KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 1 September 2011

SETELAH 24 TAHUN...

Salam.  Memang aku akui tahun ini memang tenggelam terus aura merdeka, dek penangan hari raya.  Aku tak tau orang lain, tapi bagi aku sendiri, memang tak terzahir semangat MERDEKA aku.  Nak buat camna?  Dah bertindan dengan Hari Raya Aidilfitri...  Namun aku tetap bersyukur dalam hati diatas kemakmuran yang Allah berikan kepada bumi Malaysia ini.  MERDEKAAAA....!!!!!


Dan pada tarikh yang sama semalam diadakan juga perjumpaan bekas2 pelajar SM Manek Urai tahun 80-an (termasuk aku ler...).  Yang berpenat lelah meng'handle'nya adalah batch SPM'86.  Tahniah dan terima kasih di atas usaha kalian.  Memang membangkitkan memori.  Apa tidaknya, setelah 24 tahun terpisah, akhirnya semalam baru bersua kembali....


Batch aku cuma 4 orang jer yg gi tunjuk muka.  Tak kisah! Asal bespren aku gi!

Antara guru yang telah membimbing kami dahulu - Cikgu Mat Nor Latif (berdiri) dan Cikgu Shukri

Cikgu Mat Nor Latif memberi ucapan dan merasmikan majlis reunion itu semalan...

Lepas makan2, bagi2 duit raya kat anak2, acara bergambar la pulok...

Perhatikan, bespren (zaman sekarang) aku sentiasa ada di sisi.  Huh, Ku Mah dan Ku Zai tak pernah ketinggalan untuk sama2 enter frame...

Semuanya sudah berjaya dalam kerjaya dan keluarga sekarang ni!  Malah ada yg dah jadi org besar tau...  tabik tabik...

Class of the 86...  including my MIS la...

Hambik kau....  tadi MIS beria2 takmo hadir, pastu rasa jeles kot, akhirnya dia join.  Seronok nampaknya bermesra dgn rakan2 lamanya....


Memang boleh dipuji la apa yang pihak jawatankuasa tu buat semalam.  Aku gembira bertemu rakan2 lama (walau bukan dari batch aku), kebanyakannya senior aku la...  Abis, dah salah seorang super duper senior aku tu dulu, kini dah jadi aku punya encik suami.....  hehehe....  Terima kasih kepada semua yang hadir, walau semuanya sibuk, tapi tetap meluangkan waktu.  Dan yang penting, walau ada sesetengahnya orang besar kat perantauan nun, kelas orang bawahan tabik la bila kereta dia lalu, tapi semalam, dia tetap mesra dan merendah diri sesama kami, berbual mesra, seperti 24 tahun dahulu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.