KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 5 November 2011

YA AMPUN...

Sebelum melanjutkan lagi bicara di dada tinta ini, aku ingin memohon jutaan keampunan kerana kelihatannya ruangan ini seperti agak ku pinggirkan.  Bukan kerana aku sudah bosan untuk berhubung dengan kalian, kenalan dan sahabat siberku yang budiman, tetapi hambatan tugas dan tanggungjawab zahir lebih membutuhkan perhatian segeraku.  Dengan kertas2 peperiksaan akhir tahun anak2 didik, tugasan di rumah selaku ibu dan suri kepada seorang lelaki pendiam yang tabah menghadapi hari2 sulitnya, berperang dengan masalah kesihatannya yang tidak pernah berkesudahan, serta emosi diriku sendiri yang tidak pernah aman dan tenteram melewati hidup sebagai seorang obes yang bertekad untuk merubah dirinya....  Maafkan aku.....


Hahaha!  Jaganlah pulak ada yang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kekejangan otot perut dan rahang yang terkucil tatkala membaca intro entry aku kali ini!  Sesekali, teringin juga mempuitiskan bahasa, memandangkan aku pernah juga memasang angan2 sewaktu sekolah dulu untuk menjadi penulis... kui kui kui...  Namun segalanya benar.  Memang busy memanjang la dalam seminggu ini.  Bila berkesempatan buka notebook pun, tak sempat post entry, sekadar sempat baca dan komen entry2 kenalan, serta bertegur sahabat di fb... Motifnya pula lebih kepada untuk mengetahui perkembangan terkini para sahabat yang sealiran, menguruskan badan....


Kalau nak dihitung, memang banyak yang ingin aku perkatakan, setiap hari... Namun, kebanyakannya lebih berunsur provokasi dan luahan kekecewaanku terhadap persekitaran dan diri, tentunya kurang menarik minat para pembaca.  Tahu2 sajalah bahasaku semasa marah... semuanya tidak bertapis... takut nanti akan mengganggu perasaan mana2 pihak.


Minggu ke 9 atkinsku, seperti sebelumnya juga, seringkali ku cabuli...  Selalu melanggar pantang (walau cuma kecik) dan kesudahannya aku cuma berjaya turunkan 300g sahaja....  Huuwaaaaa....  Terasa down sangat.  Macam nak give-up jer...  Tapi, aku tekadkan, lebih baik begini - diet yang tidak berapa ketat, sanggup menghadapi penurunan yang sedikit dan lambat daripada stress dengan diet ketat, sedangkan keputusan segeranya tidak menjanjikan yang positif!  Nanti lagi menonggeng frustnya...  heh heh....  (alasan)


Namun, seperti yang telah dibuktikan sifu2 atkinsku terdahulu, walau turun sedikit, saiz badanku tetap mengalami penyusutan.  Walau tak nampak ketara kpd orang lain, aku tetap merasainya.  Sudah semakin banyak baju2 lama bersaiz kecik yang dulunya tidak muat, sudah boleh aku sarungkan semula.  Dan yang paling best, aku sudah boleh menyarungkan baju 'jersi bola' yang dulunya hanya mampu ku lihat sahaja...!!  Biasalah, t-shirt 'local' ni, cuma ada saiz setakat L jewr...  Aku yang sebelum ni jenis XXXL ni, hanya mampu beli untuk anak2 jer la...  Huh, sekarang ni, aku boleh membanggakan diri depan mereka, kerana telah muat saiz L ( walau nampak seperti balut nangka... hehehe), dan sama2 boleh melaram bersama mereka bila keluar atau pergi menonton perlawanan bola sepak kat stadium!  Hhhhhhhhhhhh...!! *kembang lubang hidung*



Kali terakhir aku muat t-shirt saiz L ni, 16 tahun lepas, belum kawin lagi masa tu....  Bila dah mula jadi mak budak, terus kena tukar saiz, dari XL ke XXXL!!  Sehinggalah Oktober lalu, aku melaram dengan jersi biru tu semasa sukan (saringan).  Bangga weeehhhh....!!!  Tak sah bukti sebab muka aku buang?  Maaf la... mak free hair masa tu...  Orang yang kenal aku, tau la tu aku.  Tengok bibir 'terjuih' tu pun dah cam, yer dop...!!! kah kah kah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.