KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 1 Ogos 2013

HER FIRST TIME...

Hari ni hari last sesi persekolahan.  Sekolah kami adakan perhimpunan khas, di mana murid2 akan bersalaman dengan guru2.  Itu memang dah jadi acara rutin tahunan kami.  Tapi, tahun ini, aku tersentuh hati semasa bersalaman dengan anak2 murid kesayangku itu, pabila bayangan wajah Izzah terpancar di minda...

Minggu depan Izzah dan adik-beradiknya yg lain akan menyambut lebaran bersama ibu mereka, hanya ibu mereka...  Bermakna, pertama kali mereka akan menyambutnya tanpa kehadiran ayahnya di sisi....  Mengingati perkara itu, hatiku menjadi sebak, namun ku tahan...


Dan, tibalah giliran Izzah bersalaman denganku.  Wajahnya kekal ceria, seperti selalu.  Mungkin kerana dia kanak2, dia kurang mengerti akan situasi itu.  Aku tak dapat menahan diri, lantas kurangkul dia erat2.  Dia hanya tergelak2...  Dan, katanya, dia akan beraya di sini...


Aku mengagumi ibunya.  Walaupun dia berasal dari Pahang, dan di sini adalah kampung arwah suaminya, dia tetap ingin beraya di sini.  Mungkin ingin beraya di pusara sang suami....

Selamat Hari Raya Izzah...


Selamat hari raya semuanya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.