KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 21 Julai 2011

SAYONARA...

Semalam adalah hari terakhir PK HEM kesayangan kami, Cikgu Yie berada di sekolah ini.  Beliau telah dinaikkan pangkatnya menyandang jawatan FasiLinus di PPD Jeli.  Uuwaaaa.....  sedih!  Memang sedih kami semua...  Namun demi kejayaan dan kebahagiaanya, kami terpaksa jua 'melepaskannya'...  (ewaaahh..)


So, dua hari diadakan majlis jamuan perpisahan dan semalam, majlis menghantarnya ke PPD Jeli dan terus ke rumahnya...  Di bawah ini antara gambor2 yang sempat aku snap ( selain daripada busy mengesat air mata...)

Chef Diva...


PK HEM sedang memotong kek 'sayonara'nya sambil dikacau oleh budak bawah umur tu...


Walaupun sedih dengan perpisahan ini, guru2 tetap kontrol ayu dan macho dengan menyembunyikan kesediahan sambil buat2 happy dan bersemangat untuk makan...  eewaaahhh....

VVIP (PPD) sedang ditemani GB dan PK 1 berjamu selera setelah penat bermesyuarat

Ehm... Ehm...  Kelihatan merpati dua sejoli sedang asyik magsyuk bermesraan tanpa menghiraukan 'paparazzi' busy duk snap2 gambar2 mereka...  huh...

 

Di hari kedua, kami mengadakan majlis perpisahan dengan mempertontonkan beberapa persembahan terakhir untuk PK HEM, di samping menyampaikan cenderahati serta bersalaman bersama beliau.  Aku sedih macam nak koma bila Sir Rash mendendangkan sebuah lagu P.Ramlee ( berduet dengan budak bawah umur ).  Hadoiiiiyaaaiiii.... semua murid dan guru2 mengalirkan air mata, termasuk PK HEM.

Gambar ini disnap agak lewat ( kerana mak terpengsan sekejap).  Sebelum tu, semua terkedu bila melihat PK HEM berpelukan dalam esak tangis bersama dua orang roomate beliau tu....  huk huk

PK HEM tetap tabah walau terpaksa menyeka air mata bila waktu ini ditayangkan slide gambar2 beliau selama berada dan berbakti di SKMU yang tercinta ini.  Slide hasil nukilan Sir Rash itu amat meruntun hati bila ia diselangi dengan lagu salam terakhir dan perpisahan.....

Waktu ni, kami, set2 jahak sudah tiba di PPD Jeli untuk mengiringi dan menghantar PK HEM.  Kami tak sangka la pulak sambutan di sana amat meriah mengalu2kan ketibaan kami

Walaupun perut berkeroncong gila, sebab belum lunch lagi ( walhal jam dah pukul 4 petang ) pihak rombongan tetap kusyuk mendengar ucapan daripada Ketua PPD Jeli, termasuk boss kami tuh...

Ketua PPD Jeli, Tn. Hj. Abdul Kadir telah mengejutkan kami dengan sambutannya yang mesra dan penuh hormat itu



Huh, pukul 5 lebih baru lah kami sampai di SK.  Kalai..  Inilah hidangan yang mananti kami...

Maka Ku Mah riang ria sekali setelah akhirnya kami dapat juga ngap setelah lunch kami tertangguh lebih 5 jam...


Terima kasih diucapkan kepada PK HEM dan isteri di atas jamuan dan sambutan kami di Kalai.  Sejam selepas itu, kami bertolak pulang.  Sedih, memang sedih, namun bila aku lihat kegembiraan terpancar di wajah isterinya, aku rasakan PK HEM wajar kami 'lepaskan'....  ewah....



2 ulasan:

  1. sedihnya tecer pd hari last tu,sib baik i dpt tahan air mata drpda mengalir tuk mengahabiskan lagu tu, tecer tak mengalir airmata ker masa pk hem nangis atas pentas tu...(sob sob sedih ni)...tinggalkan ku sendirian tiada berteman dlm kesepian

    BalasPadam
  2. Karl mana nak nampak mak nangis sebab dah khusyuk tawadduq sangat menghayati lagu...

    Me nangis sampai guling2 tau...

    Tu pasal la 'rakaman nyanyian' tu putus2.... hehehe

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.