KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 18 November 2011

SENTUHAN KECUNDANG

Seminggu yang sia-sia.  Itulah ungkapan yang sesuai aku rumuskan.  Semuanya hancur dan tidak menjadi sebagaimana yang diharapkan.  Minggu terakhir sesi persekolahan pastinya menyaksikan keraian dan jamuan yang tiada putus malah bertindan.  Menu yang dihidangkan, umpama syurga (bagi insan yang berdiet seperti aku ini).  Memang aku kuat kerana berjaya hindari nasi, tetapi tewas kepada pelbagai laik-pauk dan pencuci mulut yang sememangnya mencomotkan mulutku....  Hadoiii yaiii.....


Tidak cukup dengan itu, kecundang sentiasa menghantui tatkala keputusan UPSR diumumkan semalam menyaksikan sekolahku kecundang daripada mempertahankan bilangan yang mendapat 5A berbanding tahun lepas.  Namun, ternyata kami tidak keseorangan, memadangkan sekolah2 di sekitar juga mengalami nasib yang serupa, malah ada sesetengahnya lebih teruk dari kami.  Maka bersedialah kami untuk menerima 'kunjungan' pihak atasan nanti....


Nak buat camana?  Berusaha sudah, tawakkal, sudah.  Apa yang terjadi sudah ditentukan...  Ramai yang sangkut kat paper English, yang mana soalan pemahamannya memang susah.  Masa peksa ari tu pun, ramai murid kami yang kuar dewan dengan mata yang juling dan pening2 lalat....  Tapi, dalam jiwa kacau ni, ada juga terselit insiden ajaib.  Murid2 dalam kelas aku plak buat magic bila bilangan yang lulus Bahasa Inggeris, mengatasi peratus ujian2 sebelumnya.  Mereka yang duduk kategori slow learner ni, tahap nak membaca dalam Bahasa Melayu pun tak boleh, takkan korang takbleh bayangkan camana mereka jawab soklan English kan?  But, miracle did happen yesterday bila salah sorang daripadanya ( yang tak pernah lulus BI ) boleh lulus BI, sebaliknya GAGAL paper Bahasa Melayu!!  Ceh!!  Hebat betul dia!  Bahasa ibunda sendiri kantoi tahap gaban (E) tapi boleh pass bahasa penjajah.....




Jiwa kacau ini sedikit terubat dengan kemenangan pasukan Harimau Muda ke atas Garuda semalam, walau hanya 1-0, menang tetap kira menang...  Betul tak? 


p/s : Nadia, ni email akak yer -   sitijay@gmail.com.   Jangan lupa invite tau....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.