KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 20 September 2012

HATIKU HANCUR MENGENANG DIA... BERKEPING-KEPING JADINYA...

Memang menangis tak berlagu la aku hari ni...  Walaupun jenuh diberi semangat dan kekuatan oleh rakan2 blog, Ida, Noi, Nadia, Mummy dan ramai lagi, memang dah berkecai hati ini, rasanya tak dapat dicantumkan kembali.  Ewaaahhh.....


Memang la aku dah cuba sedaya-upaya untuk tidak memikirkan sangat pasal nak pegnent semula secepat mungkin.  Macam2 benda aku buat untuk sibukkan diri - penuhkan perabut rumah, tukar set bilik tido yg baru, buat gazebo, bina porch kereta tambahan yg baru, booking mpv baru ( riak la tu....), dan 1001 macam aktiviti lagi la, tapi camano bila dan hampir setiap malam tidur aku berulit mimpi sedang memangku, malah kadang2 sedang menyusukan baby baruku.....  Uwaaaargh.... memang azab bila buka mata, 'baby' yg kupeluk itu rupanya tiada di sisi.......  sob sob sob.......


Dalam pewot ni, masih kosong tak berisi lagi.....



Dan, pagi ni terasa mau berguling semahunya, bila peewot akhirnya datang lagi, untuk ke sekian kalinya!!  Menci...!!!  Menci...!!!!!  Huh, ikut hati panas, nak pegi camping la besok kat tepi pantai...  Khemah besar yg baru aku beli minggu lepas pun belum dirasmikan lagi....  Moh, moh kita camping!!!

Rabu, 19 September 2012

AKU SUKA DIA....

MIS selalu juga mengomel yang dia agak jeles melihatkan perhubungan aku 'dia'.  Katanya, keakraban si dia denganku melebihi akrabnya selaku suamiku...  Aku hanya menjuihkan mulut ajer bila dia berkata begitu.  Cemburu buta!!


Kekadang, MIS cuba juga bermesra dengannya.  Namun dia perasan, kemesraan yang ditunjukkan si dia tak sama manja dan setianya, berbanding semasa bersama aku.  Entah la... aku tak perasan la pulak.  Nampak cam sama jewr kat mata aku nih.


Rutin hariannya, akan menanti aku di hadapan pintu bilikku saban waktu.  Jika dia berasa penantiannya tiada mendapat perhatianku, terutama di awal pagi (aku belum bangun tidur), dia akan menghulurkan tangannya di bawah pintu sambil 'menggosok' manja daun pintu tersebut....  Melihat dia berbaring sambil menatap manja padaku pabila membuka pintu bilikku, adalah perkara biasa bagiku.  Aku biasanya akan tegur dia sepatah seraya berlalu.


Begitu juga kalau aku lepak2 di atas buaian, tak kira yang kat depan rumah, maupun di sisi laman.  Dia selamba akan baring bersama - membiarkan aku mengelus lembut wajahnya.  Bila aku tanya samada dia sayang aku atau tidak, renungan matanya meyakinkan aku, betapa dia amat sayangkan aku!  Sebab itulah, kekadang, aku lebih rela menghabiskan malamku bersama dia di ruang tamu daripada berbaring kaku di sebelah MIS di kamar peraduan kami....  Aku memang suka sangat2 padanya.....



Jazz... kucing kesayangan kami...


Selasa, 18 September 2012

SENTUHAN KECUNDANG...

Memang kerja aku melambak, tapi, drp merenung 'guli' yg berpusing di bucu notebook ni sampai nak meroyan, baik aku belek kembali laman2 blog lama aku, yg sememangnya meriah dgn komen kengkawan- berbeza dgn yg sekarang, takder sapa nak komen!  Padan muka!!  Salah aku sendiri la.... Dah haku takder masa nak lawat dan komen blog kengkawan, ada hati plak nak suh diorang lawat kita punyer......  phuiiii....


Huh, naik malu plak haku bila mengenangkan, betapa hancusnyer aku sekarang nih.  Melihat gambar2 lama, yg 'seblom - slepas' tu, memang buat haku nak menitik air mata....  Mana tak sedih, segala2nya hancur!!  Setengah tahun aku hanyut dan stop terus berdiet, sbab dah pegnen...  Alih2, takder 'rezeki'...  Tp, dah 4 bulan berlalu....  Diet tetap aku tak teruskan lagi.  Walaupun setiap hari, kemain lagi pasang niat, nak diet...  Tp, sudahnya, 3 kali sehari jugak aku membaham  nasi.  Tak masuk mende2 lain lagi.  Ish ish ish.....


Hah, bila body dah kembali 'gebu' mengelembong sana sini, habis baju dah tak muat kembali, mula la emo....  Tengok cermin pon dah mula malas dan nyakitkan hati...  Makanya terpaksalah aku terima kenyataan pahit ini, bahawasanya aku kecundang lagi utk keli ke 2....  Dua kali berjaya turunkan berat badan lebih 10kg, bertahan dlm 2,3 buln jewr, lepas tu naik balik.  Memang susah nak kasi kekal berat yg dah diturunkan....  Cis.....


Aku kembali tak muat baju tu... uwaarr...


