KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 11 September 2012

TANDATANYA......

Hari ini hatiku selaku guru dan ibu kepada murid Tahun 6 gemuruh dan tak menentu.  Memang gabra giler tatkala anak sendiri nak menduduki UPSR.  3 tahun lepas, waktu anak sulung aku ambik peksa ni, takder la aku risau sangat.  Yang nombor 2 ni, lain sket....  Ye la... aku tau kemampuan dia.  Tak secemerlang kakaknya.  Silap2 kantoi.... (minta jauh la ya Allah....).  Namun, bila melihat senyuman yang terukir di bibirnya, aku yakin dia akan mampu melakukannya.....


Bersamaan dengan hari penting bagi setiap sekolah rendah di Malaysia ni, ada lagi sesuatu yang lebih istimewa berlaku kat sekolah aku yang tercinta ni....  Tak tau la, kenan apa....  Insan yang dahulunya tak angkat pot mana pasal hal ehwal duniawi ni, tetiba pagi ni hadir dengan penuh kegak menawan.  Siap 'tight-in' lagi....  Hingga menimbulkan rasa hairan dan tandatanya di kalangan rakan2 aku.  Ramai juga la yang perasan akan perubahannya bertanya kepadaku.  Hmmm... bagus apa.  Perubahan yang baik, hanya itu yang mampu aku rumuskan... 


Sebenarnya, kalau nak dikira, rakan sekerja aku, yang dikira senior tahap gaban dgn aku ni, telah beberapa kali melakukan perubahan2 (semuanya ke arah kebaikan belaka tau...) semenjak lepas puasa lalu.  Contohnya.....


Semasa GB menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya lalu, tengoklah insan di belakang tu...  siap berbaju Melayu dan bersampin!  Aku dan rakan2 yg dah lebih belasan tahun mengenalinya, tak pernah lihat dia berpakaian cantik dan lengkap begitu...  menjadi tandatanya kami.....  Hari ini, berbaju kemeja 'tight-in', berbeza dgn stail harian dia sebelum ni, baju Melayu/ Kota Bharu.....


Ni aksi riang ria semasa sambutan Hari Raya yang lalu....



Petua awets muda - riang sentiasa.....

So, walaupun ramai yang hairan dengan perubahan rakan seniorku itu, bagiku, itu perkara baik, dan tak mengapa... Namun, bila ada mulut gatal yang kata, takut2 beliau ada ehm ehm... aku pun naik risau....  minta jauh.....  Kak Ha, do your best, ok....  Mak always luv you, no matter what.

4 ulasan:

  1. AsSalam Sis...

    lama tak komen. mai baca jer.
    selamat hari raya sis!

    did you lose weight?
    muka nampak dah kecik gitu! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam Noi...

      Lose? Gain weight ader ler... jangan tpedaya dgn raut wajahku... memang kalo pakai tudung 'segera' ni, muka nampak cam kecik...

      Padam
  2. Moga anak-anak kita semua berjaya dalam UPSR .. aku pun kecut perut untuk esok .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah semua doa dan pengharapan setiap pndidik dan ibubapa... Tp anak aku tu td, sengih memanjang.... Boleh jawab sengih, xbleh jawab pon sengih..... huhhhh....

      Padam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.