk menjaga badan! Sementelah aku ni jenis 'makin makan bila tension'. So, berkulatlah segala peralatan senaman ku semua...

Basikal 'racing' milik suamiku ini dah lama 'terpenjara' dalam bilik stor rumah aku! Sementelah dulu asyik hujan. Sekarang pula, cuaca terlampau panas, tak boleh nak berbasikal di lua rumah. Aku sendiripun dah seminggu lebih demam selsema, tak baik2 lagi. Mana nak exercise?

Namun, aku sedia maklum, korang tentu anggap, itu semua alasan semata-mata! Hendak seribu daya, tak hendak berjuta la dalihnya!! Har har har! Betul........ Aku sedang memberi pelbagai alasan bila sekarang ni baju2 ku mula nak ketat semula.

LAST 'SUPPER'....

NASI KERABU POK WI... Nama tu memang dah gah di sekolah kami setahun dua ni. Guru-guru yang tinggal di Kota Bharu sekali pun ( yang mengajar di sini la...) akan siap order awal2 dengan Pok Wi, setiap hari. Menunya pula pelbagai - nasi ayam gulai, ayam goreng, ayam pedas, hatta gulai ikan sekali pun. Tapi, personally, aku cukup gilakan nasi kerabunya... Boleh dimakan hingga ke petang!

Pada hakikatnya, isteri Pok Wi yang menyediakan dan menjualnya, tapi kami warga sekolah ni lebih gemar memanggil 'Nasi Pok Wi' sebab Pok Wi bekerja di sekolah... Itu yang jadi, "lembu punya susu, sapi dapat nama" tu, hehehe...... Isteri Pok Wi memang pandai masak!
Dulu, dia menjual mee dan bihun celup setiap petang. Pergh! Sedap gila... Dah le singgit jer semangkuk. Kalau dibungkus, singgit mee celup Pok Wi boleh dimakan oleh dua orang anak aku!

Tapi, semua itu hanya tinggal kenangan... Pok Wi sudah menutup gerai tersohornya itu... Pok Wi sekeluarga sudah berpindah semalam. Beliau sudah tidak lagi bekerja di sekolah kami. Pihak kerajaan sudah tidak menyambung kontraknya... Uuwaaaaa..... Jadi, hari Rabu yang lalu, aku dan geng-gengku makan la nasi bungkus Pok Wi buat kali terakhir.

Tengok saja la air muka sahabat ku
ini. Semua makan sambil nak berair mata, memikirkan tak tahu nak cari nasi bungkus kat mana selepas ini. Memang warung nasi bungkus melambak di kampung ku ini, tapi manakan sama dengan Pok Wi punya. Bukan kerana rasanya yang sedap sahaja, yang menjadi daya penarik, servisnya juga unik! Kami cuma perlu order, esoknya, dan hari-hari ke seterusnya, nasi bungkus kami siap tercatuk di atas meja kami masing-masing - Pok Wi hantarkan. Ala-ala 'special delivery' la gitu.... Mmm...

Apa pun, semoga Pok Wi sekeluarga akan suksess bisness di tempat baru mereka nanti. Kami tetap setia di sini, kerana hidup mesti terus! Ewaaah....... Kalau rasa nak balik berniaga di sini semula nanti, kecil tapak tangan, padang golf kami tadahkan. Har har har.....

Isnin, 14 Februari 2011

HOME SWEET 'SOUR' HOME... HUHU..

Inilah wajah terbaru teratak kami setelah 'disolek' separuh oleh suamiku. Bosan katanya dah masuk 2 tahun dinding luar rumah kami berbedak sejuk sahaja (undercoat)... Teratak kami ini memberi seribu erti kepada kami berdua kerana ianya 99.9% dibuat /dibina sendiri oleh suami yang tersayang itu... Dialah arkitek dan dialah buruh binaan...




Ini la salah satu contoh rumah kami semasa dalam pembikinan (2008). Kami mula 'penaik tiang' pada awal 2007. Pada awalnya, semua orang memandang sinis kepada hasrat kami nak bina teratak sendiri... (huhu) Lebih-lebih lagi dengan sikap 'cermat' kami yang hanya ambil 2 orang, kebanyakan masanya hanya seorang sahaja budak pembantu. " Kedekut! ", " Modal takdok, nak wak ghumoh", itu antara komen masyarakat sekeliling masa tu... Kami buat bodoh jer....



