KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 6 Jun 2011

WET WET WET...

Aku tak tau la, suratan atau kebetulan, tapi semalam hujan turun mencurah2 sepanjang hari.  Memang la sebelah pagi tu, panas membahang seperti biasa.  Tak sangka pulak selepas tengahari, beria2 hujan mencurah bumi.  Tuhan itu Maha Kaya...


Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku menghadiri kenduri kawin dengan meredah banjir kilat.  Walaupun tuan rumah menyediakan dua khemah tempat menjamu selera, ramai yang kebasahan kerana kami terpaksa berjalan kaki meredah hujan lebat untuk ke rumah kenduri, sedangkan kereta terpaksa ditinggalkan jauh di tepi jalan besar.  Ceh!  Dengar aje duduk di Pasir Putih, tapi rumah setinggan nak mampus!  Takde longkang.  Buat ikut suka hati mereka ajer....


Lagi haru kerana semua seat dah penuh, maklumler jam 2.00 petang, waktu kemuncak lunch.  Mau tak mau, kena la aku duduk di kerusi yang semua orang takmo duduk.  Habis sepinggan nasi daging gulai kawah tu aku belasah, tanpa mempedulikan air hujan yang mencurah di belakang aku!  Lantaklah...!  Semua orang tengok aku dengan pelik.  Ada mak kisah...?  Nasib baik aku pakai dress hitam, basah pun tak nampak...  ( aku langsung tiada nafsu untuk snap barang sekeping dua kerana boring basah kena hujan)



Hujan seolah mengekori kami semalam, bila ternyata ia tetap lebat dan menggila walaupun kereta kami mula memasuki daerah Besut.  Hujan di seluruh Semenanjung ke?  Namun, perancangan yang sudah diatur sejak minggu lepas tetap diteruskan, walaupun basah.  Kesian kat bapak aku yang begitu bersemangat nak jalan2.  Sedari tadi lagi dia lencun.  Namun dia tetap berkeras nak pergi pantai jugak....




Walaupun Festival Pantai belum tamat lagi di Bukit Keluang ni, pengunjung tak ramai berbanding kunjungan kami minggu lepas.  Sapa nak datang kalau hujan mencurah2 tak henti2...?  Kesian kat bapak aku.  Bila cucu2 ajak dia mandi, dia tak mau, sejuk... katanya.


Nampak selamba berposing, padahal kami lencun kena hujan kat tempat kenduri kawin tadi

Jenuh kami tunggu hujan yang kembali lebat tu mereda, tapi jam dah 5 lebih, makin lebat lagi dia turun!  Mau tak mau, kami menapak ke kereta.  Sekali lagi kami lencun...  kesian....  Rasa tak puas hati sesangat, sebab kesian kat bapak aku yang nak jalan2.  Mana tau, hari hujan lebat macam tu sekali.


On the way balik pun masih hujan.  Di tambah dengan kesesakan.  Biasalah, cuti sekolah macam ni, kereta seolah2 tido atas highway je nampak.  Tak bergerak2...  Khemah2 kenduri yang melata di sepanjang perjalanan kami tu, menambahkan lagi kesesakan.  Banyak kereta nak parking, yang baru nak jalan, macam2 ragam...  Pukul 7 kami baru sampai di Kg. Pek.  Pekena mee Kg. Pek le seround nampaknye.....


Bapak aku hampir terlentang selepas menghabiskan 2 pinggan mee kuah...


After having a great and happy dinner with our big happy family, we continued our journey back home, still in raining...  OMG....  But, with a bit of calm because my girls get sleepy, kekenyangan....  Home sweet home...


I love you Mom and Dad.....
Aku menghantar kedua orang tuaku sambil berjanji pada diri sendiri di dalam hati, aku akan membawa mereka bercuti di lain hari, yang harinya panas dan tidak HUJAN....  Insyaallah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.