KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 9 Julai 2011

DIA MAHA BESAR...

Semalam juga aku baru mengetahui sesuatu yang sepatutnya aku tahu 5 tahun lepas!  Sebagaimana gembiranya aku bertemu rakan lama (sebagaimana aku story dalam entry terdahulu), aku juga terkedu tatkala melihat sekujur tubuh kecil sedang duduk di atas kerusi bayi di sebelah sahabatku, Sidah.  Begitu polos wajah anak kecil yang berusia 5 tahun, namun masih berfizikal seperti 3 tahun itu.  Jemari halusnya menggenggam tangan aku dengan kuat dalam lemahnya.  Sesekali lengan kurusnya itu berusaha mengangkat tangan aku yang besar dan berat ini.


Segera otak aku berputar ligat, mengingati kembali sesuatu yang sepatutnya aku kekalkan dalam ingatan aku, namun aku gagal berbuat demikian.  Ya, 5 tahun lepas, sahabat aku melahirkan anak istimewa ini.  Aku juga mendengar berita akan keadaan anak itu yang tidak seperti bayi2nya yang terdahulu.  Dia ada gangguan saraf yang menghalangnya membesar dan bertindak seperti bayi normal yang lain.  Segala2nya menjadi lambat bagi anak ini...  Namun, aku tidak menyangka pula keadaan anak sahabatku ini sebegini rupa.  Maafkan makcik, sayang...  Betapa makcik tidak pernah mengambil tahu akan keadaanmu...  Ya Allah, ampunilah aku...


Rakan2 sebayanya sudahpun bersekolah tadika, si kecil manis ini, berjalan pun masih bertatih.  Terlalu mudah jatuh dan amat mudah sekali dia terkejut, walau hanya dengan bunyi batuk2 kecil.  Selalu saja badan dan dahinya biru dan lebam kerana mudah jatuh dan terhantuk.  Namun, aku kagum dengan ibunya, sahabatku itu, yang menceritakan segalanya kepadaku dalam senyum manis dan pasrah.  Seolah2 tiada apa2 yang pelik dalam situasi itu.  Patutlah dia sudah begitu lama tidak balik ke kampung kami, hatta untuk mengunjungi aku.  Dia rupa2nya terlalu sibuk dengan anak istimewanya ini.  Maafkan aku, sahabatku...


Lantas aku merasakan diri ini begitu kerdil dan lemah.  Betapa besar hati sahabat aku dan suaminya itu, kerana berjaya mengharungi hidup dengan jayanya, biarpun dikurniakan Allah Taala dengan dugaan sebegitu.  Dia yang Maha Besar itu, Maha Mengetahui akan hati setiap makhluk ciptaanNya ini..

2 ulasan:

  1. sungguh tabah dan tinggi pengorbanan yang dilakukan oleh kawan akak tu..


    buat kadangkala terfikir, Allah memang ada sebab tersendiri untuk menguji setiap umat dia.

    Seperti mana dia menguji kita, di cara yang berbeza..

    Kirim salam pada kawan akak tu ye. =)

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.