KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 13 Jun 2011

TERKEJUT MAK...!!

Benar.  Memang aku terkejut.  Aku tidak menyangka anak aku begitu.  Sebelum ni , memang aku tau dia suka menghabiskan masanya, serta menghabiskan kertas dan warna aku dengan melukis.  Dan aku mesti akan memarahinya kerana menyepahkan rumah aku dengan kertas2 dan pensil warna merata-rata...

Dah darjah 5 pun malas nak kemas, tapi suka buat sepah...!!  Itu ayat biasa aku...  Kadang2 bila dia kemaruk guna warna air, habislah segala bekas dan cawan plastik kat dapur tu digunakannya.  Bila dia takut aku marah, dia akan sembunyi2 mewarna kat belakang rumah atau dalam bilik dia.  Pastu dia tak reti la pulak nak simpan balik!!  Tu yang aku meroyan tu....


Tapi dua hari lepas, aku terkesima bila melihat hasil lakarannya.  Tak jadi aku nak jerkah dia kerana mengambil kertas2 aku.  Buku panduan melukis Disney tu, dah nak hancur dikerjakannya.  Tapi setelah melihat kerja tangannya.....



Mulanya aku ingat dia tekup gambar tu dari buku.  Tapi setelah diteliti, gambar yang dia lukis tu ternyata lebih besar dari gambar contoh yang ada dalam buku tu.....




Dia mengikut step by step cara lukis seperti yang ditunjukkan dalam buku itu.....  Wah!! Pandai pulak budak ni... gumam aku dalam hati.  Kalau bab belajar, malas yang amat, melukis boleh la pulak....  ok la tu....



Aku tunjukkan la hasil kerja anak aku tu kat MIS...  Komennya,  " Hmmm.... mana nak tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi...."  Eceh...!  Kembangnya lubang idung aku nih....  Makin kembangla body aku....  Hhhhh...  nak gi timbang...  nak gi timbang... takut naik berat....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.