Berpaksikan alasan aku nak mengandung lagi, membuatkan kemalasan diri bermaharajalela!  Malas senaman, tp amat rajin makan!!!  Masalahnya, aku tak juger pegnen2....  Dah masuk buln ke 4 dah ni....  Takder rezeki lg ke aku??  Huh, sesekali, akal dangkal ni terfikir gak, kalau aku boleh ramal masa depan, dan aku tau aku memang takleh nak pegnen dah, senang la pulak aku nak pulun diet......  Heh, alasaaaannnnn.....  macam la org tak paham......


Kembali 'gila mengetest'..!!  Tp line tetap 1 jewr kuar...  uwaarrr...


So, camno ni??  Nak diet ker, nak ambik 'ubat penyubur'??????  Ada cadangan...??

Selasa, 11 September 2012

TANDATANYA......

Hari ini hatiku selaku guru dan ibu kepada murid Tahun 6 gemuruh dan tak menentu.  Memang gabra giler tatkala anak sendiri nak menduduki UPSR.  3 tahun lepas, waktu anak sulung aku ambik peksa ni, takder la aku risau sangat.  Yang nombor 2 ni, lain sket....  Ye la... aku tau kemampuan dia.  Tak secemerlang kakaknya.  Silap2 kantoi.... (minta jauh la ya Allah....).  Namun, bila melihat senyuman yang terukir di bibirnya, aku yakin dia akan mampu melakukannya.....


Bersamaan dengan hari penting bagi setiap sekolah rendah di Malaysia ni, ada lagi sesuatu yang lebih istimewa berlaku kat sekolah aku yang tercinta ni....  Tak tau la, kenan apa....  Insan yang dahulunya tak angkat pot mana pasal hal ehwal duniawi ni, tetiba pagi ni hadir dengan penuh kegak menawan.  Siap 'tight-in' lagi....  Hingga menimbulkan rasa hairan dan tandatanya di kalangan rakan2 aku.  Ramai juga la yang perasan akan perubahannya bertanya kepadaku.  Hmmm... bagus apa.  Perubahan yang baik, hanya itu yang mampu aku rumuskan... 


Sebenarnya, kalau nak dikira, rakan sekerja aku, yang dikira senior tahap gaban dgn aku ni, telah beberapa kali melakukan perubahan2 (semuanya ke arah kebaikan belaka tau...) semenjak lepas puasa lalu.  Contohnya.....


Semasa GB menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya lalu, tengoklah insan di belakang tu...  siap berbaju Melayu dan bersampin!  Aku dan rakan2 yg dah lebih belasan tahun mengenalinya, tak pernah lihat dia berpakaian cantik dan lengkap begitu...  menjadi tandatanya kami.....  Hari ini, berbaju kemeja 'tight-in', berbeza dgn stail harian dia sebelum ni, baju Melayu/ Kota Bharu.....


Ni aksi riang ria semasa sambutan Hari Raya yang lalu....



Petua awets muda - riang sentiasa.....

So, walaupun ramai yang hairan dengan perubahan rakan seniorku itu, bagiku, itu perkara baik, dan tak mengapa... Namun, bila ada mulut gatal yang kata, takut2 beliau ada ehm ehm... aku pun naik risau....  minta jauh.....  Kak Ha, do your best, ok....  Mak always luv you, no matter what.

Isnin, 23 Julai 2012

PUASA OH, PUASA...

Cikgu   :  Siapa yang puasa penuh semalam, angkat tangan...

Murid1 :  Saya tak bangun sahur la smalam, cikgu... 

Cikgu   :  Kalau tak bersahur pun, masih boleh berpuasa la, Nazirul... Janji awak dah niat awal2 sbelum tidur

Murid1 :  Kalau camtu, saya kira puasa la cikgu?  Yeeey....

Cikgu   :  Bagus...!  Walaupun awak tak bersahur, awak tetap puasa. ( *rakan2 bertepuk tangan)
               Eerr... awak ada makan tak masa tengahari semalam?

Murid1 :  Makan.... saya lapar sangat sbab tak bersahur....

Kwang... kwang... kwang...
Ini yang susahnya bila bercakap dgn murid blur tahap gaban....  Sabor jer la....

Selasa, 17 Julai 2012

HEBAT...

Sepanjang minggu lepas, sekolahku amat meriah dengan acara sukan tahunan dan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia...  check it out...


Peserta perbarisan drp PraSekolah...

Sukaneka... guru2 prihatin sedaya upaya men'side couching' peserta

Senamrobik...  aku dah kembali ke berat asal aku seblom ni... Uuwaaarrr....

Puteri Wawa.. merah sangatlah makngah...  hehe

KuZai sedang meng'fire' besfrennya, KuMah...

Rumah Merah yg sentiasa hebat hasil daya kreativiti guru2 mrk...

Antara guru yg hot kat sekolah mak...

Cikgu2 inovasi skmu.. heh heh

Peserta perbarisan Rumah Biru yg Biso Sokmo2...

Instructures senamrobik... meh2 kena tahan ko polis la pulop...

GB pra dan assistantnya yg vogue gitew...


Big Boss skmu...  ehem ehem

Shima tengah kontrol ayu.... kellasss ko Kiah....

Dan semasa gambo2 ini diupload, upacara makan pulut durian telah berlangsung dgn mreiahnya kat skolah aku ni....  So, manalah aku nak 'susut' berat, asyik makan, makan dan makan jewr....  (alasan...)

Selasa, 12 Jun 2012

DULU LONGGAR, SEKARANG KETAT...

