KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 6 September 2011

CELAKA 14 PUNYA MANUSIA !!

Manalah aku tak menyumpah dan mencaci maki?  Kalau dah manusia semakin hilang sifat manusianya...  Sedih betul bila baca entry salah sorang rakan blog, Mrs.Azmi - tentang kekejaman manusia yang sengaja membiarkan haiwan mati kebuluran.  Eleeeehhhh.... takat haiwan mampus pon nak hangin satu badan ker?  Mesti ada yg berkata demikian, kan?  Mana tak hangin, kalau dah haiwan tu mati di pusat penjagaan!


Aku pantang kalau tengok haiwan, lebih2 lagi kucing, dizalim-zalimi.  Kucing haiwan kesayangan Rasul tau....  Kalau dah takmo jaga haiwan, jangan buka pusat jagaan la....  Ni tidak.  Siap iklan2 konon kat centre dia murah dan terbaek!  Puuuiiihhh....  Lebih baik kucing2 tu dilepaskan.  Biar mereka 'bergelandangan' sekali pon, at least, mereka boleh cari makan sendiri ( walau hanya minum air longkang ).  Ni tak, dah dikurung haiwan tu, tak diberi minum, petah lagi nak bagi makan!  Mangkuk hayun punya manusia....



Bengong punya manusia!  Apa punya bodoh alasan mereka kasi, konon tak cukup kakitangan.  Whoi!  Kalau tak cukup kakitangan sekalipon, takat nak letak secawan air kat dalam sangkar pon tak boleh ke?  Secawan air bagi kucing dah cukup sampai 5,6 hari tau...  Bayangkan berapa hari kucing2 tersebut dibiarkan tanpa makanan dan air hingga MATI.  Kucing, hatta haiwan lain sekalipon, takkan mati dalam masa singkat tau!  Bayangkan lah semua, akan keazaban dan siksa yang terpaksa haiwan2 tu lalui hingga akhirnya menemui ajal.  Berapa hari mereka terpaksa tanggung?


Kepada pusat jagaan haiwan brengsek itu, aku berdoa agar Allah berikan balasan SEGERA, tak kira apa jua bentuknya, kerana menzalimi haiwan.  Ya Allah ya Karim, makbulkanlah doaku ini....

1 ulasan:

  1. Salam,

    Ala naper akak letak gambo tu? sedihnya...
    bab! punya manusia tu. i think even bab! sendiri pun tak sama taraf dengan depa yang nauzubillah ni.

    mampus la depa nak menjawap kat sana nanti! masak la nak ngadap Nabi Muhammad sbb seksa binatang kesayangan dia...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.