KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 27 September 2011

BELAJAR DARI KESILAPAN...

Bangga dan kembang lubang hidung tahap gaban pagi ini tatkala Inchek Suami a.k.a MIS memberi komen ringkas (dia yg memang terkenal dgn 'berat mulut'nya itu...) " Tie dah nampak kecik sikit dah dari biasa..."


Owh!  Owh!!  Istilah KECIK tu amat besar maknanya bagi aku yg bersaiz BESAR ni tau.....  Walau rasa nak meloncat2, aku tetap kontrol ayu, cuma bterima kasih di atas perhatian dan pujiannya ( harap dia ikhlas la...).  Memang semasa timbang pagi tadi, ( sebelum dia bangun ) aku dah pon lega giler, coz akhirnya beratku turun 600g berbanding kelmarin.  Mungkin berkat aku kembali ketatkn semua diet atkinsku, ditambah dengan sesi tarian salsa dan mereggae yg aku buat petang semalam.  ( eleeehhh... setengah jam jer.. )


Memang aku dah serik melanggar pantang atkins ( yg over2 la.  Kot pantang kecik2 tu takper kot.. heh heh).  Azab dan sakit hatinya, hanya aku dan Allah saja yg tahu.  Seminggu, minggu lepas, amat mengecewakan.  Bayangkan, hanya turun 100g a.k.a 0.1kg!!  Semuanya gara2 kebodohan aku membiarkan diri 'ternoda' dek hasutan nafsu selera kpd buah DURIAN...  Salah aku juga.  Salah faham tentang maklumat yg aku dapat sebelum ini.  Rupa2nya durian amat2lah PANTANG dalam atkins....  Namun, seperti kata salah seorang watak dlm filem Twilight Eclipse - kita hanya akan belajar sesuatu bila kita melakukan kesilapan.  dan kita akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan utk memahami dan mempelajari semuanya di dlm hidup ini - lebih kurang la...





Aku pon nampak gayanya telah belajar dari kesilapan...  Namun, aku rasa satu perkara yg pasti di sini - 'pembelajaran' aku ini teramat perit dan menakutkan.  Terus membuatkan aku serik.  Harap2 betul2 serik, heh heh!  Mana tau, kot lepas ni, bengong semula.  Minta jauh la....  Well, harap aku mencapai target, sebulan atkins turun 8kg!  Ada sekilo, lebih2 sikit ( tak boleh terima kenyataan tu ) jer lagi perlu aku turunkan sebelum Sabtu depan.  Insyaallah.  Caiyok!  Caiyok!!

4 ulasan:

  1. wahhhh.. memang bersungguh betul Kak Tie.. bagus bagus.. kagum saya..


    Mesti gumbira amat-amat bila encik MIS tegur Kak Tie kann?


    Heheheh.. nanti tepek lah gambar before & after.. nak tengokk.. =)

    BalasPadam
  2. Hahahaha! Ni yg malu besor ni Nadia... Kot stakat turun ceciput gitu, nak nampak sangat perubahan 'before & after' tu, tak der la kot... heh heh

    Tapi, insyaallah, akan diusahakan

    (^___^)

    BalasPadam
  3. aduih dh berubah pattern blog ni..mia cuba cari komen semalam...aduh aduh x jumpa...hi tie..jengah sini lagi....wah lps ni nk tgk gmbr before after tie lak...pastikan berjaya ye diet....cbrn ni..ehhe..mia ni cbr je org...diri sendiri..huh, ntah kemana diet tue

    BalasPadam
  4. Thanks Mia... jangan sesekali dilupakan, Mia, jg spt Nadia, adalah antara insan2 yg mjadi pencetus sy utk kmbali serius bdiet tau...

    caiyok! caiyok!!

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.