Kawan aku sibuk warwarkan satu produk kesihatan yang baru dia amalkan.  Katanya, memang baiiiikkk punyer...  Baik luar dan dalam!  Aku tengok dia, memang nampak la sedikit perubahan (yang di luar la... kat dalam, hanya dia dan laki dia la yg tahu, hehehe).  Sudah nampak makin putih dan gebu kulitnya.  Body pun skejap jewr dah nampak makin melangsing, padahal dia makan nasi macam aku jugak.  * Haaaa????  Makan nasik?  Yer, aku kembali makan nasi 3x sehari sekarang nieyh...*


Harga? Jangan tanya la...  Bila cakap pasal produk kesihatan dan kecantikan zaman sekarang ni, nak nak plak yang semacam direct selling ni, naik juling jugak la bijik mata bila tengok tang reganya...  Tapi, biasalah, bisnes zaman sekarang, boleh bayar kali, dan berkali-kali.... hehehehe...


Maka ramailah di kalangan warga skmu ni (golongan cik puan la) mula berebut2 nak mencuba produk hebat tu...  Aku pun cuba juga, tapi bukan ambik sat set la...  Cuma yang fokus utk kesihatan dalaman.  Al-maklum lah, masih dlm mood 'berpantang' selepas keguguran hari tu... Tambah2, katanya, produk tu akan memastikan kesuburan aku berada pada tahap maksimum!  Mudah la aku nak dapatkan baby baru nanti, yer dop....??  Heh heh...


Aku agak la kan, lepas ni, makin ramai la cikgu2 pompuan kat skolah ni ambik cuti bersalin!  Hahaha!  Yer lah, dah semuanya ambik ubat hebat, kembali bergetah dan muda belia!  Bak kata kawan aku tu, baiiiikkk punyer...  hahaha! 


Aku tak heran la...  Belum pun ambik ubat ajaib tu, aku dah alami semua tu! Dulu, kemain lagi longgar.  Sekarang ni, ketat giler!!  Buktinya, pagi tadi, bila nak sarung kembali baju sukan (sbab ari ni aku ada kelas PJ) semua T-shirt sukan aku dah jadi ketat glemat!!!  Hahahaha!!  Mana tak ketat?  Sepanjang tempoh 'berpantang' (sebulan) bukan nak kuruskan badan, tambah makan nasi ada la....  Semua jeans aku dah tak muat.  Cakap senang, berat aku dah naik hampir2 menyamai berat aku sebelum diet!!!  Mana la tak ketat semua baju aku....  Huwaaarrr....

Isnin, 11 Jun 2012

KOSONG...

Dah lebih sebulan aku mengabaikan ruangan, yang dulunya menjadi teman setiaku, teman yang sanggup dan tega mendengar apa sahaja yang aku luahkan, tinta hatiku.  Mungkin ada yang menganggap ( itupun kalau ada yang perasan akan 'kewujudan'nya ) aku dah 'hilang' dari dunia ni kot....


Benar sekali, wahai kalian...  Zahirnya, memang aku masih wujud di muka bumi Allah Taala ini.  Namun, hakikatnya, jiwa ini seolah mati.  Ia pergi bersama perginya 'hadiah terindah' yang aku pernah miliki dulu, namun sayang hanya 3 bulan sahaja.  Kalau pada bulan Mac dulu, 'kehadirannya' merupakan hadiah hari jadi yang terindah buatku tahun ini, tiadalah aku menyangka akan kehilangannya seawal May lalu...


3 bulan di dalam rahimku, akhirnya bayiku disahkan 'mati'.  Tiada degupan jantung.  Dan, bagaikan luruh tangkai jantung dan hati ini bila aku melihatnya sekilas, sebelum di bawa pergi. Bayangkan, berada di dalam wad bersalin bersama ibu-ibu lain, yang rata-rata kelihatan riang, walaupun penat melahirkan, aku hanya keseorangan.  Ibu-ibu lain keluar wad bersama bayi masing-masing di pangkuan, sedangkan aku.....


Ucapan selamat hari ibu daripada anak-anak dan suamiku tidak mampu meredakan kesedihan hati.  Simpati yang dihulurkan teman-teman yang melawat langsung tidak menenangkan.  Aku menangis sepanjang waktu. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan Ilahi, tapi aku terlalu sedih dengan ujianNya.  Tiga minggu aku 'hanyut' dalam dunia laraku.  Tiada siapa yang menyedari, kerana di hadapan keluarga dan rakan-rakan, aku sehabis mungkin berlagak biasa.  Namun, bila bersendirian, airmata ini laju sahaja menjatuh...


Dan sehingga ke hari ini, tiada seorang pun daripada rakan-rakan yang pernah mengirimkan sms ucapan Hari Guru kepadaku bulan lalu, menerima balasan penerangan daripadaku.  Aku percaya sesetengah daripada mereka telah bersangka buruk akan sikap menyepiku itu.  Namun, aku harap mereka faham, aku sesungguhnya tidak mampu meraikan Hai Ibu dan Hari Guru di saat aku kehilangan anakku...  Jiwa ini telah mati dan kosong...


KepadaMu Tuhanku, aku redha dengan apa yang telah terjadi.  Semoga di lain masa, Engkau sudi memberikan aku zuriat lelaki yang sihat, secepat mungkin, Insyaallah...

Ahad, 29 April 2012

AKU PUN BERSIH...

