KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 20 September 2012

HATIKU HANCUR MENGENANG DIA... BERKEPING-KEPING JADINYA...

Memang menangis tak berlagu la aku hari ni...  Walaupun jenuh diberi semangat dan kekuatan oleh rakan2 blog, Ida, Noi, Nadia, Mummy dan ramai lagi, memang dah berkecai hati ini, rasanya tak dapat dicantumkan kembali.  Ewaaahhh.....


Memang la aku dah cuba sedaya-upaya untuk tidak memikirkan sangat pasal nak pegnent semula secepat mungkin.  Macam2 benda aku buat untuk sibukkan diri - penuhkan perabut rumah, tukar set bilik tido yg baru, buat gazebo, bina porch kereta tambahan yg baru, booking mpv baru ( riak la tu....), dan 1001 macam aktiviti lagi la, tapi camano bila dan hampir setiap malam tidur aku berulit mimpi sedang memangku, malah kadang2 sedang menyusukan baby baruku.....  Uwaaaargh.... memang azab bila buka mata, 'baby' yg kupeluk itu rupanya tiada di sisi.......  sob sob sob.......


Dalam pewot ni, masih kosong tak berisi lagi.....



Dan, pagi ni terasa mau berguling semahunya, bila peewot akhirnya datang lagi, untuk ke sekian kalinya!!  Menci...!!!  Menci...!!!!!  Huh, ikut hati panas, nak pegi camping la besok kat tepi pantai...  Khemah besar yg baru aku beli minggu lepas pun belum dirasmikan lagi....  Moh, moh kita camping!!!

Rabu, 19 September 2012

AKU SUKA DIA....

MIS selalu juga mengomel yang dia agak jeles melihatkan perhubungan aku 'dia'.  Katanya, keakraban si dia denganku melebihi akrabnya selaku suamiku...  Aku hanya menjuihkan mulut ajer bila dia berkata begitu.  Cemburu buta!!


Kekadang, MIS cuba juga bermesra dengannya.  Namun dia perasan, kemesraan yang ditunjukkan si dia tak sama manja dan setianya, berbanding semasa bersama aku.  Entah la... aku tak perasan la pulak.  Nampak cam sama jewr kat mata aku nih.


Rutin hariannya, akan menanti aku di hadapan pintu bilikku saban waktu.  Jika dia berasa penantiannya tiada mendapat perhatianku, terutama di awal pagi (aku belum bangun tidur), dia akan menghulurkan tangannya di bawah pintu sambil 'menggosok' manja daun pintu tersebut....  Melihat dia berbaring sambil menatap manja padaku pabila membuka pintu bilikku, adalah perkara biasa bagiku.  Aku biasanya akan tegur dia sepatah seraya berlalu.


Begitu juga kalau aku lepak2 di atas buaian, tak kira yang kat depan rumah, maupun di sisi laman.  Dia selamba akan baring bersama - membiarkan aku mengelus lembut wajahnya.  Bila aku tanya samada dia sayang aku atau tidak, renungan matanya meyakinkan aku, betapa dia amat sayangkan aku!  Sebab itulah, kekadang, aku lebih rela menghabiskan malamku bersama dia di ruang tamu daripada berbaring kaku di sebelah MIS di kamar peraduan kami....  Aku memang suka sangat2 padanya.....



Jazz... kucing kesayangan kami...


Selasa, 18 September 2012

SENTUHAN KECUNDANG...

Memang kerja aku melambak, tapi, drp merenung 'guli' yg berpusing di bucu notebook ni sampai nak meroyan, baik aku belek kembali laman2 blog lama aku, yg sememangnya meriah dgn komen kengkawan- berbeza dgn yg sekarang, takder sapa nak komen!  Padan muka!!  Salah aku sendiri la.... Dah haku takder masa nak lawat dan komen blog kengkawan, ada hati plak nak suh diorang lawat kita punyer......  phuiiii....


Huh, naik malu plak haku bila mengenangkan, betapa hancusnyer aku sekarang nih.  Melihat gambar2 lama, yg 'seblom - slepas' tu, memang buat haku nak menitik air mata....  Mana tak sedih, segala2nya hancur!!  Setengah tahun aku hanyut dan stop terus berdiet, sbab dah pegnen...  Alih2, takder 'rezeki'...  Tp, dah 4 bulan berlalu....  Diet tetap aku tak teruskan lagi.  Walaupun setiap hari, kemain lagi pasang niat, nak diet...  Tp, sudahnya, 3 kali sehari jugak aku membaham  nasi.  Tak masuk mende2 lain lagi.  Ish ish ish.....


