KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 2 Ogos 2011

HANGIN SATU BADAN...

Ini story last week punyer, tapi bahangnya masih aku terasa...  Minggu lepas ada event kat sekolah aku.  Macam biasa, bila time part Jawatankuasa kerja tu, bahagian PENGACARA a.k.a MC, mesti nama aku yang naik.  Memang la aku bangga bila ada yang mengharapkan bantuan aku.  Tambah2 bila boss sendiri cakap, itu pilihannya cos dia rasa soro mak ni sedap...  Aawwh...!!


Malangnya masa event tu, aku kena batuk dan demam selsema plak.  Kerongkong sakit nak mampus.  So, aku minta la jasa baik insan2 perihatin yang lain, yang sememangnya hebatnya melebihi aku dalam bidang MC ni....

Haram nak ditolongnya aku!!  Katanya, tak kisah kalau suara rock dan serak pun, lagi sedap jer nanti...  Ceh!  Dia ingat aku saje2 ke nak excuse??  Lama la juga aku memujuk.  Sampai ke sudah tidak dilayannya!  Hinggalah kes ini dirujuk kpd Boss kami.  Malangnya, boss aku mau kekalkan aku... huhu.  Semasa rakan yang hendak membuat buku aturcara tu bagitau aku alasan boss kami, barulah aku tahu bahawa seluruh SKMU ni dihuni oleh Sang Bisu rupanya!  Rupa2nya, hanya aku ada suara dan boleh bercakap!


Takper la Sitijay.... Awk kan MC TerDiva...  pujuk rakan2 aku.  Heh, memang terDiva la ni...  Suara tak keluar pun takper, asalkan Diva...  Mengamuk aku, terus pergi shopping persalinan serba baru untuk majlis itu petang tu jaga!  Hambik kau.....


MC TerDIVA bersama Chef DIVA....

Walaupun majlis tu mula petang, sedari pagi lagi aku melaram dengan dress tuh!  Everythings new, top to toe, orang kata...  Dan semasa majlis petang tu, aku menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan itu separuh hati.  Suara tersekat di kerongkong dek sumbatan kahak di dada....  Sabar je la...  Dan dengan sakit hatinya, aku membuat onar di majlis tu!  Kalau ada yang perihatin, mesti perasan!  Malangnya, so far, tiada yang komen tentang onar aku tuh!  Ceh...!


Satu pengajaran aku dapat, janganlah kita mengharapkan pertolongan orang lain walaupun di saat itu, kita amat memerlukan.  Belum tentu kita akan mendapat pertolongan itu, padahal, orang yang kita harapkan bantuan itu adalah insan yang selalu mengharapkan pertolongan kita...  Terasa menyesal pulak asyik menolong orang!!  Tiba time aku, takder sorang pun nak tolong.  Brengsek!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.