KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 8 Julai 2011

DIA MENGERTI...

Kalau ada yang perasan, minggu ni aku kurang post entry...  Selain sibuk dengan pengisian buku rekod peperiksaan murid, aku sebenarnya 'mogok' dan 'merajuk' dengan insident senamrobik Sabtu lepas.  Lebih buat aku emo bila gagal hingga ke sudah untuk aku upload gambar2 aksi yang didakwa manusia bermulut longkang tu, melampau....  Nampaknya Berukband aku pun menyebelahi dia!  Ceh!!


Namun, ada juga insan2 yang telah berjaya mengubat luka hati ini, tanpa mereka sendiri menyedarinya.  Thanks guys...  You're great!  Bermula dengan Boss aku yang ada seminar di Bandung, Indonesia Ahad lepas.  Beliau tidak melupakan kami di SKMU ini, malah telah membeli ole2 sorang satu sebagai kenangan.  Huh, kalau cenggini, pergi  la banyak2 tempat lagi Boss....  Lagi banyak 'souvenir' yang kami akan dapat, heh heh!


Sebenarnya beg hitam yang aku pilih ni, bukan setakat hitam, tapi bercorak seperti harimau bintang.  Dan ini satu2nya corak yang sedemikian yang Boss kami bawa.  Yang lain berwarna merah kosong, biru, biru love, putih bercorak dan seumpamanya.  Huh, ini yang buat aku lagi kembang hidung.  Yang aku punyer agak berbeza dari rakan2 yang lain...  Thanks, Boss....


Tapi yang paling best, bila semalam, member aku si Engku Wani tuh menghulurkan keychain Ganu nih!  Maklumler, 3 ari dia jadi Fasi Kursus di Ganu...  Mesti tiada erti apa2 bagi korang kan ?  Namun aku gembira dengan lakaran gambar yang dia pilih untuk aku - cili!!!  Tak pasti la makna bagi dia tu, dia nak 'cilikan' mulut aku yang sentiasa laser 24 jam ker, apa ker...  Namun, aku gembira! kah kah kah!!  Pada aku, Wani mengerti dan memahami aku....  Thanks, Wani....


Well, minggu bengang aku terubat sedikit dengan senario2 di atas.  Kalau tak, aku sentiasa hangin satu badan tatkala memikirkan satu makhluk di sekolah aku tuh!  Dahlah tak sayang mulut, cakap ikut sedap, lepas tu ada hati masih nak bercakap lagi dengan aku...  Mangkuk punya orang!!  Tau la dia 'jaga', tapi bukan kerjanya  'menjaga' tepi kain orang!!!  Bengong..........

1 ulasan:

  1. saya pun dpt beg ngan keychain tecer,haha...i'm sory

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.