Ini la wajah kontraktor @ arkitek @ tukang @ kuli yang bina rumah aku tu... Jejaka Melayu terakhir ( hok spesies kulit sawo ) heheheee... Kadang2 lupa makan minum. Kesian juga aku kat dia... Dah la kerja tak dapat gaji!! heh! heh! heh! Tapi usahanya itu berbaloi. Kami dah boleh masuk rumah tu pada bulan Jun 2008!! Tempoh pembinaa 1 tahun setengah jer... Tapi bahagian luar rumah tak siap 100% la...



Aahh..!! Aiman tak kiiisssaaaahhhhh.... Macam ni ler pemandangan luar sisi rumah kami bila kami masuk dulu.. Ye la, dah tukangnya sendiri... Sambil menetap, bina la sikit2. Buat pagar, pasang gate ( lelaki Mlayu trakhir tu juga la yg design)


Selaku tuan rumah aka tukang kebun, suamiku juga lah yang bertanggungjawab merekacipta dan membina taman tropikana kami, siap ada kolam ikan (tapi masih dalam pembikinan). Aku bertuah kerana dia memang jenis berminat pada pokok dan tanah...


Si abang 'landscape designer' aku ni memang tak pernah puas hati dengan pokok2 bunganya. Dia selalu sangat mengalih susun atur taman. Kadang2 menjadi pertengkaran di antara kami, hanya kerana isu pokok dalam pasu, hehehe...



Tempat anak aku berdiri tu ler letaknya kolam ikan dan air terjun kami. Penyiarannya ditangguhkan kerana tak siap lagi... Anak2 ku selalu meligan di atas rumput karpet tu la - yang mana terletaknya mini padang golf kami (yang menjadi buah mulut orang kampung! Padahal diorang jeles tu...)

So, inilah seadanya rupa teratak kami... Syukur kepada Allah SWT kerana kami dilimpahi rezeki, dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk membinanya, Alhamdulillah... Walau sejak akhir2 ini kesihatan suamiku merosot (kerana terlampau keras bekerja), semoga Allah akan segera mengembalikan semula kesihatan dan kesejahteraan kepadanya, Insyaallah... Terima kasih suamiku, kerana telah membina 'Taj Mahal' bukti cinta kita kepadaku... Cintaku padamu kekal abadi, sehingga ke akhir nanti. Cheewaaahh....

Ahad, 13 Februari 2011

TERIMA KASIH, CIKGU.

Aku tak pasti samada nak ketawa atau rasa simpati kepada salah seorang kawan baikku ini. Kami panggilnya Kak Mah, tapi nama glamournya Sally. Kak Mah adalah seorang guru Pendidikan Islam, jadi murid memanggilnya Ustazah. Sebagaimana lazimnya, guru agama dikecualikan daripada memegang kelas kerana minit mengajar mereka yang teramat padat. Namun, Kak Mah diminta oleh Guru Kanan Pentadbiran untuk memegang salah satu kelas untuk sementara waktu kerana guru kelasnya cuti bersalin. Yang ironinya, kelas bertuah itu adalah Tahun 1! Kawanku yang sudah lama tidak memegang kelas ini terus terkesima hingga mengalirkan air mata! Ya la, kalau tahun lain mungkin tak apa. Ini tahun 1... Tahu-tahu saja la..
Namun kerana komitmen beliau, dalam deraian air mata, beliau menerima tanggungjawab itu.

Bersama tekad dan dengan dorongan dan semangat yang kami berikan kepadanya, kelasnya ini, yang mana sebelumnya adalah seperti kapal pecah - kotor, tunggang-langgang dan tak terurus, telah bertukar sebaliknya. Kalian boleh melihatnya sendiri kan... Kak Mah datang ke sekolah lebih awal setiap pagi untuk menyapu sampah dan membersihkan sendiri bilik darjahnya! Kalian tahu sajalah kalau murid tahun 1 menyapu sampah - debu pun tak bergolek... Hebat Kak Mah!!! Setiap hari beliau menerima pujian dan usikan daripada kami semua.

