KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 14 Julai 2011

YA, MEREKA BOLEH..!!!

Semalam adalah hari yang meletihkan, tetapi amat mengembirakan!  Sekolah kami menghantar murid2 berbakat kami untuk menyertai acara2 seperti pertandingan Bintang Kecil, Membuat Wau Sobek dan Congkak peringkat PPD Kuala Krai.  Kekalutan bermula seawal pagi lagi, nak menyolek 'artis' kami.  Habis riuh rendah bagai nak runtuh bilik muzik tu dek kepanikan masing2.  Kat sini memang biasa untuk saling tolong-menolong dan berganding bahu untuk melakukan apa2 sahaja (ewaaaahhh....)


Penyanyi tersohor sekolah kami.  Mak tunpang glamour jer...  Mekap dia tu hasil sentuhan 'mak andam' ini ler... heh heh ( kembang lubang idung )  Costume dia tu hasil kreativiti Ku E dan Ajudin...


                                                 Congkak Team di bawah pimpinan Ku Zai


Ni baru team aku - Team Wau Sobek.  Hehehe... padahal aku tukang bawa dan jaga ajer...  Yang melatihnya, Cikgu Lan.  Dia busy nak siapkan PLBS.


Sobek, jangan tak sobek....  Team aku sedang giat menyiapkan wau mereka.  Huh, tu pun puas berkekah dengan aku tuh!  Masing2 dah jenis tak berapa rajin dan kurang fokus.  Duk ralit nak buat benda lain....


Kesemua acara yang kami sertai mendapat tempat ( walaupun tidak Juara ).  Syafikah mendapat Naib Johan untuk acara Bintang Kecil.  Namun, aku rasa beliau sebenarnya layak mendapat tempat pertama sebenarnya.  Tak tahulah apa yang hakim nampak pada peserta yang jadi Johan tu....


                                                   Team Congkak - Juga Naib Johan


Team Wau Sobek - Tempat Ketiga.  Tu pun beza cuma 1 MARKAH dengan team yang dapat Naib Johan...  Ceh, 1 markah aje.....  Kami dapat 66 mata, mereka dapat 67 mata.....  kuang3.....


Anyway, congratulation children...  We are so proud of you guys.....

3 ulasan:

  1. kak , ary tuh sy p btanding koir . prgkat skul . ade jgk bntang kecil . diorg ney g tak utk prgkat ngeri ?? sy koir prgkat ngeri plak ary ahad ney , diorg ade x ? hehe .

    BalasPadam
  2. Sorry Dayang,
    Dah kami Naib juara jer, takleh g ler..

    Yang Johan tu akan mewakili Daerah Kuala Krai ke peringkat Negeri nanti...

    Tahniah buat Dayang!!!
    Do the best la nanti yer...
    ;)

    BalasPadam
  3. tahniah, sememangnya anak2 murid skmu memang berbakat kalau di gilap dr awal, takper w/pun naik johan, next year kita cuba lg, takder pertandingan tuk guru2 peringkaat ppd ke pulak, kalau budak2 kita pangil bintang kecil, tp kalau cikgu2 nak bg nama apa pulak ni, takkan bintang besar kot? haha

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.