Aku tak tau la segawat mana insiden BERSIH kat KL nun, sampai kengkawan dan kakak aku yg stay sana kata, nak kuar rumah pun tak brape berani...  Tengok dalam tv pun bukan main lagi... tapi kekadang, tak boleh nak percaya sangat apa yang ditayangkan tuuuhh...  Kecuali kita lihat sendiri depan mata....  So, no komen....


Tapi, hari ni, aku pun BERSIH...  Camana tu?  Gini, pagi tadi pergi ler buat kad pranatal kat klinik kesihatan berdekatan.  Dah 8 tahun tinggalkan 'dunia itu', memang kekok habis!  Sementelah diri dah rasa tua, (eheh!  Ye ker?) kiranya agak xpired la utk urusan2 check pewut gitu...  Malu plak rasanya! Nasib baik Puan2 misi kat situ baik dan peramah amat, segala 'kemaluan'ku itu terbang entah ke mana....  Hehehehe....


Rutinnya, ambik darah ( sampai aku pening2 langau ), check urin, check pewut (ultra sound) dan sebelum tu, aku tetap tak terkecuali drp check HIV (dah jadi rutin dan prosedur biasa, kata Cik Misi...) dan semua keputusan itu BAIK dan bagus...  Alhamdulillah...  Rumusannya, aku BERSIH drp sebarang penyakit yg akan memudaratkan 'adik baby' kat dalam pewut nieyh....  Syukur Ya Allah.......

p/s: Teringat kat budak bawah umur tu first time derma darah dia tahun lepas... kah! kah!! kah!!!



Gambo ricycle - anak2 aku memang xcited giler dah nak tengok adik baby baru...


Khamis, 19 April 2012

ISK... ISK... SAMPAI HATI....

Hari ni, pihak sekolah buat perjumpaan dgn para ibubapa/penjaga murid2 yg banyak tak hadir ke sekolah.  Kot dah yg tak hadir tu' lebih banyak drp bilangan hari yg dia hadir, kena la bertanyakhabar.... dop... 
dah le dengan takder surat cuti sakit ke, surat ibubapa ke, apa ker....  Dan yg terlibat tu agak ramai la jugak.  Murid2 kelas aku la antara yg agak ramai... phuuiii....  Biasalah... kelas ujung2 cenggitu....


Memang pihak sekolah berterima kasih atas susah payah pihak penjaga hadir dan bertemu muka.  Kira duk pakat berbincang/ bersidang di meja bulat la...  Sambil2 tanya sebab, kenapa la agaknya anak2 depa ni banyak bilangan absen dari yg hadirnya ke sekolah....


Jawapan ikhlas, tulus dan suci murni dari hati nurani pihak penjaga tu (terutama para penjaga murid2 drp kelas aku) yg betul2 buat aku rasa nak terguling!!  Ada la lebih 6 org jawab dgn selambanya, bila ditanya kenapa anak mrk tak hadir.  Jawab mrk, "Dia malas....." dgn senyum manis dan muka berseri2.....  "Dah kejut bangun pagi, tapi bila dia malas nak gi sekolah, suruh macamana pun, dia MALAS juga...." terang mrk dgn lebih panjang lebar.... 


Alahai.......  Apa lagi la yg pihak sekolah mampu katakan?  Duit bantuan drp kerajaan, semuanya NAK! Nak paksa atau bagi motivasi anak2 sendiri suruh datang sekolah, TAK NAK plak!!  Sedih...  sedih...

Aku masa skolah dulu, dah demam, mak tak kasi datang skolah, aku meraung nak gi jugak!!  Budak2 sekarang...

Rabu, 18 April 2012

TEBAKOR PEDAL...

Semalam aku dapat kad undangan ke majlis 'kesyukuran' salah seorang tokoh politik di area ni...  Bila dah org besar dan penting tu, dapatlah aku merasakan, mustilah majlis itu akan dihadiri oleh ribuan, mungkin puluhan ribuan tetamu...  Sementelah diri ini masih lagi terumbang-ambing dengan 'mabuk2' dan alahan ni, aku merasakan kalau aku tak pergi pun, majlis tu tak akan ada cacat celanya.....


Hari ni, bertubi2 soklan2 lazer menerjah ke lubang telinga ni, perihal ketidakhadiran aku ke majlis gilan-gemilang tuh! Pesal takgi??  Rugi tak gi, semua orang dapat kain sepasang tau......  Antara bicara yang menerpa aku.


Hah!  Sudaaaahhhh.......  Aku tak tau la pulak jemputan tu dikira WAJIB hadir...  Sebab kat atas kad jemputan tu, takde pulak tulis ayat, "KEHADIRAN ADALAH WAJIB.  KALAU TAK HADIR, ANDA AKAN DIBUANG KERJA"....  Kalau ada ayat tu, sah aku akan cuba sedaya-upaya utk pergi jugak, walau kena merangkak sekali pon!!!


Malangnya, sehingga aku tulis entry ni, takder plak aku menerima panggilan atau pertanyaan drp yg empunya tuan rumah, bertanyakan ketidakhadiran aku ke majlis baliau semalam.  Tapi, orang lain plak yang lebih2 marah2 kat aku sebab aku pergi ke majlis tuh!!  Malah, guru besar aku pun tak panggil aku, tegur akan perbuatan aku tu...  Maknanya, ikut fahaman aku, aku tak buat salah la.....


