KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 9 Ogos 2011

ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH...

Tiada yang dapat menggambarkan rasa syukur di hati aku, malah sesiapa saja yang bergelar penjawat awam, bila Perdana Menteri mengumumkan pemberian BONUS kepada kami.  Alhamdulillah...  Terima kasih PM...  Biarlah hanya setengah bulan gaji atau minima RM500, aku tetap bersyukur menerimanya.  Daripada tiada langsung,  RM500 tu dah besar tau.... (syukur la sikit...)  Aku, ehem... lebih sikit la daripada tu... hehehe....


Bukan sedikit jumlah penjawat awam tau...  So, cubalah korang bayangkan jumlah yang kerajaan perlu keluarkan untuk beri kita bonus tersebut.  Aku amat2 bersyukur dan berterima kasih....  Makanya, sedari tadi, setiap sahabat yang melewati aku, semuanya nampak manis muka...  heh heh!  Semangat...  semangat....  Aku lagi la bersemangat, sementelah memberku aka tukang jahit baju aku bawa salah satu ( amboi! Salah satu...) daripada baju raya aku kerana aku nak jahit manik.  So, aku rasa tidak risau untuk menbayar upah jahit kat dia nanti...  kui kui kui...


Huh, bersemangat waja aku nak menjahit manik nih... sempat ke siap ni?


Aku punya baju raya ke 2...


Walau ada juga kedengaran sok sik sok sik di belakang aku ni,  " Eleeehhh....  mintak 2 bulan, dapat setengah bulan jer..."  Namun pada aku, itu lebih baik...  Tak reti nak bersyukur la pulak diorang tuh...  Kat sesetengah negara lain, nak dapat gaji tinggi pun susah, inikan pula nak bonus.  Apa da....

1 ulasan:

  1. Alhamdulilah, ada rezeki untuk Kak Ti dan anak-anak =)

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.