KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 1 Ogos 2011

PUTERI DUYUNG...

Kagum betul aku melihat gambar2 bekas pensyarah maktab aku tu semalam.  Dia kelihatan begitu aktif dan gagah perkasa!  Masih menjalani rutin hidupnya seperti waktu2 bersama kami di MPIP, Perak dahulu.  Memancing, memancing dan memancing lagi!


Yang membuatkan aku bertambah kagum, bila dia masih mengingati kami.  Beliau begitu gembira ber'cit-cat' dalam laman fb tu...  Mulut peramahnya tidak lekang memuji2 kami (member2 aku ler yang sebenarnya... heh heh).  Aku memang kagum dengannya kerana, walau sudah 17 tahun berlalu, susuk tubuhnya tidak berubah, kecuali part perut (itu dia sendiri yang highlight).  Tetap nampak gagah dan lasak macam dulu2....  Aku tak pasti la dia sedar atau tidak yang aku benar2 jujur memuji dan mengaguminya...


Sedang aku....?  Masihku ingat, 17 tahun yang lalu, pensyarah aku tu pernah memanggil aku Puteri Duyung kerana aku tidak takut dan segan silu untuk berendam dan terjun ke dalam kolam maktab kami yang keruh pekat tu setiap kali sesi Pendidikan Luar berlangsung.  Hmm...  Puteri Duyung.


Sekarang pun, walau sudah 17 tahun berlalu, Puteri Duyung ni takder la banyak sangat berubah!  Masih gilakan air dan tega untuk berada di dalam mana2 keadaan air sekali pun!  Cuma huruf /y/ dan /u/ tu perlu ditukar kepada /g/ dan /o/...  Itu aje.....   Sekarang ni, aku lebih kepada Mak Dugong!!  Kah kah kah!!


Aku terpaksa menerima title baru 'Dugong', memandangkan amat sukar nak menurunkan berat badan ni yang hanya reti naik tapi tak tau nak turun2 nih!  hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.