KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 4 Julai 2011

SAKITNYA AKU KERANA LARI

Sabtu lepas, bersamaan 2 Julai 2011, seluruh Malaysia melaksanakan seruan kerajaan untuk 'berlari', sempena pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia.  Sekolah aku pun tak terkecuali menjayakannya, dengan penuh komitmen, hingga sanggup menangguhkan aktiviti2 kami yang lain, walaupun ianya telah dirancang dengan amat rapi sedari awal lagi....


Bersemangat semuanya hendak berlari.  Kami, guru2 pun digalakkan berlari juga.  Maka, aku yang rimbun dan rendang ni pun bertekad untuk berlari juga.  Ala... 1.7 km jer.....   hhhhhhhhh..........


            Lihatlah aksi guru2 kami, dalam sesi warming up....  Sah lepas ni kencang lariannya tuh......



Murid mula berlari setelah dilepaskan.  Semuanya bersemangat dan nampak ceria ajer....  Ye lah, mula2 ni......



Antara aksi yang sempat aku rakamkan setelah hampir separuh larian ( tu pun dalam keadaan aku yang hampir separuh koma dah ni...).  Murid2 lain semua dan ke depan.  Tinggal yang haluh2 ni jer la.....


Ha ha ha!  15 minit, acara larian tu pun tamat.  Murid2 berkumpul semula di padang.  Aku bangga kerana dapat menyempurnakan larian berjarak 1.7 km tersebut ( walau banyak berjalan daripada berlari! heh heh ).  Jam baru pukul 8.00 pagi..... Kalau ikut jadual, pasni acara 'Malaysia Cergas'.  Tapi, larian tamat terlampau cepat daripada waktu jangkaan.  huhu....


Dan, hari ini, Isnin, selepas 2 hari 'berlari' tu, aku masih lagi menanggung sakit betis dan peha!  Padan muka!!  Namun, itu tidak menandingi sakit hati ini bila wujud spesis bermulut longkang dan jamban yang sesedap rasa mencerca aktiviti 'Malaysia Cergas' yang aku TERPAKSA laksanakan atas arahan PK Ko.  Mangkuk punya orang!  Kerja kita tak buat2 pun, sibuk nak ambik tahu kerja orang!  Bukan salah rasanya kalau murid tu bersenam dengan iringan muzik.  Kalau tak suka, tukar sekolah jer la....  Susah kalau dah bodoh tapi rasa diri pandai....  Ptuih!!

3 ulasan:

  1. bestnya berlari dengan anak murid!

    1.7km kira jauh lahh tuu, ada jugak keluar peluhnya. hehehe..


    nanti boleh lah berlari-lari selalu~~ =)

    BalasPadam
  2. slm tecer, aikkk ada org komplen ker pasal senamrobik tu, biasa la senamrobik kan mesti ada muzik, peliknya ai, diorang ni mcm tak biasa ker? hayooooo susah la mcm ni

    BalasPadam
  3. Nadia - berlari berkejaran.... hehehe

    Karl - Ada la Karl weh... yang jenis x tahan lihat punggung mak yg 'seksi' giler ni tergolek2 gerudi atas pentas la... Pastu, dia marah bila mak buat poco2... padahal Perak jer HARAM... Bodoh nak mampus punya orang!!

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.