KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 31 Disember 2011

MISI SADISKU...

Tibalah jua kita ke hari yg terakhir bg tahun 2011 ini.  Kurang 9 jam jewr lg masuklah kita ke tahun 2012.  Terus-terang, aku sebenarnya tidak kisah sangat akan pertukaran tahun dan musim.  Selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa bersama jasad, selagi itu hidup ini aku teruskan.  *ewaaaahhh...*  Yg penting bagi aku, pengisian setiap hari dan detik saban tahun, yg mana sebolehnya ingin aku lewati dgn seribu kegembiraan dan sejuta kebahagiaan....


Begitu juga dgn azam tahun baru.  Ramai yg pastinya sudah siap sedia dgn pelbagai azam utk dikejar bg tahun 2012 nanti, tanpa memikirkan akan segala azam 2011 sudahpun berjaya dilunaskan ataupun sebaliknya.  Aku, utk tidak merasa terlampau 'ulu', ingin jugalah memiliki azam utk tahun 2012 nanti.  Azam yg sama seperti tahun2 sebelumnya, sejak 13 tahun yg lalu - nak kuruskan badan!  Hehehehehe.......


Pencapaian 2011?  Mungkin banyak di kalangan rakan pembaca semua gembira dengan segala kejayaan dan pencapaian memasing utk 2011 ini.  Tahniah!  Bagi yg kurang bernasib baik, aku harap janganlah terus mengalah dan bersedih.  Usaha lg utk tahun 2012 nanti.  Mudah2an segala akan tercapai nanti... Insyaallah.  Aku pun, tidak 100% azam lalu berjaya aku lunaskan.  Tapi, sekurang2nya lebih separuh drpnya berjaya aku capai.  Jadi, semoga tahun 2012 nanti, aku akan berjaya habiskan yg selebihnya itu.....


Aku sudah mencongak2 utk melaksanakan satu misi yg dikira agak 'sadis' dlm mjayakan azam dan matlamat aku.  Jangan plak kalian salah faham akan maksud sadis tu, hehehehe.....  Kiranya aksi berani mati akulah tu, memandangkan esok berakhirnya CDCS yg aku sudah pasti aku gagal mcapai matlamatku.  Namun, sekurang2nya aku berjaya jg mbuat penurunan berat, kan.....  Dan, aku akan pastikan keberlangsungan misi sadisku ini sehingga ke penghujung 2012 nanti plak.  Demi utk mencapai hasraku agar dpt turunkan lagi berat badan ku ini, lagi 6kg...


Eleeehhh... takat 6kg, kacang jewr la....  Mesti akan ada yg bkata demikian, kan?  Memang sesuatu yg amat mudah utk dilaksanakan sekiranya anda belum pernah turunkan berat badan sebelum itu.  Namun bg org yg sudah turun lebih 11kg macam aku ni, nak turunkan barang 2kg seminggu pun dah macam mustahil tau!  Susah sangat2...  Tak taulah kenapa jarum penimbang tanak berubah.  Pastu, pantang terlebih makan sket, mudah jewr ia naik balik!!  Chessss....  Haaa.... itulah yg aku katakan aku terpaksa laksanakan misi sadis tu.  Utk memastikan berat aku jadi 65kg di tahun 2012 nanti.  Itu jewr....  Kalau org len nak 55 ke, 50kg ker...  aku dah bersyukur dgn 65kg tu!  Sebab aku memang jenis berat, tapi org tengok nampak cam keciiiikkk jewr.... 


Before:kain 4meter tak brape nak cukup buat baju kurung aku, After: me in 44 size
Kesimpulannya, aku berazam utk muat dlm baju ready-made saiz 42-40 plak, hehehehe!  Selain itu, semoga kedua anak2 ku nanti berjaya dlm UPSR dn PMR.  Seterusnya, 2012 nanti, aku akan masih berkesempatan memeluk kedua ibu bapaku, suamiku yg amat sempurna di mataku dan anak2ku yg ku kasihi.  Semoga aku kekal disayangi oleh keluarga, saudara-mara, handai taulan serta manusia di sekelilingku, Insyaallah.....


Sayonara 2011 dan Selamat Datang 2012.....





3 ulasan:

  1. Selamat Menyambut ke tahun baru!


    Semoga misi 2012 akak akan berjaya dicapai!

    (^_^)

    BalasPadam
  2. Tahniah, semoga terus berjaya dan mengecapi azam tersebut

    BalasPadam
  3. Nadia n Karl - thanx my dear friends... Hope all of your dreams will come true this year, Insyaalllah....

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.