KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 22 Oktober 2011

SUKAN BUAT ORANG TURUN BERAT BADAN, TAPI AKU?

Hahahaha!!!  Jangan melopong baca tajuk entry aku yg panjang kali ni...  Saje ler, sekali-sekala...  Betul apa!  Sekolah kami adakan temasya sukan tahunan minggu lepas.  Memang jauh tersasar dari musimnya, iaitu awal tahun.  Tapi, ada kami kisah?  Dah awal2 tahun hari tu, banyak sangat benda2 lain yg nak dibuat.  Sementelah konon2 nak tunggu budak2 darjah 6 tu abis UPSR, nak bagi diorang bersukan sakan....  So, di bawah ni sedikit sebanyak gambor2 yg menjadik konangan terindah kami sepanjang seminggu musim sukan ( hari latihan, saringan dan kemuncak sukan tahunan ).  Tapi, awal2 lg aku nak bagitau, semua gambar di bawah adalah dr point of view my friend, Karl...  Gambo2 yg aku snap still in my handphone...  Lagi pon, mana aku ada masa nak snap gambo masa sukan hari tu, kerana aku adalah insan yg paling sibuk (menyorak dn side coahing bagai...).  Tak percaya?




Sesi mengundi lorong oleh Cikgu Izwan.  Mahal 'topi payung' tu Duyu dop....


Antara murid yg menyertai acara larian...  Perhatikan telatah sorang cikgu yg bertopi koboi tu, begitu menyungguh memberi semangat kpd wakil pasukannya.  So, mana ada masa nak snap gambo...? hehehehe

Aku sedih bila melihatkn generasi baru (anak2 muridku) terkehel2 menolak tayar motor buruk tu.  Sorang pn tak reti!  Sedangkn waktu aku kecik2 dulu, itu adalah salah satu permainan mewah kpd kami.... huhu

Guru2 rumah Biru bganding bahu menyiapkn hiasan khemah.  Panik weh, khemah2 member lain dah comel-lote blako masa ni... Tapi, lastly, khemah kami dinobatkn sbgai Khemah Tercantik dlm temasya itu... ngeh ngeh

Orang kuat dn tersohor di SKMU...  Agak2 apa yg dikatakan oleh SU sukan (baju kuning) tu kot?  Mungkin : "Huh, kawe tok kesoh, uje ko, panah ko, suke tetap dijayakn denge ganahnyo...!"  heh heh

Acara perbarisan drp murid2 Pra Sekolah bsama guru mrk yg tervogue, Ajudin...

Rumah Biru, meme Biso sokmo2... kelih la 'cc' cikgu2 dio pulok... kah kah kah!

Tapi, personally, aku kagum dgn daya kreativiti Rumah Merah, dgn tema Ali Baba.  Fuhhh!! Meriah!!  Tapi kan, ingatkan mrk nak usung Puteri Jasmin, tup2 diusungnya Ali Baba... kah kah!!  Tahniah Cikgu2 Rumah Merah...

Acara terakhir dan kemuncak hari tersebut, tarik tali.  Rumah Biru Johan!  Cikgu yg btopi koboi coklat tu sampai nak bdarah kerongkong, menjerit dan beri semangat kat anak2 buah dia, mana la tak menang....



Temasya sukan tahun ini sekali lagi memperlihatkn keputusan secara keseluruhannya, Rumah Kuning menjadi Johan, diikuti Rumah Biru, Merah dan tempat keempat sudah ditempah awal dn kekal selamanya (sebagaimana yg diberitahu oleh Ustaz Ya) menjadi milik mutlak Rumah Hijau....  Tahniah dn terimakasih kpd semua rakan2 guru dn pihak ptadbir diatas kerjasama kalian.  Memang best dan happening....


Berbalik kpd tajuk entry aku tadi, orang lain memang boleh kurus krn penat bersukan dan mjayakan aktiviti sukan tersebut.  Aku?  Tidak sama sekali...  Siap bertambah berat badan.  Mana taknya, bila penat terjerit2 dan berjemur panas di padang, diet aku terus hanyut ke laut.  Hahaha!  Siap makan nasi bungkus lagi!!  Bici, jangan marah.....  Seminggu sukan dan cheating day semalam, berat aku naik 700g!!  Hambik kau...  Pagi ni baru start atkins balik.....  16kg lagi perlu diturunkan Mc Tie weh......

4 ulasan:

  1. This looks like a lot of fun!

    Thanks for your generous comments on my blog, Siti.

    BalasPadam
  2. wah . hebat umah biru . i loike . hehe .
    rumah merah plak mmg vouge . huhu .
    btw , congrats sume ;)

    BalasPadam
  3. tahniah tecer, semoga rumah biru terus mara sokmo, yg penting kemeriahan sukan itu terpapar pd wajah mereka2 yg menjayakannya, w/pun penat namun ia berbaloi, itulah sukan tahunan skmu, go skmu go

    BalasPadam
  4. Eki-Malu dong ah....

    Dayang & Karl- Yes... SKMU forever!!

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.