KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 31 Julai 2011

FRUST MENONGGENG..!!!

Itu orang kata, bila kita tidak mahukannya, dia ada...  Bila kita amat2 menginginkannya, bayangnya pun tak ada!  Hahaha!  Gara2 tak puas hati makan durian yang beli kat tepi jalan masa on the way ke Pantai Irama Jumaat lepas, aku masih lagi 'berair mulut', nak makan durian D24!!  Sakit hati betul beli durian hari tu, isinya teruk nak mampus!  Buat kesian kat bapak aku jer!


Tau la durian kampung.  Tapi timbang kila juga tau!!  RM4 sekilo.  Kalau yang D24, RM6...  Dah penjual tu kata, isi santhek, aku beli la yang kampung punya.  D24 ambik sebijik jer....  Korang tengok la isinya!  Dah la putih pucat, tawar 'lembar', lembik berair dah....  Ceh!!


So, petang semalam, MIS konon nak gembirakan hati Cik Isteri dia la, melilau dicarinya D24 idaman hati sang isteri nih!  Jam plak masa tu dah 6 setengah petang.  Aku dengan ganasnya minta dia berhenti kat tempat durian kunyit di Kg. Peria tuh.  Mahal pun mak nak beli!  Ceh!  Berlagak la pulak...  Usahkan kunyit, D24 pun takde!  Durian kampung pun dah habis.....


Takpo, cari kat kampung kita yang biasa tu...  Memang kat makcik dekat highway tu jual D24 jer....  Huh, usahkan durian, bangsal dia pun dah takde!!  Laaa...  dah arwah ker makcik ni???   Uuwaaa.... aku dah melaung2 dalam kereta.


Last2, MIS pujuk nak cari durian impot jer (durian Bangkok).  Memang banyak kat gerai2 ikan kat dalam kampung aku...  Tuhan itu Maha Kaya...  Semuanya tak ada!!!  Hambik kau!!  Baliklah aku dengan perasaan menyampah dan frust menonggengnya, memandangkan Maghrib dah nak abis.....


" Kita cari esok je Tie... Esok kan tak posa lagi..."  MIS memujuk...  Huh...  frust aku nak makan durian sedap semalam...  Hahaha!  Ada juga la orang lain yang turut 'frust' sebab tak dapat 'upah' dia....  hehehe!  Padan muka!!!


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA...    =)

2 ulasan:

  1. Happy blessed Ramadan to you too.

    Saya suka durian, tapi tak boleh makan terlalu banyak sekarang.:)

    BalasPadam
  2. Haiiii Eki,
    thanks for stepping by...

    same as you, me pon suka durian but cannot eat too much! migrain...

    =)

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.