So, kat sini, adik kakok, aku nak nyatakan bahawa kesetian kpd raja dan negara aku ni tetap utuh dan jitu!  Aku tetap akan pangkah kerajaan bila tiba time mengundi nanti, walaupun aku tak pergi ke majlis itu...  Takpo walau aku tak dapat makan jamuan sedap2 tu, hatta tak dapat kain pasang yang teramat mahal reganya tuh... Setakat ni, aku tak kebulur lagi, masih boleh beli makan...  Kain baju pun masih boleh beli, walau yang murah...  * Cis..!! Lazernyer aku!!!*

Dah la smalam, kami pun berjamu sakan kat skolah....  Thanx kpd tetuan tanah...

Nak buat macam mana, dah aku uzur...  Daripada aku 'muntah2' kat majlis tu dan bikin malu kat gb aku... rasanya baik aku eksius jewr..... 

p/s:  Selamat hari jadi buah encik suamiku sayang...  semoga panjang umur dan murah rezeki...


Selasa, 10 April 2012

SAKIT...

Azabnyer...  Dah seminggu demam selsema dan batuk2...  Biasalah di musim panas kerontang cenggini.  Tambahan kat kampung aku ni, debu melayang tahap mengganggu pemandangan, gara2 pembangunan ( nak lebarkan jambatan )

Dah pegi klinik dah pon...  Tapi takut plak nak ambik ubat-ubatan yg dibekalkan oleh Puan doktor tuh ikut aturannya ( 3x sehari ).  Memang doktor kata, tak apa walau pegnen nak ambik ubat2 tuh, tapi aku tetap tak yakin....  Rela la badan lemah dan lembik, batuk macam nak pecah dada!  "Demi kamu, anakku sayang... ibu rela menanggungnya..." aku selalu melafazkan itu seraya mengusap perut yg tak nampak mana lagi pon boyotnyer....  Heh heh....


Aku tahu sesangat, keadaan aku ni memang amat menjejaskan murid2ku....  Malah semua kerja2 dan komitmen yg terpaksa aku beri kat semua pihak, apatah lagi kengkawan aku...  Maaf lah semua yer....  Doakan moga aku cepat sembuh dari demam dan 'musim mabuk' ni dengan segera....  Huuwaaaarrr.....  Pening dan hanyut jewr rasanya kepala otak nieyh...!!


Meja aku yg bersepah dan tak terurus...  dah sama kusut cam tuan dia...

Rabu, 4 April 2012

TERLEBIIIIHHHH SUDAAAAAAHHHHH........

Aku memang pening dgn gelagat sesetengah manusia di sekeliling aku nih.  Ada yg buta kayu, tp berat mulut nak minta tolong/ btanya org lain.  Ada plak yg terlampau peramah dan baik, mulut tak henti2 meminta tolong dekat org2 di sekelilingnya tanpa mengira masa dan ketika....


Aku tau la aku malas, tp bila bab member merenget2 minta tolong, masuk juger 'air rajin'nya tu!  Tolong la apa yg patut...  Tambah2 kalau menda2 tu memang perkara yg aku suka buat.  Namun, malangnya, sesetengah manusia ni kan, tak reti nak berhenti drp asyik meminta tolong org buatkan kerja dia.  Asyik suruh buat sepanjang masa.  Butakah matanya utk melihat yg ada waktu2 aku bertungkus-lumus menyiapkan sgala kerja aku yg tertunggak gara2 tlampau fokus mengadap kerja dia!!  Org kg aku kata, asyik duk gala tanah org, tanah sndiri dah bersamun....

Bila aku cuba buat/ siapkan kerja aku, tak henti2 mrk nak aku buat jugak kerja mrk!!  Tak nampak ker, buta kayu ker, atau terlampau bengong utk melihat yg aku pun perlu buat kerja aku??  Dahlah dia haram nak tolong bantu aku siapkan kerja dan tugas aku, memandangkan aku dah berminggu2 buat kerja dia???

Pening...  Pening....  saboooor lar......

Antara kengkawan yg bz nolong kengkawan lain...  Harap2 pahlawan2 aku ni berjaya la.....

Rabu, 28 Mac 2012

MABUK...

Hahahaha!!  Terpaksa la aku menerima kenyataan yg aku sememangnya hanya mampu jarang2 update blog kesayangan aku nieyh...  Maafkan aku wahai kalian....

Sekarang ni dah tiba musim mabuk2.... Masa minggu pertama dpt tau aku pegnen, kemain lg bongkaknyer aku bila merasakan kali ni aku tak rasa apa2 alahan.  Sebaliknyer, dgn penuh keganasan aku membaham apa2 saja yg terlintas di hati!  Makan, makan, dan makan!!  Konon, mengidam.... konon baby kat dlm pewut tu yg nak makan....  Hahahaha!!  Skarang ni, berat dah naik 3 kilo stengah!!  Baru nak masuk bulan ke 2 tu, hahahaha!!


Tapi Allah itu Maha Kaya.  Betul la org kata, musim2 cenggini, 'angin' kita tak menentu arah tiupannya....  Mabuknya dah mula menyerang!!  Tak boleh bau masakan...  tp, bila dah dihidang, boleh plak aku telan, hehehehe!!  Hidung plak kemain lg sensitifnyer....  mudah benar berbau, terutama bau org lain.  Kesian anak2 dan MIS, slalu aku suruh pegi mandi, konon badan dorang berbau....  Walhal aku sendiri, kemain susah nak masuk bilik air!  Kik kik kik....


