KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 19 Februari 2012

AKU TETAP MENYAYANGIMU...

Orang kata, sayangkan anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan...  Aku tiadalah hendak mengomen hatta mengedit pepatah itu...  Namun, timbul juga kemusykilan di hati, kalau kita sayangkan ibu bapa kita?  Kalau ikut versi aku, sayangkan ibubapa jenguk2kan....  Maaflah kalau ada yg kurang setuju....  Dah nama pun versi aku, ikut pendapat dan kehendak aku la kan....  hehehehe....


Namun, soalannya, berapa kerap tahap atau bilangan yg perlu seseorang anak itu menjenguk kedua orang tua mereka?  Seminggu sekali?  Sebulan sekali?  Atau setahun sekali???  Aku rasa, itu bergantung kepada keadaan individu tersebut.  Kalau dah kerja dan tinggalnya di Johor, takkan nak balik setiap bulan ke rumah orang tua di Gua Musang tu dop....?  Tapi, jangan heran, masih ada insan yg mampu berbuat demikian tau.....


Cakap pasal menyayangi orang tua, aku ni berada di dalam kategori bertuah, kerana tinggal sekampung dengan orang tua aku.  Masa muda2 dulu, baru kawen, anak cuma sorang, hampir setiap petang aku akan tercongok di bendul pintu rumah mak aku!  Bosan duduk dua beranak di rumah sewa.  Lepak rumah mak aku lebih meriah kerana dpt join 'geng Joyah' bersembang sambil mendengar gossip2 terkini, hehehehe.  Hinggakan, kadang2 boleh menjadi perkelahian antara aku dan suami, kerana aku selalu tiada di rumah bila dia balik kerja setiap petang...  ( Ntahnya, aku lepak rumah mak mertua dia pun, dia jeles...)


Tapi, itu cerita 12 tahun lepas.  Sekarang, bila dah semakin tua, anak bertambah dan sudah besar panjang macam ni, nak pergi lepak2 macam dulu pun dah mula malas.  Balik kerja, lepak2 sekejap sambil buat apa2 kerja yg patut, tup2 dah nak maghrib...  Sementelah rumah mak aku sekarang memang dah meriah 24 jam, sejak kakak aku balik tinggal dgn diorang.  Rumah tu dah bertukar jadi kedai ais blend yg tersohor seantero, gitu....  Keriuhan acara jual beli itu ternyata membantutkan selera aku nak lepak kat sana.  Sudahnya, sekarang ni, nak nampak kelibat aku seminggu sekali pun kat sana kemain lagi susahnya...  Kalau pergi pun, tahap singgah sekejap jer...  Dah jenuh mak aku membebel pasal sikap aku...  Alaaa... rimas, budak ramai!  Dah takder privesi... itu yg selalu menjadi alasanku...  Dalam hati aku, hanya aku jer yg dia selalu tegur, kakak2 dan abang aku yg lain, nak balik setahun sekali pun susah!!!  Mentang2 tinggal di luar Kelantan!!!!  Kiranya ayat dengki dan iri hati la ni.....  Huh...!!!


Namun, apa yg berlaku minggu lepas benar2 meruntun hati kecilku.  Aku, yg macam biasa, cuma datang lepak sekejap, atau hanya bila mak pesan/ call suruh datang, bersalam dan memeluk ayah aku, setelah nak balik.  Ayah aku tu, kami dah maklum, semenjak dua menjak terkena Alzhimer ni, bukan kami boleh pakai sangat cakap dia.  Sementelah patah butirnya amat susah difahami, memandangkan dia pernah diserang strok.  Dan petang itu, setelah meleraikan pelukan kami, aku saja2 gatal mulut bertanya dia, adakah dia masih mengenali dan mengingati aku?  Kenal!  Jawabnya sepatah.  Anak dia yg tinggal di Manek Urai Baru, jelasnya lagi dlm susah payah.


Menggunung bangga aku, kerana dia masih ingat dan kenal.  Aku tanya dia, nama aku.  " Emmm... apa tu...." sampai ke sudah dia tak ingat nama aku!!!  Tersengih2 dia bertanya mak aku, pasal nama aku, anaknya yg bongsu ni...  Seketika, laju jer mulut dia menyebut, " Idah...!" Rasa nak menitik air mata ini...  Untuk redakan suasana, aku cuba tanya nama anak2 dia yg lain.  Dia tak ingat semuanya, namun mampu memberitahu tempat tinggal mereka...  Akhirnya, mak aku menyebut namuku, " Oooo...," hanya itu yg dijawabnya.


Ayah, walaupun aku hampir setiap minggu memeluk dan menciummu, ternyata sukar utk kau mengingati namaku - kerana penyakitmu itu.  Namun, itu tidak pernah menghalang kasih dan sayang aku utk tercurah buatmu!  Aku tetap dan akan sentiasa mengasihi dan menyayangimu, biarpun kekadang, kau hanya tersengih dgn pandangan yg kosong bila aku menyatakan yg aku menyayangimu.  Aku bersyukur, walaupun bukan namaku yg tersemat dan masih utuh di hatimu, sekurang2nya nama kakakku itu masih mampu kau ingati, walau dia hanya mampu menghadirkan diri di hadapanmu 3 tahun sekali!!  Berbanggalah kakak ku, krn namamu masih dia ingati....


Tok ayah kesayangan anak2ku....

2 ulasan:

  1. Menjenguk orangtua tanda bakti ... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Eki...
      Sementara mereka masih ada... Kelak bila mereka sudah ke alam baqa, menggunung sesalan pun tiada gunanya...

      Padam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.