KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 9 Julai 2011

DEKAT TAPI JAUH...

Semalam, untuk ke sekian kalinya kawan lama masa sekolah aku buat kenduri menyambut menantunya.  Hah, menantu?  Dah tua benar ke aku nih?  Kawan dah dapat menantu, hatta cucu dah pun....  alamaaaakkkk.....  Oops... dia dapat menantu daripada anak tiri dia da...  Masa dia kawin dengan husband dia sekarang ni, kawan tu dah ada 4 anak lelaki yang sudahpun sekolah (masa tu la, +- 15 tahun lepas...).  Korang boleh faham kan...


Well, kawan aku tak pernah lupakan aku.  Buktinya, setiap kali dia buat kenduri, aku selalu dijemput, hehehe...  Kadang2, kami ada juga berjumpa semasa hari raya.  Ye lah, bila dah semakin menginjak 'senja' ni, hari2 yang dilalui terasa sekejap.  Kawan yang dulunya selalu makan dan tidur bersama kita seolah2 sudah menjadi orang asing...  Namun, bila sekali-sekala berjumpa, sememangnya meriuh-rendahkan suasana...



Dari kiri: Razdiah, Sitijay dan Rosidah  sekarang....


Maka, di rumah Diah, kawan baikku semasa sekolah tu, aku berjumpa kawan baik aku yang sedari sekolah rendah lagi - Sidah.  Memang aku sudah lebih 5 tahun tidak berjumpa dengannya!  Kalau masa sekolah dulu, dia ibarat 'bayang' aku (walau kami jauh berbeza dari segi paras rupa dan fizikal... kah kah kah).  Sekarang, kami amat kurang berhubung.  Macam la member aku tu tinggal kat UK...  Selepas berumahtangga, dia menetap di Machang ajer...  Dan sekarang ni, dah setengah tahun menetap di Kuala Krai tu jer...  Hahaha!  Pun kami tidak bersua muka.  Hmmmm....  Betapa masa merubah segalanya....


Sewaktu berumur 17 tahun.....



Semasa Jamuan Pengawas SMKMU 1991 (dari kiri) Ida, Cikgu Ghazali (berkupiah),Diah, aku dan Sidah



Heh heh heh!  Ni masa 'mengganas' di hostel...  Hanya Diah yang tiada di situ sebab dia tidak tinggal satu dorm dengan aku dan Sidah masa tu. 


Betapa mereka sekarang tetap ayu jelita (walau agak berbeza dari segi saiz.. hehehe).  Maklum ler.. dua2 tu mak andam tersohor...  Kemesraan mereka dalam melayani aku tetap seperti dulu, baik dan peramah.  Tersentuh hati dan terbit kekhilafan dalam diri ini, betapa aku terlalu memikirkan hidup sendiri, tanpa mencuri sedikit masa pun untuk mengunjungi rakan2 aku yang dulunya pernah makan sepinggan dan minum segelas denganku.  Kejam betul aku....  Kami ibarat jauh, walaupun hakikatnya dekat...  Maka, aku berjanji pada diri ini untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap sahabat2 baikku ini di masa2 akan datang, Insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.