Ini semua adalah antara hasil usaha beliau dalam mencantikkan kelasnya. Walau pada awalnya beliau merungut kerana berasa tidak yakin akan kebolehannya. Tahap bersengkang mata dan habis anak-beranak juga la dikerahnya... hehehe...

Lihatlah bilik darjahnya sekarang!! Cantik, bersih dan berseri. Siap ada sediakan kiosk untuk guru-guru subjek yang lain tampalkan bahan seperti yang dibuatnya itu... Tahniah Ustazah!

Hari ini sahabatku ini berseri-seri dan mampu tersenyum bangga akan pencapaiannya. Haa... Itulah Kak Mah, lain kali percayalah, Kak Mah boleh!!! Muahahahahaaa...!!!


Sabtu, 12 Februari 2011

HOTMAMAs

Lihatlah aksi terglamour para teachers PPD Kuala Krai dan Machang dalam menjiwai kursus yang dihadiri!! English Proficiensy Course 2010 ada 4 siri, 3 hari dalam satu siri. Siri ke4 itu adalah kemuncak kerana kami mem'praktikal'kan apa yang dipelajari. So, melaram sakan la HotMamas, sebagai penutup kursus...
Pn. Suzanna dan Pn.Maheran antara JU berkaliber yang membimbing kami. Tidak lupa juga Miss Jenna, Mr.Mazlan dan ramai lagi (maaf, dah lupa nama). Mereka amat aku kagumi kerana kehebatan mereka dalam English spoken dan daya kreativiti serta keyakinan diri mereka yang jitu. Kalian memang hebat...


HotMamas' Group semasa di PKG Pahi. Semua best dan sporting! Berdiridari kiri: Ros, Ila, Shima (walau tengah 'mabuk' masa tu), Kak Jas (duduk dari kiri), aku(ehem), Aina yang hebat dan master mind HotMama dan Azie yang cool... I really miss you guys.....
Pada hari terakhir, Siri ke 4, HotMamas sibuk giler menyiapkan booth kami. Tajuk: FESTIVAL AROUND THE WORLD. Warna tema kami, hijau. Tu yang aku rasa booth kami lebih menyerlah dari booth2 member (sorry geng! Terperasan la puloookkk). Namun secara peribadi, aku amat seronok sepanjang hari tersebut, walau sudah 28 jam tak tidur menyiapkan wau hijau di dinding dan jambangan bunga! Memberku yang lain pun, apa kurangnya... Kami macam tak cukup tangan. Tu yang aku naik heran bila melihat persiapan kumpulan lain yang hebat-hebat belaka...
Hari tu, group Mr.Zack berdikir barat. Siap semua kelengkapan dikir. Lebih meriah bila Husna dan Kak Sal turut menyumbangkan suara merdu mereka dengan diiringi muzik dikir...

For all the participants of the course, including the JUs - You all rooooccckkkkk!!!!!!!!!! Miss U a loooottttttt.......
.























JAZZ

Jazz, satu-satunya pets kami yang dibeli. Harganya mahal bagiku (tidak bagi sesetengah orang), tapi aku sanggup kerana jatuh cinta akan sikapnya yang selalu menghulurkan tangan tiap kali kami melawatnya di kedai haiwan 'tut' (bukan nama sebenar). Yang paling penting, aku ingin membebaskan dia dari kurungan itu. Dia kelihatan terlalu kurus. Kesian sungguh... Tapi lihatlah aksinya sekarang... Siapa tak cair hati bila melihat...
Jazz tidur tak pernah rapat mata. Mulutnya juga sering ternganga. Anda pasti menyangka dia sedang jaga kan? No way... Dia sedang tidur tu, setelah menghabiskan semangkuk besar nasi bersama ikan rebus.
Ini aksinya di suatu petang, saat aku kalut menyiapkan kerja 'sekolah'. Jazz memang pantang kalau kami membaca atau menulis! Maka tercatuklah dia di atasnya...
Bila aku marah, dia selamba buat muka sardin. Dia tau, aku bukan betul-betul marah. Kerenahnya itu buat segala letih dan sakit badan hilang semerta.
Aku pakaikan Jazz dengan baju tebal semasa musin tengkujuh yang lalu. Dah dia nampak kesejukan... Lagipun, semua anak-anak dah besar. Terasa gatal nak pakaikan baby baju la pulak
Gamat rumah kami dengan hilai tawa menyaksikan lagak Jazz yang rimas dipakaikan baju dan seluar. Terus nak berjalan pun dah capik. Tapi tak lama, Jazz akhirnya 'terlepas' dari 'siksaan' baju itu dan tidur dengan anggunnya di atas rak, sebagaimana kebiasaannya...

