KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 4 Ogos 2011

HADOIIII....!!

Tak puas aku ketawa sehingga kering tekak semalam bila terbaca satu entry yang dah lama daripada rakan blog, Mrs Azmi...  Hahahaha!!  Kelakar nak mampus!  Aku ingat, aku aje yang terjebak dengan murid2 yang tak reti apa2 pun.  Tapi, anak murid Mrs Azmi tu, berdasarkan penelitian aku, tidaklah dalam kategori lembam sangat.  Cuma dia kurang fasih menggunakan Bahasa Melayu (memandangkan dia budak Cina).  Aku dapat lihat, dia sudahpun berusaha untuk menyiapkan tugasannya, walau terpaksa mencampurkan bahasa ibundanya ke dalam karangan Bahasa Melayunya itu.  Yang aku gelak tu, bab idea/ isi karang tu, yang tiada beza dengan kepala hotak murid2 aku.  Nampak sangat melalut...


Aku nak tinggalkan komen kat entry beliau pun, rasa macam dia takkan notice, sebab itu entry tahun lepas punyer.  So, aku amat berbesar hati untuk highlightkan balik entry dia kat sini untuk tatapan rakan2 lain plak.  Harap Mrs Azmi tak marah....  Sebab bagi aku, karangan anak murid dia tu, adalah satu 'treasure' yang jarang2 kita akan jumpa...   ;p


Dah la soalannya, kena tulis surat mohon cuti.  Budak tu bantai tulis sebab2 dia takleh gi sekolah.  Alasannya plak amatlah mengarut dan tak masuk akal...  kah kah kah!  Kelakar habis budak ni.  Tak tau la apa yang Mrs Azmi buat kat budak ni selepas check karangan tu hari tu....

2 ulasan:

  1. budak2 just imagine benda yg dio biasa dgr dr kecik, so inilah hasilnya...mesti kalau baca paper ni utk mark, yg rasa nak marah jd ketawa dan tersengeh sorang2, saya penah alami situasi begini masa ngajar kat pahang, hehe..inilah pahit maung jd seorang guru, kekadang benda mcm ni adalah memori dlm hidup kita, kan tecer kan...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.