Morning sickness... jangan cerita.  Aku pernah pegi skolah tak gosok gigi!!  * Yaaa...!!  Dipersilakan gelakkk...!!*  Kalau gosok gigi, sah lepas tu muntah2...  euww....  Lidah dah tebal macam biawak, hilang rasa.  Makan slalu nak yg masin dn pedas!  Skejap2 lembik dan nak baring2 @ bmalas-malasan jewr...  Huh! Tp bila tiba time menda2 yg aku suka buat, hilang terus 'mabuk2' tuh!  Terus segar-bugar....

Contohnyer......
Bila diberi cat dan berus, hilang habis sgala pening dan loya...  Tu tengah duk conteng gambor2 yg budak bawah umur tu lukis kat kantin.  Kami spakat duk hias kantin skarang ni...  Tak sangka ramai cikgu cekgi kat skolah ni ada 'patak siput' blaka, tp malu nak ngaku, hehehehe........


Tp mesti ramai yg tak caya bila aku kata aku mabuk2...  Bila kat skolah, aku boleh join geng2 hebat duk latih budak bola baling lagi, wat mural lagi, sampai ke tangahari....  Padahal, bila balik rumah, terus terjelopok macam kain buruk, kah kah kah!!  Pesal tu???  Sebab alahan nengok rumah yg bselerak, hehehehehe!!!



Isnin, 19 Mac 2012

HADIAH TERINDAH...

Mungkin ramai yg merasakan ceritaku ini dah masuk tahap basi.  Namun, ayat klise yg biasa kengkawan aku sebut, " Ada aku kisah? "  Hehehe....  Makanya ingin rasanya aku kisahkan di sini, sesungguhnya banyak sebenarnya perkara2 yg terjadi di sekelilingku ini, yg bisa membuatkan jiwa ini walang, hatta berlagu riang.  Namun, kekangan yg dikenakan kepadaku ( no online at home ) membataskan masaku utk berlama2 di dada skrin maya ini...

Konon nak meraikan ulangtahun kelahiran yg sememangnya dah nak masuk 'senja' ni dgn lebih happening bersama encik suami dan anak2 tersayang...  Konon nak meraikan kegembiraan ini krn mendapat ( akhirnya ) anugerah yg sekian lama diusahakan...  Konon nak pergi bercuti la di musim cuti sekolah minggu lepas....  Semuanya hancus bila kereta cabuk aku akhirnya 'putus nyawa'...  Bila dah knocking, bocor tangki air bagai, jawabnya paling mudah, tukar enjin!!


Bayangkan insan miskin macam aku ni, yg hanya mempunyai sebuah kereta cabuk, dan bila kenderaan utama itu tidak dapat digunakan...  Bengang macam nak hempas kepala kat batu!!  Memang hangin satu badan. Tapi sedaya upaya aku cuba bersabar, walau bukan sikit RM bakal melayang.  Makanya, aku redha......


 Terpaksalah aku menyambut besday aku dgn amat2 sederhana, bersama anak2 tanpa berpeluang membawa mereka berjalan2 makan angin dan mandi laut, seperti yg selalu mereka inginkan...  Namun, bila menerima hadiah dan kad ucapan yg mereka buat sendiri, kembang dada ni mengatasi 7 lautan....


Lantas aku bersyukur kpd Mu Ya Allah, di atas kesihatan, kesejahteraan dan anugerah yg Engkau kurniakan kpd aku...  Alhamdulillah...  Apa sangatlah dgn kereta cabuk yg rosak tu, apa sangatlah tak dpt cuti2 Malaysia di musim cuti sekolah macam ni, apa sangatlah bila ayah aku yg sudah mula nyanyuk itu lupa akan namaku, apa sangatlah bila memikirkan kerenah sesetengah insan kat skolah ni, yg susah sangat nak buka mulut, walhal allah buat mulut tu kemain lagi besar utk dia....  Bila aku mendapat hadiah terindah dan paling berharga di dalam hidup aku ini.......


Setelah lebih setahun mencuba dan berusaha, dan setelah menghabiskan lebih 20 batang kit ujian kehamilan ( utk sepanjang tahun 2011- Mac 2012 ), akhirnya jalur merah yg hanya hadir sebaris ajewr sbelum ni, mula bertukar menjadi 2 baris setelah aku uji minggu lepas.....  Ngeeeeeeeeeeeeee.............  In short, I,ve got a very special present for my birthday- inside me!!  Thank you Allah...........

Ahad, 4 Mac 2012

SUDAH MANGKAT...

Huiiihhh...!!  Lama betul tak update blog...  Musti ramai yg sangka aku dah mangkat gamoknyer....  Walau tidaklah sampai tahap mangkat, tapi lagaknya blog aku ni, memang tak tumpah dah kematian empunya, hehehe....

Terlampau banyak aktiviti dan tuntutan tugas yg perlu aku dahulukan  * eleeehhh.... alasan la tuuuhhh....*, menjadikan blog kesayangan aku ni hanyut dan bersawang semahu2nya....  Dek kerana menyahut slogan kerajaan jugalah, aku kiv dulu kechintaan aku pada penulisan blog ini, maklumlah, " suami didahulukan, anak2 diutamakan, murid2 dipentingkan..." ( hahahahaha!!)

