KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 25 Ogos 2011

SESAK...

Salam penghujung Ramadan ( ewah... padahal ada 5 hari lagi tu...).  Semalam, otw nak amik anak dari hostel, mak datuk...  jalan sibuk giler!  Tu belum duduk bandar2 besar lagi tu... Belum di KL lagi tu....  Ntah dari mana datangnya segala manusia.  Tau2 pakat berduyun2 di atas highway...  Haih, semakin banyak rakyat Kelantan yang sudah semakin kaya dan berkemampuan.  Dulu, 10, 11 tahun lepas, on the same road, nak jumpa sebuah keta pon susah.  Jalan la aku sorang2...


Tu belum perantau2 mula berasak2 balik kampung! Tengok la 2, 3 hari lagi...  Senario itu tetap tidak akan terkecuali saban tahun, ia pasti berlaku - kesesakan lalu lintas yang teruk!!  Apa2 pon, harap semua dapat bersabar dan memandu dengan cara yang paling berhemah agar semuanya selamat sampai ke destinasi memasing.   Selamat Hari Raya kepada semua...


Ingatlah, malang tidak berbau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.