KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Rabu, 21 September 2011

GUNA UBAT APA..?

Hahaha!  Aku sudah mula menerima soklan2 cepumas dari member2 ( bukan bespren terdekat la ).  " Mu make gapo pulok lo ni Mc Tie?" ( awak makan apa pula sekarang ni Mc Tie? )...  Hahaha!  Aku gelak tu bukan kerana seronok sakan mereka perasan aku kurus SIKIT.  Aku gelak kerana semuanya tahu yang aku dan ubat kurus tidak boleh dipisahkan....


Memang betul.  Cakaplah apa saja ubat, suplement, pil atau meal replesment setiap jenama yg terjual di pasaran tu, semuanya aku dah pernah cuba.  Dari yg paling murah hinggalah yg nak cecah ribuan ringgit.  Sampai terketar2 tangan membayar, aku rela.  Orang lain senyum ke telinga dapat beli gelang emas, aku sanggup pejam mata kat gelang2 tu semua.  Lebih rela masuk kedai ubat atau toko jamu daripada jenguk kedai emas!  Ceh!!  Hasilnya?  Tak KURUS pon......


Mana nak kurus?  Bila cuba mana2 ubat kurus tu, bukannya aku reti nak bersabar.  Mesti nak cepat dapat resultnya!  Bukannya aku reti nak ikut betul2 aturannya.  Belum habis sekotak cuba jenama A, aku dah beli yg jenama B plak.  Lusanya beli yg C...  Begitulah selalunya.  Semua tak percaya bila aku kata, aku menggunakan hampir separuh dari gaji aku setiap bulan buat beli benda2 tu semua!  Bengong betul aku...


Sebab itu sehari dua ni, selepas aku muat memakai baju2 lama yg saiznya sedikit kecik dari yg semasa, ramai tanya, aku makan ubat kurus jenama apa pulak sekarang ni hingga berjaya turun lebih 6kg dah....  Jus Mate Five?  Tidak...  Litchin?  Tidak..  Secret Churos?  Tidak.. Sendayu Tinggi?  Tidak...  Yang murah lagi la, kataku.  Jamu mak dara?  Bukan...  Yusmira Halia Bara?  Bukan juga...  Teh orang kampong?  Juga bukan.


Hoiii!!!  Cakap je lah!  Mereka dah mula cuak.  hehehe....  Aku minum air kosong banyak2 setiap hari!  Semua senyap.  Pastu bantai gelak2 kat aku kuat2!!  Mc Tie kuruskan badan tanpa guna ubat kurus..???  Seronok bebenor diorang mengejek dan mencela aku... (ejekan manja tu).  Tak percaya, tak kisaaahhh.....  Memang itu pon ubat kurus yg aku guna sekarang ni!!  AIR PUTIH.  Berkat ambik maklumat drp rakan2 blogger yg dah berjaya turunkan berat badan tu semua.  Aku cuba ikut.  Sejelasnya, program diet atkins.  Aku tak makan nasi, roti dan seumpamanya serta tak ambik air manis.  Tu je rahsia aku sekarang ni....


Berapa aku dah habis bulan ni buat beli ubat kurus?  ZERO.  Duit aku tak luak langsung.  Malah bertambah jimat.  Jimat sebab tak beli ubat2 kurus.  Jimat sebab tak payah beli nasi setiap hari.  Duit aku luak cuma utk beli sayur, ikan dan buah ( tu pon MIS yg banyak beli...).  Hahahaha!!  Pasni, aku boleh saving la duit gaji tu...  Boleh buat pergi Mekah, ye dop...?

6 ulasan:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. dah lebih 6kg dah akak turun???/ *pengsan*


    bestnyee.. happy saye dengar!



    teruskan usaha akak okeyyyy~ =) sekarang ni akan pulak jadi idol sayeee.. ;p

    BalasPadam
  2. Tahniah...saya pun mcm tu dulu, bila diaorg tanya saya mkn apa...saya jawab saya x mkn lah sbb byk turun...

    semua org x caya... x caya sudah..

    sama2 kita berjuang...

    BalasPadam
  3. Nadia - Thanks sayang... Krn Nadia n de geng la k.tie mula balik diet ni... mari sama2 mengidolakn diri yer... ^_^

    Petai Jeruk - Thanks coz sudi singgah. Moh kita giatkn lagi usaha KURUS!!! Yeeyy...

    BalasPadam
  4. ubat2 karut je,,lepas jumpa diet atkins, terus leh kurus tanpa ubat, memang ramai terkejut tgk kurus, mesti akan tanya makan ubat apa..huhu.

    BalasPadam
  5. Atkins..mcm best je..aish berapa lama buat diet atkins tu..pernah dgr kwn2 crita..tapi tk penah cuba

    BalasPadam
  6. Atkins..mcm best je..aish berapa lama buat diet atkins tu..pernah dgr kwn2 crita..tapi tk penah cuba

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.