KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 4 Oktober 2011

KEMBANG HABIS...

Pagi ni aku tersengih sorang2 tatkala menyarungkan baju Hujan Panas (ikut kata Ustazah Asiah) ku.  Pestaim aku pakai baju ni, masa sambutan merdekaraya hari tu.  Agak 'mengening' sket kat perut masa tuh.  Tapi saja aku buat2 kontrol ayeuw time tu...  Tapi pagi ni, nampak sangat longgar dan selesanya!  ( Ke aku jer yg perasan, tak sedar diri, tak tau la....  Errr... korang boleh muntah sekarang )


Sampai di sekolah plak, ada dua orang member aku membisikkan ayat keramat kat telinga aku.  "GB kata, Sitijay nampak kurus sket sekarang.  Menjadi yer diet tak makan nasi," kata budak bawah umur, yg selang beberapa jam kemudian diulangi plak oleh Yg Mulia Ku Mah.


Aawh....!!  Dug dag dug!  Kembang habis segala yg boleh kembang rasanya!  Kot kalau cerita kartun tu, sah masa ni akan keluar kepak kat belakang aku, kemudian aku akan terbang perlahan sambil mata terpejam!  Ceh!!  Perasan la tu.... ( muntah la kalau korang nak...)  Yes!  Memang aku perasan!  Aku bangga kerana big boss aku sendiri 'perasan' akan perubahan fizikal aku ( walau tak ketara mana pon...).  Sebelum ni dia hanya memerhati sambil tersenyum aku menepis segala ajakan dan godaan member2 supaya aku makan nasi macam diorang.  Semalam dia telah mengeluarkan komen tersebut.  Huh, bangga kuasa 3 juta la aku....  huhu


Big Boss aku (baju melayu kuning) bersama sebahagian drp Set Jahat...


Dan sehingga aku post entry ini, masih ada lagi member2 yg pelik melihat aku makan kerabu pucuk paku sahaja semasa jamuan tadi.  Walhal, kami berjamu selera sakan dgn sup tulang, ulam-ulaman dan pelbagai dessert yg memukau!  Mekacih Cikgu Sup sebab menjamu kami.....

8 ulasan:

  1. gudluck kak.. jadikan pujian mereka sebagai pendorong untuk akak terus berjaya.. yeah!~ kita sama2 berdiet.. but jgn over ya.. ikot kak mayoliza..

    BalasPadam
  2. Thanks Syahir dan Faiz....
    Sayang kalian semua..
    ;p

    BalasPadam
  3. cayokkk, pujian adalah cemangat utk terus berjuang!! wah cam gi peranggggggg

    BalasPadam
  4. wahh , good job kak . keep it up ^_^ . kem slm kt abg aju ye XD

    BalasPadam
  5. tambah diet lagi 2 minggu...masa tu lagi banyak baju yg boleh pakai...lagi bnyak pujian ...lagi kembang

    BalasPadam
  6. Bici - semangat memang penting!! tambah2 masa down sekarang ni...

    Dayang - thanks n Insyaallah... ;p

    Hafizah - bukan stakat 2 minggu jer tau! Ini adalah program seumur hidupku, ewaaahhh.... =D

    BalasPadam
  7. tahniah tecer, semoga usahamu berjaya

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.