Maksud slogan tu?  Hmmm... gini, dah encik suami tak berapa suka kalau aku terlampau memperlihatkan kecanduan kat internet ni semasa berada di rumah, so, aku stop terus.  Tak online langsung bila duk di rumah!  Minat dan kehendak anak2 aku dahulukan, so, abaikan dulu waktu privet aku utk diriku, join anak2, main ker, lepak ker, tengok tv ke bagai....  Kat skolah, jangan tanya la....  bukan aku jewr, semua guru pn bz memanjang musim2 ni...  Mana nak check kertas soklan budak2, mana nak key in markah, mana nak jayakan mesyuarat agung PIBG, Minggu Anti Dadah dan 1001 aktiviti lagi lah.....  So, aku pukal kan jewr la mana2 gmbo yg sempat aku tunjukkan.........


 YB Datin Hjh Dr Nik Suriani sedang menyampaikan sumbangan peribadi beliau dan suami, Datuk Hj Nik Sapeia kpd anak2 yatim di sekolah aku smasa Mesyuarat Agung PIBG yg lalu....  Loaded la jugak bebudak tuh....  ( ayat org jeles....)



 JPA Cawangan Kuala Krai sedang memberikan taklimat mengenai kebakaran dan kecemasan di sekolah aku, siap ada demo memadam kebakaran lagi kat padang.  Siap aku demo padam kebakaran la jugak, bg mewakili pihak cikgu2...  Pastu, siap aku la jugak yg kena tadah telinga mendengar luahan dreba dia yg 'sumbat', konon cikgu2 tak bagi kerjasama, takder smasa demo di padang!  Apa punya mangkuk, masa awal2 kami semua ada pon!!  Cuma, bila dah trima kunjungan pegawai JPN, kena la kami pegi mengadap dulu....  Dah la kami sibuk nak siapkan majlis Mesyuarat Agung PIBG utk ptg tu....  Ceh!!  Tak abis skolah ker, encik....????  (p/s : org yg aku maksudkn itu, bukan yg berada di dlm gambar kat atas tu...  yg kat atas tu, sket punya baik dan sporting, apa....)



 YB Datuk HJ Nik Sapeia sedang memberikan ucapan dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG skolah aku, yg mana mewujudkan kegegeran di kedai2 kopi di sekitar kampung aku ni...  Konon ada la ibu bapa yg tak brape puas hati, sbab pihak skolah jemput beliau rasmikan PIBG...  Apa da... punya la rendah mentaliti diorang nieh!!  Tak pikir ke?  Krn skolah jemput beliau, dpt la jugak anak2 yatim kat skolah ni sedikit duit saku, siap beliau support sgala perbelanjaan utk majlis ptg tu dan sain cek ribuan lagi utk didermakan utk kegunaan anak2 mrk di skolah ni...!!! Pastu, siap nak bagi cermin mata PERCUMA kat anak2 mrk yg rabun... Kalau aku kata mrk bengong dan takder otak, mrk marah plak kat aku!!  Haktuih...!!!



Jawatankuasa PIBG yg tdiri dr guru2 skolah aku dan wakil2 pihak ibu bapa sedang tekun melaksanakan tanggungjawab, bermesyuarat demi memantapkan kelangsungan p&p di skolah...  tp majlis suci itu dicemari oleh soklan2 BODOH drp seorg dua yg mana mencemarkan imej dan hubungan baik  antara ibu bapa dn guru2 di skolah aku... ( rasanya tak perlu aku in detail di sini...)  Dan insan bodoh tu plak tak sedar ke yg betapa anak dia kat skolah ni kami tatang, biarpun kalau nak kira nialainya, tak berbaloiiiii  pooonnnn!!  Ceh!!


Banyak lg perkara2 yg blaku, yg sememangnya mbuatkn jiwa aku (khususnya) dan rakan2 (amnya) down, nasib tak jd down sindrom jewr....  tp, the hell with those shits!!  Betul tak???  Banyak lg konangan terindah yg kami kecapi di sini.  Contohnya, kami bersenamrobik dan makan2, makan2 dan makan2 lagi....  Biasalah, bila hidup bersama insan2 yg rajin dan pandai masak...  Big Boss aku plak sporting tahap gaban....  Nanti, aku tunjuk bahan2 bukti bila ada kesempatan...  Aku?  Memang sudah mangkat!!!  Semangat diet aku semakin dalam berkubur, bersama hancurnya harapan nak kasi kat laki aku sorang lg zuriat, huwaaaarrrr.....  Ada sesape bleh tolong???  Dah lebih setahun mencuba ni weh......

p/s : Tahniah kat budak bawah umur, sbab dinobatkan Pra 5 Bintang!!  *tepukkk*

Sabtu, 11 Februari 2012

KETAT DALAM 6 MINGGU...

" Err...  dah semakin ketat laa....," ujar gb baru aku seraya mengangkat2 sambil memusing2kan pergelangan tangannya semasa makan Rabu lepas... Dan, pagi ni, dia masih mengulangi permasalahannya yg sama...  Itulah bahananya bila berada di SKMU.  Semuanya bergelut dgn permasalahan yg sama - mudah naik berat badan!!  Gb baru kami, sudahpun terasa tempiasnya, walaupun baru melewati 6 minggu berada di samping kami - tali jam tangannya sudah mula mengetat!!


Apa tidaknya?  SKMU dihuni oleh spesis2 yg teramat rajin dan pandai memasak! (kecuali aku...). Hampir setiap minggu, akan ada2 saja jamuan dan keraian yg kami sambut...  Bukan apa, semua aktiviti itu makin mengeratkan dan menambahkan lagi kemesraan sesama kami... Dan kerana kemesraan dan kasih sayang yg tercurah itulah, aku teramat sukar utk menurunkan berat badan ini...  Huwaaaarrrr.....


