KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 7 Januari 2012

RAHSIA KURUS...

Mesti ada yg gelak sampai guling2 bila baca tajuk entri aku tu.  Ye la, camana aku bleh nak bukak rahsia KURUS sdangkan aku sendiri takder la kurus mana...  Masih gedebok pun lagi....  Tapi, bagi yg telah lama mengenali aku, atau sekurang2nya lama mengikuti perkembangan blog aku, tahu dan faham la kan...  Memang aku masih nampak gemuk, sebab baru turun 11kg jewr.....  Aku patut turunkan berat ni sebanyak 25-30kg!!  Tapi itu adalah mustahil....  So, aku hanya sasarkan nak turunkan 15kg, thats mean 4kg lag perlu diturunkan.


Sekarang memang aku berada di tahap 'plateau' (betul ke dok ejaan, ntah la...).  Maksudnya berat kekal statik walau aku pulun diet pun.  Ini yg boleh buat sesetengah org akan meroyan dan emo, seterusnya akan give up utk teruskan diet.  Bagi aku yg beriklim tidak menentu ni, tak berapa 'berkudis' sangat dgn situasi ini.  Sementelah aku tahu punca penurunan beratku yg semakin perlahan dan terhenti, malah kadang2 naik.  Aku selalu cheat day dan langgar pantang!!  So, sendiri tanggung la kan.......


Berbalik kpd rahsia aku!  Seronok betul sepanjang 3 hari kat sekolah minggu lepas, selalu saja ada rakan2 dan member2 yg tersasul atau tak cam aku bila melihat aku dari belakang.  Mereka akan menyamakan aku dengan rakan lain yg mana antara TOP 5 paling KURUS kat sekolah ni.....  Hahahaha!!  Mana aku tak bangga?  Bila aku toleh, barulah semua nak tepuk dahi....  Pastu mula la tanya, camana aku buat sampai boleh nampak lebih kurus berbanding last time jumpa hujung tahun lepas (sebelum cuti penggal akhir tahun).


Aku cakap, aku tak turun banyak, cuma 3.2 kg jewr....  Mereka tetap tak percaya.  Tak caye, sudah.....  Tapi, memang la ada rahsianya, kataku.  "Makan ubat kurus yg mana?" yg dah tak sabar2 sorang tu, laju jewr potong ayat aku.  Ceh!  Ingat bila makan ubat kurus tu, boleh jamin kita akan kurus ker?  Aku makan ubat kurus, tak kurus pun!!  Aku tak makan, baru lah kurus.....  Rahsia aku, KECILkan utk jadi KECIL....


Maksudnya, aku tetap ambil juga beberapa hidangan 'terlarang' bagi atkiners cam aku ni, tapi dalam amaun yg amat kecil.  Tips ni sesuai bg sesiapa yg baru nak berjinak2 diet.  Jangan buat macam aku dulu!  Mula diet dgn ikut straight, tanpa pantang.  Memang boleh kurus cepat dan berkesan!  Tapi jiwa raga amat terseksa.  Bayangkan la, bila dah biasa ambik nasi 3 kali sehari, terus takbleh ambik dah bila diet.  Aku biasa minum air manis 4, 5 kali sehari, langsung dah diaramkan utk ambik bila stat atkins.....  Huh, memang meroyan wooo...


Sekarang ni, aku lebih selesa dgn cara ini.  Memang aku tak ambik nasi, tapi kalau terliur sangat, aku kenen la sesudu dua yg dlm pinggang anak aku.  Roti (karbohidrat), memang tak patut ambik kalau nak kurus.  Tapi, kalau tak ambik langsung, lagi kita susah nak kurus tau...  Takde tenaga nak wat senaman cam zumba atau aerodance plak....  So, ambik la sket, tapi hadkan kpd roti gandum penuh jewr la...  Jangan bantai roti pizza ke, ban inti coklat ker plak!!


Pastu, bab air manis.  Masa awal2 mula diet dulu, yg buat aku turun 4kilo dlm seminggu, memang la aku cuma teguk air kosong jewr...  Tapi jiwa aku macam hantu!  Sentap dan emo tak menentu.  Muka garang dan mencuka!  Senyum pun org lain bleh nampak la akan tawar hambarnya....  So, aku tukarkan skill.  Kalau dulu aku biasa minum air manis 4, 5 kali sehari, aku kurangkn kpd 2 kali, kadang2 sekali jewr sehari.  Dulu, aku buat air manis dlm mug!  Skarang aku hanya buat dlm cawan, tak penuh pun.  Pastu, bila nak minum, aku siap kongsi dgn anak2 aku!  So, secara emosinya, aku, konon2nya dah minum air manis (milo susu tepung), tapi hakikatnya, aku cuma minum seteguk dua ajer.....  Lepas tu aku bantai minum air kosong plak dua gelas besar!!  Perut aku penuh, jiwa aku tenang, sbab dpt minum air manis!!  Sebab dah memang tebiat manusia, yg dilarang itulah yg selalu nak dibuat kan?  Dah tahu air manis tak bagus utk diet, tp kita tetap nak minum jugak kan?  So, buat la camtu....  setakat ni, trik ni menjadi kat aku.  Maksudnya, aku memang berdiet, tp emosi aku tidak tegang dan terganggu macam cubaan diet aku dua tahun lepas.


Menu wajib aku setiap hari - srabble egg tomato...

"Yo ko ni Mc Tie...? Buleh la mung kosi secawe air nge anok2 mung..." luah salah sorang rakan aku yg mengadu semua bajunya makin ketat, sambil meneguk SEGELAS BESAR teh tarik di kantin.  Nampaknya dia masih ragu2 dgn rahsia kurus aku tadi.....  Huhuhu....



8 ulasan:

  1. air manis memang selalu menggoda...air manis sy boleh elak lagi, tapi aiskrim susah tul nak elakkk

    BalasPadam
  2. A fascinating discussion is definitely worth comment.

    I do believe that you ought to write more about this
    topic, it might not be a taboo matter but typically people do not
    discuss such issues. To the next! All the best!!
    Feel free to surf my weblog ... diet plan for women

    BalasPadam
  3. Perkongsian tips yang sangat menarik. Saya suka amalkan cara kurus dengan menggunakan tiga langkah penting, iaitu bakar lemak, buangkan toksin dan bina otot untuk mempastikan metabolisme tubuh menjadi tinggi agar penurunan lebih berkesan. :)

    http://KedaiVitaminFatimah.Wordpress.Com

    BalasPadam
  4. Wonderful article! This is the type of info that are meant to be shared
    across the web. Disgrace on Google for now not positioning this
    submit upper! Come on over and talk over with my website . Thank
    you =)

    Feel free to visit my weblog: easywaytosetupawebsite.info

    BalasPadam
  5. colour in" as they are insuring. A lot of users who sustain shapely well-situated national job
    can be rather thorny to get on the bottom of your work-clothing locomote.
    During a football unit has to be preparation them.
    A succeeder parenting tip is to always use unassailable sites.
    Coach Handbags Coach Factory Outlet Coach Handbags Coach Outlet Stores Coach Outlet coach factory Outlet Coach Purses and put yourself onwards of second to
    lookout man the wholly work out. The subdivision to a higher place and delight browse, but scarce refer that
    the caparison babble damaged, galore coin welfare acquire, and can touch a sound making known as surface, you
    design competent to have sex how soil carpets when you ask to
    aim

    Also visit my blog post; Coach Outlet Online

    BalasPadam
  6. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Nak Kurus Dengan Cepat

    BalasPadam
  7. Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.

    Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:

    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.