MY MIRACLE JERRY



JERRY adalah kucing ketiga kami pungut. Kami ambil dia di asrama SMKSYP2. Tujuannya sebagai peneman Tom, dan yang paling penting, aku benci bila anak-anakku saling berebut dan bertarik Tom (sampai nak tercabut kaki). Jerry lucu secara fizikal. Kakinya pendek dan bila dia makan banyak, perutnya akan terseret di lantai... Bila masa makin berlalu, Jerry semakin dewasa. Tiba masa dia menjadi kucing jantan dewasa. Maka Jerry berubah dari seekor kucing yang manja kepada kucing jantan dominan yang garang. Bberapa kali anak-anak aku berdarah tangan dan muka dicakarnya. Jerry juga suka memancutkan kencingnya di seluruh rumah kami. Biasalah, musim mengawan, Jerry sibuk menandakan kawasannya....
Oleh kerana tidak tahan dengan sikap garang dan hancing kencingnya itu, aku bertekad untuk membuang Jerry. Lokasi pilihan kami agak jauh - melalui lebuh raya dan melintasi beberapa buah kampung (dalam 12 km juga la). Pada petang Maal Hijrah yang redup itu, kami sekeluarga membawa Jerry untuk dibuang. Kami memeluk dan menciumnya puas-puas. Di saat suami memusingkan kereta, anak-anakku meraung keransa terpaksa berpisah dengan Jerry. Aku dan suami turut mengalirkan air mata, namun apakan daya-keputusan adalah MUKTAMAD. Surat menyurat tidak akan dilayan...
Setelah menyedari Jerry sudah tiada, musuh tradisinya, TOM kelihatan amat riang dan gembira! Masakan tidak, sebelum ini Tom terpaksa hidup dalam persembunyian kerana Jerry pasti ingin mencederakannya! Kami meneruskan kehidupan, namun ternyata di hati masing-masing diulit rindu terhadap Jerry...
Allah itu Maha Berkuasa. Hari kelapan selepas dibuang, dari jauh aku terdengan suaranya yang mengiau nyaring seperti sebelumnya!! Aku tinggalkan perlawanan bola sepak yang diikuti dan cuba keluar mencari. Benar, Jerry telah pulang, kata anak sulungku. Hilang kantukku semerta lantas terus menerpa ke arahnya. Jerry agak kurus dan lapar. Badannya juga agak kotor. Segera kuberi dia makan, sambil air mata ini bercucuran. Hebatnya kamu Jerry! Macamana kamu berjaya pulang semula setelah begitu jauh kami buang? Mulai saat itu, kami putuskan tidak akan membuang lagi Jerry. Garanglah kamu, kencinglah kamu semahunya, kau tetap kami alukan di rumah ini Jerry. Kerana kau amat istimewa- seekor kucing yang berani, nekad dan gigih!

