KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 1 Ogos 2013

HER FIRST TIME...

Hari ni hari last sesi persekolahan.  Sekolah kami adakan perhimpunan khas, di mana murid2 akan bersalaman dengan guru2.  Itu memang dah jadi acara rutin tahunan kami.  Tapi, tahun ini, aku tersentuh hati semasa bersalaman dengan anak2 murid kesayangku itu, pabila bayangan wajah Izzah terpancar di minda...

Minggu depan Izzah dan adik-beradiknya yg lain akan menyambut lebaran bersama ibu mereka, hanya ibu mereka...  Bermakna, pertama kali mereka akan menyambutnya tanpa kehadiran ayahnya di sisi....  Mengingati perkara itu, hatiku menjadi sebak, namun ku tahan...


Dan, tibalah giliran Izzah bersalaman denganku.  Wajahnya kekal ceria, seperti selalu.  Mungkin kerana dia kanak2, dia kurang mengerti akan situasi itu.  Aku tak dapat menahan diri, lantas kurangkul dia erat2.  Dia hanya tergelak2...  Dan, katanya, dia akan beraya di sini...


Aku mengagumi ibunya.  Walaupun dia berasal dari Pahang, dan di sini adalah kampung arwah suaminya, dia tetap ingin beraya di sini.  Mungkin ingin beraya di pusara sang suami....

Selamat Hari Raya Izzah...


Selamat hari raya semuanya...



Rabu, 10 Julai 2013

SEJARAH TELAH BERULANG...

SEJARAH TELAH BERULANG...

Salam 1 Ramadhan kpd semua.  Terlebih dahului aku ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan kpd semua, terutamanya rakan2 blog yg telah lama aku abaikan.  Bukan niat ingin menyepi dan menyombongkan diri, tetapi komitmen kpd perkara2 yg lain, membuatkan aku dgn berat hati terpaksa meninggalkan ruangan kegemaranku ini.  In short, aku terpaksa lupakan blog demi kepentingan keluarga.....

Hari ini aku terpaksa, dan rasanya MIS akan dapat memahaminya, kepana aku terpaksa melanggar janjiku kpdnya, kembali meng'up-date' blog yg suatu waktu dulu pernah menjadi cinta hatiku ini...  Selain utk mengucapkan Selamat Berpuasa kpd seluruh umat Islam di dunia, sesungguhnya ada seseuatu yg perlu aku luahkan di sini...

Pagi tadi, aku, sebagaimana antara jutaan insan yg bertuah di dunia, bersahur bersama2 suami tercinta dan anak2 yg dikasihi demi memulakan hari pertama Ramadhan.  Jauh di sudut hati, aku kembali teringatkan cerita lama.  Bagaimana salah seorang sahabatku 'pergi' meninggalkan keluarganya utk bersama Yang Maha Esa, sehari sebelum puasa, 3 tahun yg lalu.....  Al-Fatihah buatmu, Haron...

Namun, bila tiba di sekolah, aku dikhabarkan bahawa salah seorang anak muridku telah kehilangan ayahnya semalam- sehari sebelum umat Islam berpuasa.  Ayahnya, seorang polis, juga rakan sekampungku, terlibat dgn kemalangan dlm perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bertugas....  Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan Melur, ibu Izzah yg terpaksa menghadapi Ramadhan ini tanpa insan tercinta di sisi....  Sedihnya aku...  Kasihan sungguh rasa hati ini....

Nampaknya, sejarah kembali berulang...

Khamis, 4 April 2013

BIARLAH RAHSIA...

Semua sedia maklum, undi anda adalah RAHSIA.  Namun, semua juga memaklumi, tiada rashsia antara sesetengah kita.  Biarlah... itu hak memasing.

Cuma, aku terkilan sedikit akan senario sekarang ni, tentang fiil perangai sesetengah manusia di sekeliling aku ni kan, suka sangat menunjuk/ memberitahu orang lain akan perkara2 yang sepatutnya mereka rahsiakan.

Takper laaarrr... dah ngko tu memang suka sangat menunjuk-nunjuk, Cik Kiah... tunjuk jer laarrrr....  Cuma aku sedih, sesetengahnya, bekerja makan gaji, sara dan beri makan anak bini/laki, hatta siap hidup senang-lenang hingga dapat beli kebun dan tanah bagai, semuanya kerana bekerja di bawah kerajaan pusat. a.k.a kakitangan kerajaan, senang cerita, kemain lagi berdegar2 cakap sampai lencun pinggan nasi aku masuk dek air liur basi dia, semua patah butir yang keluar dari mulut longkang dia tu, takder lain, hanya caci cela menghina kerajaan....  wtf......


Tak cukup dengan tu, siap tampal macam2 sticker kat kreta dia, ngalahkan signboard bergerak, semuanya melawan 'majikan' mereka!! wtf lagi....!!  Kalau kereta tu mereka bawa buat pergi pasar malam ke, cuti2 ker, lantak korang la.  Ini siap bawa datang kerja!!  Hoi... setara mana kebalnya awak, cik abang oiiii...???  Pada aku, sticker K ke, R ke, hatta plet PAS @@@@ kereta awak tu bukan melambangkan kegdebelan awak, tapi lebih kepada menunjukkan kebangangan dan ketololan hotak bebal kamu tuh....


Kot kalau betul awak tu tidak menyokong 'majikan' yang menyara kamu tu, jangan lah ditunjukkan sangat....  Nak tunjuk yang kamu tu ikhlas??  Haktuiihhh...!!  Kalau betul, baik korang berenti ajer lah menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan tuh...... Itu baru betul caranya...... 

Lagi sedih, bila melihat bekas anak2 muridku yang baru setahun jagung umurnya, tapi turut nak join main 'politik'....  upload macam2 iklan, walhal mereka tak reti ape mendepun pasal dunia politik ni...  Sedarlah anak2, kalian adalah mangsa....  Lagi sedih, mak bapak kalian tu juga kakitangan kerajaan!!!  wtf untuk kesekian kalinya......

Bila tiba time mengundi nanti, undilah apa yang korang sokong.  Tapi tak perlu lah nak beritahu satu dunia yang korang tu anjing sapa2......  Kelak nanti, kalau anak cucu korang dah jadi macam kaum Rohingya, yang dinafikan hak mereka, tiada negara, tiada kerakyatan, baru padan muka tahik anjing korang tuh.....   Phuiii.....

Rabu, 2 Januari 2013

Hadirlah......

Selamat tinggal 2012.... Tahun yg penuh drama dlm hidupku.  Tahniah kpd rakan2 ygg perolehi banyak kebahagiaan dan kejayaan dlm tahun ni, tp utk ku, banyak awan kelabu yg menyelubungi...  Namun ia takkan mungkin menjadi pemusnah harapan tekadku.  Huh! Never....

So, welcome 2013.  Semoga hadirmu membawa seribu sinar kebahagiaan.  Hadirlah dikau, wahai 'baby baruku'....