KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 8 September 2011

5 HARI... 2kg...

Salam.  Dalam kelam kelibut dan meroyan melihatkan gelagat anak2 murid yg still hanyut walhal peksa dah minggu depan, aku cuba juga sehabis daya untuk tidak mematahkan semangat dan azam diet aku.  Kalau dulu, aku biasanya bertahan 3 atau 4 hari jer berdiet.  Bila jarum tak tunjuk perubahan, ditambah 'masalah emosi' lain2, ke pinggan nasi jugalah tempat terakhir mulut aku akan tuju.


Namun setakat ini, setelah 5 hari cuba diet ikut ala2 Atkins (terpaksa kata ala2 kerana aku selalu juga terlanggar pantang, heh heh), aku masih bersemangat untuk meneruskan diet ini sehingga berat idealku tercapai, Insyaallah.  Dan pagi ini, setelah berdebar2 dengan keputusan berat lewat malam semalam ( aku memang gila timbang - 4 kali sehari.  Tapi berat rasmi aku, aku kira di awal pagi aje), mujurlah TURUN.  Setelah berhempas pulas menahan selera agar tidak menjamah apa2, kecuali air suam, semalam.


So, aku gembira hari ini kerana dalam 5 hari mengamalkan diet Atkins 'derhaka', aku turun 2kg.  Menjadikan berat keseluruhan aku sejak berusaha dalam bulan puasa lepas, telah turun 4kg.  Alhamdulillah...  Jadi, benarlah kata rakan blog, Bicikut, pengamal diet Atkins akan turun sekurang2nya 3kg seminggu.  Harap2 ianya turut berlaku ke atas diriku.  Maklumlah lemak tepu di badan aku ni memang terkenal degilnya...


Gambar semasa sambutan merdekaraya Isnin lepas, saje enter frame...

3 ulasan:

  1. wahlaweeiiiiiiii~


    jelesnye saye dengan Kak Tie sekarang! =)



    Bayangkan seminggu Kak Tie turun 2kg.. sebulan dah 8kg tuu.. fuh fuh.. semoga berjaya akak! (^_^)

    BalasPadam
  2. Thanks Nadia. Harap semangat juang ini akan berterusan...

    Ye la... asyik Nadia jer turun kilo, ye dop.. (ayat org jeles)

    BalasPadam
  3. camna, dengan atkins pasti bilehkan,muahahaha. bagi nadia tu jelessssssssss

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.