BELASUNGKAWA BUAT CIKGU HARON

Orang kata, kita tidak akan menghargai sesuatu benda/ seseorang melainkan setelah kita kehilangannya. Mungkin ada juga benarnya. Aku tidaklah baik sangat dengan (bekas) rakan sekerja ku ini, walaupun dia telah mula mengajar di sekolahku sejak tahun 2005 lagi. Cikgu Haron yang kami pernah kenali adalah agak misteri orangnya. Dia seorang yang pendiam dan penyendiri, tidak suka berbual kosong sesama rakan. Banyak masa yang dihabiskan di sekolah (selain mengajar) adalah bersembahyang sunat di musolla sekolah kami.
Cikgu Haron yang aku kenali adalah seorang yang amat garang dan tegas dengan murid-muridnya. Dia tidak sama sekali senyum kepada mereka. Murid-murid sekolah kami seolah menahan nafas kalau melihat kelibat beliau. Cara dia menguruskan p&p di dalam kelas juga amat unik dan berbeza daripada kami. Malah pada awalnya dulu, aku antara cikgu yang membantah caranya, yang pada amatanku agak zalim... Namun beliau tidak melatah, malah tetap dengan kebiasannya itu. Ternyata, murid-murid dapat didisiplinkan dan menumpu perhatian semasa belajar (sekurang-kurangnya semasa pengajarannya)
Aku sering kecil hati dengan murid-murid kelasku. Walau masa aku masih bersisa 10 minit lagi, mereka sudah menutup buku teks Bahasa Inggerisku, dan ketua darjah dengan lantangnya mengumumkan kepada kelas supaya bersedia untuk pengajaran Bahasa Melayu-masa Cikgu Haron! Melopong aku... Takut sangatkah mereka kepada Haron? Aku sering menjadi bahan ketawa rakan kerana sering mencuri-curi / mengendap Cikgu Haron semasa beliau mengajar...
Satu lagi tabiat dan kebiasaan Cikgu Haron, yang aku sendiri tidak akan mampu untuk melaksanakannya, ialah dia amat perihatin dengan kebajikan dua orang anak perempuannya. Setiap hari, menjadi rutin beliau untuk membawa bungkusan nasi (yang disediakan isterinya), membukakan untuk anak-anaknya, malah tolong singsingkan lengan baju budak-budak itu. Begitulah saban tahun, dan aku saban hari akan menegur dan mengusiknya, "Hai Ron.. Baiknya.. Bapa mithali la katakan..." Dan beliau hanya tertunduk dan tersenyum sahaja. Sedangkan dia sendiri tak makan di kantin, tapi tak jemu untuk menemankan anak-anaknya makan.
Namun pada awal Julai 2010 yang lalu, Cikgu Haron ku lihat semakin menyendiri dan pendiam. Kulit putihnya itu tidak dapat menyembunyikan wajah pucatnya. Kami andaikan kesibukannya menguruskan isterinya yang baru melahirkan anak ke3nya melalui pembedahan menjadi punca.
Hujung Julai, semasa berucap di perhimpunan mingguan, Cikgu Haron menerima tepukan daripada murid-murid. Walhal guru-guru sebelum ini tidak pernah menerima, hatta guru besar sekalipun! Wah! Hebat penangan Haron, fikirku...
Dua tiga hari selepas itu, Cikgu Haron cuti sakit. Bila beliau datang pada hari berikutnya, mukanya kelihatan pucat, sembab dan bibirnya bengkak. Dia banyak mendekati kami semua, menegur seadanya (itu bukan kebiasannya) dan ceritakan penyakitnya. Katanya, kepalanya dah masuk hantu sambil merenung kami lama-lama. Aku hanya tersenyum, dan Kak Som memintanya supaya banyak bersabar...
Esoknya kami dimaklumkan Cikgu Haron dah masuk ICU di HBKB sebelum dipindahkan ke HUSM beberapa hari kemudian. Memang heboh di sekolah kami tentang penyakit Cikgu Haron. Semuanya terkejut, kerana kami tidak pernah mengetahui tentangnya. Semua tertanya-tanya, penyakit ketumbuhan di dalam otak yang dihidapinya itu sengaja dirahsiakan beliau. Entahlah...
10 Ogos, semasa bersarapan di kantin, hatiku berdebar disaat mendengar pengumuman yang dibuat oleh PK KO dengan suara yang bergetar - Cikgu Haron telah kembali ke rahmatullah...
Satu sekolah senyap dan sunyi, seolah dilanggar garuda! Beberapa minit selepas itu barulah kedengaran suara tangisan dan raungan murid-murid! Bayangkan, satu sekolah menangis (termasuk aku) seperti anak kecil. Secara peribadi, walau aku menjangkakan akan 'pemergian' beliau, tapi aku tidak sama sekali menyangka ianya seawal ini!
Lebih ironi lagi, sekolah kami adakan jamuan sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan esok hari. Kami tukarkan majlis itu menjadi majlis tahlil untuk arwah. Kami yang biasanya gegak gempita semasa menyediakan hidangan, seolah mati kutu dan kehilangan kata-kata. Aku dah tak rasa apa yang dimakan. Lagi sedih, ada di antara kami tak boleh makan pun kerana terlampau sedih.
Selepas Zohor, jenazah arwah selamat tiba di rumahnya. Pegawai PPD, termasuk tuan pengarah sendiri turut datang melawat. Aku yang sedari tadi cuba menahan air mata, tewas jua tatkala menatap wajah terakhir beliau! Kawanku kata, aku terisak-isak seperti budak kecil. Entahlah, aku dah tak ingat. Yang aku ingat, di hadapanku itu, adalah satu wajah yang paling manis dan tenang yang pernah aku lihat. "Ron, aku banyak berdosa kepadamu. Aku selalu tidak dapat menerima akan segala perlakuanmu di sekolah. Ampunkan aku Ron!" bisikku dalam isak tangis.
Wajah arwah Cikgu Haron aku tatap lama-lama. Terpancar senyuman pada bibirnyan yang bengkak itu. Air mukanya kelihatan begitu jernih, putih dan suci. Haron pergi dalam senyuman, walau dia meninggalkan anak bongsu lelakinya yang baru berusia 3 bulan...
Pemergian Cikgu Haron, yang pada hematku secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan aku. Awal pagi esoknya, aku tidak dapat menelan nasi sewaktu bersahur kerana memikirkan keadaan anak-anak dan isterinya. Bagaimanakah mereka menghadapi bulan Ramadhan ini?
Cikgu Haron pergi di saat umat Islam bersiap menyambut kehadiran Ramadhan..
Sehingga ke hari ini, aku suka memerhatikan dua orang anak rakanku itu semasa berada di kantin. Kini mereka makan sendiri. Dan paling menyedihkan, mereka berbasikal sendiri ke sekolah, walau dalam hujan dan terik mentari tengahari. Tiada lagi ayah mereka yang dahulunya sentiasa melakukan segalanya untuk mereka... Alfatihah untukmu sahabatku. Aku percaya roh mu berada bersama orang-orang yang beriman. Amin..
.

