KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 22 September 2011

HAH, SUDAH....

Naik penimbang pagi ni, rasa nak menangis.  Berat masih macam kelmarin, tak turun2 walau seciput.  Ceh!  Apahal ni?  Aku takde la melanggar pantang yg utama2 tu semua.  Alahai... tu mujur le statik.  Kalau naik, camana?  Ayat memujuk aku lontarkan pada diri sendiri.


Ni mesti gara2 3 ulas durian yg aku belasah petang semalam!  Aku cuba mencari 'pesalah' utk ditudingkn jari.  Tapi, seingat aku, Bici ada kata dlm entry dia, yg makan durian, takpe....  pening, pening.  Tak pon, sebab aku curik2 makan kacang masa tengok bola semalam kot...  Sebab tension dan berdebar melihatkn si Apeq berhempas pulas menjaga gawang dari dibolosi penyerang Jepun, aku rasa, banyak jugalah kacang tu aku kunyah....  Tapi, lepas tu, aku terus minum air banyak2....  huh, tak boleh jadik nih!!!  Terus aku sarung track suit utk ke sekolah.  Tak nak pakai baju batik la.....


Dan kat sekolah pagi ni, aku 'memperbodohkan' diri bermain futsal dan lompat getah dengan murid2 aku.  Mereka memang la seronok sebab dapat kalahkan aku!  Seronok berkejaran dan bertempik macam tak ingat dunia, aku terkesima (ewah!) bila melihat GB aku tersengih2 memandang kami di tepi padang.  Huh, kantoi la pulak...  Ah!  Aku rasa dia tengah tengok member aku si Adi tengah latih budak2 main bola tu....  Aku main lagi sampai rasa nak rebah...


Huh, dah lama tak keluarkan peluh macam ni...  Kalau esok tak turun kilo jugak, tak tahu la aku nak kata apa...  Cuma, harap aku tak mudah putus asa.  Kawan2, doakan aku supaya tabah ye...

4 ulasan:

  1. Kak Tie timbang setiap hari ker..?

    BalasPadam
  2. Nadia, k.tie timbang setiap hari (pagi, sebelum sarapan) utk memudahkn mbuat rumusan tentang pemakanan dn strategi diet. Tapi, berat rasmi cuma dikira sekali seminggu je, iaitu setiap pagi Sabtu

    BalasPadam
  3. haizzz sapa bagi makan durian,hahaha tu menu langgar pantangggggggggggggggggg, timbang hari2..jgn putus asa.sabar je la..

    BalasPadam
  4. Eheh..!! Tak bleh makan durian ke Bici??? ( heh heh! buat2 terkejut )
    Hiiiiiiiiii.... *terkebil2*

    Ya, Insyaallah. Takkan ku putus angsa, eh, asa....

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.