KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 22 November 2011

120 MINIT YANG MENDEBARKAN...

Memanglah Malaysia sudah menghampiri angka 60 pingat emas dalam SEAGAMES semalam.  Tapi ianya tidak sama dengan mendapat pingat emas dalam acara bolasepak.  Ibarat kata Zainal Abidin Rawop, IBU segala PINGAT....  Bukan aku menidakkan jasa atlit2 lain yang bertungkus-lumus menyumbang emas kepada negara kita yang tercinta ini.  Mereka sememangnya hebat dan aku sanjungi.  Namun, team bolasepak ni aura dia lain sikit berbanding acara2 lain.  Besar benar pengaruhnya kepadaku sekeluarga.....


Kami sekeluarga sememangnya ternantik2kan perlawanan akhir itu semalam.  Sedari pagi aku berdebar2 memikirkan team Harimau Muda yang terpaksa berhadapan dengan puluhan ribu, malah mungkin ratusan ribu penyokong Geruda Muda, yang sememangnya amat ekstrem dan bersemangat!! 


Kami menunggu di hadapan tv seawal jam 8 malam bersama jersi kuning kami masing2, sambil mengunyah kacang....  Namun, segala semangat aku tersentap setelah Geruda berjaya membolosi gawang kebal Apex seawal minit ke 5!  Huuwaaaa.....  Aku terdiam, MIS terus membuka bajunya - panas dan rimas, katanya.


Cuak dan kecewa terus-terusan bersarang di hati, sehinggalah team Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan.  Namun, harapan utk melihat mrk mendahului Geruda tetap tidak kesampaian sehingga membawa perlawanan ke masa tambahan.  Cuak lagi aku.....


Namun, kami kembali bersemangat bila Harimau Muda, khususnya Apex berjaya memastikan gawang tidak bolos di masa tambahan.  Aku tahu, kelebihan berada di pihak kami jika kemenangan dikira melalui tendangan panelti.  Aku yakin akan ketenangan Apex dalam menjaga gawang dan kehebatan rembatan team Harimau Muda, khusus si Baddrol tu....




Dan, sebagaimana yang diketahui oleh seluruh Asia Tenggara, Malaysia mendapat pingat emas dlm acara bola sepak utk SEAGAMES kali ini, menjadikan negara kita merangkulnya selama 2 kali berturut2....  Tahniah kpd team Harimau Muda dan semuanya...........!!!  Aku terseksa menanti selama 120 minit sehingga menghabiskan sepeket besar kacang dan sebiji guava (hancus diet aku!!)


Mujurlah timbang pagi ni, aku berjaya turun lagi 200 gram, menjadikan beratku hari ini kpd 73.3kg....  Harap esok lusa, aku dah boleh say goodbye to angka 3 tuuuu......   huhu.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.