KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 18 Julai 2011

ADA JUGA ???

Sedih berbaur menyampah memikirkan sikap dan perbuatan sesetengah manusia di sekeliling aku ni!  Kalau dulu, aku amat kasihankan kucingku, Jazz yang menanggung dhirea (betul ke ejaan tu?) melampau hingga berminggu2.  Dah jenuh aku kasi ubat, macam2 ubat, tetap cirit juga.  Maka terlintas juga di hati ini, betul ke gara2 salah makan?  Terasa seperti ada yang tidak kena ajer...  Macam...  kucing aku tu 'dikhianati' oleh seseorang jer...


But, MIS ters marah2 bila aku suarakan rasa hati ku begitu.  Katanya, mana ada manusia yang sanggup nak buat jahat kat haiwan peliharaan kesayangan kami tuh?  Tidak!  Tidak di area ni!!  Maka, diamlah aku...  Betul juga.  Kucing Parsi aku ni jenis sensitif perutnya...


Haaaa....  sekarang, dia yang ungkitkan kembali perkara tersebut!  Bila 'sejarah' lama berulang kembali (eewaaahhh...).  Kalau dulu, Jazz boleh la dikatakan perut meragam dan sesnsitif.  Sekarang, si Jerry yangsememangnya kucing kampung tahap brutal, pun boleh cirit2 giler cenggitu, dah seminggu.  Bukan kerana salah makan dah tu....  Naik kesian aku tengok dia.  Najisnya keluar sepanjang masa.  Aku lagi la kesian....  Kena cuci seluruh rumah, termasuk tilam dan selimut anak2, hampir setiap hari!!  Uuuwaaaaa.....


Memang terbukti lah kucing2 aku itu 'diberi' 'sesuatu' oleh seseorang!!  Baru sekarang MIS percaya akan kata2 aku...  Sementelah, dia baru teringat akan insiden kucing jiran (yang agak jauh dari rumah kami) yang pernah 'terkena' gara perbuatan tak berperikemanusiaan seseorang, dua tahun lepas.  Kucing itu muntah darah!  Dua hari selepas tu, meninggal...


Ye lah...  walau sebenci mana sekalipun kita terhadap haiwan, tergamakkah kita menganiaya mereka sedemikian rupa??  Manusia kah kita?  Tiada bezalah kita seperti #@^%*&#$@**.....  Aku tahu siapa yang melakukannya, walau aku tiada bukti.  Kerana kucing2 aku selalu ke rumahnya kerana anak2nya suka sangat bermain2 dengan kucing2 aku tuh!!


Kalau orang tahu pun mesti akan tak percaya, kerana orang yang berhati kering tu amat berbeza dari rupa luaran...  Muka nampak baik dan penyayang, tapi hati,  hancussss......


Alahai... Ada juga ye manusia jenis ini....

1 ulasan:

  1. Ya Allah.. kesiannya dekat kucing akak..


    Moga orang yang menganiaya kucing-kucing tu akan terima balasannya!

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.