KAU DALAM INGATAN

MIMI. Itulah nama yang aku dan anak-anakku berikan kepada anak kucing ini. Kami tidakpun membelanya, tapi ibunya, yang merupakan kucing jalanan telah tumpang berteduh di dalam bilik stor belakang rumah kami tatkala ia melahirkan tiga anaknya lewat dua musin tengkujuh yang lalu. Awalnya, mereka ketakutan dan agak liar. Tapi setelah disogokkan dengan makanan, lama-lama mereka mula menerima kami. Anak-anakku amat gembira. Musim cuti sekolah mereka yang membosankan terisi dengan kehadiran kucing-kucing ini. Biasanya, rumahku akan riuh rendah dengan suara tangisan atau laungan kerana perbalahan mereka. Sekarang, jadi agak tenag, malah senyap dan sunyi. Dalam kehairanan, aku menjengah ke luar dapur, nampaklah anak-anakku sedang tidur berdakapan dengan anak-kucing itu...
Tapi itu semua tidak kekal lama. Bila kucing-kucing itu mula membesar dan semakin jinak, mereka menjadi terlebih agresif dalam meminta makan. Pantang aku buka pintu dapur untuk ke ampaian, semua meluru masuk ke dalam rumah! Rimas aku dibuatnya. Lama kelamaan, kesabaran ini hilang. Aku nekad, kucing-kucing itu terpaksa aku buang! Anak-anakku meraung sekuat hati tatkala aku meletakkan ibu kucing bersama tiga anaknya itu di tepi gerai kegemaran kami... Seminggu selepas itu, waktu kami ingin makan malam di gerai itu, kucing-kucing itu galak bergurau senda sesama mereka. Bila aku panggil, mereka toleh, seoal mengingati nama mereka (yang aku berikan). Sedih juga hati ini. Tapi suamiku memujuk dengan mengatakan itu takdir mereka. Mereka bukan kucing kita. Lagipun kami memang sudah ada kucing peliharaan di rumah... Hatiku terubat. Aku pulang dengan berjanji yang akan jumpa mereka lagi selepas ini.
Malangnya, seminggu selepas itu, tiada lagi kelibat Mimi dan keluarganya di gerai itu... Tak tahulah aku ke mana mereka berada sekarang. Namun gambar-gambar mereka yang sempat aku rakamkan dulu menjadi pengubat rindu... Mimi, Sim dan Pan, kalian dalam ingatan
.