KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 21 Julai 2011

HANYA DIA...

Aku tahu kebelakangan ini, trafik blog aku merudum giler.  Puncanya pun aku tahu.  Aku tidak lagi dapat mengepos entry setiap hari.  Tidak seperti sebelumnya.  Kenapa?


Semuanya hanya kerana DIA...  MIS kesayangan aku tuh, walau tidak menyatakannya secara langsung, aku, selaku isterinya tetap dapat menangkap dan faham akan kehendaknya.  Dia tidak suka melihat aku syik mengadap notebook ( eleeehhh... bukannya 24 jam pon! ) di rumah.  Huh, jeleslah tuh...!!!


Walau tidak puas hati dengan keputusan ini, aku terpaksa akur - never on line at home!  Hambik kau.... Padan muka aku....  Sedih tau, bila perbuatan kita disalah ertikan orang.  Lebih2 lagi orang kesayangan kita.  Padahal, aku bukan duk menggatal ke aper ke...  Aku cuma buka blog, dan menulis apa sahaja yang terbuku di hati ini.  Bila aku tunjukkan blog aku dan minta dia baca, dia takmo plak!  Ceh!!


Tak pasal2 bila aku buka notebook untuk edit gambar2, hatta buat minit mesyuarat sekali pun, dia ingat aku duk on line.  Ceh, dasar orang buta gajet betul....


Well, my beloved Enchik Suami, hanya engkau yang Satu Malaysia di hati nuraniku ini...  Dan hanya engkau jua lah aku hadap siang dan malam kat rumah tuh....  puas hati?

2 ulasan:

  1. Suami saya baca blog saya bila saya buat entry kat rumah.. hehehe..


    Nasib baik dia memahami.. saya pun rajin cerita dekat encik suami kawan-kawan blog ni.. baru dia faham =)

    Pujuk² la MIS akak.. kena explain kenapa akak suka berblog baru dia faham.. =)

    BalasPadam
  2. Dah puas dipujuk dah pun Nadia...
    So far, x makan saman dek dia pon...

    Takper la...
    He's my everything...

    What to do?

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.