KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 8 Ogos 2011

GULAI KAWAH.. OH, GULAI KAWAH....

Ya benar...  Kita di Malaysia, khususnya di Kelantan (Pantai Timur) rasanya tidak asing lagi dengan menu daging masak gulai kawah.  Sebagaimana sinonimnya bubur lambok di bulan Ramadhan ni bagi kawasan2 Pantai Barat,  daging masak gulai kawah juga tidak miss di area aku.  Sebenarnya gulai kawah ni tidak terhad di bulan Ramadhan aje.  Waktu2 lain yang biasa juga pun ada dijual.  Tapi istimewanya daging gulai kawah di bulan puasa ni di tempat aku sebab gerai yang satu itu, di bazar Ramadhan tu memang terkenal dengan daging gulai kawahnya...



Walaupun ini bukanlah gambar sebenar gulai kawah di gerai itu, namun adalah sikit2 iras2nya... hehehe...  Sebagaimana yang sudah aku maklumkan dalam entry aku yang terdahulu, aku nak eksplen sikit pasal menu daging masak gulai kawah ni, sebab aku dapat respon dari rakan blog yang terpemes di Indonesia, Eki yang nyatanya tidak biasa dengan menu ini....

Daging masak gulai kawah ni Eki, memang sedap dan tiada tandingannya (bagi penggemar daging).  Secara amnya, ia dinamakan gulai kawah kerana memang ia dimasak di dalam kawah.  Why?  Untuk memudahkan urusan membuatnya.  Sementelah ianya dimasak di atas dapur kayu (tradisional).  Kalau dimasak di atas dapur gas, rasanya sudah tidak berapa kick lagi....  Biasanya bila sebut gulai kawah, bukan hanya bahagian dagingnya aje yang dimasak.  Anggota/ bahagian lain juga seperti tulang, lemak tepu, jantung, limpa dan peparu juga turut dicampur-adukkan bersama.  Untuk lebih kaw lagi, kami biasanya menambah umbuk kelapa atau paling koman pun, buah ara bersama...  Huh, kecur liur nih.... 



Rempah ratusnya, atau kalau orang Kelantan, kami panggil 'awah' sama saja macam rempah nak masak gulai biasa.  Tapi, kami tidak guna rempah kari...  Jika tidak, jadi kari daginglah pulok...  Kesimpulannya, gulai kawah ni, memang nampak sama macam gulai daging biasa, tapi ia berbeza kerana semua bahagian dalam seekor lembu/ kambing itu akan digunakan, plus umbuk kelapa atau buah ara dan wajib dimasak di dalam kawah menggunakan dapur kayu...  Sedap bangat dan nyata berbeda dong....   =D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.