KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Rabu, 18 April 2012

TEBAKOR PEDAL...

Semalam aku dapat kad undangan ke majlis 'kesyukuran' salah seorang tokoh politik di area ni...  Bila dah org besar dan penting tu, dapatlah aku merasakan, mustilah majlis itu akan dihadiri oleh ribuan, mungkin puluhan ribuan tetamu...  Sementelah diri ini masih lagi terumbang-ambing dengan 'mabuk2' dan alahan ni, aku merasakan kalau aku tak pergi pun, majlis tu tak akan ada cacat celanya.....


Hari ni, bertubi2 soklan2 lazer menerjah ke lubang telinga ni, perihal ketidakhadiran aku ke majlis gilan-gemilang tuh! Pesal takgi??  Rugi tak gi, semua orang dapat kain sepasang tau......  Antara bicara yang menerpa aku.


Hah!  Sudaaaahhhh.......  Aku tak tau la pulak jemputan tu dikira WAJIB hadir...  Sebab kat atas kad jemputan tu, takde pulak tulis ayat, "KEHADIRAN ADALAH WAJIB.  KALAU TAK HADIR, ANDA AKAN DIBUANG KERJA"....  Kalau ada ayat tu, sah aku akan cuba sedaya-upaya utk pergi jugak, walau kena merangkak sekali pon!!!


Malangnya, sehingga aku tulis entry ni, takder plak aku menerima panggilan atau pertanyaan drp yg empunya tuan rumah, bertanyakan ketidakhadiran aku ke majlis baliau semalam.  Tapi, orang lain plak yang lebih2 marah2 kat aku sebab aku pergi ke majlis tuh!!  Malah, guru besar aku pun tak panggil aku, tegur akan perbuatan aku tu...  Maknanya, ikut fahaman aku, aku tak buat salah la.....


So, kat sini, adik kakok, aku nak nyatakan bahawa kesetian kpd raja dan negara aku ni tetap utuh dan jitu!  Aku tetap akan pangkah kerajaan bila tiba time mengundi nanti, walaupun aku tak pergi ke majlis itu...  Takpo walau aku tak dapat makan jamuan sedap2 tu, hatta tak dapat kain pasang yang teramat mahal reganya tuh... Setakat ni, aku tak kebulur lagi, masih boleh beli makan...  Kain baju pun masih boleh beli, walau yang murah...  * Cis..!! Lazernyer aku!!!*

Dah la smalam, kami pun berjamu sakan kat skolah....  Thanx kpd tetuan tanah...

Nak buat macam mana, dah aku uzur...  Daripada aku 'muntah2' kat majlis tu dan bikin malu kat gb aku... rasanya baik aku eksius jewr..... 

p/s:  Selamat hari jadi buah encik suamiku sayang...  semoga panjang umur dan murah rezeki...


2 ulasan:

  1. cikgu,,apsal kebelakangan ni asyik tak sihat je?

    semoga cepat sihat ok, nanti leh diet :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai... Bici...

      Tak sihat sebab 'pembawaan org kat dlm ni' haaa.....

      Hehehehe... Dah abis musim 'mabuk' nanti, ganas smula la akak nieyh....

      Padam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.