KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Rabu, 19 September 2012

AKU SUKA DIA....

MIS selalu juga mengomel yang dia agak jeles melihatkan perhubungan aku 'dia'.  Katanya, keakraban si dia denganku melebihi akrabnya selaku suamiku...  Aku hanya menjuihkan mulut ajer bila dia berkata begitu.  Cemburu buta!!


Kekadang, MIS cuba juga bermesra dengannya.  Namun dia perasan, kemesraan yang ditunjukkan si dia tak sama manja dan setianya, berbanding semasa bersama aku.  Entah la... aku tak perasan la pulak.  Nampak cam sama jewr kat mata aku nih.


Rutin hariannya, akan menanti aku di hadapan pintu bilikku saban waktu.  Jika dia berasa penantiannya tiada mendapat perhatianku, terutama di awal pagi (aku belum bangun tidur), dia akan menghulurkan tangannya di bawah pintu sambil 'menggosok' manja daun pintu tersebut....  Melihat dia berbaring sambil menatap manja padaku pabila membuka pintu bilikku, adalah perkara biasa bagiku.  Aku biasanya akan tegur dia sepatah seraya berlalu.


Begitu juga kalau aku lepak2 di atas buaian, tak kira yang kat depan rumah, maupun di sisi laman.  Dia selamba akan baring bersama - membiarkan aku mengelus lembut wajahnya.  Bila aku tanya samada dia sayang aku atau tidak, renungan matanya meyakinkan aku, betapa dia amat sayangkan aku!  Sebab itulah, kekadang, aku lebih rela menghabiskan malamku bersama dia di ruang tamu daripada berbaring kaku di sebelah MIS di kamar peraduan kami....  Aku memang suka sangat2 padanya.....



Jazz... kucing kesayangan kami...


4 ulasan:

  1. Salam,
    Lama tak menjenguk ke sini, baru dapat tau yang u 'kehilangan'.
    Ida bersimpati..tapi kita kena hargai apa yang kita miliki sekarang...
    Semoga terus tabah yer...jangan fikirkan sangat pasal nak pregnant..just let it happen, bila fikir2 nanti stress, dah kita membedal tak hingat plak kan .
    Apapun ill pray for u to get another baby..till then may u enjoy ur life with tersayang yang ada di sisi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for the support, ida....
      Tu la... takder la nak pikir2 sangat, tp bila pg ni, pewot datang jugak, rasa nak berguling ni!! Alahai... bila nak 'lekat' ni...???
      huk huk huk....

      Padam
  2. Comellll nya Jazz niiii

    Tetiba nak tanya.. Kak Tie ada akaun Instagram? ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Towwy Nadia... akak takdop lar....

      Padam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.