Gb kami berjamu selera dlm keriuhan celoteh kami...

 
Pada aku, bukan setakat tali jamnya ketat, pipinya pn dah makin chubby tu... hehe
Ketua chef terDiva - budak bawah umur (baju hijau) sedang ngada2 kat anak dara org...

Hari ni, kami berjamu krn sambut Peg.Fasilinus PPDKK, Pn. Azida (sdg kontrol ayu slepas pekena nasi lemak)

Pen.Penyelaras LINUS SKMU - termenung panjang slepas taklimat...

Dan aktiviti berjamuan ini akan tetap diteruskan, sebagaimana yg dinyatakan oleh ketua2 chef terDiva...  Apa nak pelik?  Diorang masak siap2 kat rumah, kendian bawa kat skolah...  Takder ganggu masa ngajar cikgu pon....  Dan aku, tetap bergelut dgn iltizam utk turunkan lagi berat ini, namun tak sanggup menolak hidangan2 superb mereka itu....  huhu...

Sabtu, 4 Februari 2012

BESARNYA JIWA KAMI YANG SATU...

Memang aku hangin satu badan malam Khamis lepas.  Bayangkan, sudah 2 minggu kami, warga Manek Urai, baik secara langsung atau tidak, sudah berpeluh hinga ke keting membuat persiapan utk menyambut ketibaan org no.2 paling utama di Malaysia, Tan Sri Muhyindin Yassin.  Dan semestinya beliau diiringi oleh org2 besar lain yg berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, seperti Tok Pa, Awang Adek, Dato' Ramzi, Dato' Nik Sapie, dan ramai lagi.  Kami sesungguhnya amat berbangga kerana kampung kami bakal dilawati oleh org2 besar tersebut, walaupun hati ini agak galau kerana sudah dua hari sebelum majlis bermula, bumi Manek Urai lecak ditimpa hujan yg menggila.  Memang padang SK.Manek Urai Baru yg menjadi lokasi majlis saling tak tumpah seperti bendang padi, tapi ia tidak mematahkan semangat warga kampungku utk berasak2 menyambut ketibaan org2 besar tersebut.


Mengapa aku hangin satu badan?  Mana tak hanginnya, bila penat lelah kami sedikitpun tak terpamer dlm laporan berita sebuah stesen televisen tempatan, memandangkan mereka hanya menyiarkannya tidak lebih dari 5 saat!!  Diulangi, 5 saat sahaja!!  Mangkuk punya orang!!  Mana mrk sanggup tayang, bila kami semua lencun ditimpa hujan???  Jadi, di sini dengan bangganya aku ingin memaparkan situasi kami, rakyat di Kg. Manek Urai semasa menerima kunjungan Tan Sri dan ahli rombongannya....


Warga SKMU (set jahak) 'betok' dijamu oleh KuMah yg masak begitu sedap dan spesel

Bposing sakan stelah menghabiskan 3 pinggan nasi dgn jeruk petai di rumah KuMah
Bgaya Diva, sehingga disalah anggap oleh makcik2, ingatkan kami ni VVIP, hehehe
AJK sambutan bersama pulut semangat memasing, walaupun berat, telah beratur seawal jam 2.30 ptg
Warga pendidik dan pegawai PPD dah nampak SATU di dlm majlis ini
Utk kali ke 5, hujan turun lagi ptg itu, mbuatkan AJK sambutan bsama bunga manggar mcari tmpat bteduh
Kami menanti lagi dgn sabarnya, setelah diumumkan oleh pengacara majlis, yg TPM akan tiba 5 minit lagi.  Perkara tersebut telah disebut sbelum ini, setengah jam yg lalu....
Sejurus sebelum azan Asar dilaungkan, TPM akhirnya muncul... kami berebut nak bersalam...
Beliau membalas salam kami dgn mesra dan bterima kasih krn kami tidak bganjak walau lencun kena hujan
Bahan bukti: meja tempat persegaran VVIP banjir, walau di atasnya berbumbung khemah nan indah
Pasukan sambutan drp pemalu rebana ubi, gong dan pemuzik dikir... basah juga
Hampir sejam, TPM dan org2 besar berangkat pulang, hujan jg sudah reda...
Operasi kami baru bermula - memohon sponsor drp Dato' Nik Sapie utk Mesy. Agung PIBG
Sambil menjamu selera, Dato' dan Datin mendengar penerangan kami, perwakilan drp SKMU

Dato' meluluskan budget kami, plus sumbangan utk anak2 yatim lagi... (berkat Datin asyik menggosok bahu beliau kot...  hehehehehe )
Misi berjaya! Gambar kenangan terpatri sbg bukti MOU kami suksess!!

So, terima kasih TPM dan kerajaan yg telah berhabisan puluhan juta utk bantuan BR1M, usaha membesarkan jambatan Manek Urai, serta terima kasih peribadi kami warga SKMU kpd Dato' Hj. Nik Sapie di atas sumbangan beliau utk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG serta bantuan kewangan utk anak2 yatim di sekolah kami..... Terima kasih daun keladi juga utk Yg Mulia KuMah di atas 'persegaran' yg amat spesel walau hanya mengambil masa sejam utk menyediakannya..... Kellaaasss kau KuMah.....  hehehe