KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 7 Ogos 2011

SAKIT TAU....

Pejam celik, dah masuk hari ke 7 Ramadhan...  Setiap hari aku buka blog rakan2, macam2 juadah  yang terhidang.  Hebat2 belaka!  Blogger2 seperti Alycia, Yanti, Princess Nur, Mrs Azmi, Nadia dan ramai lagi ternyata hebat dalam segala segi.  Siap pandai masak!  Aku tabik dengan korang....


Aku ?  Masak juga...  Tapi, tak miss membeli!  Itu wajib.  Terutama gulai daging kawah.  Takkan nak makan semangguk, aku kena cari kawah untuk memasaknya, ye dok?  Baiklah aku kuarkan RM 5, dapat sesumpit gulai kawah dan boleh dimakan untuk berbuka dan bersahur keesokkannya...  ( alasan....)


Hari ni rimas betul aku.  Sedari semalam lagi dah rasa pedih2.  Bila tidur, sering terganggu dek batuk2 yang menggelegak di leher.  Macam ada pasir bertaburan dalam tekak aku nih!  Dan hari ni, merananya aku kesakitan tiada terperi, hingga hilang suara.  Pedih!  Pedih!  Macam nak berdarah....


So, bila masuk kelas, terpaksa mengajar.  Aku cakap pelan2 je la...  Dah lubang tekak ni rasa macam dah luka dan berdarah dah.  Nak minum air atau telan ubat, PUASA....  First impression murid2 aku - melotot memandang aku dengan mulut yang terlopong!  Mereka tak dengar apa aku cakap.  Maklumlah, biasanya suara aku bak halilintar membelah bumi!  Aku perasan sangat, murid2 yang duduk di baris hadapan memang terpaksa menutup telinga mereka bila aku bercakap.  Kuat sangat, kata mereka.  Habis, kalau tak, yang duduk di belakang tu, haram nak dengar apa aku ajar...  Tapi, hari ni....  huhuhu


Mereka suruh aku cakap kuat sebab mereka tak dengar.  Woi...!!!  Aku sakit tekak la wey!  Mana bleh tinggikan volum...  Sabar ajelah budak2 nih!  Dan sedari tadi aku sedang mengontrolkan diri daripada muntah.  Kepedihan dan rasa miang di tekak ni hingga buat aku rasa nak termuntah.  Macam tu ke rasanya bila sakit tekak?  Tak perasan plak aku sebelum ni.... Mata pun dah mula berair, muka panas dan sendi2 terasa nak tercabut.  Demam selsema lagi?  Oh, tiiidaaaaaakkkkkk.....


Windu nak hidup tomyam merah tersohor nih, tapi malangnya 'orang' tak nak bawa kita gi...  ehek ehek

2 ulasan:

  1. What's gulai daging kawah? It sounds delicious though. Boleh bagi-bagi sedikit?

    I've been having the same symptoms too with my throat. I think it's the dry season. Get well soon.

    BalasPadam
  2. Thanks Eki... you too, get well soon
    =)

    Daging masak gulai kawah - more explaination on my latest post, ok

    ;p

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.