Hah, bila body dah kembali 'gebu' mengelembong sana sini, habis baju dah tak muat kembali, mula la emo....  Tengok cermin pon dah mula malas dan nyakitkan hati...  Makanya terpaksalah aku terima kenyataan pahit ini, bahawasanya aku kecundang lagi utk keli ke 2....  Dua kali berjaya turunkan berat badan lebih 10kg, bertahan dlm 2,3 buln jewr, lepas tu naik balik.  Memang susah nak kasi kekal berat yg dah diturunkan....  Cis.....


Aku kembali tak muat baju tu... uwaarr...


Berpaksikan alasan aku nak mengandung lagi, membuatkan kemalasan diri bermaharajalela!  Malas senaman, tp amat rajin makan!!!  Masalahnya, aku tak juger pegnen2....  Dah masuk buln ke 4 dah ni....  Takder rezeki lg ke aku??  Huh, sesekali, akal dangkal ni terfikir gak, kalau aku boleh ramal masa depan, dan aku tau aku memang takleh nak pegnen dah, senang la pulak aku nak pulun diet......  Heh, alasaaaannnnn.....  macam la org tak paham......


Kembali 'gila mengetest'..!!  Tp line tetap 1 jewr kuar...  uwaarrr...


So, camno ni??  Nak diet ker, nak ambik 'ubat penyubur'??????  Ada cadangan...??

Selasa, 11 September 2012

TANDATANYA......

Hari ini hatiku selaku guru dan ibu kepada murid Tahun 6 gemuruh dan tak menentu.  Memang gabra giler tatkala anak sendiri nak menduduki UPSR.  3 tahun lepas, waktu anak sulung aku ambik peksa ni, takder la aku risau sangat.  Yang nombor 2 ni, lain sket....  Ye la... aku tau kemampuan dia.  Tak secemerlang kakaknya.  Silap2 kantoi.... (minta jauh la ya Allah....).  Namun, bila melihat senyuman yang terukir di bibirnya, aku yakin dia akan mampu melakukannya.....


Bersamaan dengan hari penting bagi setiap sekolah rendah di Malaysia ni, ada lagi sesuatu yang lebih istimewa berlaku kat sekolah aku yang tercinta ni....  Tak tau la, kenan apa....  Insan yang dahulunya tak angkat pot mana pasal hal ehwal duniawi ni, tetiba pagi ni hadir dengan penuh kegak menawan.  Siap 'tight-in' lagi....  Hingga menimbulkan rasa hairan dan tandatanya di kalangan rakan2 aku.  Ramai juga la yang perasan akan perubahannya bertanya kepadaku.  Hmmm... bagus apa.  Perubahan yang baik, hanya itu yang mampu aku rumuskan... 


Sebenarnya, kalau nak dikira, rakan sekerja aku, yang dikira senior tahap gaban dgn aku ni, telah beberapa kali melakukan perubahan2 (semuanya ke arah kebaikan belaka tau...) semenjak lepas puasa lalu.  Contohnya.....


Semasa GB menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya lalu, tengoklah insan di belakang tu...  siap berbaju Melayu dan bersampin!  Aku dan rakan2 yg dah lebih belasan tahun mengenalinya, tak pernah lihat dia berpakaian cantik dan lengkap begitu...  menjadi tandatanya kami.....  Hari ini, berbaju kemeja 'tight-in', berbeza dgn stail harian dia sebelum ni, baju Melayu/ Kota Bharu.....


Ni aksi riang ria semasa sambutan Hari Raya yang lalu....



Petua awets muda - riang sentiasa.....

So, walaupun ramai yang hairan dengan perubahan rakan seniorku itu, bagiku, itu perkara baik, dan tak mengapa... Namun, bila ada mulut gatal yang kata, takut2 beliau ada ehm ehm... aku pun naik risau....  minta jauh.....  Kak Ha, do your best, ok....  Mak always luv you, no matter what.